SUARA BEBAS TUARAN

Sempena Hari Raya, 1,229 Kemalangan Dan 23 Korban Jalan Raya

Wednesday, August 31, 2011

Ops Sikap ke-24 yang dilancarkan sempena Aidilfitri pada Isnin lepas dan berakhir 6 September ini bertujuan menyemai sikap pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut semasa musim perayaan. Namun apa yang terjadi, Ops Sikap ke-24 menyaksikan 23 lagi terbunuh dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara semalam.
Statistik Bukit Aman yang dipapar pada laman webnya menunjukkan penunggang motosikal kekal tertinggi dengan 18 kematian, diikuti empat pengguna kereta dan satu kematian membabitkan lain-lain kenderaan.
  • Statistik itu juga mencatatkan 1,229 kemalangan di seluruh negara dengan jalan bandaran mencatatkan angka tertinggi sebanyak 420 kes diikuti jalan persekutuan (392 kes), jalan negeri (213), lebuh raya (129) dan lain-lain jalan (75).
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

Mutiara Kata Sempena Hari Terakhir Ramadan Al-Mubarak 2011

Monday, August 29, 2011

Pohon jutaan kemaafan jika ada tersalah kata dan perbuatan yg tak disengajakan. Doakan panjang umur, murah rezeki dan termasuk dalam golongan orang yang terpilih....Indah langit kerana Awan, Indah laut kerana kebiruan, Indah Ramadhan kerana keinsafan Dan Indah Aidilfiri kerana Kemaafan.
Setelah hampir sebulan berpuasa, Syawal mula menjelma, yakni bulan kemenangan, bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri di seluruh dunia.Dijangkakan Hari Raya Puasa akan disambut pada 30 Ogos 2011, Selasa bersamaan dengan 1 Syawal 1432 Hijrah.
To my non-Muslim friends, share with us this beautiful moments as we always share yours. God bless our journey together along the frontier of heaven and with a vision for better future...Salam Merdeka.

Kata-Kata Bestari yang boleh di buat perangsang mencapai impian sekadar untuk di hayati bersama;

  1. EDMUND COOK
    Tiada salahnya jika anda jatuh tertiarap tetapi terbaring begitu sahaja adalah sesuatu yang memalukan.
  2. JOHN KILLINGER
    Kegagalan adalah peluang terbaik bagi saya mengetahui siapakah diri saya yang sebenarnya.
  3. BILLY SUNDAY
    Ramai manusia gagal kerana kurang cita-cita bukan kurang bakat.
  4. JOHN WOODEN
    kegagalan untuk bersedia bermakna besedia untuk gagal.
  5. ABRAHAM LINCOLN
    Yang patut dirisaukan bukanlah tentang kegagalan anda tetapi samada anda berpuas hati dengannya.
  6. JAMES TRUSLOW ADAM
    LINCOLN menjadi agung bukan kerana dilahirkan dalam pondok buruk tetapi kerana dia berjaya keluar daripada pondok itu.
  7. SIGMUND FREUD
    kesilapan demi kesilapan membawa seseorang menenmui kebenaran yang hakiki.
  8. DEXTER YAGER
    Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu "takut gagal".
Sumber: Sahabat seperjuangan tanpa nama
Read On 0 comments

MANDAT Tuntut Kebenaran Dan salah Guna Kuasa Di Tuaran?

Sunday, August 28, 2011

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh salah seorang sahabat lama, Haji Awang Puasa Jambul (gambar kiri) dengan tujuan berbincang untuk menubuhkan sebuah NGO berpusat di Tuaran. Namun kerana kesibukan dan komitmen yang lain, saya tidak sempat hadir dalam perbincangan tersebut.
Walau macam-mana pun, saya sahkan akan hadir pada suatu hari kelak dan mengalakkan agar meneruskan aktivi murni mereka.

Dalam pada itu, saya difahamkan sahabat saya dan beberapa orang activist politik yang lain bertekad mengadakan satu masyuarat pada hari Jumaat lalu dan dilapurkan berjaya menubuhkan satu pertumbuhan NGO yang dinamakan 'Majlis Bertindak Deklarasi Suara Anak-Anak Daerah Tuaran (MANDAT)'.
  • Sebagai langkah pertama, masyuarat memutuskan untuk melantik saudara Marsah Muyong sebagai pengurusi penaja, NGO tersebut. Dalam pada itu, Marsah ada lah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tuaran, yang mendapat undi kedua terbanyak dalam pemilihan UMNO bahagian tersebut beberapa tahun lalu.
  • Menurut sumber, objektif NGO tersebut, ada lah untuk mengetengahkan suara penduduk setempat dalam menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah salah guna kuasa, kronisme serta mengukuhkan perpaduan antara penduduk pelbagai kaum.
  • Semasa melancarkan pembentukan dan penubuhan MANDAT di Restoran Transit, Jalan Sulaman, Tuaran pada malam Jumaat lepas; Marsah yang juga bekas Pemaju Mukim Kawasan Sulaman menyatakan, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) ini adalah bertujuan agar semua pihak menyedari dan memperakui serta menghormati hak-hak dan pentadbiran kerajaan selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi serta nilai-nilai manusia sejagat.
  • "MANDAT akan menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang benar-benar telus dan bertanggungjawab, cekap dan efisyen; bebas rasuah dan bebas kronisma, bersih dan ikhlas serta adil dan amanah," kata Marsah yang pernah menjadi Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di daerah ini.
Menurutnya, dengan kelahiran MANDAT akan menjadi suara kepada penduduk setempat untuk menghidupkan dan menyuburkan perasaan saling memahami dan setiakawan sebagai satu daerah bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan sejahtera.
MANDAT juga kata Marsah, akan menyampaikan kepada pihak berwajib berkaitan usaha untuk memberikan lonjakan terhadap kedudukan sosio ekonomi, pendidikan dan budaya agar dapat dilestarikan dalam kehidupan rakyat setempat dengan lebih saksama dan progresif.
"Selain itu NGO ini juga akan mendukung suatu Dasar Ekonomi yang dapat meningkat dan meneruskan suatu tahap kehidupan yang tinggi untuk seluruh penduduk pelbagai lapisan,berasaskan prinsip-prinsip kesaksamaan dan seimbang selaras dengan kewibawaan dan kemampuan kewangan kerajaan yang stabil masa kini," kata Marsah lagi.
  • Mesyuarat penubuhan MANDAT, telah juga memilih Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih sebagai Setiausaha; Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Tuaran, Mohammad Nanti sebagai Timbalan Pengerusi; Bekas Presiden Kesatuan Sekerja Petronas Sabah, Haji Awang Puasa Jambul sebagai Bendahari; Ketua Cawangan UMNO Sentosa, Ismail Ensun sebagai Penolong Setiausaha dan Pengerusi Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia Tuaran, Rabin Haji Muatib sebagai Ketua Penerangan.
  • Enam Naib Pengerusi terdiri daripada Ketua Bahagian PANSA Tuaran, Ibrahim Ali Omar (Bolong); Lamdin Gundah (Mengkabong); Rahman Husin (Simpangan); Nasip @ Awang Kahar (Mengkabong) dan Saibol Arshad (Simpangan).
  • Sementara itu seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa yang terpilih terdiri daripada Sapini Haji Kaulih (Bolong Baru); Saihun Ibrahim (Simpangan); Merusin Kuyuh (Mengkabong); Jumati Kasi (Lok Batik); Gafar Ahmad (Lok Batik); Madaim Dusul (Mengkabong); Poyok Doah (Mengkabong); Abdullah @Rasit Botor (Mengkabong) dan Deli Posob (Lok Batik).
  • Marsah memberitahu beliau akan bersama dengan Ahli Jawatankuasa MANDAT Tuaran untuk mengemukakan proses pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan selepas perayaan Hari Raya tidak lama lagi.
________________________________________

Bila ditanya sama ada NGO ini telah mendapat restu atau pun kebenaran YB. Datuk Hajiji Haji Noor, selaku seorang pemimpin yang ungul dikawasan Tuaran.
Seterusnya mereka berkata, ia nya tidak perlu kerana NGO ini lebih berperanan bebas dan mungkin tidak mendapat sokongan dari Hajiji kerana kata mereka, perjuangan MANDAT berbeza dengan ‘Doctrine’ Hajiji sebagai seorang ahli politik selama ini.

Sumber: MANDAT, SabahKini, Agensi


Read On 0 comments

kerajaan Tidak Berbincang Dengan Masyarakat Orang Asli Mengenai Dasar DPPTOA?

Saturday, August 27, 2011

Untuk tujuan kongsi pandangan pada hujung minggu ini, saya ‘highlight’ kan ‘translation’ artikel bertajuk ‘Government Must Consult All Stakeholders, Especially Orang Asli On Proposed Orang Asli Land Titles Policy.’ bertarikh 24 Ogos 2011, terdapat 5 (lima) isu utama yang telah dibangkitkan oleh Malaysian Bar Council.
Isu ini sinonim dengan aktiviti rampasan tanah yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar peladangan di negeri Sabah. Malang nya tindakan ini seakan-akan direstui oleh pehak pentadbiran kerajaan negeri Sabah, kerana setakat ini kerajaan negeri belum lagi berganjak turun padang untuk tujuan campur tangan menghentikan perbuatan kejam syarikat-syarikat tersebut dalam mendominasikan hak rakyat.

Isi kandungan artikel tersebut ada lah saperti berikut:-

i. Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli (DPPTOA) digubal tanpa berunding dengan pemimpin masyarakat Orang Asli terlebih dahulu.
  • Kronologi perancangan penggubalan Dasar Tanah Orang Asli telah bermula sejak 1990-an selaras dengan resolusi Persidangan Nasional Mengenai Hak Tanah dan Jati Diri Orang Asal Se-Malaysia pada 2 dan 3 September 1996 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dengan kerjasama Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), Universiti Malaya dan Jaringan Orang Asal Malaysia (JOAS).
  • Persidangan tersebut antara lain mencadangkan pemberimilikan tanah hendaklah diberi keutamaan supaya Orang Asli mendapat faedah daripada limpahan pembangunan.
  • Daripada tahun 1996 hingga 2004 disusuli pula dengan pelbagai bengkel, seminar, roadshow dan konsultasi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan melibatkan pewakilan pemimpin masyarakat Orang Asli bagi merangka deraf dasar tersebut.
  • Pada 10 hingga 12 Mac 2005, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menganjurkan ‘Persidangan Kebangsaan Dasar Pembangunan Orang Asli Di Masa Hadapan’ melibatkan NGO’s Orang Asli iaitu POASM yang dipimpin oleh Majid Suhot; termasuk enam hingga sepuluh orang batin mewakili setiap negeri.
  • Pada 27 Julai 2006, JAKOA telah mengadakan perbincangan dengan wakil POASM mengenai dasar tersebut. Tiada keputusan dibuat mengenai dasar tersebut memandangkan POASM masih mengekalkan tuntutan untuk mendapatkan tanah yang lebih luas dan hak milik kekal.
  • Pada Januari hingga Februari 2007, JAKOA sekali lagi telah mengadakan sesi konsultasi bersama masyarakat Orang Asli seluruh Semenanjung Malaysia yang turut disertai pemimpin dan cendiakiawan Orang Asli seperti Prof. Dr. Juli Edo, Majid Suhot, dan Dato’ Osman Bungsu dan Batin Jamil anak Kantan.
  • Sesi konsultasi ini bertujuan mendapatkan maklumbalas awal berhubung DPPTOA. Seterusnya cadangan DPPTOA telah dibentangkan beberapa kali dalam Majlis Penasihat Kebangsaan Masyarakat Orang Asli (MPKPMOA) yang dipengerusikan oleh YB. Menteri KKLW dan turut dianggotai oleh cendiakiawan iaitu Dato’ Suki Mee, Athony William Hunt dan NGO’s Orang Asli.
ii. Kerajaan Malaysia tidak menghormati prinsip Deklarasi Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Masyarakat Orang Asli (UNDRIP)
  • Deklarasi UNDRIP telah diumumkan pada 13 September 2007, bagaimanapun ia bukan satu undang-undang antarabangsa yang rasmi (legal binding). Justeru UNDRIP tidak mewajibkan pihak Kerajaan Malaysia menuruti secara mutlak kandungan deklarasi tersebut. Malahan perkara ini juga belum dibawa ke Parlimen.
  • Pada umumnya pengurusan dan pembangunan masyarakat Orang Asli di Semenanjung sejak RMK8 sehingga RMK9 sejumlah RM2.44 bilion. Manakala peruntukkan di bawah RMK10 peruntukan sejumlah RM96.2 juta dan peruntukan pembangunan sejumlah RM9.7 juta. Peruntukkan yang disediakan melangkaui tuntutan yang terkandung dalam UNDRIP.
iii. Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli (DPPTOA) perlu dikaji semula.
  • Pada 4 Disember 2009. Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) telah meluluskan DPPTOA. Mulai Februari hingga Mac 2010 KKLW telah mengadakan siri perbincangan dan roadshow kepada NGO-NGO dan pemimpin masyarakat Orang Asli.
  • Pada 6 Mac 2010 JAKOA telah membentangkan kertas berhubung DPPTOA di dalam Konvensyen Tanah dan Akta Orang Asli Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Siswazah Orang Asli.
  • Pada 17 Mac 2011, segelintir masyarakat Orang Asli telah menyerahkan Memorandum Bantahan mengenai DPPTOA dan meminta kajian semula diadakan. Seterusnya pada 6 April 2010, JAKOA mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Kajian Semula DPPTOA bertujuan menambahbaik dasar ini.
  • Peserta-peserta bengkel terdiri dari Ketua Masyarakat Orang Asli, Pemimpin Persatuan Orang Asli, Pengerusi JKKK Orang Asli, Belia-Beliawanis Orang Asli, Cerdik Pandai Orang Asli dan NGO. Majlis turut dihadiri oleh Majlis Peguam yang bertindak mewakili masyarakat Orang Asli.
  • KKLW juga telah mengadakan Mesyuarat Konsultasi Isu Tanah Orang Asli dengan Kerajaan-kerajaan Negeri seperti Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Kedah bagi membincang dan menyelesaikan bersama mengenai isu-isu dan masalah pelaksanaan DPPTOA.
iv. Dasar Kerajaan tidak mengiktiraf tanah adat Orang Asli.
  • Memandangkan isu tanah ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, KKLW telah mengambil inisiatif perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri (Johor, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kedah dan Kelantan). Semua negeri kecuali Kelantan bersetuju menimbang memberi pengiktirafan mengenai kawasan rayau dan tanah adat yang bersesuaian dengan lokasi.
v. DPPTOA perlu ditangguhkan, sehingga kajian NATIONAL INQUIRY INTO LAND RIGHTS OF INDIGENOUS oleh SUHAKAM selesai pada Jun 2012.
  • KKLW semasa mesyuarat MAPOA pada Mesyuarat MAPOA Kali Ke 8 Bil 1/2011 bertarikh 21 Februari 2011 telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan DPPTOA ini sehingga NATIONAL INQUIRY INTO LAND RIGHTS OF INDIGENOUS oleh SUHAKAM selesai pada Jun 2012.

Dalam isu yang sama, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dilapurkan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas oleh pihak Bar Council berhubung dakwaan bahawa pihak kerajaan tidak berbincang dengan masyarakat Orang Asli mengenai Dasar Pembangunan dan Pemberimilikan Tanah Kepada Orang Asli (DPPTOA).
Adalah dikhuatiri dakwaan tidak benar tersebut akan memberi maklumat yang salah dan mengelirukan dalam usaha KKLW membangunkan masyarakat Orang.

Sumber: SabahKini, Agensi

Read On 0 comments

SPR Cadang Tukar Undi Pos Kepada ‘Undi Awal’

Friday, August 26, 2011

Selaras dengan tuntutan BERSEH 2.0, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari ini bahawa ia berhasrat dan bersyarat untuk menukar pengundi pos kepada 'pengundi awal', ekoran dakwaan berlaku penipuan undi menggunakan undi pos.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pindaan undang-undang itu diperlukan untuk membolehkan ia dirangka untuk pembentangan di sidang Parlimen Oktober ini.
  • "Hasrat kami adalah untuk mengubah status semua anggota polis dan Angkatan Tentera dan pasangan mereka, yang menjadi pengundi pos, kepada 'pengundi awal', yang boleh mengundi dua atau tiga hari sebelum hari mengundi," kata dipetik Malaysiakini Abdul Aziz.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang bertugas jauh dari kem dan tidak boleh hadir untuk mengundi awal, masih boleh memohon menjadi pengundi pos.
Katanya, ini termasuk mereka yang bertugas di pos sempadan atau bertugas membuat rondaan di laut.
Bercakap dalam taklimat mengenai tuntutan BERSIH 2.0, Abdul Aziz berkata, dibandingkan dengan undi pos, pengundian awal adalah sama seperti pengundian biasa dan terbuka kepada penelitian ejen-ejen parti politik.
Sumber: Agensi
Read On 7 comments

Pusat Pentadbiran Sabah Dalam siri 'A Tales Of Two Cities'

Thursday, August 25, 2011

Langkah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, meluluskan pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan, seakan-akan mencerminkan bahawa diri beliau kekal menarajui kerajaan negeri Sabah sepanjang hayat beliau.
Selain dari itu, beliau juga menjangkakan terus menerus memegang portfolio Ketua Menteri dan sekaligus sebagai Menteri Kewangan selama-lamanya.

Untuk persedian ini, beliau rangka sebuah pusat pentadbiran yang memenuhi selera beliau selaku ala–ala seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang penuh bergaya lagi berjaya dinusantara ini.
  • Justeru untuk merealisasikan cita-cita ini, beliau, dengan kuasa yang ada ditangan, meluluskan pembinaan ‘Pusat Pentadbiran Sabah’ yang berharga RM388 juta demi untuk menyatupadukan pejabat-pejabat di bawah kelolan Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan dari berselerak di Menara Tun Mustapha, Wisma Innoprise dan Wisma SEDIA.
  • Selain dari itu, keadaan ini menyulitkan bukan sahaja kepada beliau untuk kesana kemari menangani kedua-dua tugas tersebut, ia juga dikatakan menyusahkan orang awam dan pegawai-pegawai kerajaan untuk berinterksi dan berurusan antara satu sama lain.
  • Dalam pada itu, ada diantara bangunan-bangunan kerajaan yang digunakan sekarang saperti Wisma Kewangan, mengalami kerosakan akibat usianya yang sudah lanjut; di mana kos membaik pulih adalah terlalu tinggi.
  • Dengan alasan konon, keadaan semakin mendesak bagi menampung keperluan ruang pejabat yang kian meningkat ini, Musa berpendapat sudah tiba masa nya kerajaan membina sebuah Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri
  • Selain dari itu, Musa berkata kelulusan ini ada lah selaras dengan pertambahan peranan dan fungsi perkhidmatan awam negeri dalam menyokong dasar dan strategi pembangunan negara dan negeri.
  • Beliau berkata cadangan untuk membina Kompleks pentadbiran itu bukan satu idea yang baru.
  • "Ianya memang telah lama dirancang iaitu sejak pemerintahan kerajaan Berjaya lagi. Namun, pembinaannya terpaksa ditangguhkan untuk memberi keutamaan kepada projek-projek pembangunan yang lain, katanya.
Musa berkata, pembinaan kompleks berkenaan akan dibiayai melalui beberapa sumber termasuk sumbangan daripada agensi dan syarikat-syarikat kerajaan dan melalui peruntukan kerajaan negeri. Antara nya;
  1. Sawit Kinabalu Sdn Bhd akan memperuntukan sebanyak RM100 juta.
  2. Warisan Harta (Sabah) Sdn Bhd menyumbang RM50 juta.
  3. Badan berkanun dan agensi kerajaan negeri yang berprestasi tinggi akan menyumbang tidak kurang daripada RM100 juta melalui pemberian dividen kepada kerajaan negeri.
Menurut Musa, berdasarkan saiz dan kos projek itu yang agak besar, pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri itu dilaksanakan dengan menggunakan kaedah tender terhad. Kontrak dijangka akan memakan masa 30 bulan.
Seramai 10 kontraktor berwibawa yang telah melalui proses kelayakan awal telah dipelawa untuk menyertai tender. Kesemua kontraktor yang dipelawa ini dilapurkan mempunyai rekod cemerlang dalam melaksana dan menyiapkan projek-projek besar di negeri Sabah, katanya.

Analisa Solymone
Kalau difikirkan, kes ini seakan-akan sinonim dengan Menara Warisan Merdeka di Kuala Lumpur. Cuma bezanya Menara Warisan Merdeka maseh lagi dalam tahap perancangan. Manakala 'Surat Tawaran (LA)' untuk Pusat Pentadbiran Sabah sudah dikeluarkan untuk tujuan pembinaan
Walau macammana pun, tata-cara merancang, kos anggaran dan membina sesebuah kompleks sapertimana Musa huraikan, ada lah mengikuti prosedur yang betul dan 'justified'. Seadanya, tidak banyak yang perlu dipertikaikan nya.

  • Namun, apa yang meragukan, ia lah justifikasi Musa untuk meneruskan projek ini saperti berikut;
  1. Sistem ‘Melantak Pakukan’ bahawa setiap Ketua Menteri semesti nya memegang portfolio Menteri Kewangan dengan sekaligus.
    Sedang kan sebelum ini, pernah KM memberi ruang kepada YB yang lain melaksanakan tugas Menteri Kewangan.
    Dalam kes ini, sekira nya Musa tidak terpilih sebagai KM (atau pun berlaku perubahan kerajaan) selepas PRU13? Apakah KM yang baru akan memegang kedua-dua portfolio kementerian atau hanya memegang portfolio Ketua Menteri dan Menteri Kewangan di bagi kepada YB yang lain?
    Dalam situasi begini, perlu lagi kah pentadbiran dua Kementerian tersebut diserasikan dalam satu kompleks bangunan? Atau ia nya sekadar membazirkan wang rakyat yang lebih memerlukan?
  2. Dikatakan kos membaik pulih bangunan (pejabat) lama terlalu mahal. So, apa kah nasib bangunan lama setelah ia nya dikosongkan? Ada kah ia nya dimusnahkan? Atau pun ia nya dibiarkan kosong untuk dihantui oleh para penagih dadah, aktiviti maksiat haram atau pun kutu-kutu rayau?
Yang jelas, keadaan rakyat negeri Sabah semakin hari semakin merunsingkan. Fenomena serba kekurangan ini bukan sahaja di rasai oleh rakyat luar bandar mala warga kota yang berpendapatan rendah pun terasa juga bahang bebanan ini.
Justeru, pembinaan kompleks yang begitu mahal dengan mengenepikan kehendak yang lebih kronik, seakan-akan melambangkan ketidakseimbangan pada dasar kerajaan Sabah dalam sesi pengagihan harta kekayaan yang ada.
Kalau dikirakan, isu ini boleh di sabitkan sebagai kisah dalam cerita “Antara dua darjat’ atau pun “A Tales of two cities”.
  • Namun, Kesimpulan nya, tender untuk “Cadangan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah (Fasa 1 – Kerja-kerja Pembangunan)” for a contract sum of RM388, 737,737.00. The duration of the construction period is 30 months.), telah pun dihadkan kepada Bina Puri Sdn. Bhd dari semenanjung.
Harapan kita, kisah keengganan Datuk Harris Salleh menyerahkan kerajaan kepada Datuk Pairin Kitingan (ketika Berjaya di kalahkan oleh PBS) di bangunan Yayasan Sabah, tidak akan berulang.
Sehinggakan khidmat polis, terpaksa digunakan untuk memaksa Harris memberi kuasa Ketua Menteri kepada Pairin.

Sumber: BERNAMA’
Read On 18 comments

BN Wajib Cari Formula Selesai Isu Tanah Adat-Maximus

Wednesday, August 24, 2011

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. yang juga Timbalan Presiden PBS, berkata partinya telah menerima banyak aduan daripada penduduk pribumi dari seluruh Sabah bahawa tanah adat mereka diceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi yang mendakwa mendapat kebenaran kerajaan negeri untuk membangunkan semula kawasan berkenaan.
  • Beliau berkata adalah tidak adil sama sekali dan mencekik darah apabila syarikat besar, yang mendapatkan kelulusan tanah sementara, menggunakan jentolak untuk meratakan tanah yang diusahakan oleh penduduk secara turun-temurun.
  • "Isu ini boleh mengakibatkan rasa tidak puas hati serta boleh mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk kampung," kata Ongkili.
  • Katanya baru-baru ini, kerajaan negeri bersetuju bahawa 1,000 keluarga yang terjejas di 35 kampung di Kota Marudu yang mempunyai tuntutan bertindih dengan Safoda dan Begaraya, masing-masing diberikan tanah seluas 20 ekar.
  • Justeru, belau meminta Jabatan Hasil Bumi dan Jabatan Tanah dan Ukur mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan tuntutan tanah adat tersebut," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Banggi, baru-baru ini.
Dalam isu yang semakin bertambah rumit ini, Barisan Nasional (BN) perlu terus berusaha mencari penyelesaian terhadap isu tuntutan tanah adat oleh penduduk di Sabah, kata Beliau berkata ketika daerah Kota Marudu sedang menyelesaikan tuntutan tanah bertindih yang sudah berlarutan dan masalah yang tidak ada kesudahannya.
Demekian juga yang berlaku juga di kawasan jiran Pitas; apabila penduduk kampung menuntut tanah mereka yang sedang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (Safoda) dan Begaraya Sdn Bhd.

Maximus yakin BN mempunyai formula dan keupayaan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Sumber: BERNAMA
Read On 21 comments

Kerajaan Sabah Luluskan Perbekalan Tambahan RM1.39

Tuesday, August 23, 2011

Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2011) sebanyak RM1.394 bilion.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan rang undang-undang itu pada persidangan DUN, berkata sebahagian besar daripada peruntukan tambahan tersebut iaitu RM1.088 bilion tidak melibatkan aliran tunai, tetapi diperlukan semata- mata untuk mematuhi kehendak peraturan kewangan.
  • Menurut Musa, Peruntukan tambahan ini adalah untuk beberapa kepala perbelanjaan…Semua ini mustahak untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan dapat ber- gerak dengan lancar.
  • Beliau berkata, antara anggaran tambahan yang tidak melibatkan aliran tunai tersebut adalah RM675 juta untuk menampung pelaburan ekuiti dalam Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB).
  • Katanya pelaburan itu sebenar- nya adalah dibiayai melalui bayaran dividen yang diterima oleh kerajaan daripada anak syarikat Yayasan Sabah yang dilabur balik sebagai ekuiti dalam ICSB.
  • ”Manakala sebanyak RM300 juta pula diperlukan untuk menampung pencaruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Pencaruman ini perlu dibuat untuk menangani keadaan difisit yang berlaku di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Ne- geri.
  • ”Seterusnya RM113.8 juta diperlukan untuk menyelaraskan akaun-akaun pendahuluan diri yang terlibat dalam perbelanjaan kerja-kerja kecemasan bagi membaik pulih kerosakan kemudahan-kemudahan infrastruktur di bawah kelolaan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga perbelanjaan-perbelanjaan lain yang mendesak dan telah komited,” katanya.
  • Musa berkata, ini bermakna sebanyak RM305.7 juta saja yang sebenarnya melibatkan pengeluaran wang tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2011 ini, katanya.
  • “Di antara peruntukan tambahan terbesar yang melibatkan aliran tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2011 adalah untuk menampung keperluan perbelanjaan program penyenggaraan jalan raya dan jambatan di seluruh negeri termasuk senarai Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah pada tahun ini yang berjumlah RM120 juta,”katanya.
Musa berkata sebanyak RM66.9 juta pula untuk menampung kos kerja-kerja mendesak bagi menyelenggara dan membaiki paip-paip air yang sudah lama dan uzur, penyenggaraan, dan pembaikan paip retikulasi serta sambungan-sambungan paip yang rosak dan juga perbelanjaan pengurusan kehilangan hasil air.
Sumber: Agensi
Read On 18 comments

NGO Tuntut 8 Perkara Berkaitan Pilihan Raya Asas Kajian PSC

Tuesday, August 23, 2011

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Lapan tuntutan yang dibangkitkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya sedia ada akan dijadikan sebagai rangka kerja di bawah Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen(PSC).
Kata beliau, kesemua perkara berkenaan diambil berdasarkan saranan pelbagai pihak termasuk yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
  • Ditanya sama ada lapan perkara berkenaan sama seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dianggotai lebih 62 NGO, Nazri berkata: "Ia adalah hasil maklum balas banyak pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen.
  • "Saya percaya ada NGO yang sah di dalam kumpulan itu," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, Isnin.
Lapan perkara yang akan dijadikan rangka kerja bagi jawatankuasa khas tersebut ialah bagi memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menghapuskan aktiviti rasuah sewaktu tempoh pilihan raya dan hari mengundi, menghapuskan taktik politik kotor, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih.
  • Selain itu jawatankuasa yang akan dianggotai sembilan Ahli Parlimen itu juga akan mengkaji mengenai sistem undi pos dan pengundian awal termasuk mengenai pemilih sah yang berada di luar negara pada hari pengundian, penggunaan dakwat kekal serta sistem biometrik dan mengenai tempoh kempen pilihan raya.
  • Keputusan penggunaan lapan perkara berkenaan sebagai rangka kerja Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen itu dibuat selepas Mohamed Nazri mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Azizi Mohd Yusof; Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar; Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dan wakil Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu Nazri berkata, SPR akan menyediakan memorandum mengenai penubuhan jawatankuasa khas itu termasuk rangka kerjanya untuk diputuskan oleh Kabinet yang akan bermesyuarat pada 7 September ini.
"SPR ada masa selama dua minggu untuk siapkan memorandum berkenaan dan kita berharap ia dapat diputuskan oleh jemaah menteri pada tarikh itu.
"Kemudian kita harap usul mengenai penubuhannya akan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 3 Oktober depan," katanya.
Sumber: mStar, photo-Agensi
Read On 7 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails