SUARA BEBAS TUARAN

Inflasi Naik Berikutan Kenaikan Tarif Tenaga?

Tuesday, May 31, 2011

Kerajaan pada Isnin memutuskan untuk menaikkan tarif elektrik dan harga gas asli sebagai sebahagian daripada rancangan perasionalan subsidi. Kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Bhd menaikkan kadar sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun, kenaikan pertama sejak 2008 apabila tarif dinaikkan sebanyak 24 peratus.
  • Ia juga berkata harga gas asli akan naik RM3 setiap juta unit termal British setiap enam bulan sehingga 2015, yang akan mengurangkan kos subsidi gas kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.

Dalam pada itu, kerajaan juga menjangka inflasi meningkat 0.27 peratus berikutan kenaikan tarif tenaga yang diumumkan Isnin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. "Ini (kenaikan) merupakan suku daripada satu peratus," kata beliau pada sidang akhbar bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini. Inflasi tahunan pada April ialah 3.2 peratus.
  • Menurut sember,Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
  • Justeru itu, tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Sumber: Agensi
Read On 6 comments

3 Ditahan ISA Di Sabah, Terlibat Penyeludupan Manusia

Monday, May 30, 2011

Tiga orang termasuk dua warga asing ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Lahad Datu pada 24 Mei lepas, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan penahanan itu berkata, ketiga-tiga individu itu dikesan aktif dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan darat.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai identiti mereka. Katanya tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.
  • Hishammuddin berkata penangkapan mereka akan membolehkan satu siasatan lanjut yang terperinci dijalankan sekaligus diharap mampu membongkar dan mengekang tindak-tanduk kegiatan penyeludupan warga asing di Sabah.
Katanya tangkapan itu merupakan sebahagian daripada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Sumber: BERNAMA
Read On 7 comments

Perceraian Faktor Utama Penderaan Kanak-kanak?

Sunday, May 29, 2011

Kes penderaan kanak-kanak di negara ini yang dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun lepas meningkat kepada 2,961 kes berbanding 2,789 kes pada 2009. Jumlah pasangan Muslim yang bercerai menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu 27,116 kes pada 2009 berbanding 22,289 kes pada tahun sebelumnya.
Manakala jumlah kes perceraian pasangan bukan Muslim pula menunjukkan penurunan iaitu 3,633 kes pada 2008 berbanding 2,938 kes pada tahun 2009, demekian menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.
Kata beliau, perceraian ibu bapa menjadi faktor utama berlakunya kes penderaan kanak-kanak yang menunjukkan trend peningkatan di negara ini.
Menurut Heng, perceraian yang tak diurus dengan baik akan memberi implikasi kepada kanak-kanak seperti berlakunya pengabaian, peminggiran dan penderaaan. Ini kerana pendera iaitu ibu atau bapa biasanya rasa tertekan dan melepaskan geram mereka kepada anak-anak.
“Selain daripada itu, anak-anak menjadi mangsa perebutan antara ibu dan bapa dan keadaan akan menjadi lebih buruk lagi sekiranya pihak kedua-dua belah keluarga turut campur tangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kanak-kanak 2011 bertemakan ‘Suara Untuk Perubahan’, kelmarin.
  • Heng berkata kerajaan melalui kementerian itu telah mengambil inisiatif menggubal Dasar Keluarga Negara (DKN) pada Mac lepas bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan di negara ini.
  • Katanya, DKN merupakan panduan utama kepada semua pihak supaya mengarusperdanakan perspektif keluarga dalam perundangan, dasar, prosedur, peraturan dan program pembangunan secara keseluruhan.
Sumber: Agensi
Read On 8 comments

Konsert ke8 AF9 Tiada penyingkiran, Fina Mendapat Imuniti?

Sunday, May 29, 2011

Konsert kelapan yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil ini menyaksikan tiada penyingkiran walaupun pada awalnya, hos Aznil Haji Nawawi telah mengumumkan nama Lena sebagai pelajar yang berada di tangga yang tercorot AFUNDI nya.
  • Atau pun mungkin Fina dan yang lain sebenar nya yang tercorot sekali? Ini kita boleh rumuskan secara rasional, kerana bermula dari awal minggu sehingga lah carta Afundi di umumkan sebelum bermula nya konsert malam itu, % Lena senentiasa di atas. Manakala Fina dan Azri selalu nya terletak di bawah, sehingga lah Afundi di tutup selepas konsert berakhir.
  • Selanjut nya, walau pun setiap 10 minit % carta di siarkan, namun nama lena tidak pernah di umun sebagai pelajar yang mempunyai Afundi yang tercorot.
  • Secara logiknya, tak kan Afundi boleh naik dengan mendadak dalam jangka 20 minit sebelum Afundi ditutup? Namun 'Dalam AF ini, kita difahamkan 'Macam-Macam Ada'. Kita hanya dapat menumpang kasih.
Walau macam mana pun, akhir nya Nurshafinaz binti Jebat atau Fina, 18, pelajar yang diserap masuk pada minggu ketiga lalu adalah pelajar bertuah yang menerima imuniti berkenaan, dan sekaligus seperti dijanjikan, dia telah layak beraksi di konsert final nanti tanpa perlu membuat persembahan di minggu ke 9.
  • Imuniti ini adalah hasil gabungan 50% markah tenaga pengajar dan 50% kiraan undian SMS kepada Fina. Dalam konsert kelapan ini FIna menyampaikan lagu Samudera nyanyian asal Nora.
  • Tidak banyak yang dilapurkan mengenai persembahan pelajar AF9 malam itu, kerana semua pelajar di katakan tidak membuat persembahan yang diharapkan. Walau pun pada saya, lontaran vokal kebanyakan pelajar pada malam itu agak baik dan memenuhi selera penuntun mahu pun distudio atau pun di rumah.
Dengan itu, harapan kita agar Lena dapat membuat persembahan yang lebih mantap dikonsert ke10 nanti. Dan seterus nya di pilih oleh anda untuk ke final.
Teruskan mengundi Lena dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI 3/5/10/20; dan hantarkan ke 32999.
Sumber: Murai, Agensi
Read On 7 comments

58 Kawasan Di Lembah Klang Berisiko Alami Bencana Tanah Runtuh

Saturday, May 28, 2011

Kira-kira 58 kawasan perumahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang berada di kawasan berbukit berdepan risiko kejadian tanah runtuh, kata Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Mohd. Noor Yaacob(gambar kanan). Beliau berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian yang dibuat oleh JKR tahun lepas mengenai taman-taman perumahan yang berada di kawasan berbukit.
  • "Kesemua 58 kawasan perumahan itu terletak dalam kawasan empat pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," katanya di sini semalam.
  • Mohd. Noor berkata, kawasan paling banyak berisiko ialah di bawah MPAJ iaitu sebanyak 39 kawasan.
  • "Paling sedikit ialah di kawasan MPS sebanyak tiga lokasi iaitu di Cemerlang Height, Gombak Setia dan Plaza Tol Lebuh Raya Karak," katanya.
Mohd Noor berkata kawasan yang dianggap paling berisiko adalah yang terletak pada 100 meter persegi dari kawasan cerun bukit. Katanya terdapat dua kategori kawasan bukit yang berbahaya iaitu


  1. pertama ‘Hazard’ tahap bahaya cerun di mana tidak terdapat kawasan perumahan di situ dan jika berlaku tanah runtuh tidak mengancam nyawa manusia.
  2. Kategori kedua ialah kawasan berisiko di mana terdapat kawasan perumahan di tempat tersebut dan jika berlaku tanah runtuh akan mengancam nyawa manusia.
Mohd. Noor juga menyarankan sesiapa yang bercadang untuk membina rumah di kawasan cerun bukit supaya memastikan sistem saliran di kawasan itu disalurkan ke tempat betul, dan bukan dibiarkan begitu sahaja.
Sumber: Agensi


Klip Video Nostalgia Highland Tower
Read On 7 comments

Kerajaan Nenaikan Kadar Tarif Elektrik?

Friday, May 27, 2011

Baru-baru ini kita telah digembirakan bilamana Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG). Namun hari ini kelegaan itu terhenti sejenak apa bila Majlis Ekonomi Negara (NEC) meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.
NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, lapor Malaysiakini.
  • Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui(gambar kanan) dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
  • Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara. Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga Petrol RON95 dan diesel.
  • Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada petang Jumaat menegaskan bahawa satu pengumuman mengenai tarif elektrik dan gas akan dibuat tidak lama lagi tanpa memaklumkan tarikh bila.
  • Bagaimanapun kenyataan itu mengesahkan bahawa soal mengkaji semula tarif yang sedia ada sekarang telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada Jumaat.
  • Pada Khamis, Menterinya, Datuk Seri Peter Chin berkata, isu mengenai tarif baru itu memang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.
Ini bermakna kita kini maseh lagi berhadapan dengan gejala kenaikan barang keperluan harian saperti gula dan kadar tarif letrik. Disamping kenaikan bahan rangkain yang ada hubung kait dengan pengunaan gula dan juga kenaikan bahan rangkaian yang berlaku akibat kenikan tarif letrik dan sebagainya.
Walau macam mana pun sapertimana yang kalian selalu laungkan di sini, kita hanya mampu menerima apa juga keputusan kerajaan kini dan masa akan datang tanpa syarat dan protes.
Sumber: mStar
Read On 8 comments

Media Menjadi Medan Anti Kesetiaan Rakyat Kepada Negara?

Friday, May 27, 2011

Media baru khususnya ruangan blog kini menjadi medan pihak-pihak tertentu untuk membangkitkan isu-isu yang boleh menjejaskan kesetiaan rakyat kepada negara. Selain dari itu, penggunaan teknologi maklumat yang meluas juga telah memberi ruang dan peluang kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab meraih sokongan dengan menggunakan unsur-unsur sensitif seperti perkauman, demekian kata Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim.
  • Menurut Japlin, keputusan dalam pilihan raya umum negeri Sarawak baru-baru ini, beliau berkata pihak pembangkang telah mencetuskan pelbagai propaganda untuk mengabui mata rakyat agar mengurangkan sokongan kepada pemerintah.
  • “Meskipun kebebasan bersuara dibenarkan di negara ini tetapi ia hendaklah berlandaskan lunas-lunas undang-undang dan perlembangaan negara tanpa sekali-sekali menjejaskan keamanan dan keharmonian negara yang kita kecapi selama ini.
  • “Rakyat seharusnya sentiasa setia kepada negara dan mengelakkan segala tindakan yang hanya merugikan negara,” katanya.
Sumber: NST
Read On 10 comments

Kenaikan Tariff Elektrik, RON95, Diesel Dan LPG Ditangguhkan

Thursday, May 26, 2011

Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.
  • Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.
  • Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail Sabri berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.
  • Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.
Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini. Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.
Sumber; mStar
Read On 12 comments

Pandangan Pakar Teknikal Punca Keruntuhan Tanah Di Hulu Langat

Wednesday, May 25, 2011

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, baru-baru ini, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).
Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa.
  • Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995.
  • “Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.
  • “Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.
Menurut Ibrahim(photo kiri), kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk.
“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa.
“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya.
  • Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008.
  • “Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit.
  • “Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit,” katanya.
  • Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit yang didiami penduduk.
  • Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan.
  • “Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan,” katanya.
Dalam isu yang sama, Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir Ashaari Mohamad(photo kiri) berkata, berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis, diikuti 41 mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80 mm pada hari kejadian.
  • "Jumlah hujan yang turun pada hari kejadian adalah luar biasa sebab jumlah normal adalah sekitar 20 milimeter. Apabila hujan turun dan meresap ke dalam tanah ia telah menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan boleh runtuh pada bila-bila masa,” katanya ketika menyampaikan taklimat pada majlis penyampaian sumbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada mangsa tragedi tanah runtuh itu di Hulu Langat tersebut.
  • Ashaari berkata, berdasarkan tinjauan pihaknya ke kawasan dan puncak cerun berhampiran tanah runtuh itu, terdapat lurah laluan air yang menuju ke kawasan runtuhan. Selain itu, pokok-pokok yang ditebang di sekitar kawasan itu juga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi laluan air apabila hujan.
  • “Tanah-tanah masih bergerak dan kalau ada hujan boleh menyebabkan tanah runtuh dan kita kategorikan kawasan ini sebagai tidak selamat,” katanya.
  • Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau berkata, kedudukan antara cerun yang berketinggian 25 hingga 30 meter dengan bangunan rumah anak yatim itu juga terlalu hampir iaitu sekitar tujuh meter atau 25 kaki saja.
  • “Kita menganggarkan sejumlah 3,500 isipadu tanah atau bersamaan 600 lori, tanah yang runtuh dan menimpa rumah anak yatim berkenaan dengan ketinggian runtuhan empat meter dan lebar 54 meter,” katanya.
Ashaari berkata, cerun di kawasan rumah anak-anak yatim juga dipotong dan itu menyebabkan berlaku ketidakstabilan pada keadaan tanah.
“Jadi hari ini kami nak teliti balik keadaan tanah dan melihat bagaimana kami boleh baiki semula struktur tanah ini. Kami juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengawasi keadaan sekitar kawasan perumahan di kawasan ini kerana mereka juga terdedah kepada risiko sama,” katanya.
Sumber: Agensi
Read On 8 comments

Kumpulan Syiah Di Serbu, Pemimpin Di Tahan

Wednesday, May 25, 2011

Sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)telah menyerbu Kumpulan Syiah yang difatwakan sesat dan menyimpang daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Dataran Padang Rakyat, Taman Sri Gombak, kelmarin.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira 150 tetamu turut hadir pada majlis 'Wanita Dalam Penyelesaian Masalah Global dan Pencapaian Keamanan Sejagat' yang dikatakan sengaja diadakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk menyebarkan fahaman tersebut.
  • Antara ajaran kumpulan itu ialah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.
Sumber: Agensi
Read On 9 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails