2 Dari Sabah Terpilih sertai Program Akhir Realiti TV, 'Akademi Fantasia'
Thursday, March 31, 2011

Dua gadis sunti dari Sabah berjaya menempatkan diri mereka dalam kelompok 12 pelajar Akademi Fantasia Musim terakhir yang akan bersiaran secara langsung di Astro Ria pada 2 April depan tepat jam 9.00 malam. Mereka ialah Nera(foto kiri) atau nama sebenarnya Queennera Xavery F. Kitingan, 19, dan Lenaber Haidir, 22, yang dikenali sebagai Lena(foto kanan).Menurut sumber, Nira berasal dari Tambunan. Manakala Lena dari Kota Kinabalu. Walau pun dikatakan mereka ini masing-masing mempunyai latar belakang yang jauh berbeza, namun kedua-dua nya mempunyai tujuan yang sama; ia itu untuk menjadi penghibur sensasi negara pada suatu ketika nanti.
- Pengumuman rasmi mengenai dua belas pelajar yang terpilih serta barisan tenaga pengajar yang bakal terlibat dengan program Akademi Fantasia Musim 9, telahpun diumumkan dalam sidang akhbar di Ibu Negara, baru-baru ini.
- Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor
- Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir – Sarawak)
- Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri – Selangor)
- Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul – Kuala Lumpur)
- Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay – Kuala Lumpur)
- Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib – Melaka)
- Nur Suhada Jebat, 19, (Aida – Melaka)
- Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka – Kuala Lumpur)
- Zulaika Zahari, 22, (Laika – Selangor)
- Lenaber Haidir, 21, (Lena – Sabah)
- Roshammizah Rosli, 28, (Miza – Selangor)
- Queennera Francine Francis, 19, (Nera – Sabah)

Juara Akademi Fantasia Musim 9, juga bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian.
- Secara keseluruhannya dalam 8 musim Akademi Fantasia, peserta dari Sabah menjuarai Akademi Fantasia sebanyak 1 kali menerusi Stacy (Juara AF6/2008) serta naib juara sebanyak 5 kali menerusi Linda Nanuwil (AF2/2004), Felix Agus (AF3/2005), Lotter (AF4/2006), Ebi (AF5/2007) serta Adira (AF8/2010).
Difahamkan bahawa pada musim terakhir ini juga bakal menyaksikan kepulangan pengacara tersohor yang begitu sinonim dengan keluarga AF iaitu Aznil Haji Nawawi untuk mengembalikan aura dunia AF sekaligus memastikan tirai AF9 berlabuh dengan kegemilangan.Sumber: AgensiSo, apa lagi, teruskan kesinambungan missi kita untuk memantapkan lagi pengenalan negeri dibawah bayu ini melalui bantuan 'Afundi' kepada 'Orang Kita'. Selain dari berhibur; tolong lah Afundi Nira dan Lena.
SUNTIKAN AWAL KLIP VIDEO LENA DAN NERA DALAM SESSI UJIBAKAT
Pemberian Bantuan Kepada Rakyat Ketika Kempen Pilihan Raya Bukan Rasuah?
Wednesday, March 30, 2011
Bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.Bantuan segera ini tidak boleh ditakrif sebagai rasuah. Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
- Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.
Sementara itu, Nazri berkata, kerajaan menanggung kos lebih RM11 juta bagi melaksanakan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.- Katanya, perbelanjaan yang besar diperlukan bagi menampung kos dan perkhidmatan bagi setiap pilihan raya kecil seperti pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan minuman.
- Menurut nazri, anggaran kos yang digunakan bagi menjalankan pilihan raya kecil ialah antara RM318,000 dan RM1,290,000 bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya tersebut.
Mengenai kemenangan BN bagi pilihan raya kecil yang dianggap 'tidak halal' selain melaksanakan projek 'mee segera' dan memberikan 'durian runtuh' kepada rakyat semasa pilihan raya kecil, Mohamed Nazri berkata projek itu bukan bersifat 'disegerakan' sebaliknya ia dipercepatkan semasa pilihan raya kecil kerana telah terdapat peruntukan yang ditetapkan.Beliau berkata kerajaan sentiasa melaksanakan projek yang membolehkan rakyat di negeri yang terbabit menerima manfaat dengan segera.
Hidup Mati Saya Di Tangan Allah, Bukan Umno-BN: Anwar
Wednesday, March 30, 2011
Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” minggu lalu tidak akan sesekali “membunuh” karier politik beliau. Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.- “Kalau nak mati, saya mati, bukan mati karier politik. Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN, belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.
Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu. Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.- “Ujian ini tidak melemahkan semangat saya,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008.
Anwar berkata, “isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara.”“Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya,” katanya lagi.
“Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah, bukan lubang. bukan najis dan bukan air mani,” kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.- “Dia (Abdul Rahim) jaguh baru, tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor), tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.
- “Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes, jadi saya minta kezaliman ini dihentikan,” katanya.
- Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan keluarganya.
Dalam masa yang sama, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.PENGARAH JKR SABAH LUPA JANJI?
Tuesday, March 29, 2011
Pengurusi Tenom Chinese Chamber of Commerce (TCCC), Datuk Teo Ming Chung(foto kanan) kini mengulangi gesaannya yang pernah dilakukannya sekitar Julai, 2010 berhubung keuzuran Jambatan Tenom Lama atau lebih dikenali Jambatan Tun Mustapha kepada Jabatan Kerjaraya Sabah; namun sehingga kini tidak ada tanda-tanda jambatan tersebut diselenggarakan.
Jambatan usang selalu dilalui lebih 100 lori balak sehari, sedangkan tiang jambatan telah mengalami runtuhan tebing sehingga dinaiki air Sungai Padas.
- Jambatan yang dimaksudkan dibina ketika era kerajaan USNO sekitar tahun 1970-an sering menjadi tohmahan rakyat di kawasan Kemabong dan Tenom kerana sejak ia dibina, ketahanan fizikal jambatan itu tidak pernah diuji mahupun diselenggara.
Teo kesal kerana janji Pengarah JKR Datuk Ir. John Anthony(foto kanan) akan mengusahakan peruntukan berjuta ringgit untuk menyelenggarakan jambatan tersebut, malangnya janji itu tidak tepat kerana sehingga sekarang nampaknya terus senyap sahaja.- “Pengarah JKR datang ke sini memeriksa keadaan jambatan tersebut dan dia memberitahu saya yang JKR akan berusaha dapatkan peruntukan untuk menyelenggara jambatan itu.
- Tetapi sampai sekarang tiada apa-apa mereka lakukan,” kata beliau sebagai mengulas kenyataan pegawai itu pada 23 Julai 2010 yang memberi jaminan bahawa pihak JKR Sabah akan mengambil tindakan serius selepas kenyataan Teo terpampang di dalam media yang melaporkan bahawa jambatan tersebut mengalami keuzuran serius dan perlu diperiksa seterusnya diselenggarakan.
Bagaimana pun Teo yang telah mengintai janji tersebut hampir setahun lamanya merasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh JKR Sabah kerana tidak ada satu pun tindakannya dibuat selepas itu yang disifatkannya seolah-olah sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.- Dalam pada itu, Teo menegaskan bahawa, ramai rakyat di kawasan Kemabong dan Melalap bimbang akan keselamatan mereka ketika melalui jambatan tersebut yang dibina lebih 30 tahun lalau (dibina ketika era kerajaan USNO), namun sepanjang usia itu ia tidak pernah diselenggarakan.
- Tambahnya lagi, sedangkan kenderaan yang menggunakan jambatan tersebut bukan sahaja tertumpu kepada kenderaan kecil daripada Sipitang, Sarawak dan Brunei malah ia turut dilalui kenderaan besar bermuatan tinggi seperti lori pengangkut balak.
NGO Islam Gesa Kumpulan Kristian Mohon Maaf Ekoran Isu Al Kitab?
Tuesday, March 29, 2011
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), bukan kerajaan, menuntut kumpulan masyarakat Kristian supaya memohon maaf kepada umat Islam ekoran pelbagai kenyataan dalam isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang sebahagiannya didakwa telah menggores umat Islam.Selain itu, Pembela juga berpendapat bahawa kumpulan 35,100 Alkitab tidak patut dibenarkan untuk edaran kerana bercanggah dengan undang-undang negara ini.
Minggu lalu kerajaan membolehkan pelepasan naskhah Alkitab yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching tanpa dikenakan dua syarat iaitu tag dan nombor bersiri. Sebaliknya ia akan dikeluarkan dengan dicap “Untuk Kristian” sahaja.- Menurut Pembela, Keputusan awal kerajaan sudah merupakan satu kompromi yang sebenarnya sudah melampaui peruntukan-peruntukan ini.
Sikap keras dan degil pihak Kristian terhadap keputusan awal kerajaan ini adalah sangat mendukacitakan, kata Pembela dalam satu kenyataan dikeluarkan petang kelmarin.- Pembela berkata, lebih-lebih lagi jika diambil kira kitab al-Quran sendiri dikawal cetakan dan sebarannya oleh Kementerian Dalam Negeri, mendakwa prosedur biasa itu sebagai satu kesalahan besar yang mencemar kesucian Kristian dan Alkitab adalah satu tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.
Dalam kenyataan itu, Pembela juga menyeru agar kumpulan-kumpulan Kristian menghentikan pendekatan konfrontasi, sebaliknya menggunakan saluran perbincangan yang ada seperti Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama yang ditubuhkan oleh kerajaan.- Pembela menegaskan, bahawa jikalau puak kristian berterusan hendak mengambil pendekatan konfrontasi dan garis keras, Pembela mungkin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada jawatankuasa tersebut, kata Pembela dalam kenyataan di bawah tajuk “mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia dalam menangani isu kitab Injil Bahasa Melayu.”
- Pembela berkata, kenyataan ini dibuat memandangkan sikap kumpulan-kumpulan Kristian akhir-akhir ini yang terlalu provokatif dan melampau-lampau dalam menangani isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia.
Gabungan Pembela adalah dianggotai 19 badan bukan kerajaan, ia itu Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerak Massa Malaysia, Ikatan Badan Amal Islami Wilayah Persekutuan, Ikatan Muslimin Malaysia, Institut Pengajian Tradisional Islam, Persatuan Muslimat Interaktif, Institut Islam dan Pengajian Strategik, Kesatuan Pondok Islamiah Malaysia, Persatuan al-Hunafa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Al-Hidayah, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Maklumat Islam, Teras Pengupayaan Melayu, Yayasan Kubra dan Yayasan Sofa.- Pembela berkata, pihaknya menegaskan kepada semua pemimpin politik tanpa mengira parti agar jangan sekali-kali menggadaikan kedaulatan Islam kerana tekanan sokongan politik.
- Pembela juga berkata pihaknya juga sangat tidak selesa dengan pendekatan membiarkan para pemimpin bukan Islam yang ke hadapan menjadi jurucakap bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam isu ini.
- Oleh kerana ianya melibatkan isu Islam, sepatutnya pemimpin beragama Islam lebih terkehadapan dalam menangani isu ini, kata Pembela.
Menurut Pembela, pemimpin bukan Islam nampaknya sering berlebih-lebihan dan kurang berhati-hati dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat, sapertimana yang dilafazkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala (foto kanan) dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua baru-baru ini. Kenyataan berkenaan pelepasan Alkitab dikeluarkan oleh Idris bagi pihak Kabinet.- Pembela berkata, pihaknya juga menegaskan pengundi majoriti di negara ini adalah umat Islam dan berdasarkan senario mutakhir ini, “kami memutuskan untuk menggerakkan kempen kesedaran di kalangan pengundi Islam di negara untuk menolak mana-mana pemimpin yang terlalu berkompromi dengan prinsip kedaulatan Islam di Malaysia.”
- “Untuk tujuan itu, kami akan memantau serius setiap kenyataan dan tindakan setiap tokoh politik dalam isu-isu seumpama ini,” katanya lagi.
- Pembela juga akan mengemukakan satu memorandum khas berkenaan isu ini kepada pihak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu.
- Kata Pembela, pihaknya ingin mempersoalkan sampai ke tahap mana mereka hendak memprovokasi dan memanipulasi isu Alkitab dan adakah mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka ini amat menghiris perasaan umat Islam.
Pembela menuntut agar kumpulan-kumpulan Kristian terbabit kembali menghormati persefahaman yang ada di kalangan penganut agama yang berdasarkan Perlembagaan negara, peruntukan undang-undang dan pelbagai keputusan-keputusan rasmi.Ini termasuklah Artikel 3(1), 11(4) dan enakmennya, Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu kalimah Allah, larangan Mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah selagi rayuan belum diputuskan, dan keputusan Kabinet 1986 tentang import masuk kitab Injil berbahasa Malaysia.
- Sumber: The malaysian Insider
Syarikat Ganggu Aliran Air Punca Banjir Kilat Sering Berlaku
Monday, March 28, 2011
Semasa membuat satu pemeriksaan mengejut di Kg. Patikang Ulu, kawasan Parlimen Keningau baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan , melihat aliran semula jadi di ulu sungai tersebut tersekat akibat tindakan salah sebuah syarikat yang mengganggu aliran sungai itu.Kes in timbul, berikutan rungutan lebih 1,000 Penduduk di Kg. Patikang Ulu yang meminta kerajaan untuk menaik taraf jalan raya sejauh 1.5 kilometer yang sering ditenggelami air pada musim hujan.
- Tindakan tidak bertanggungjawab syarikat berkenaan, kata Pairin, bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang, tetapi ia menyebabkan air mengalir ke laluan yang berbeza dan menyebabkan banjir kilat sering berlaku di Kampung tersebut.
Masalah yang sudah wujud lebih 10 tahun itu telah mempengaruhi kehidupan penduduk di Kg. Patikang Ulu dan sekitarnya.
- Pairin selaku wakil rakyat kawasan tersebut merasa bersimpati dengan masalah tersebut dan akan memastikan ia dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat demi kepentingan penduduk bagi masa jangka panjang.
Justru itu, pihak yang terbabit perlu mengambil tindakan yang drastik bagi mengatasi dan memulihkan aliran semula jadi sungai yang terganggu atau dikenakan tindakan undang-undang, kata Pairin.Polis Mohon Beri Masa Untuk Siasat Kes Rakaman Video Seks
Monday, March 28, 2011
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci dan secara profesional berhubung kes rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.- Dalam kes berkenaan, Polis meminta semua pihak memberi masa kepada pasukan itu menjalankan siasatan.
- Beliau berkata, sebarang perkembangan mengenai kes tersebut akan dimaklumkan kepada pihak media dan orang ramai tidak sepatutnya membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu.
Walau macam mana pun, baru-baru ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengaku bahawa beliau adalah antara tiga orang yang dikenali sebagai Datuk T yang terlibat mendedahkan video skandal seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.- Dilapurkan, Polis sudah merakamkan kenyataan daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung tayangan video seks tersebut.
Keadaan Menjadi Kecoh Bila Ceramah Anwar di Halang FRU, 3 Ditahan
Sunday, March 27, 2011
Malam tadi, Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan. Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR bertempat di Gombak.
Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.- Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan. Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.
Bagaimanapun, Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif. - Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak.
- Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.
Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.
Pada ucapannya itu, Anwar mengingatkan perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor supaya tidak menggunakan taktik kotor tetapi lawan secara bermaruah di gelanggang pilihan raya.- "Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja.
- “Saya salahkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar.
- "Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihan raya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan.
- Anwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkannya di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.
Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994."Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," katanya.
Titik Gempa Bumi Hampiri Malaysia?
Sunday, March 27, 2011
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan(foto kiri) berkata, kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Justru itu, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.- Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Selanjutnya, Risiko Malaysia kepada gempa bumi dan tsunami telah diketahui. Akademi Sains Malaysia, MOSTI telah menyelia satu kajian yang komprehensif tentang risiko gempa bumi dan tsunami di Malaysia yang dilaksanakan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan Geosains, UPM, USM, dan UTM. Kajian ini telah siap sepenuhnya pada Januari 2009.Pada masa yang sama JMM juga telah menganjurkan dua International Roundtable Dialogue on Earthquake and Tsunami Risks in Southeast Asia, South China Sea and Western Pacific Marginal Seas Region. Kajian ASM dan roundtable dialogue tersebut juga mendapati bahawa
subduction zone Taiwan-Filipina di perairan barat adalah bersaiz kecil berbanding dengan subduction zone di perairan sepanjang timur Sumatera. Mengikut pandangan ahli seismologi dan berdasarkan rekod terdahulu, gempa bumi yang berkemungkinan berlaku di kawasan subduction zone Taiwan-Filipina hanya boleh menjana gempa bumi padamagnitud 8.5 pada skala Ritcher (worst case scenario).
Rekod terdahulu menunjukkan bahawa gempa bumi yang berlaku di kawasan subduction zone Taiwan-Filipina hanya hampir mencapai magnitude 8.0 pada skala Ritcher. Perbezaan 1.0 magnitud pada skala Ritcher akan mengakibatkan kekuatan 10 kali ganda.

