Pemimpin Hindraf Di Ambil Tindakan
Monday, February 28, 2011
Semalam seramai 109 orang termasuk pemimpin Hindraf P. Uthayakumar di tahan polis kerana berdemontrasi secara haram bagi membantah 'novel interlock'.Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, kesemua pemimpin pertubuhan itu telah dibebaskan pada pukul 9.30 malam tadi dengan jaminan polis.
Manakala tindakan lanjut terhadap lapan pemimpin Hindraf yang mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) semalam akan diketahui Jumaat ini selepas kertas siasatan disemak oleh Pejabat Pendakwaraya (DPP).Kerajaan Lulus Kemasukan 45,000 Pekerja Asing Di Malaysia
Monday, February 28, 2011
Gambar hiasan - Kemakmuran ekonomi Malaysia menjadi daya tarikan kemasukan pekerja asing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan, kata beliau
Menurut beliau, mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.- "Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di Kuala Lumpur, semalam.Subramaniam berkata, pekerja berkenaan akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan terlibat yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.
Sumber:Agensi
Jabatan Air Sabah Giat Memotong Bekalan Air Pengguna
Sunday, February 27, 2011
Pengarah Jabatan Air Sabah, Ir Awang Mohd Tahir Haji Mohd Talib berkata Jabatan Air Negeri Sabah memberitahu, operasi pemotongan bekalan air terhadap pengguna yang gagal membayar bil-bil yang tertunggak.Operasi untuk tujuan pemotongan tersebut sudah pun mula dilakukan oleh pasukan penguatkuasa bersepadu yang dibantu pasukan penguatkuasa di setiap daerah dan ia dijalankan secara berkala bagi sepanjang tahun ini.
- Bagi dearah Sandakan, katanya, operasi pemotongan bekalan air untuk bil-bil yang tertunggak akan dilaksanakan bermula bulan Mei depan.
Dalam masa yang sama, Jabatan Air sedang giat berusaha menangani masalah kelewatan pembacaan meter air pengguna di negeri ini bagi meningkatkan kutipan bayaran yang disasarkan.- Justru itu, beberapa pasukan telah diarahkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembacaan meter yang dijalankan secara rawak di setiap daerah di Sabah, kata beliau.
Menurut beliau, walaupun pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai berhubung kelewatan itu, namun aduan yang diterima sudah berkurangan hasil penambahbaikan kerja jabatan berkenaan.Sayang Sarawak Berhadapan dengan 'Vacuum' Kepimpinan?
Saturday, February 26, 2011
Menurut sumber, Sarawak sedang menghadapi 'vacuum' kepimpinan yang sangat besar kerana Tan Sri Taib Mahmud (TSTM) tidak pernah mahu mendidik, membentuk dan menyediakan pimpinan lapisan bagi negeri bujang senang itu. Tidak ada rekod sesebuah negara itu akan berada di dalam keadaan yang aman politiknya jika dipimpimpin oleh seseorang dengan begitu lama.- Pilihanraya akan tiba tidak beberapa bulan sahaja lagi dan pemimpin-pemimpin pusat mundar mandir ke Kuching untuk berkempen bagi meneruskan kenikmatan pimpinan yang ada pada hari ini yang kian hari kian jelas merasakan yang negeri itu adalah kepunyaan peribadinya.
Persoalannya, sampai bila TSTM hendak menongkat langit? Sampai semua kompartmen balak habis? Sampai semua tanah-tanah negeri terjual?Atau sehingga ada di kalangan ahli keluarga beliau mampu mengambil alih tempat beliau? Atau apa?- Tidak adakah walaupun seorang dari 3 juta rakyat Sarawak yang berkemampuan untuk mengambil alih kerajaan dan memimpin Sarawak? Apa lagi alasannya?
Tidak adakah kemampuan pucuk pimpinan persekutuan untuk menasihatkan Ketua Menteri ini untuk melepaskan jawatannya untuk mempastikan rakyat Sarawak tidak merasa resah dengan pimpinannya? Kalau pucuk pimpinan boleh menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mengenepikan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat di Semenanjung, kenapa tidak ada pula kudrat untuk menasihati TSTM untuk mengundurkan diri secara terhormat?
Sekarang semua di pihak kerajaan sedang melutut dan meminta agar kaum Cina di Sarawak memberikan sokongan kepada BN dengan alasan hanya BN sahaja yang mampu untuk menyelamatkan masa depan mereka. Ini adalah disebabkan pengundi-pengundi Cina lebih tertarik untuk mengundi pembangkang khususnya DAP.
Kemenangan DAP dalam pilihanraya kecil Sibu telah memberikan semangat DAP untuk menawan kerusi-kerusi bandar dan kawasan sub-urban di Sarawak. Dengan kembalinya SNAP dalam politik Sarawak pula akan memberikan tekanan kepada BN didalam 29 kerusi Iban dan Dayak selain dari beberapa kerusi yang pasti akan menerima cabaran besar di dalam pilihanraya negeri kali ini.
Sarawak telah dikatakan sebagai fixed-deposit bagi BN kerana semasa pilihanraya Mac 2008 yang lalu pembangkang hanya memenangi 13 kerusi DUN dan satu kerusi parlimen iaitu di Bandar Kuching yang dimenangi oleh DAP. Pada tahun yang lepas BN telah kehilangan kerusi parlimen Sibu kepada DAP di dalam pilihanraya kecil.- Dengan 2 kerusi parlimen DAP, parti itu kini sedang mendapat suntikan semangat yang kuat untuk mendapatkan kerusi tambahan di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Isu yang laris semasa pilihanraya di Sibu adalah isu TSTM sahaja.
Jika DAP mampu mengekalkan sokongan kaum Cina di Sarawak ianya akan terus menambah bilangan 13 kerusi pembangkang di Dewan Undangan negeri Sarawak. Jika SNAP yang kini kembali ke arena politik negeri itu secara giat maka tidaklah mustahil jika parti itu akan berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya belasan kerusi dikawasan Iban dan Dayak. Berlaku sahaja keadaan ini maka Sarawak tidak akan lagi menjadi fixed-deposit bagi BN.- Dalam pada itu, Kalau di kaji halus-halusan kenapa BN menghadapi keadaan seperti ini, ialah kerana rakyat sudah nampak dan merasakan dengan jelas yang pemimpin-pemimpin BN baik di Semenanjung mahu pun di Sabah Sarawak terlalu mementingkan politik dan kuasa peribadi. Dibawa bersama dalam 'package'nya ialah rasuah dan salah guna kuasa yang tidak mengenal batasnya.
BN pimpinan TSTM selama ini menguasai pengundi dengan wang ringgit yang besar. Lagi pula pembangkang tidak dapat untuk mendekati pengundi di pedalaman. TSTM selalunya akan menggunakan kuasanya untuk menyekat perjalanan pemimpin pembangkang ke pedalaman dengan tidak membenarkan kapal terbang kecil yang membawa pemimpin pembangkang di kawasan pedalam yang jauh itu.
Jika pihak pembangkang benar-benar hendak pergi ke pedalaman itu mereka terpaksa pergi sekurang-kurangnya seminggu sebelum penamaan calun dan duduk di tempat yang di tetapkan sehingga hari mengundi. Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyaingi kemampuan kewangan TSTM seorang. Itu tidak termasuk sumber kewangan yang bertimbun dari Kuala Lumpur.
Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk memberikan ulasan yang tepat kerana di dalam politik bermacam-macam dan berbagai kemungkinan boleh berlaku. Tetapi alangkah baiknya TSTM bersara sahaja dari membiarkan pemimpin-pemimpin BN negeri dan pusat berhempas pulas untuk mempertahankan BN kerana kerakusan seorang pemimpin seperti TSTM.Inilah akibatnya jika politik itu dijadikan kepunyaan peribadi dan keluarga seseorang pemimpin.
Kerajaan Negeri DiBawah PR Akan Biaya Semua Pelajarnya Balik Ke Mesir
Friday, February 25, 2011
Dilapurkan bahawa kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang telah bersetuju untuk membiayaia penghantaran balik penuntut-penuntut dari negeri masing-masing ke Mesir untuk menyambungkan pengajian mereka apabila keadaan negara itu kembali pulih.Sebahagian besar penuntut Malaysia di Mesir dibawa pulang sama ada menerusi Ops Piramid oleh Kerajaan Persekutuan ataupun pembiayaan sendiri berikutan krisis yang berlaku di negara itu
Inisiatif ini telah di dipolopori oleh kerajaan Kelantan untuk membiayai sepenuhnya penghantaran pulang semua 1,006 penuntut anak negeri itu ke Mesir untuk meneruskan pengajian mereka di sana.- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco di Kuala Lumpur, malam tadi, yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
- "Mereka yang terbabit terdiri daripada pelajar di bawah tajaan sama ada berbentuk biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan Persekutuan atau negeri," katanya seperti dilapor Bernama.
- Beliau berkata mesyuarat Exco itu diadakan di Kuala Lumpur berikutan berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara.
Harapan kita agar penuntut dari negeri lain yang diperentah oleh Barisan Nasional saperti Sabah juga akan menerima bantuan dari kerajaan negeri masing-masing demi untuk mengurangkan bebanan ibu bapa penuntut-penuntut yang terlibat.Kerana Terlalu Ghairah Mengutip Beras, Pemandu Cedera Di Biarkan Mati
Thursday, February 24, 2011
Seorang pemandu treler. Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.- Ahmad Rozlin mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
- Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Masaalah Perumahan PBR Tuaran Bertambah Rumit?
Wednesday, February 23, 2011
Gambar hiasan: Hj Hamdan Hj Supian dengan berlatarbelakangkan rumah PBR kampung Penimbawan merasa tidak puas hati kerana kekurangan bekalan air dan letrik rumah tersbut.
Menurut sumber, sebelum nya para penduduk Kampung Penimbawan amat menghargai jasa baik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sulaman, yang selalu turun padang ke kampung tersebut.
Selanjutnya, penghargaan ini bertambah apabila Hajiji telah dapat memperolehi peruntukan besar untuk membiayai pembinaan rumah tersusun kepada penduduk kampung ykampung Penimbawanang kebanyakannya bergantung hidup sebagai nelayan.
Namun baru-baru kita dikejutkan oleh Haji Harin Haji Hassan yang menyuarakan ketidak puasan hati terhadap pengagehan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) yang sepatut nya membantu mengurangkan masaalah penduduk kampung Penimbawan, Tuaran,.- Apa yang menarik, kini seorang lagi Tuan Haji dari kampung tersebut, ia itu Haji Hamdan Haji Supian menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, Datuk Haji Hajiji Haji Noor dan Pegawai Daerah Tuaran yang baru, Madiyem Layapan agar segera turun padang untuk menyaksikan sendiri kemelut dihadapi penduduk apabila beberapa buah rumah baru PBR mengalami banyak kerosakan yang boleh memudaratkan penghuninya.
Beliau merasa heran mengapa arahan Pegawai Daerah Tuaran begitu drastik kepada penduduk kampung disitu untuk berpindah. Sedangkan beberapa keperluan asas belum lagi dilengkapkan seperti bekalan elektrik dan juga air.
- "Ini bererti Kerajaan memberi kami rumah bukan untuk senang, tetapi untuk mendera penduduk yang sedia susah," kata Haji Hamdan yang juga merupakan bekas kakitangan kerajaan.
Beliau selanjutnya menyatakan sokongannya di atas tindakan 33 orang penduduk Kampung Penimbawan, Tuaran yang diketuai oleh Haji Harin Haji Hassan, bekas Anggota Tentera yang merasa tidak puas hati terhadap sistem pengagehan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di Kampung ini kerana mendakwa tidak telus dan ada unsur pilih kasih.
- Selanjutnya, Haji Hamdan mencadangkan adalah menepati kehendak penduduk sekiranya pengagehan rumah PBR di Kampung Penimbawan itu dibuat semula secara telus, adil dengan melalui cabutan undi yang melibatkan semua penduduk yang terlibat.
- Beliau bersetuju terhadap dakwaan beberapa penduduk Kampung Penimbawan berlaku unsur pilih kasih terhadap pengagehan rumah kepada penduduk apabila didapati seorang penduduk Ibu Tunggal yang mempunyai bilangan anak dan cucu yang ramai telah tercicir untuk mendapat memiliki rumah tersebut.
Dalam pada itu, Haji Hamdan dengan tegas meminta agar Hajiji campurtangan untuk menyelesaikan kekalutan dan pergeseran penduduk akibat pemilikan rumah PBR itu yang dikhuatiri boleh mengugat perpaduan penduduk yang terlibat.Jika pergeseran tentang pengagehan rumah PBR ini tidak dapat diselesaikan, Haji Hamdan bimbang ia akan menjejaskan sokongan rakyat kampung ini terhadap pimpinan di Kampung Penimbawan termasuklah pemimpin di DUN Sulaman apabila menjelang Pilihanraya Umum yang ke 13 tidak lama lagi.
Guru Dari Semenanjung Mengganti Tempat 578 GSTT Di Sabah?
Monday, February 21, 2011Gambar hiasan
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dipetik sebagai berkata pada masa ini kuota untuk pengambilan dari kalangan anak negeri Sabah dan Sarawak belum dipenuhi. Walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan proses temuduga secara terbuka di kedua-dua negeri itu, kuota untuk pengambilan guru anak tempatan masih belum berjaya dipenuhi.- Justru itu beliau menyatakan kerajaan persekutuan akan terus menghantar guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak sehingga masalah kekurangan guru mahir di kedua-dua negeri itu dapat diatasi.
Ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran tersebut, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah menyuarakan beberapa persoalan . Antara nya ia lah “ kalau benar tedapat kekurangan guru di sini, kenapa guru-guru dari Sabah dihantar ke Semenanjung? Keadaan ini seperti tidak begitu selaras dan tidak pula menjurus ke arah penyelesaian yang lebih baik. Sepatut nya perkhidmatan guru sandaran yang memang mempunyai ijazah itu diteruskan, kata beliau.
Dalam masa yang sama, Pairin merayu Kementerian Pelajaran supaya memberi peluang kepada 578 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang tamat kontrak akhir tahun lalu menyambung semula perkhidmatan mereka dan seterusnya mengikuti latihan perguruan supaya terus kekal dalam perkhidmatan perguruan. Ini penting memandangkan Sabah masih kekurangan guru.- Katanya, GSTT dari Sabah dan Sarawak seharusnya diberi peluang untuk meneruskan khidmat mereka bagi mengisi kekosongan yang ada di kedua-dua negeri berkenaan dan bukannya menghantar guru dari Semenanjung ke negeri berkenaan.
- “Kita hanya mengetahui ada kekurangan guru di negeri ini tetapi masalah itu dapat diatasi dengan melantik guru sandaran sedia ada. Untuk itu kedua-dua negeri itu perlu dilatih untuk meneruskan kerjaya mereka.
- “Ini bererti peluang untuk anak tempatan untuk mengisi kekosongan yang ada di negeri ini adalah lebih. Kalau tidak bila lagi anak tempatan kita akan dilatih?” kata nya.
Sehubungan itu, Pairin berharap agar Kementerian Pelajaran dapat memberikan pertimbangan sewajarnya dalam keadaan di Sabah agar langkah untuk mengisi kekosongan guru di sini berjalan lancar.- “Kita tidak perlu memindah guru lain ke sini kerana kita tahu bahawa ramai diantara mereka yang datang ke sini, kurang selesa dengan keadaan di sini, kerana tidak biasa.
- “Biarlah guru-guru sandaran di sini diberi latihan supaya mereka terus menyumbang tenaga dengan penuh semangat bagi memastikan pendidikan kanak-kanak terus meningkat, " kata pairin.
Pada 20 Januari lepas, seramai 578 GSTT di Sabah yang tamat kontrak akhir tahun lalu mengharapkan Kementerian Pelajaran menyambung semula perkhidmatan mereka seperti dijanjikan.Bagaimanapun, sehingga kini kami belum menerima surat tawaran sambungan kontrak perkhidmatan yang menyebabkan ada sekolah kekurangan guru sehingga 19 orang tersebut.
Malaysia Pilihan Penyuludup Dadah Dari Afrika, Asia Barat?
Monday, February 21, 2011
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, Malaysia telah dikesan sebagai transit sindiket penyeludupan dadah, terutama dari rantau Asia Barat dan Afrika.Ini ada lah berdasarkan jumlah tangkapan hampir setiap hari membabitkan rakyat negara itu, tahun lalu. Malah, lebih 200 warga Asia Barat dan Afrika, majoritinya dari Iran dan Afrika, ditahan sejak tahun lalu yang turut membabitkan rampasan ratusan kilogram dadah.
kata nya di Kota Kinabalu kelmarin, siasatan mendapati mereka menyeludup masuk dadah untuk dijual, manakala sebahagiannya dipercayai dirancang dibawa keluar ke negara lain. Polis turut mendapati dadah siap diproses dari Asia Barat lebih berkualiti dan harganya lebih rendah berbanding dadah tempatan. Ia bermakna dadah diseludup masuk dan sudah diproses lebih menguntungkan.
Hasil pemantauan polis juga mendapati penyeludup turut menggunakan laluan lain termasuk di sempadan bagi membawa masuk dadah dan tidak lagi bergantung kepada pengangkutan udara semata-mata.- Menurut Noor Rashid, ada kelainan modus operandi penyeludupan dadah sekarang dan baru-baru ini kami menahan lima ahli sindiket yang cuba menyeludup masuk ganja dari Thailand ke Pulau Pinang.
Kata Noor rashid, Polis turut menyiasat sama ada aktiviti penyeludupan dadah didalangi warga Asia Barat mempunyai rangkaian dengan penyeludup dari negara Afrika kerana ancaman negara Asia Barat mulai berkurangan namun dalang negara Afrika pula berleluasa,' kata Datuk Noor.Pada masa sama, dadah yang dibawa masuk ke negara ini dipasarkan ke negara jiran, antaranya Singapura dan Indonesia. Dadah yang diseludup masuk ke negara ini biasanya jenis syabu, tambah beliau.
Ladang Getah Jadi Tumpuan PATI?
Sunday, February 20, 2011
Foto sebahagian daripada PATI yang ditahan kerana bekerja secara haram di ladang getah di Felda Lui, Jempol semalam.
Menurut Lapuran, kenaikan harga getah sejak kebelakangan ini menjadi punca kebanjiran pekerja asing tanpa izin (PATI) di kawasan ladang getah di sekitar Felda Lui di Jempul, Negeri Sembilan.Ia terbukti ketika satu operasi 'Ops Ladang' dijalankan disana semalam,. Dalam operasi tersebut, seramai 34 PATI termasuk tiga wanita ditahan ketika menoreh dan menebang pokok getah untuk di tanam semula di ladang tersebut.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung kehadiran PATI di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, saya tidak merasa heran kalau aktiviti saperti ini boleh berlaku dimana negeri di Malaysia ini. Termasuk negeri Sabah, yang dikatakan mempunyai banyak ladang-ladang getah di sana sini.Justru itu, diharap pehak Imigresen dan Polis dapat melakukan penyiasatan di ladang-ladang getah yang ada disini. Disamping itu, penduduk tempatan di sini perlu juga mengambil iktibar dari penduduk Jempol.
3 Sekolah Semborono Kementerian Pelajaran Tidak Selamat ?
Saturday, February 19, 2011
Dikatakan tiga buah sekolah di Tawau, Sabah yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Kerjaraya (JKR) sebagai tidak selamat untuk digunakan dan laporan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran. Sekolah-sekolah yang dimaksud kan ialah SK Kukusan, SK Bahagia dan SK Jambatan Putih di Tawau.Berdasarkan rekod, sekolah ini telah dibina sebagai salah satu projek kilat oleh Kerajaan BN. Demekian kata Halik Zaman yang memegang portfolio Pendidikan dalam pimpinan PKR Sabah.
"Demi keuntungan dan kepentingan kroni, BN sanggup memperjudikan nyawa kanak-kanak yang hadir setiap hari ke sekolah-sekolah berkenaan untuk menimba ilmu pelajaran. Demi untuk mempertontonkan ‘kepalsuan keperihatinan’ kepada rakyat Tawau, BN sanggup menggadaikan keselamatan kanak-kanak yang tiada dosa dengan mereka," tegas Halik.
Seandainya sekolah-sekolah itu harus ditutup kerana faktor keselamatan, kata Halik, maka 3,000 orang penuntut sekolah berkenaan terpaksa ‘diabaikan’ pembelajaran mereka dek kerana tuntutan serakah pemimpin-pemimpin BN dan kroni-kroni mereka yang hanya mementingkan ‘keuntungan’ yang disalur masuk ke akaun masing-masing, tegas Halik selanjutnya.
"Inikah yang di maksudkan oleh PM 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan? Dek kerana terlalu sibuk menjaga pergerakan Pakatan Rakyat, mereka melupakan sama sekali kebajikan dan keselamatan rakyat jelata. Inilah akibatnya apabila BN semakin takut dengan bayang-bayang mereka sendiri," perli Halik.
Kecam Halik lagi dengan lantang, "Pakatan Rakyat Sabah mengutuk sekeras-kerasnya sikap yang tidak bertanggung jawab Kementerian Pelajaran yang menganggap keselamatan anak-anak kita sebagai satu perkara remeh dan tidak ada apa-apa tindakan diambil kepada bangunan sekolah sekolah yang bermasalah."

