Perjuangan Blogger Asrul @ Aleesha Farhana Terpaksa Bernokta Di Pusara
Sunday, July 31, 2011
Harapan menggunung Blogger Asrul untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana terpaksa bernokta disini apabila beliau meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.- Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
- Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.Sebelum itu,
Petisyen yang difailkan selepas Ashraf menukar jantina itu dikendalikan oleh peguamnya, Horley Isaac dan Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar, serta kes tersebut didengarkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.- Bagaimanapun, pertisyen yang dikemukakan itu ditolak oleh Mohd Yazid dengan alasan bahawa meskipun Ashraf pernah melakukan pembedahan pertukaran jantina, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah meluluskan permohonan itu.
Namun, hasrat Ashraf itu tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi akibat serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.Maka dengan itu maka tamatlah perjuangan Mohd Ashraf Hafiz untuk menjadi seorang ‘Aleesha Farhana binti’ Abdul Aziz dan menurut Abdul Aziz, jasadnya dijangka disemadikan selepas solat zohor di Seberang Takir sebagai seorang lelaki.
Sumber: Mynewshub, agensi
Malaysia Maseh Kekurangan Penduduk?
Saturday, July 30, 2011
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, bilangan penduduk terkini sebanyak 28,334,135 orang menurut Banci 2010 adalah tidak memadai. Katanya, bilangan penduduk yang ramai dapat menyokong industri dan penggunaan dalam negara.Justeru, Malaysia memerlukan bilangan penduduk melebihi jumlah yang ada sekarang demi pembangunan negara.
Seadanya, Negeri Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus). Putrajaya pula mempunyai seramai 67,964 penduduk (paling pesat) kerana kebanyakan pejabat kerajaan banyak di situ...- Labuan, Sabah, Sarawak,Johor,Terengganu,Kedah dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk..
Nor Mohamed memberitahu, secara puratanya, nisbah kesuburan adalah sebanyak 2.3 peratus iaitu sepasang suami isteri menghasilkan dua atau tiga anak. Nisbah tersebut seharusnya diperbaiki bagi mencapai matlamat meramaikan bilangan penduduk, katanya.- Menurut beliau, Nisbah itu rendah kerana tuntutan kerja yang kadang-kala memisahkan suami isteri.
Malaysia memerlukan bakat, kepakaran serta sumber tenaga kerja yang hanya dapat dijanakan melalui bilangan penduduk yang ramai. Masih terdapat banyak ruang untuk berkembang lagi dan negara memerlukan bilangan penduduk yang ramai, kata Nor Mohamed.LUC Kinabatangan, Nafikan Hak Penduduk Kg Tambisan ?
Friday, July 29, 2011
Sekali ligi kita dikejutkan dengan berita sedih bilamana hak penduduk asal Kampung Sungai Nipah, Tambisan yang terletak di daerah Kinabatangan telah di nafikan hak mereka demi untuk memberi laluan kepada geran Komunal. Dalam erti kata yang lain geran komunal ini ada lah satu skim yang memberi ruang luas untuk syarikat-syarikat besar memajukan kawasan tersebut
Menurut sumber dari Tambisan, penduduk tersebut telah pun berjaya memajukan kawasan seluas 950 ekar dengan tanaman kelapa sawit yang kini berusia antara 4 hingga 7 tahun. Dalam masa yang sama mereka telah mendirikan rumah kediaman masing-masing disana.- Dalam pada itu, pada 2006, beberapa orang pegawai Jabatan Tanah & Ukur daerah Kinabatangan telah datang untuk membuat pemeriksaan serta pengesahan pembangunan ke atas seluruh kawasan tanah yang dipohon oleh penduduk sebelum itu.
Pada tahun 2008; semua pemohon yang terlibat telah mengemaskini data-data permohonan, mengumpul gambar-gambar tanaman serta struktur binaan rumah di lot masing-masing dan dihantar ke Pejabat Tanah & Ukur Daerah Kinabatangan.- Seterusnya pada 2009; semua pemohon terlibat telah menyediakan satu lagi laporan lanjut data permohonan yang dikemaskini berserta gambar-gambar bukti pembangunan di atas tanah yang dipohon ini untuk diserahkan kepada Pengarah Tanah & Ukur, Kota Kinabalu.
Selanjut nya pada tahun 2010; seramai 3 orang kakitangan yang diketuai oleh Juruteknik Ukur daripada Pejabat Tanah & Ukur daerah Kinabatangan telah menjalankan Pengukuran Ukur Keliling Skim Penempatan Tambisan; memeriksa pembangunan di setiap lot, mendapatkan data-data terkini setiap pemohon, termasuk mengambil gambar-gambar tanaman dan rumah-rumah yang telah didirikan oleh setiap pemohon.
Malang nya pada tahun 2011, satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) Daerah Kinabatangan yang telah diadakan semula dan membuat keputusan ‘MEMBATALKAN SEMUA P.T’ yang telah dipohon oleh penduduk di kawasan tersebut. Disebaliknya, meluluskan cadangan pengeluaran Geran Komunal untuk kawasan Tambisan, Kinabatangan.Sumber: Agensi
Ibrahim Ali Syor Kerayatan Ambiga DiLucut?
Thursday, July 28, 2011
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali(photo kanan) hari ini menegaskan yang Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mesti dilucutkan kerakyatannya.Menurutnya, Ambiga biadap dan kurang ajar kerana tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar tidak membuat demonstrasi jalanan pada 9 Julai lalu. Wanita ini (Ambiga) tidak ada adab dan tidak tahu mana langit dijunjung dan bumi yang dipijak, kata Ibrahim.
Kata Ibrahim, terbuktikan betapa angkuh dan biadapnya Ambiga. Ambiga jelas menderhaka dan menghina Agong, selepas diterima menghadap, beliau mempermainkan Tuanku pula.- Jadi pada Perkasa, Ambiga mesti dilucut kerakyatan agar menjadi pengajaran kepadap pihak lain supaya perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Berhubung persoalan mengapa pihakn Ambiga bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menolak tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menganjurkannya di Stadium Melawati Shah Alam, Ambiga memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.“Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.
“Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana,” kata Ambiga.
Majikan Di Tawar Keistimewaan Jika Daftar Awal Pekerja Asing?
Wednesday, July 27, 2011
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cuma 390,404 daripada 1.75 juta pekerja asing telah mendaftar di bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah setakat ini, namun beliau jangka itu akan meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi.Menurutnya, program itu berupaya menangani pelbagai masalah dan cabaran seperti pekerja asing yang sah lari meninggalkan majikan, membendung isu pemerdagangan manusia dan lain-lain.
Dalam pada itu, KDN sedang sedang mempertimbangkan untuk memberi keistimewaan kepada majikan dan pekerja asing yang mendaftar awal dalam Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.- Hishammuddin berkata, antara keistimewaan yang dimaksudkan adalah dari segi keutamaan kepada majikan di negara ini yang memerlukan pekerja-pekerja asing. Justeru, Hishammuddin berkata, beliau menasihatkan para majikan untuk segera mendaftarkan pekerja masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan kerajaan iaitu sehingga 31 Julai ini.
“Kita sedang mempertimbangkan beri keutamaan kepada majikan yang memerlukan pekerja-pekerja asing kepada majikan yang mendaftar awal (Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah) dan lagi lambat lagi susah dia (majikan) dapat pekerja asing,” katanya di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Puterajaya kelmarin.
Mengulas lanjut, katanya, program tersebut bukan bertujuan untuk berseronok atau menyusahkan orang ramai sebaliknya ia mempunyai agenda yang lebih besar terutama melibatkan keselamatan negara.Tanah Adat Di Nunuk Ragang, Ranau Di Rampas?
Wednesday, July 27, 2011
gambar hiasan penduduk kg Nunuk Ragang
Nampak nya masaalah tanah adat yang di rampas oleh syarikat peladangan di Sabah, kini sudah dalam keadaan yang tidak dapat di kawal. Sehinggakan ia nya dalam tahap yang kronik.Sebelum ini, saya telah menulis sebuah artikel dimana penduduk dari beberapa buah daerah di Sabah, saperti di Tenom, Nabawan, Kalabakan dan Pitas telah tampil kehadapan menyuarakan protes terhadap isu ini. Sehinggakan membawa kes tersebut ke muka pengadilan melalui makhamah.
Dalam kes yang sama, baru-baru ini timbul lagi isu. dimana dalam episod ini, seramai 50 orang berhimpunan secara aman di Nunuk Ragang Ranau sebagai membantah hak geran seluas 2952.84 ekar yang diwartakan oleh kerajaan kepada sebuah syarikat pembalakan, yang kini sedang rakus menebang, memunggah dan merosakkan lanskap tanah kelahiran nenek moyang pewaris disana.- Menurut sumber, Perhimpunan adat yang bermula seawal Sabtu dan berakhir Ahad, dipelopori oleh Jerus Saligi yang merupakan wakil Anak Warisan Keturunan ‘Koubau’, dan Gasibin Bin Samungkir.
- Dikatakan perhimpunan aman tersebut dilakukan dengan penuh istiadat oleh pewaris ketujuh penduduk asal pada Sabtu itu, memohon kepada kerajaan supaya mengembalikan hak mereka dan menadahkan status mereka sebagai rakyat yang lebih berhak berbanding bangsa yang berminat ke atas tanah itu hanya sekadar kerana perniagaan semata-mata.
Untuk tujuan itu, kumpulan tersebut telah mengadakan satu upacara ritual yang intipatinya memohon keadilan daripada penguasa semesta alam, agar sesiapa yang mengkhianati suku kaum asal mendapat bala serta pelbagai kerosakan hidup. Perkara ini dilakukan sebagai jalan terakhir penduduk itu untuk mendapatkan keadilan kepada mereka.Untuk menyempurnakan upacara itu, seekor kinzir telah dikorbankan oleh seorang bobolian, sebagai bantahan ke atas pencerobohan tanah asal mereka.
Kita difahamkan selanjutnya, kumpulan tersebut mendakwa terhina dan tertindas kerana hak mereka ke atas Tanah Adat (NCR) dinafikan oleh kerajaan. Antara kawasan kampung yang terlibat dalam rampasan itu, ia lah Kg. Tubau dan Kg. Kodop . - Kata mereka, kampung-kampung ini merupakan di antara perkampungan yang wujud selepas bermulanya percambahan suku kaum Dusun, daripada tanah asal-usul kaum itu di Nunuk Ragang, yang terletak hanya kira-kira 28 Km daripada lokasi kedua-dua kampung itu.
Dilapurkan bahawa, menurut fakta sejarah; tamadun suku kaum Dusun bermula daripada kedua-dua perkampungan ini, dengan penemuan pelbagai tinggalan sejarah, cerita lisan dan artifak mengenai gelagat hidup kaum itu.- Selanjut nya, kata Jerus dan Gosibin, nenek moyang mereka mendiami kedua-dua kampung itu sejak berabad-abad lamanya. “Masih banyak peninggalan nenek moyang kami di sana, yang antara lain kuburan yang berusia berpuluh tahun, tembikar, gong dan tanam-tanaman, Keturunan kelima mereka juga masih hidup dan mampu mengimbau sejarah ekologi keturunan itu,” jelas kedua-duanya.
- Menurut fakta tuntutan, Jerus memberitahu penduduk telah memohon kawasan itu bagi tujuan pertanian, melalui Rujukan PT. 950602011, 95060677, 95060680, 95060767, 95060768, 95060776, 95060777, 96062420, 97060831 dan 97064043 bagi Kg. Tubou, sementara bagi Kg. Kodop mereka mengemukakan permohonan yang sama iaitu PT. 82561695, 85060812 dan 86065264.
- Kesemua permohonan ini dilakukan melalui Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Ranau. Jabatan Pertanian Daerah Ranau melalui surat JPTN:600-1/18 KLt.50/(75) yang bertarikh 15 Mac 2006 dengan ulasan yang menyatakan;
- 'Jerus dan Gosibin berkata, nenek moyang mereka telah mendiami kawasan itu sebelum dan selepas pra-sejarah dan membangunkan dengan pelbagai jenis tanaman seperti padi huma, buah-buahan dan tanaman kontan'.
- Dalam pada itu, Jerus dan Gosibin mempersoalkan, keputusan pihak berkuasa tanah untuk memberikan kelulusan ke atas permohonan Syarikat Kinabalu Pertanian dan Penternakan Sdn - yang aktiviti syarikatnya menjurus kepada bidang pertanian dan penternakan.
Yang lebih mengecewakan kumpulan tersebut ia lah tanah itu kemudiannya dijual kepada sebuah syarikat lain yang dikenali sebagai Hutan Tropika Sdn. Bhd – aktiviti syarikat ini menjurus kepada pembalakan.Kedua-dua syarikat yang dipertikaikan ini, dimiliki oleh kaum bukan bumiputera justeru, menimbulkan banyak persoalan kepada penduduk asal.
Kuota Kuning PBS Tamparuli Di Pingiran?
Tuesday, July 26, 2011
Baru-baru ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, 1Malaysia sepatutnya menjadi pegangan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, keturunan atau wilayah. Ia kerana, kata beliau, gagasan tersebut bertujuan memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Justeru, kata beliau, gagasan 1Malaysia perlu diperjelaskan kepada masyarakat di peringkat akar umbi supaya ia tidak berterusan diputar belit
Namun apa yang berlaku di pekan Tamparuli (photo kanan), lain pula cerita nya. Kerana konsep 1Malaysia yang diguna-pakai dalam proses pertandingan merebut jawatan dalam pemilihan AJK Bahagian PBS Tamparuli agak mengeliru lagi membimbangkan. Kerana pemilihan AJK bahagian Tamparuli seakan-akan satu model baru yang boleh di anggap sebagai satu anjakan paradigma kepada perjalanan parti PBS.- Menurut lapuran khas, PBS Tamparuli telah membuka ruang luas dengan membenarkan ahli dari yang bukan Islam bertanding dalam kuota kuning . Kuota yang selama ini diperuntukkan hanya untuk ahli yang beragama Islam.
- Bila ditanya bagaimana kes saperti ini boleh berlaku, sedangkan PBS pusat dan lain-lain kawasan tidak mengamalkan perkara saperti ini.
- Kata mereka, PBS Tamparuli kini memperkenalkan dasar yang lebih terbuka, selaras dengan agenda 1 Malaysia. Maksudnya, semua ahli, bebas bertanding tanpa mengira peruntukan kuota yang diletakkan dalam dasar parti tersebut selama ini.
Pada hemat nya, kuota kuning diujudkan dalam parti PBS ada lah bertujuan untuk mengambil kira hal-ehwal ahli-ahli yang beragama Islam dalam parti tersebut. Sebagai contoh, PBS induk tidak membenarkan sama sekali agenda untuk mencemarkan instituasi kuota saperti yang dilakukan oleh PBS Bahagian Tamparuli.Kerana ia nya akan meporak-purandakan dasar murni PBS sebagai sebuah parti negeri yang mengamalkan konsep 'multiracial' dalam parti.
Dari apa yang kita tahu, Datuk Pairin Kitingan (Presiden PBS) sendiri, memastikan hal saperti ini tidak terjadi. Kalau pun kira nya ada pertandingan dalam kuota kuning tersebut , ia nya hanya dibolehkan khas untuk mereka yang beragama Islam sahaja. Justeru, jawatan-jawatan dalam kuota tersebut semesti nya di pegang oleh mereka yang beragama Islam.- Justifikasi dasar tersebut, ada lah untuk memudahkan parti dalam melaksanakan dasar melalui AJK yang dipilih dalam kuota tersebut untuk lebih arif dan berpengetahuan dalam kerja urus-mengurus hal-ehwal Islam dengan lebih lancar lagi.
Apa yang berlaku di PBS Tamparuli, ada lah satu 'precedence' yang mungkin akan mengubah struktur perlembagaan dan dasar PBS secara menyeluruh nya di negeri Sabah. Dan dalam masa yang sama, membuka ruang kepada para pemerhati politik untuk menimbulkan spekulasi negatif terhadap kewibawan PBS dalam persanda politik Sabah.- Antara lain, spekulasi yang hangat, ia lah PBS Tamparuli sudah tidak lagi menghormati peranaan orang-orang yang beragama Islam untuk bersama berjuang dalam PBS. Dengan itu, PBS tidak lagi releven untuk dianggotai oleh mereka yang beragama Islam.
Kedua, dikatakan , Pengurusi Bahagian PBS Tamparuli, sudah tidak mampu mengawal keadaan parti PBS Tamparuli, disamping kurang pekah terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan dasar parti. Beliau tidak terfikir bahawa akan timbul kesan negatif terhadap parti PBS Tamparuli dan BN khas nya dalam PRU13 nanti.
Dalam pada itu, ada juga pemerhati yang tertanya-tanya , apa kah kesudahan nya bilamana dengan tidak diduga, ahli dari bukan Islam berjaya merebut jawatan dalam kuota kuning tersebut.Mungkin kah penyandang baru ( bukan beragama Islam) tersebut akan meneruskan kesinambungan amanat yang di pertanggung jawabkan oleh parti kepada bekas AJK sebelum ini? Maksud nya, pengurusan dalam hal-ehwal dan adat-istiadat orang-orang Islam akan diambil alih oleh AJK baru yang bukan Islam?
Atau pun kerana perubahan keadaan, pentadbiran baru PBS Bahagian Tamparuli terpaksa melakukan banyak kompromi dalam beberapa hal dan isu? Sedangkan, pada dasar nya, pemilihan tersebut tidak selari dengan kehendak parti PBS Pusat.
Apa-apa pun, kesudahan pemilihan AJK PBS Tamparuli pada 27hb Juli 2011 ini nanti, pasti nya menarik untuk kita tunggu dengan harapan penjawat jawatan yang beragama Islam itu menang dan berjaya mengekalkan portfolio mereka saperti sebelum ini.SPR Tidak Wibawa-EU Timbang Hantar Diplomat Pantau PRU13?
Monday, July 25, 2011
Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa. Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.
Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.- “Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.
- Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.
Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka Menurut diplomat tersebut, langkah itu sensitif tetapi mereka sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau PRU13 akan datang, selaras dengan misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.
- Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.
- Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.
Seorang diplomat EU berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.“Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka,” katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu. Dijangka PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Kisah Di Sebalik Kelambatan Kelulusan Pembinaan SMK Nabalu
Sunday, July 24, 2011
Minggu lepas Sabahkini melapurkan, Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) meminta Kementerian Pelajaran supaya mengotakan janjinya untuk membina SMK Nabalu yang berharga RM45 juta itu tahun ini. Dalam isu yang sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun juga berharap agar pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan tersebut dapat diselesaikan tahun ini.Walau macam mana pun kata Masidi terdapat sedikit masalah teknikal mengenai isu ini kerana apabila sekolah itu ditender, dikatakan ia melebihi daripada bajet yang diluluskan dan terpaksa ditender semula.
Selanjut nya Masidi menyatakan bahawa sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah baru-baru ini maklumkan perkara itu akan diberi perhatian.- Apa yang menarik disini ia lah selain dari harga pembinaan komplek SMK tersebut sebanyak RM45 juta, tiada penjelasan sebanyak mana kah masaalah teknikal yang dikatakan perlu di bendung oleh Jabatan Pendidikan, sehinggakan tender terpaksa di rumuskan semula. Dan dalam masa yang sama, perubahan tarikh perlaksanaan projek terpaksa ditunda.
Dalam jangkaan saya, para pakar perunding telah menemui beberapa informasi baru yang mengubah skop kerja dan kos anggaran projek tersebut secara keseluruhan nya.- Berasaskan kajian saya sebelum ini, salah satu sebab kegagalan sesebuah projek itu ada lah berpunca dari bekalan data-data yang kurang tepat. Maksud nya, data-data yang digunapakai tidak menapati sasaran sebenarnya kawasan atau pun lokasi projek tersebut.
Dalam isu ini, beberapa tahun yang lalu semasa bertugas di JKR Sabah, saya telah meninjau dan mengkaji beberapa kawasan-kawasan di persekitaran koridor Tamparuli-Pekan Nabalu-Bundu Tuhan dan pekan kundasang, dengan tujuan untuk mengenal pasti sama ada kawasan-kawasan tersebut relevan untuk penampatan komplek mega saperti SMK Nabalu dan sebagai nya.
Dalam kajian itu, kawasan tersebut sungguh menarik untuk peringanan, tetapi terlalu mahal untuk diterokai. Keadaan bumi semula jadi nya terdiri dari strata tanah yang unik ( gravel and loose earth) dan mengandungi air yang banyak. Disamping mempunyai alam sekitar yang sejuk dan selalu hujan.- Dalam pada itu, tidak terdapat tanah rata yang luas lagi sesuai untuk pembinaan komplek yang perlukan kawasan sebanyak 10 hectare keatas. Dalam pada itu, kawasan gaung dan arung dimerata tempat.
Dalam masa yang sama, kawasan tersebut tengah berhadapan dengan fenomena ‘three dimensional earths creeping’. Maksud nya tanah bergerak dari 3 arah, dalam kadar perlahan tetapi berlanjutan dan berterusan.- Apa lagi bilamana memikirkan bahawa akhir-akhir ini gegaran gempa bumi berskala Richter 6.0 , mulai di rasai di Daerah Ranau dan Kawasan yang berhampiran dengan Kundasang-Bundu Tuhan.
Justeru itu, untuk membangun kawasan tersebut ada lah terlalu mahal lagi mencabar kewibawan para pakar ‘geotechnic’.- Sebagai contoh, pemuliharaan jalan yang termahal di Malaysia ada lah terletak dikawasan merangkumi jalan Tamparuli-Nabahu dan Kundasang. Untuk tujuan itu, ia nya menelan belanja sekurang-kurang nya sebanyak RM25 juta setahun.
- Antara lain, kerja-kerja tersebut melibatkan ‘extensive slope remedial, drainage, road formation upgrading and routine maintenance’ dan sebagai nya.
Tertaklok kepada sebesar mana kawasan yang diperlukan dan sebanyak mana kemampuan peruntukan yang disediakan, terasa bahawa cadangan untuk meneruskan juga cadangan SMK di situ akan mengalami permasaalahan yang besar lagi berlanjutan dari aspek kos pembinaan dan pemeliharaan.Kecuali activist KDM dan pemimpin politik yang terlibat sanggup berkompromi untuk meletakkan SMK tersebut di kawasan yang berhampiran dengan koridor Tamparuli atau pun di Kawasan Kiulu.


