Bencana Tanah Runtuh Meragut 2 Nyawa Di Sandakan
Monday, January 31, 2011foto runtuhan tanah di Sandakan hampir menutup keseluruhan jalan sebelum ianya ditutup
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati beliau kepada dua keluarga mangsa iaitu Low Phang, 59 dan Santi Muktar, 16, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Sandakan pada Sabtu lepas.Beliau telah diberi taklimat oleh Presiden MPS Datuk James Wong, mengenai kawasan yang terlibat dengan bencana alam khususnya yang membabitkan kehilangan nyawa.
- Beliau seterusnya mengarahkan pihak MPS agar terus membuat tinjauan dan penilaian mengenai kerosakan dari segi harta benda dan rumah yang dialami penduduk. Menurut beliau, Kerajaan negeri akan berusaha mencari langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah tanah runtuh dan banjir di daerah Sandakan.
- langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri termasuklah melakukan pembaikan terhadap setiap longkang tersumbat yang boleh menyebabkan berlaku kejadian banjir sehingga menjejaskan penduduk di sini.
- Selain itu, katanya, kerajaan turut mempertimbangkan kawasan yang perlu dibina longkang serta diperluaskan bagi memastikan setiap saliran air tidak tersumbat.
- “Saya sendiri telah melawat ke kawasan yang berlaku kejadian tanah runtuh serta banjir dan melihat berlaku banyak kerosakan harta benda dan rumah penduduk.
- “Lebih membimbangkan, kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu turut meragut nyawa penduduk.
- "Justeru, langkah yang bakal kita laksanakan ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi memastikan tahap keselamatan penduduk akan lebih terjamin,” katanya.
Rakyat Malaysia Di Mesir Selamat
Sunday, January 30, 2011
Menurut lapuran, rakyat Malaysia yang berada di Mesir dilaporkan selamat walaupun berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di ibu negara berkenaan, Kaherah sejak kelmarin.Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, sehingga kini, tiada rakyat Malaysia termasuk penuntut dianggarkan 7,000 orang dilaporkan terlibat dalam gerakan anti kerajaan tersebut.
Tentera turut diperintah mengawal semua kedutaan asing termasuk Kedutaan Malaysia di sini.
Mayat Seorang Bayi Lelaki Di Temui Di Longkang
Sunday, January 30, 2011
Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam, Johor gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Sumber: MalaysiaSensasi.Net
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Jalan Raya Yang Perlu Di Selenggarakan
Saturday, January 29, 2011

foto: 1) sebahagian Jalan Kepayan-Putatan - 2)Jalan Di Kawasan Luar Bandar
Hari ini, saya tertarik membaca satu komplen di hotline NST yang disuarakan oleh seorang Pengadu (dikenali sebagai Magalang Kompom) dari Telipok. Menurut beliau , terdapat tidak kesiambangan terhadap pembangunan jalan-jalan raya diantara Bandar dan luar Bandar.
Untuk kes yang sama dan berdasarkan pengalaman saya selaku mantan pegawai kanan kerajaan (mantan Penolong Pengarah Kanan JKR), rasa nya penerangan dari ADO Tuaran tersebut ada lah tidak releven demi untuk menyelesaikan masaalah yang di suarakan oleh pengadu tersebut.
Dalam isu ini, sepatut nya pehak JKR yang perlu dihubungi dan dipertanggung jawab untuk menyiasat. Selanjut nya bertindak berasaskan kebenaran komplen tersebut selaras dengan kemampuan jabatan mereka. Atau pun merancang ‘pre-emptive budget’ yang manasabah untuk tujuan menengani perkara yang di komplen oleh si pengadu.
Sumber: NST
Kata beliau pembangunan jalan-jalan raya dalam kawasan bandar ada lah cukup gah dengan kos yang menelan hingga jutaan ringgit. Namun dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan mengapa jalan-jalan di kawasan luar bandar tidak mendapat kerja-kerja pembaikan seperti yang kerap dilakukan di kawasan bandar.
Sebagai contoh, “Jalan-jalan yang menuju ke beberapa kampung seperti di Telipok dan Menggatal tidak sempurna. Malah jalan yang menuju ke stesen pemancar TV3, RTM and NTV7 juga amat daif dan boleh dikategorikan sebagai jalan maut,” kata beliau.- Justeru itu, pengadu meminta agar pihak kerajaan supaya dapat mengatur pembangunan seimbang antara kawasan dalam dan luar Bandar.
- Penolong Pegawai daerah (ADO) Tuaran, Abdullah Sani Haji Daud ketika dihubungi ActionLine, menjelaskan tidak ada konsep ‘dahulu dan kemudian’ dalam aspek pembangunan di negeri ini terutamanya jika dibandingkan pembangunan antara kawasan dalam dan luar bandar.
“Cuma pembangunan di kawasan bandar, terutamanya keadaan jalan raya haruslah diselenggara dengan baik kerana ia digunakan bukan sahaja oleh penduduk sekitar tetapi juga mereka yang datang dari tempat lain. Pastinya pihak kerajaan tidak mahu imej negeri tercalar dengan keadaan jalan di kawasan bandar yang tidak sempurna.”“Berbalik kepada masalah jalan di kampung-kampung, penduduk haruslah memainkan peranan dengan membawa masalah mereka kepada kami. Pengerusi Jawatan Kuasa Kampung (JKK) juga haruslah pro-aktif dalam menjalankan tugas. Penduduk kampung boleh memohon pembaikan jalan di kampung mereka dengan menulis surat melalui Pengerusi JKK dan bawa surat tersebut ke Pejabat Daerah untuk berjumpa dengan Pegawai atau penolong Pegawai Daerah agar perkara seperti ini dapat diambil tindakan dengan lebih lanjut,” jelas Abdullah.
- Dalam pada itu, Abdullah seterusnya menegaskan kepada mereka yang datang untuk membuat sebarang aduan ke Pejabat Daerah haruslah memastikan mereka telah berjumpa dengan pegawai atau kakitangan yang berkaitan dengan membawa salinan surat aduan.
Untuk kes yang sama dan berdasarkan pengalaman saya selaku mantan pegawai kanan kerajaan (mantan Penolong Pengarah Kanan JKR), rasa nya penerangan dari ADO Tuaran tersebut ada lah tidak releven demi untuk menyelesaikan masaalah yang di suarakan oleh pengadu tersebut.
- Seada nya, ADO hanya lah menyentuhkan dasar-dasar untuk penyelengaraan jalan-jalan kampong yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah. Manakala si Pengandu pula mempersoalkan jalan-jalan ‘feeder road’ dibawah kawalan JKR daerah atau pun negeri Sabah. Pasti nya terdapat perbezaan sistem penerimaan aduan masing-masing
- Kerana situasi yang 'cliche' sebegini lah, selalu nya mengagalkan sumbangan perkhidmatan kerajaan kearah penyelesaian ‘target’ yang sepatut nya.
Dalam isu ini, sepatut nya pehak JKR yang perlu dihubungi dan dipertanggung jawab untuk menyiasat. Selanjut nya bertindak berasaskan kebenaran komplen tersebut selaras dengan kemampuan jabatan mereka. Atau pun merancang ‘pre-emptive budget’ yang manasabah untuk tujuan menengani perkara yang di komplen oleh si pengadu.Bekas Penuntut Di Pusat Tahfiz Dikerah Seperti Hamba?
Friday, January 28, 2011
foto Seorang anggota polis mengambil keterangan daripada kanak-kanak di pusat tahfiz, Lukut, Port Dickson semalam.
Tidak disangka dalam dunia yang serba moden dan maju ini maseh terdapat skim yang memperalatkan sesama manusia sebagai hamba di Malaysia ini. Tragedi ini pernah dialami oleh seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut Kedah. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari.
Sumber: Kosmo
- Naufal memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun. Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari.
- “Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya.
- “Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan,” ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba.
29,000 Permohonan Taraf Warganegara Akan Di Selesaikan
Thursday, January 27, 2011
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata pada masa ini, KDN dalam proses mengeluarkan surat keputusan semua permohonan permohonan taraf kewarganegaraan. Sepanjang tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan 29,677 yang diterima pada tahun 2007 hingga 2009.Beliau berkata bagi permohonan kewarganegaan pada tahun 2010 pula, sebanyak 17,324 permohonan diterima dan keputusannya akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Dis ini.
“Pada tahun ini KDN akan memproses permohonan yang dikemukakan pada tahun 2010 dan permohonan itu kita akan selesaikan dalam tempoh satu tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan taraf kewarganegaraan kepada 59 pemohon di seluruh Pahang di Kompleks KDN Indera Mahkota di sini kelmarin.- Beliau berkata secara keseluruhan, 75 orang di Pahang dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia. Kesemua permohanan itu dibuat pada tahun 2008 dan 2009.
Lee berkata 43 permohonan melibatkan Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan kewarganegaraan dengan cara masukan bagi yang telah berumur lebih 21 tahun dan memegang taraf pemastautin tetap Malaysia sekurang-kurangnya 12 tahun.- Enam permohonan pula adalah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan kewarganegaraan orang yang dilahirkan di persekutuan sebelum hari merdeka.
- Bagi Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan kewarganegaraan bagi anak-anak yang berumur 21 tahun ke bawah dalam keadaan khas, sebanyak 26 permohonan dibuat.
Kemalangan Maut Jalan Raya Di Sabah Meningkat 22 Peratus?
Wednesday, January 26, 2011
Sebanyak 16,192 kes kemalangan jalan raya dengan melibatkan 444 kematian daripada pelbagai kategori pengguna jalan raya direkodkan berlaku di negeri ini, tahun lalu. Berdasarkan statistik kemalangan jalan raya daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) IPK Sabah, ianya merupakan peningkatan sebanyak 394 atau (2.4 peratus) kes kemalangan jalan raya di negeri ini.
Manakala kes kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 98 kes atau (22.1 peratus) telah direkodkan pada tahun lalu, demekian kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selepas mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Sabah di sini, kelmarin.- “Antara lokasi kerap berlaku kemalangan jalan raya yang dikenalpasti di daerah Kota Kinabalu ialah di kilometer 17.3 dan kilometer 19 Jalan Lintas, sementara di daerah Sandakan kawasan di Batu 8 Jalan Lintas Labuk manakala di daerah Tawau di sepanjang Jalan Tawau- Kunak,” katanya.
- Mengenai langkah untuk mewajibkan semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda memasang beg udara mulai tahun depan, Pairin berkata, ianya merupakan satu tindakan bijak kerajaan dalam menangani isu kemalangan jalan raya melibatkan golongan pemandu dan penumpang kenderaan persendirian.
- Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Sabah berkata, pendekatan khidmat nasihat secara berterusan yang berkonsepkan mesra masyarakat melibatkan agensi penguatkuasa, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melalui penyebaran informasi.
- Menurutnya, informasi berkaitan keselamatan jalan raya di kalangan pengguna jalan raya selain penerapan nilai-nilai murni dan amalan seharian yang mengutama- kan isu-isu keselamatan dalam kehidupan seharian.
Kini Anwar 'Sedia Debat' Bukan Saja Soal Ekonomi, Malah Peribadi?
Tuesday, January 25, 2011
Selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menolak cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai dasar ekonomi negara itu sambil menegaskan bahawa beliau mempunyai 'maklumat' yang boleh membuat ketua pembangkang itu 'demam', Datuk Seri Anwar kini membalas kenyataan itu dengan satu cabaran baru terhadap Datuk Seri Najib.
Beliau juga bersedia mendebatkan isu-isu peribadi berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia itu.- Datuk Seri Anwar, semasa turun padang bagi membantu kempen PAS-Pakatan Rakyat (PR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang malam kelmarin, mencabar Datuk Seri Najib berdebat mengenai soal peribadi jika perdana menteri itu terus menyerang soal peribadinya dan tidak sanggup sentuh dasar ekonomi kedua-dua perikatan, menurut laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.
Dua minggu lalu, Datuk Seri Anwar mencabar Datuk Seri Najib agar berdebat berhubung dasar ekonomi kededua Barisan Nasional (BN) dan PR - termasuk 'Buku Jingga' mengenai program '100 Hari' yang dilakar pakatan pembangkang itu.'Saya cabar debat soal ekonomi tapi beliau (Najib) cakap peribadi, tapi kalau nak debat peribadi saya terima.
'Saya beri ingatan kepada beliau, kalau sebut lagi soal peribadi, saya cabar beliau debat soal peribadi.
'Tapi sekarang adalah soal ekonomi sebab itu saya cabar debat soal ekonomi,' kata Datuk Seri Anwar .
Wakil Rakyat Wajib Jalani Ujian Kesihatan?
Monday, January 24, 2011
Beberapa anggota Parlimen menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan wakil rakyat menjalani ujian kesihatan setiap tahun untuk mengenal pasti tahap kesihatan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.Bagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, anggota Parlimen bukan sahaja hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun malah perlu diberi latihan bagaimana untuk mengawal tekanan memandangkan tanggungjawab mereka.
“Untuk jadi wakil rakyat perlu bersedia dengan semua ini,” katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa pihaknya akan membawa ke mesyuarat mingguan jemaah menteri minggu ini untuk mewajibkan wakil rakyat menjalani pemerikasaan kesihatan berikutan banyak pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian wakil rakyat disebabkan masalah kesihatan.- Sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, sebanyak 14 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya berikutan kematian wakil rakyat kerana pelbagai masalah kesihatan.
Sementara yang terbaru ialah kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas kerana serangan jantung yang menjadikan jumlah pilihan raya kecil meningkat kepada 15.- Dua lagi wakil rakyat BN yang meninggal kerana serangan jantung ialah Datuk Razali Ismail anggota Parlimen Kuala Terengganu pada 28 Nov 2008 dan ADUN Batang Ai Datuk Dublin Unting Batang Ai, 55, pada 24 Feb 2009.
- Selain itu tiga wakil rakyat Pas iaitu anggota Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharom, 50, pada 9 Feb 2009, ADUN Manek Urai Ismail Yaacob, 60, (25 Mei 2009), ADUN Permatang Pasir Datuk Hamdan Abdul Rahman,63, (31 Julai 2009) juga meninggal akibat sakit jantung.
Justru itu, pada pandangan saya, ujian kesihatan ini bukan sahaja setakat dilakukan setelah seseorang telah dipilih menjadi wkil rakyat, tetapi sepatut nya di wajibkan oleh SPR sebagai salah satu syarat kelayakan bagi seseorang itu untuk bertanding dalam setiap pilihan raya.Lapuran Penutupan Khidmat Facebook Palsu?
Sunday, January 23, 2011
Disaat seluruh warga dunia asyik ‘melayan’ Facebook, laman web sosial paling popular, seluruh masyarakat dunia digemparkan dengan laporan bahawa laman itu bakal ditutup tidak lama lagi.Mendengar khabar belum pasti itu, setiap yang mendaftar sebagai pengguna Facebook tertanya-tanya apakah laporan itu benar atau sekadar khabar angin semata-mata.
Tidak lama selepas khabar angin ‘penamatan riwayat Facebook’ dan tiada kenyataan rasmi yang mengesahkan tentang penutupan laman web itu, maka ramailah peminat setianya yang tersenyum dan menarik nafas lega.
- Apa yang pasti, usikan nakal untuk seluruh pengguna Facebook di dunia itu membuatkan manusia terlopong seketika, membayangkan apa akan berlaku terhadap dunia masing-masing tanpa laman web sosial itu.
Ketua Pegawai Eksekutif CASO Sdn Bhd, Ezran Baharum berkata, ia bukan satu perkara mustahil apabila terdapat desas-desus tentang penutupan operasi Facebook yang dikatakan akan bermula Mac ini.- Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang teknologi maklumat (IT), pemuda 27 tahun ini berkata, keputusan tersebut mungkin dibuat atas beberapa faktor termasuklah ketagihan melampau masyarakat dunia terhadap laman itu.
- Menurut Ezran yang banyak terlibat dengan bidang pembangunan ICT dan multimedia, ramalan tersebut dibuat setelah mengkaji latar belakang Mark Zuckerberg dan bagaimana anak muda itu membangunkan laman web sosial itu tidak lama dulu
Zuckerberg yang pernah menuntut di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dikatakan tidak menyimpan hasrat untuk mengaut keuntungan seperti yang diperolehnya sekarang apabila beliau membina Facebook, sebaliknya hanya bermatlamat mewujudkan sebuah rangkaian sosial di kalangan pelajar universiti.- Tuah Zuckerberg, tanpa disangka-sangka Facebook terus mendapat perhatian ramai dan berjaya meluaskan rangkaiannya ke seluruh pelosok dunia, termasuklah Malaysia.
- Dalam pada itu, Ezran tidak menolak kemungkinan seandainya benar Facebook ditutup, ia juga ada kaitan dengan sikap masyarakat dunia yang terlalu obses terhadap laman tersebut.
Sekiranya Facebook dihapuskan, penggemar-penggemar laman web sosial tidak perlu bimbang atau kecewa. Ini kerana, banyak individu dan syarikat di seluruh dunia sering berlumba-lumba membangunkan laman web yang sama atau yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan sebelum ini,kata EzranMalah terdapat banyak laman alternatif seperti Twitter, MySpace dan Friendster yang boleh dilayari.
Pengaliran Wang Haram Dari Malaysia Berleluasa?
Saturday, January 22, 2011
Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.- "Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dana Belia 1Malaysia kelmarin.
- Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita internet tentang pengaliran keluar wang haram dari Malaysia berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).
Pengguna Luar Bandar Di Tindas Peniaga Kerana Kurang Pengetahuan?
Saturday, January 22, 2011
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub berkata pengetahuan dan maklumat kurang tentang hak-hak kepenggunaan menjadi punca ramai pengguna di kawasan luar bandar tertipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Selain dari itu, pengguna di luar bandar telah menjadi sasaran peniaga menjual barang pada harga yang tinggi disamping menjadi sasaran penjualan produk yang telah luput tarikh kegunaan, kata nya.
Menurut Sabri, pengguna di luar bandar sering menjadi sasaran seperti penjualan produk yang telah luput, mahal dan kerana tidak tahu hak mereka (pengguna) membiarkan peniaga bermaharajela, mereka kata tak apa…buang sahaja yang rosak tanpa membuat aduan. Beliau menyatakan ini kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Kepenggunaan Luar Bandar di Beladin, Sarawak kelmarin.
Beliau berkata sikap pengguna luar bandar yang jarang mengambil tindakan dan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) khasnya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna mendorong peniaga untuk terus menindas pengguna di luar bandar.- Menurutnya kementerian akan mengambil beberapa pendekatan untuk memudahkan pengguna khasnya di luar bandar membuat aduan termasuk cadangan aduan pengguna melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) terus kepada Tribunal Tuntutan Pengguna tahun ini.
10 Bilion Peruntukan Untuk 424 Projek Di Sabah
Thursday, January 20, 2011
Sabah telah diperuntukkan RM10.723 bilion untuk melaksanakan projek-projek baru dalam tahap pertama (2011-2012) melalui ‘Rolling Plan’ dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (10MP) ini. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman ketika mengumumkan ini, mengatakan, sebahagian dari peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan 761 projek yang tergendala.
Musa juga mengatakan bahawa beliau telah mengingatkan Jabatan Pembangunan Negeri (SDO) dan Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Negeri (ICU) untuk meningkatkan lagi pemantauan melalui penyelesaian masalah dan campur tangan untuk mengenalpasti, mengatasi masalah yang berlaku pada peringkat awalan projek.
Sementara itu, Musa mengatakan, kos keseluruhan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (9MP) sampai 31 Disember, tahun lalu untuk negeri Sabah ada lah 81,30 peratus berbanding 84,48 peratus di peringkat nasional. Beliau Yakin bahawa peratusan akan meningkat setelah kerajaan dapat mengimbangkan akaun negeri pada 22 Januari ini.
Sumber: Daily Express ( Diterjemahkan oleh penulis)
- "Peruntukan (Rolling Plan) untuk Sabah adalah yang kedua terbesar selepas Federal Territory," katanya, semasa mempengurusi Masyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri di Wisma Innoprise rabu ini.
Dalam masa yang sama, Musa menyuarakan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri, kerana menunjukkan kepercayaan tinggi kepada Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek pembangunan bagi masyarakat, terutama nya di kawasan luar bandar. - Dalam pada itu, Beliau merayu agar pegawai Persekutuan, terutama nya Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketua Setiausaha, untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tindakan negeri agar keputusan atau tindakan lanjut dapat dicapai dengan berkesan.
Selain itu, Musa menyeru Jabatan, dan agensi agar mengemaskinikan data-data dengan serius sehingga dapat memberikan gambaran sebenar keadaan yang berlaku.
- "Ini akan membolehkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk memantau pembangunan projek secara tepat, cepat dan mobile melalui aplikasi telefon yang dibangunkan oleh ICU / JPM dikenali sebagai IMEX (ICU Mobile Eksekutif)," katanya.
Musa juga mengatakan bahawa beliau telah mengingatkan Jabatan Pembangunan Negeri (SDO) dan Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Negeri (ICU) untuk meningkatkan lagi pemantauan melalui penyelesaian masalah dan campur tangan untuk mengenalpasti, mengatasi masalah yang berlaku pada peringkat awalan projek. - Masalah-masalah ini, katanya, mempunyai potensi untuk melambatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan dalam negeri sabah. Justru itu, kerja pemantauan melalui tips dan campur tangan yang perlu dilakukan dengan tegas dan berani sehinggakan kes yang kompleks boleh diselesaikan melalui tindakan bersepadu oleh pihak yang berkenaan, kata beliau.
- "Jika perlu, masalah juga boleh dibincang melalui maysuarat dalam rangka untuk mencari penyelesaian. Untuk mengatasi masalah bukan lah hanya setakat menentukan masalah tetapi juga untuk mengatasinya. Ini bukan tentang mencari kesalahan atau mencipta masalah tetapi lebih untuk membantu mereka (kontraktor) menyelesaikan masalah untuk saling menguntungkan," katanya.
Selain dari itu, beliau mengatakan bahawa sebahagian daripada tugas untuk penyelesaian ada lah melalui perbincangan dengan jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya bersama dengan wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing. - Untuk tujuan ini, Musa mengingatkan pegawai kerajaan, institusai pelaksana dan kontraktor untuk bekerjasama sehingga tanggung jawab yang diamanahkan kepada mereka boleh dilaksanakan dengan jaya nya.
- "Ini agar tujuan Rancangan Malaysia Kesepuluh terutama nya pada Perancangan Rolling pertama dapat dicapai," katanya.
Sementara itu, Musa mengatakan, kos keseluruhan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (9MP) sampai 31 Disember, tahun lalu untuk negeri Sabah ada lah 81,30 peratus berbanding 84,48 peratus di peringkat nasional. Beliau Yakin bahawa peratusan akan meningkat setelah kerajaan dapat mengimbangkan akaun negeri pada 22 Januari ini.

