SUARA BEBAS TUARAN

Fikiran Kusut Antara Punca Kemalangan Ke Tempat Kerja?

Thursday, June 30, 2011

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, fikiran kusut mengejar kad perakam waktu atau tergesa-gesa ke tempat kerja dikatakan antara punca kemalangan semasa pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja.
Beliau berkata jumlah kes kemalangan pergi dan pulang dari tempat kerja adalah meningkat dengan 22,036 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 20,810 kes pada tahun sebelumnya.
  • Daripada jumlah itu, 63 pekerja meninggal setiap bulan kerana kemalangan semasa berulang-alik ke tempat kerja, katanya.
  • Maznah turut berkata kajian Pertubuhan Kesihatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 80 peratus mangsa kemalangan adalah pekerja lelaki yang melibatkan pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Beliau berkata Perkeso mengeluarkan RM1.8 bilion pampasan kepada pekerja yang mengalami kemalangan sewaktu di tempat kerja atau pun sewaktu berulang-alik ke tempat kerja berbanding RM1.3 bilion pada tahun 2009.
Kata Maznah selanjut nya, sasaran pengurangan sebanyak 30 peratus kes kemalangan pergi dan pulang dari tempat kerja diharap dapat dicapai tahun ini sempena kempen yang dilancarkan baru-baru ini.
Sumber: Agensi
Read On 9 comments

Gara-Gara Berseh, Sasterawan Negara Samad Said Di Siasat Polis

Wednesday, June 29, 2011

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said hari ini memberi keterangan dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 Seksyen 4 (1) dan Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967. Bagaimanapun A. Samad Said yang lebih mesra dipanggil sebagai Pak Samad kelihatan tenang sahaja dan menyatakan beliau bersedia memberi keterangan jika didakwa di Mahkamah kelak.
"Saya cuma diambil keterangan mengapa saya hadir membaca puisi di pelancaran Bersih 2.0 dan saya beri jawapan saya akan jelaskan bila dipanggil ke Mahkamah nanti. Saya tak kata apa-apa jadi sebarang kata-kata akan dijelaskan di mahkamah nanti, "kata beliau di hadapan wartawan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.
  • Semalam, beliau menemui sebuah notis yang dimasukkan ke tingkap rumahnya untuk hadir memberi keterangan kerana bacaan sebahagian puisi beliau "Unggun Bersih" ketika Pelancaran Bersih 2.0 19 Jun lalu.
  • Seksyen 4 kurungan 1 menyatakan kesalahan Mana-mana orang yang melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apaperbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut.
  • Jika didakwa Pak Samad berhadapan dengan hukuman didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
  • Bagaimanapun Pak Samad terus mempertahankan Bersih sebagai gerakan yang baik dan membawa perubahan Positif kepada negara.
  • "Sangat salah untuk menyatakan gerakan ini (Bersih) akan memporak-porandakan. Saya fikir gerakan ini untuk membantu tumbuhkan suasana lebih bagus dan sepatutnya disokong dan bukan dibanta, "kata beliau.
  • Pak Samad diiringi oleh dua peguam NGO Lawyers For Liberty iaitu N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri. Menurut Surendran soalan yang dikemukakan kepada Pak Samad berunsur pelik dan cuba mengaitkannya dengan politik.
  • "Ini kali pertama Sasterawan Negara dipanggil polis dan disoal-siasat semata-mata kerana baca puisi yang merdu.
  • "Soalan yang ditanya juga pelik seperti 'Dari mana dia mendapat anugerah Datuk, adakah dia dibayar untuk baca puisi itu, dan adakah ia didokong oleh parti politik," kata Surendran.
Malah Surendran dan Fadiah turut diberikan notis 111 untuk memberi keterangan pada keesokan hari kerana hadir ke pelanmcaran bersih 19 Jun lalu.
Sumber: TVS, agensi
Read On 8 comments

Kempen Pemboikotan Astro Sudah Bermula?

Tuesday, June 28, 2011

Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
  • Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
  • Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
Sumber: MyNewsHub..teruskan membaca
Read On 11 comments

Hanya Kemenangan Bawa Erti-Najib

Monday, June 27, 2011

Kata Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno perlu menjalin hubungan yang begitu baik dengan pelbagai golongan dalam kawasan sendiri. Anggota dan pemimpin parti mesti ada ikatan dengan orang miskin, golongan pertengahan, penjaja, peniaga, PIBG, badan belia, pertubuhan serta kalangan Melayu dan bukan Melayu. Merekalah yang akan tentukan sama ada UMNO menang dalam pilihan raya atau pun tidak.
Justeru itu, Perdana Menteri meminta anggota parti mewujudkan satu perikatan baru iaitu menjalin hubungan dan ikatan dengan pelbagai peringkat dan golongan masyarakat di kawasan masing-masing, bagi memastikan sokongan rakyat kepada parti.
  • Najib berkata, dalam pilihan raya tidak ada istilah naib johan, seperti mana dalam sesuatu pertandingan biasa yang turut menyediakan hadiah untuk naib johan.
  • "Untuk pilihan raya hanya johan sahajalah yang ada erti dan makna bagi kita. Dan kita semua sedar bahawa menjadi naib johan bererti kita kalah dalam waktu pilihan raya.(Dan) kita tahu nasib parti yang kalah.” Kata nya.
  • Perdana Menteri itu berkata, yang penting dalam keadaan dan landskap politik hari ini adalah untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran kerana kalau menggunakan cara dan kaedah lama "kita boleh menang perang lama, perang baru tidak tentu lagi".
  • Menurut Perdana Menteri, sebagai parti politik dalam dunia demokrasi berparlimen, tidak ada parti di negara ini yang lebih cemerlang daripada UMNO dan BN dari segi kejayaan yang telah dicipta.
Namun, katanya, UMNO dan BN sedar bahawa kehebatan masa silam tidak akan menjamin kelangsungan kuasa pada masa akan datang. Ini kerana, menurut beliau, landskap politik negara, persekitaran dan pemikiran masyarakat sudah banyak berubah berbanding masa-masa lalu dan menurutnya antara faktor membawa perubahan itu adalah ledakan revolusi maklumat dan tahap pendidikan semakin tinggi.
  • "Kita tidak boleh berbangga dengan kegemilangan sejarah. Bila berdepan dengan ancaman kita tidak boleh kaku, tidak mahu melakukan pembaharuan dan pembugaran, dan (jika) takut pada perubahan, orang lain akan menguasai kita sebab orang lain melakukan perubahan (tapi) kita tak lakukan perubahan. Kita tak boleh berbangga dengan simbol dan imej sahaja tetapi pengisiannya kurang," katanya.
Sumber: Agensi
Read On 9 comments

Demonstrasi Jalanan Jejas Industri Pelancongan?

Saturday, June 25, 2011

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Mohd Khalid Harun, berkata kedatangan pelancong ke negara ini untuk mengunjungi destinasi popular seperti Kuala Lumpur akan berkurangan jika demonstrasi bermotifkan politik itu tetap diteruskan.
Justeru itu, MATTA membantah penganjuran demonstrasi jalanan haram di sini pada 9 Julai ini kerana ia akan menjejaskan industri pelancongan negara.
  • Mengambill contoh Thailand yang sering huru-hara akibat demonstrasi jalanan yang sekaligus menjejaskan industri pelancongan negara itu, beliau berkata pelancong hanya akan pergi ke sebuah negara yang stabil dan selamat untuk menikmati pelbagai tarikan termasuk keindahan, kebudayaan dan kedamaian sesebuah destinasi pelancongan.
  • "Ini kerana keadaan huru-hara yang tercetus dikhuatiri akan meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka, sehingga mereka mungkin enggan ke negara ini lagi," katanya.
Beliau selanjut mengsyor agar pihak penganjur harus memikirkan imej negara dan nama baik Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan unggul di Asia ketika ini sebelum bertindak menganjurkan demonstrasi haram tersebut.
Sumber: mStar
Read On 10 comments

Gempa Bumi 2.9 skala Richer Landa Ranau, Sabah

Friday, June 24, 2011

Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah, pada pukul pada 10.39 malam kelmarin. Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyebut pusat gempa itu terletak 6.0 darjah utara dan 116.8 darjah timur, kira-kira 8 km dari tenggara Ranau.
Gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Ranau, kata jabatan itu.
Sumber: Agensi
Read On 8 comments

Tanam Getah Di Hutan Simpan Negeri Sabah?

Friday, June 24, 2011

Kerjasama antara Jabatan Perhutanan Sabah dengan TSH Resources Berhad membangunkan tanah seluas 1,200 hektar di Hutan Simpan Ulu Tongod, Telupid dengan tanaman pokok getah sejak lapan tahun lepas sudah menunjukkan hasil dengan torehan pertama mula dilakukan pada Khamis.
Usaha membangunkan tanah di hutan simpan itu dilakukan dibawah Pengurusan Hutan Mampan dengan TSH merupakan salah satu pemegang Lesen Perjanjian Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA).
  • Menurut Pengarah Jabatan Perhitanan Sabah sebagai berkata bahawa melalui pembangunan perladangan hutan dengan tanaman pokok getah di Hutan Simpan Ulu Tongod secara langsung akan dapat menjana pendapatan untuk syarikat dan negeri Sabah.
  • Bagi kerajaan negeri, katanya pendapatan akan diperolehi melalui pungutan royalti 10 peratus dari hasil jualan susu getah.
  • "Ia juga dapat memberi peluang pekerjaan terutama kepada komuniti yang tinggal di sekitar kawasan hutan simpan ini," katanya.
  • Menurutnya, TSH telah mencapai prestasi yang membanggakan dalam melaksanakan pengurusan hutan mampan sejak mereka memperolehi lesen SFMLA pada 1997.
Selain itu, Pengerusi TSH Resources Berhad Datuk Kelvin Tan Aik Pen berkata seluas 1,200 hektar tanah di kawasan itu sudah ditanam dengan pokok getah dan pihaknya menyasarkan untuk menambahkannya kepada 8,000 hektar sebelum berakhirnya Rancangan Pengurusan Hutan Kedua pada 2019.
Katanya projek penanaman pokok itu juga merupakan projek percubaan dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia yang menyediakan 16 klon benih pokok yang berbeza serta nasihat teknikal.
Sumber: Bernama
Read On 9 comments

Beri Kuasa Autonomi Jabatan Pelajaran Sabah Laksana Projek Berkaitan Pendidikan?

Friday, June 24, 2011

Gambar Projek pembinaan bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan Tamau, di daerah Kota Belud yang pernah terbengkalai.
Selaras usaha membangunkan pendidikan di Sabah, Jabatan Pelajaran Negeri perlu diberikan kuasa dan autonomi dalam melaksanakan projek pembangunan berkaitan pendidikan. langkah itu perlu bagi membolehkan keputusan dibuat dengan cepat dan tepat tanpa perlu merujuk semua urusan ke Putrajaya terutama bagi perkara-perkara kecil.
Dengan cara itu, keputusan boleh dibuat dengan cepat, pelaksanaan dapat dimulakan tanpa melalui amalan birokrasi yang dikhuatiri menjejaskan matlamat kerajaan membangunkan bidang pendidikan di Sabah.
  • Dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, maka usaha boleh dilaksana untuk memberi fokus dan perhatian kepada pembangunan pendidikan di negeri ini, Demekian pendapat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah merangkap Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Datuk Seri Salleh Tun Said.
  • “Adalah satu hakikat jelas bahawa kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak masih terkebelakang berbanding di Semenanjung, begitu juga dari segi pencapaian akademik, justeru langkah terbaik menanganinya ialah dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, membuat keputusan bagi perkara yang tidak melibatkan soal dasar.
  • “Dengan diterajui orang Sabah, maka Jabatan Pelajaran Sabah tentunya lebih memahami keadaan dan keperluan di tempat sendiri. Mesyuarat-mesyuarat kecil di Kuala Lumpur perlulah dikurangkan.
  • “Yang penting, Jabatan Pelajaran Negeri diberi kuasa-kuasa sewajarnya, kerana jika tidak, kita akan terus berhadapan masalah dalam melaksanakan projek pembangunan pendidikan di negeri ini,” kata Salleh selanjutnya.
  • Salleh juga berkata pembangunan bidang pendidikan di negeri ini menuntut anjakan paradigma secara serius, dan ia memerlukan keazaman politik di peringkat pimpinan kerajaan.
Menurut Salleh, banyak sudah dilapor mengenai keadaan bangunan sekolah usang dan uzur, prestasi akademik yang mundur dan sistem pelaksanaan projek pendidikan yang tidak teratur.
“Ini semua tidak boleh dibiar terus terlanjur, justeru kita berharap agar difikirkan secara serius pemberian kuasa kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk memberi fokus utama,” katanya.
Sumber: NST
Read On 13 comments

Kemiskinan Punca Utama Pemerdagangan Orang?

Thursday, June 23, 2011

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd berkata, kerajaan membelanjakan kira-kira RM350,000 untuk membiayai kos makan dan minum mangsa kes pemerdagangan orang.
Menurutnya, kerajaan turut membelanjakan RM180,000 untuk membeli peralatan keperluan seperti ubat gigi, sikat dan sabun untuk mangsa yang ditempatkan di enam rumah perlindungan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
  • Jelas beliau, purata setiap mangsa diperuntukkan RM17 sebagai kos makan dan minum sehari dan perkara itu adalah munasabah dari segi kemanusiaan.
  • Bagaimanapun, kata beliau, perbelanjaan itu dapat dijimatkan jika kes pendakwaan dan penghantaran pulang mangsa dipercepatkan.
  • Menurut Wan Hasmah punca utama kes pemerdagangan orang adalah kerana kemiskinan.
  • Semantara itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa isu pemerdagangan orang tidak memilih sama ada mangsa mereka wanita, lelaki mahupun kanak-kanak.
Menurut Ali Rustam, perkembangan ekonomi dan kemakmuran negara ini menjadi daya tarikan utama kepada ramai warga asing sehingga membuka peluang kepada aktiviti pemerdagangan orang.
“Kaum lelaki dijadikan buruh paksa manakala kanak-kanak dan bayi diperdagangkan untuk aktiviti minta sedekah atau dijadi sebagai anak angkat kepada pasangan yang tiada zuriat,” katanya.
Sumber: Agensi
Read On 11 comments

Persekutuan Peruntuk RM85 Juta Program 1Azam Di Sabah?

Wednesday, June 22, 2011

Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM85 juta untuk program 1Azam untuk tahun ini yang menyasarkan 8,500 ketua isi rumah (KIR) untuk mencapai matlamat 1projek 1orang. Kerajaan Sabah juga sentiasa mengambil serius perkara ini dan sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk menangani masalah miskin tegar terutamanya di kawasan luar bandar.
“Terdapat 45,349 KIR yang masih memerlukan bantuan dan seramai 4131 orang daripada mereka adalah dalam kategori miskin tegar, dan amat memerlukan bantuan segera untuk keluar daripada kepompong kemiskinan,” kata Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi Malaysia, Tan Sri Bernard Dompok.
  • Dompok yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata program ini diperkenalkan bagi meningkatkan pendapatan dan mengatasi masalah kemiskinan dan telah berdaftar dengan e-Kasih melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek ekonomi yang mampu memberi peluang untuk menambah hasil pendapatan sehingga mampu mencapai dan seterusnya melepasi garis kemiskinan, iaitu RM540 bagi kategori miskin tegar manakala RM960 bagi kategori miskin.
  • Menurut Dompok, program ini boleh disifatkan sebagai usaha untuk para peserta untuk “akhiri zaman miskin”.
Selanjut menurut Dompok, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperkenalkan empat jenis program bertujuan untuk memberi peluang dan membuka jalan kepada rakyat menambah pendapatan mereka. Azam tersebut iaitu;
  1. Azam Tani,
  2. Azam Kerja,
  3. Azam Niaga,
  4. Azam Khidmat
Beliau juga menambah, pelaksanaan program ini telah bermula sejak tahun 2010 lagi dengan jumlah peruntukkan RM40 juta, dan menyasarkan seramai 4983 KIR setakat ini, dan terdapat sebanyak 11 jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat menjayakan program ini antaranya ialah, Jabatan Pertanian, Ko-Nelayan dan KPD yang membangunkan projek penternakan lebah madu, cendawan shitake, limau pamelo serta ayam kampung.
Sumber: NST
Read On 11 comments

Perhimpunan BERSIH 2.0 Tetap Di Teruskan?

Tuesday, June 21, 2011

sessi Perhimpunan pelancaran BERSEH 2.0 di Chinese Assemble Hall Kuala Lumpur
Di lapurkan bahawa himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan berikutan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan pemerintah mengadakan pilihan raya secara telus dan adil.
Menurut sumber, antara NGO yang hadir adalah, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT), Lawyers for Libelity, Kelab Menteri Besar Selangor, IKRAM, GAMIS, CIJ, TENAGANITA, Mahasiswa UNISEL dan banyak lagi.

  • Antara empat tuntutan yang masih belum dipertimbangkan adalah bersihkan senarai pengundi, merefomasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil.
  • Sempena himpunan BERSIH kali kedua ini, dua lagi tuntutan ditambah iaitu, tempoh pilihan raya 21 hari dan memulihkan kreadibiliti agensi kerajaan.
  • Gabungan BERSIH 2.0 berpendapat demokrasi yang telus seharusnya melalui pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.
  1. BERSIH 2.0 juga akan mengadakan siri jelajah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu- isu pengubahan sempadan pilihan raya dan lapan tuntutan BERSIH 2.0.
  2. BERSIH 2.0 juga menyambut baik tindakan Pemuda UMNO yang turut berhasrat mahu mengadakan perhimpunan aman dan menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya.
  3. BERSIH 2.0 juga menganggap tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tanda bahawa himpunan BERSIH 2.0 efektif dalam mempromosikan demokrasi yang dinamik dan membawa tekanan yang kuat kepada SPR untuk reformasi pilihan raya.
Penganjur himpunan ini juga cuba meyakinkan pihak polis dan pihak- pihak lain bahawa BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat yang aman dan sentiasa akan berkerjasama dengan polis.
Siri jelajah itu dijangka akan diadakan di Shah Alam, Kuala Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Seberang Perai, dan Perak. Satu sesi telah pun diadakan di Kelantan pada Sabtu lepas.
Sumber: tvsnews
Read On 11 comments

Polis Tahan 6 Pegawai Polis Kerana Edar Dadah

Tuesday, June 21, 2011

Baru-baru ini, pehak polis telah menahan seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di ibu negara, dalam dua serbuan, baru-baru ini.
Anggota polis berpangkat inspektor, pegawai dan konstabel, berusia lingku-ngan 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemantauan berdasarkan maklumat diperoleh.

  • "Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya.
  • Bagaimanapun katanya, sehingga kini tidak ada sebarang rampasan dadah dibuat.Noor Rashid berkata penangkapan mereka juga membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terlibat dengan jenayah. "Pegangan saya adalah undang-undang ini sama sahaja tidak kira anggota polis tak mengira siapa sahaja, siapa yang langgar undang-undang kita akan ambil tindakan tegas," katanya.
Noor Rashid turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian berulang.
"Ia perlu dibuat supaya tindakan dari awal boleh dibuat sekiranya mereka ini terlibat dengan sebarang kes jenayah," katanya.
Sumber: BERNAMA
Read On 11 comments

Pemimpin UMNO Bermasaalah Perlu Di Ambil Tindakan Drastik?

Monday, June 20, 2011

Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin sanggup digugurkan sebagai calun dalam PRU13 akan datang kira nya beliau dianggap sebagai dalang dan pemimpin bermasaalah dalam parti UMNO
“Jika pada perkiraan pucuk pimpinan parti saya juga akan tergolong daripada pemimpin yang bermasalah dan membawa masalah kepada parti saya bersedia menerima dengan hati yang terbuka serta dengan keikhlasan menerima apa sahaja tindakan yang diambil oleh parti kepada saya,” ujarnya.
Ini katanya, termasuk menggugurkan beliau dengan tidak mencalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang.
  • Umno perlu mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin yang bermasalah dan membawa masalah kepada parti itu yang boleh menjejaskan tumpuan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
  • Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata ini kerana ada beberapa pemimpin di semua peringkat yang membawa masalah kepada Umno sehingga ada kalanya boleh merosakkan imej dan perpaduan dalam parti itu sendiri.
  • “Saya mencadangkan kepada pucuk pimpinan khususnya Presiden dan Timbalan Presiden Umno supaya mengambil tindakan secara drastik kepada pemimpin yang bermasalah kepada parti sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.
  • “Ini kerana jika pemimpin yang bermasalah ini masih ada lagi dalam parti maka ketika menghadapi parti pembangkang pada PRU ke-13 ini, mereka ini juga akan menjadi musuh dalam selimut,” katanya.
Menurut Lajim, ianya juga akan menimbulkan masalah kepada parti dan pemimpin tertinggi parti sehingga boleh menjejaskan tumpuan kepada strategi parti untuk memenangi PRU ke-13.
Sumber: Agensi
Read On 18 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails