Pelaburan Asing Merosot : PM Nafi Laporan Bank Dunia
Saturday, April 30, 2011
Baru-baru ini Bank Dunia melapurkan bahawa lebih sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara manakala pelaburan langsung asing ke Malaysia adalah kurang disebabkan oleh dasar yang memberi keutamaan kepada Bumiputera.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebaliknya, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia telah meningkat kepada RM9 bilion pada tahun lepas daripada RM1.4 bilion pada 2009.
“Saya rasa laporan itu kurang tepat tapi daripada segi ‘brain drain’ itu, memang kita dah kenal pasti sebagai salah satu daripada masalah yang perlu dicari penyelesaiannya.- “Sebab itu kita menubuhkan Talent Corp, dan langkah pertama saya telah umumkan di Invest Malaysia baru-baru ini, ialah pemberian insentif cukai pendapatan pada kadar tetap 15 peratus bagi tempoh lima tahun jika mereka (profesional rakyat Malaysia) balik ke Malaysia.
“Ini salah satu daripada inisiatif pertama dan inisiatif lain yang telah dipersetujui dan kita akan ambil langkah selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan diPuteraJaya Jumaat.
Najib berkata beliau yakin Malaysia akan mampu menjamin pertumbuhan yang sihat untuk FDI dan pelaburan domestik.- “Jangan lupa, ia bukannya semata-mata soal FDI tetapi juga pelaburan demostik. Sebanyak 73 peratus daripada perancangan kita melibatkan pelaburan domestik,” kata Perdana Menteri.
Najib juga berkata projek Program Transformasi Ekonomi secara besar-besaran yang sedang dan akan dilaksanakan juga akan memberi peluang lebih terbuka kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan negara.94 Orang Rugi RM37 Juta Akibat Tertipu Dalam Skim Cepat Kaya
Friday, April 29, 2011
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamzah Taib semalam dedah bahawa sekurang-kurangnya 94 orang mengalami kerugian sekitar RM37 juta daripada aktiviti itu yang dilaporkan kepada polis.Menurut sumber, banyak orang sudah tertipu dengan skim cepat kaya seperti ini. Mereka telah melaporkan kepada pihak berkuasa tetapi malangnya setakat ini tiada apa-apa pun yang dapat mengembalikan wang mereka.
“Saya masih tidak mengerti mengapa orang ramai masih lagi tertipu dengan skim ini…si penipu nampaknya terlalu pintar memanipulasikan keadaan dengan berbagai cara untuk memukau dan memujuk orang ramai masuk ke perangkap mereka,” katan Aktivis Hal Ehwal Kepenggunaan Datuk Patrick Sindu kepada Bernama di sini, kelmarin.- Sehubungan itu, Patrick menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim cepat kaya yang berleluasa di Sabah.
Kemelut Di Sebalik Kekalahan BN Di Kawasan Bandar?
Thursday, April 28, 2011
Namun, kemiskinan di bandar lagi teruk kalau di selidik dengan sepenuh nya. Ini termasuk lah pendapatan purata bulanan penduduk di bandar-bandar besar di Negara ini.- Baru-baru ini, saya terbaca lapuran Statistik Jabatan Perangkaan yang menunjukkan kadar kemiskin di bandar sebanyak 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar negara ini berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Dilapurkan, dengan gaji sekecil itu, terlalu banyak kos terpaksa ditanggung antaranya hutang kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, pinjaman PTPTN, pinjaman kereta, sewa rumah, bil elektrik, air dan telefon, tol, meletak kenderaan, cukai pendapatan selain perbelanjaan anak-anak.- Justeru, dalam keadaan banyak kaedah bayaran diterima menggunakan kad kredit, kebanyakan warga kota terpaksa menjelaskan sebahagian bil ‘keperluan’ menggunakan kad kredit demi kelangsungan hidup dan melengkapi keluarga dari semua sudut kehidupan.
- Menurut Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pula, penggunaan kad kredit kini melebihi 10 juta dan daripada jumlah tersebut lebih 70 peratus pemiliknya adalah penduduk bandar.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa takrif miskin bandar yang dikeluarkan oleh kerajaan masih jauh daripada realiti sebenar kehidupan dan masyarakat di kota yang kebanyakannya berumur antara 25 hingga 50 tahun terpaksa ‘bertungkus-lumus’ untuk terus hidup, walaupun bergelumang dengan hutang.- Ekoran keadaan ini, maka wujudlah pelbagai istilah di kalangan warga kota apabila ditanya perkhabaran semasa mereka, antaranya : bolehlah…nak hidup, ok saja…hidup la atau dalam kiasan bahasa sebenarnya “Kais pagi makan pagi.”
Di sebalik ungkapan-ungkapan di atas, terselindung suatu kepayahan untuk warga kota menampung sara hidup yang begitu mencabar. Terutama sekali mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai dua hingga empat orang anak untuk menyara kehidupan dalam keadaan serba lengkap seadanya.
Mala kadang-kadang kita terdengar, warga kota ini terpaksa sujud kepada skim pinjaman Along, semata-mata untuk menampong sara hidup yang kian hari kian mencabar. Tidak kurang pula di kalangan mereka yang di deklarasikan sebagai bankrup- Saperti 'sudah jatuh ditimpa tangga', mereka di bebankan lagi dengan lonjakan inflasi saperti kenaikan harga petrol, harga makanan serta minuman asas seperti gula, susu dan tepung selain peningkatan tarif air dan elektrik yang meliputi segenap sektor dari makanan hinggalah kepada perkhidmatan.
Dari apa yang direkodkan, situasi ini seakan-akan sebagai satu fenomena yang pelru di rintangi oleh warga kota yang merangkumi pelbagai jenis kaum. Termasuk Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum di Malaysia ini.- Justeru, dari sudut politik tanahair, tidak hairanlah jika dilihat masa kini trend kekalahan Barisan Nasional di kawasan bandar, berpunca dari ketidak puasan hati serta protes kepada parti pemerintah di kalangan warga kota ‘atas pagar’ yang marah tiap kali kadar inflasi melonjak.
Selain isu-isu nasional yang disemarakkan oleh media-media online popular, warga kota yang tentunya lebih dekat dengan internet berbanding mereka di kampung serta desa dengan sendirinya menahan keperitan akibat kenaikan kos sara hidup yang mendadak semenjak akhir-akhir ini dan sebagai tanda protes, mereka ini menterjemahkan kemarahan dalam kertas undi dengan mengundi pembangkang.- Mereka ini sebenarnya bukan tidak menyokong BN atau teruja dengan pembawaan pembangkang, cuma kebanyakan daripada mereka yang berada atas pagar ini pergi ke pusat pengundian sekadar untuk menunjukkan protes.
Justeru, selain membuat kajian kelemahan serta kekuatan BN ketika berhadapan dengan PRU13 nanti, satu kajian terperinci perlu dilakukan segera bagi mencari jawapan sebenar kepada masalah ‘miskin’ di bandar yang masih dipandang sepi ini. Ia perlu dikaji secara konsisten mengikut keadaan ekonomi semasa agar segala masalah ini dapat diselesaikan segera.Kadar Pengangguran Di Sabah Hanya 5.6% Tahun Lepas
Thursday, April 28, 2011
Kadar pengangguran di Sabah direkodkan pada 5.6 peratus tahun lepas, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid. Kadar Pengangguran negeri Sabah, tahun sebelum nya ada lah 6.1 peratus( kadar tertinggi di Malaysia). Manakala kelantan pada tahun yang sama hanya lah 2.2 peratus.
Dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran, beliau berkata kerajaan negeri mempunyai perancangan selain meneruskan program sedia ada.- Kata Jainab, pada masa akan datang, kerajaan akan menggalakkan majikan mengusahakan peluang-peluang pekerjaan di rumah di kalangan suri rumah, ibu tunggal dan golongan khas.
- Manakala Jabatan Tenaga Kerja Sabah ini sedang mengusahakan untuk mendapatkan majikan yang boleh mengusahakan pekerjaan di rumah di kawasan-kawasan berhampiran dengan tempat pekerjaan majikan berkenaan, katanya ketika menjawab soalan Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-Balung) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada hari Rabu.
Selain itu, beliau berkata kerajaan akan meneruskan Program Penempatan Pekerjaan (3P) di semua daerah dengan kerjasama agensi dan jabatan kerajaan negeri dan pusat, serta meningkatkan perkhidmatan melalui portal jobsmalaysia.gov.my dan Pusat Pekerjaan Sabah bagi menggalakkan pendaftaran pencari pekerjaan.
Jainab berkata Program 3P berjaya menempatkan 1,133 pencari pekerjaan. Menurutnya, sebanyak 24 Program e-Kasih, 11 Program Azam Kerja dan 16 Program 3P berjaya dibuat.Mangsa Pemerdagangan manusia Dari 20 Negara Berjaya Diselamatkan
Wednesday, April 27, 2011
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam berkata Seramai 797 mangsa kes pemerdagangan orang dari 20 negara berjaya diselamatkan oleh pihak penguatkuasa tempatan sehingga 31 Mac lepas.Mereka ini terdiri daripada 505 wanita, 223 lelaki dan 69 kanak-kanak itu telah mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO), dan ditempatkan di rumah perlindungan.
Katanya, Statistik terkini mangsa yang berada di rumah perlindungan bagi tempoh sehingga semalam ialah, 50 wanita, 55 lelaki dan 23 kanak-kanak. Bagi kes-kes pendakwaan bagi tempoh yang sama ialah, jumlah kes yang telah dituduh sebanyak 323 kes, kes yang di peringkat bicara (243), kes selesai (42) dan kes yang telah disabitkan (31).
Dalam pada itu, Mahmood berkata pihak penguatkuasa juga berjaya membanteras sindiket penyeludupan migran di Sabah apabila seramai 60 warga Filipina yang dipercayai diseludup masuk ke Sabah melalui jalan laut, berjaya ditangkap. Dkatakan kerajaan turut bekerjasama dengan Peguam Negara Australia bagi menangani kes-kes penyeludupan migran.
Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda Di Malaysia?
Wednesday, April 27, 2011
Artikel yang sensasi dibawah ini saya petikkan dari penulisan Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, semata-mata bertujuan untuk difikirkan bersama, sejauh mana kah releven nya gambaran yang diilhamkan oleh anak muda ini selaras dengan senario yang diharungi oleh golongan muda di Malaysia masa kini.
"Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa. Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara.- Media yang dikawal secara jelas dan berterusan menjadi boneka menjalankan propaganda liar yang tidak matang untuk ditatap oleh anak muda yang akhirnya menjejaskan kualiti generasi hari ini.
Perancangan anak muda terbantut apabila kehidupan diasak hebat dengan cara pemerintah mentadbir urusan rakyat. Ia sebenarnya adalah bukti beban dan punca masalah generasi ini.- Kos sara hidup yang meningkat, hutang yang semakin membebankan, keadaan dan persekitaran semasa yang tidak memberikan jaminan keselamatan memberi gambaran kepada generasi muda bahawa harapan untuk mempunyai sebuah kehidupan yang bernilai pada masa hadapan pudar dan lenyap.
Peningkatan masalah sosial dan akidah remaja semakin teruk dan membimbangkan. Saban hari muncul permasalahan baru dikalangan remaja yang dilaporkan.- Namun, ia hanya menjadi topik perbualan pinggiran dan tidak dibahaskan secara serius yang akhirnya meletakkan nasib mereka seolah-olah sedang diperjudi dan digadaikan atas nama kuasa.
Anak muda disajikan dengan hiburan yang terus melalaikan dari memikirkan kedudukan dan peranan mereka dalam sebuah negara yang bertamadun. Manakala, pemerintah dilihat lebih senang melihat generasi ini untuk lalai dan tidak memikirkan langsung usaha meningkatkan kualiti kehidupan, yang seharusnya digarap melalui pendidikan, tahap kefahaman agama dan nilai kemasyarakatan yang lebih bertanggungjawab.
Namun, perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian ialah nasib dan hala tuju generasi muda. Tumpuan dan perhatian khusus kepada generasi ini perlu diberikan sehabis daya dengan fokus, kerana generasi ini adalah insan yang akan meneruskan perjuangan pada masa akan datang.- Sekiranya kerajaan masih meneruskan lanskap politik dinegara ini secara semberono dan membabi buta, apakah yang menjadi harapan kita untuk melihat generasi muda mencipta sebuah perubahan?
Kerana itulah anak muda keseluruhannya diseru untuk melakukan perubahan agar dilihat sebagai suatu kumpulan pendesak yang digeruni oleh pemerintah yang tidak tahu dan menghormati hak generasi ini untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan terjamin."Ujian Profil DNA Untuk Dapat MyKad Di Sabah?
Tuesday, April 26, 2011
Menurut Presiden Sakag Sabah, Hj Masmin Kadad, seorang bapa rakyat Sabah berbangsa tionghua mendakwa dua anak perempuan di Pensiangan Sabah yang diminta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjalani ujian profil Deoxyribonucleic acid (DNA) berharga RM1,700 setiap satu sebelum dapat memproses permohonan Mykad kedua anak perempuannya.Kata beliau, kejadian dua orang anak perempuan berumur 16 dan 14 tahun sedang belajar di Tingkatan Tiga dan Empat; walaupun mempunyai sijil lahir namun apabila memohon Mykad, mereka diminta membayar RM 1,700.00 setiap orang (dua orang RM 3,400.00).
Ayah mereka, Yap Loong Chin membawa perkara ini kepada media untuk meminta penjelasan lanjut mengapa dia perlu membayar RM 3,400.00 untuk pemeriksaan DNA agar anak-anaknya boleh memiliki Mykad.- Beliau memohon pertimbangan daripada pihak kerajaan kerana anak-anaknya yang lain tidak dikenakan apa-apa bayaran.
“Saya telah mengemukakan masalah ini kepada Ketua MCA namun akhirnya saya tetap diminta membayar RM 1,700 bagi seorang anak untuk menjalani pemeriksaan DNA sebelum diberikan Mykad dan walaupun saya telah mempunyai surat akuan namun Putrajaya tidak meluluskan untuk permohonan Mykad tersebut,” ujar Yap meminta pihak kerajaan memikirkan perkara ini dengan serius kerana akan lebih ramai penduduk yang mempunyai masalah apabila anak-anak mereka tidak dapat belajar di institut tinggi kerana belum memiliki Mykad.- Yap berkata, apabila mereka mendapat surat dari Putrajaya kononnya mereka perlu menjalani pemeriksaan DNA, beliau kemudian pergi ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan DNA.
Bagaimanapun Hospital Keningau tidak mempunyai kemudahan tersebut dan hanya ada di Kuala Lumpur dan Kuching. Kos pemeriksaan DNA di Kuching ialah RM 1,700.00 seorang. Jika di klinik, kos perbelanjaan ialah antara RM3,000-RM4,000 setiap orang. Sumber: Presiden Sakag Sabah (NGO), Tuan Hj Masmin Kadad, SabahKini
Akibat Skim Gaji Minimum, 500 Syarikat Keselamatan Bakal Gulung Tikar ?
Tuesday, April 26, 2011
gambar hiasan PPKKM sedang bertugas
Lebih 500 syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan didakwa bakal gulung tikar sekiranya kerajaan tetap bertegas untuk mengambil tindakan terhadap syarikat yang gagal membayar gaji minimum kepada pekerja mereka.Lebih teruk tindakan itu juga didakwa bakal mengakibatkan kira–kira 150,000 pengawal keselamatan yang kini berkhidmat dibawah syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan akan hilang pekerjaan masing-masing apabila syarikat terbabit terpaksa ditutup.
Dakwanya lagi, PPKKM sudah pun mengemukakan rayuan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk memberi tempoh selama enam bulan atau hingga kadar kontrak dinaikkan sebelum akta itu dikuatkuasakan sebelum ini.
Tambahnya, mustahil pihak syarikat dapat membayar gaji pengawal keselamatan mengikut akta yang telah dikuatkuasakan itu jika pihak terlibat enggan menaikkan kadar harga perkhidmatan untuk mereka.
Sumber: agensi
Dakwaan itu dibuat Setiausaha Akhbar Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), M. Nagoor Has han Sahiboo pada Kursus Keselamatan Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Pelagat semalam.- M. Nagoor mendakwa, perkara itu berlaku kerana kadar bayaran perkhidmatan yang disediakan untuk syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan masih di paras lama tetapi tangga gaji minimum pula telah ditetapkan.
- Menurutnya, Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 yang dikuatkuasakan sejak 15 Februari lalu menetapkan pihak syarikat perlu membayar gaji bulanan pekerja antara RM1,200 hingga RM1,500.
- “Tetapi hingga kini pihak kerajaan mahupun swasta belum bersedia memenuhi permintaan PPKKM supaya nilai kontrak bagi membekalkan pengawal keselamatan dinaikkan,” dakwanya.
- M.Nagoor mendakwa, syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan terbabit tidak mampu menaggung kos gaji pengawal keselamatan tersebut kerana harga perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka tidak mencukupi.
Dakwanya lagi, PPKKM sudah pun mengemukakan rayuan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk memberi tempoh selama enam bulan atau hingga kadar kontrak dinaikkan sebelum akta itu dikuatkuasakan sebelum ini.Tambahnya, mustahil pihak syarikat dapat membayar gaji pengawal keselamatan mengikut akta yang telah dikuatkuasakan itu jika pihak terlibat enggan menaikkan kadar harga perkhidmatan untuk mereka.
Pemeriksaan Ketat Terhadap Individu Yang Keluar Negara
Monday, April 25, 2011
gambar hiasan skim pemereksaan ketat di lapangan terbang
Menurut statistik, mereka yang ditahan di luar negara, adalah kerana kes dadah. Daripada 1,880 orang yang ditahan sejak 1991, seramai 833 adalah kerana kes dadah.Justru itu, Kementerian Luar mahu tahap pemeriksaan ke atas individu yang hendak meninggalkan negara ini dipertingkatkan bagi mengekang aktiviti ''keldai dadah''.
Timbalan Menterinya Datuk Richard Riot berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan, dalam usaha kerajaan mengatasi masalah rakyat negara ini dijadikan alat oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa. - Untuk mengelakkan aktiviti ini dari berleluasa, kawalan keselamatan di pintu keluar negara (lapangan terbang) mesti diperketatkan, katanya kepada pemberita, di Kucing hari ini.
Beliau berkata buat masa ini, timbul persoalan bagaimana pihak terbabit berjaya melepasi pemeriksaan di negara ini tetapi ditahan apabila tiba di lapangan terbang negara lain.Untuk Membentras Rasuah, Tindakan Drastik Terpaksa Dilakukan - Najib
Sunday, April 24, 2011
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik untuk membendung jenayah rasuah dan masalah ketirisan bagi memastikan ia tidak menjejaskan hasil dan pendapatan negara.Kata Najib, jenayah rasuah dan masalah ketirisan bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan kerajaan tetapi juga akan turut memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya.
Beliau berharap rakyat memahami bahawa sebarang tindakan yang diambil kerajaan seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini berhubung tangkapan berkaitan rasuah adalah bertujuan untuk menangani ketirisan yang berlaku. Tindakan itu tidak ada lain tujuan melainkan untuk menambah hasil negara.
Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa bukan soal kerajaan tidak mahu menambahkan projek pembangunan yang boleh memberi kerja tambahan kepada kontraktor tetapi kemahuan dan keinginan mestilah berpaksi kepada kemampuan kewangan negara.
“Sehubungan itu, kita mesti fahami bahawa kalau kita hendak lebih banyak projek pembangunan, maka semua orang mesti memainkan peranan masing-masing, iaitu yang mengurus ekonomi negara kena mengurus dengan baik dan dan keinginan mestilah berpaksi kepada kemampuan kewangan negara.
“Ini berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara dan kebolehan kita mengutip hasil tambahan. Kalau kita tidak dapat kutip hasil tambahan kerana berlaku ketirisan yang berluasa, maka itu juga akan menjejaskan hasil dan pendapatan kerajaan.- “Misalnya, kalau banyak orang mengelak daripada membayar cukai yang menjadi punca kewangan kerajaan, kalau ada orang eksport dan import barang tetapi tipu harga dan melakukan apa yang disebutkan ‘under declaration’, maka ia merupakan kekurangan kewangan kepada kerajaan.” Demekian katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Pahang di Kuantan, semalam.
Dalam isu yang berkenaan, baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan 60 anggota dan pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di seluruh negara untuk siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Dalam pada itu, Najib berkata beliau akan menjadi orang yang paling gembira jika hasil negara dapat dipertingkatkan daripada RM50 bilion kepada RM60 bilion atau RM70 bilion.

