Pengundi Mahu UMNO Letak Muka Baru - Muhyiddin
Friday, September 30, 2011
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata maklum balas yang diterima menunjukkan sesetengah pihak sudah penat dengan nama-nama lama.Timbalan Presiden Umno mengakui bahawa pada umumnya para pengundi mahu Umno menurunkan calon-calon muka baru pada pilihan raya umum ke-13.
Bagaimanapun katanya, barisan calon yang bakal diturunkan adalah campuran orang muda dan tidak terlalu muda.
Menurut Muhyiddin, calon yang boleh menang, yang paling penting ialah sama ada calon (diturunkan) boleh diterima dan boleh menang, meskipun calon itu sudah lama menjadi ketua bahagian, menang tanpa cabaran dan menjadi ahli Parlimen sebelum ini.- Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata akan ada keseimbangan antara calon-calon muda, yang bertenaga, layak dan dikehendaki, selain mereka yang berpengalaman serta berguna kepada parti.
- “Meskipun Umno mahukan seseorang calon (tertentu), tetapi orang tidak suka, ia tidak boleh menjadi asas untuk mengekalkan seseorang calon.
- “Sama ada seseorang itu memegang jawatan dalam parti, itu tidak semestinya. Apa yang penting ialah sama ada calon boleh menang,” kata beliau.
Beliau mengakui langkah tidak memilih seseorang sebagai calon akan mewujudkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin Umno, tetapi mempertahankan bahawa kepimpinan parti boleh mengawal perkara tersebut.“Kami akan duduk dan bincang... kadangkala pemimpin Umno merajuk sekejap sahaja, biasalah manusia,” katanya lagi.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Transformasi Luar Bandar Dalam Kenangan
Friday, September 30, 2011
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan meminta Kerajaan Persekutuan supaya dapat memberi insentif khas kepada pelabur-pelabur yang ingin membangunkan kilang perusahaan mereka di kawasan luar bandar di negeri ini. Beliau berharap dalam belanjawan tahun 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober nanti, cadangan tersebut dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Jelas Abdul Rahman lagi, sekiranya kilang-kilang boleh dibangunkan di luar bandar, penduduk kampung terutamanya generasi muda akan mendapat pekerjaan dan dalam masa yang sama mereka tidak akan terjerumus ke dalam masalah sosial seperti ketagihan najis dadah, melepak dan sebagainya.
Impian Solymone
Dalam konsep yang sama, saya teringat perancangan yang pernah saya ilhamkan untuk daerah Tuaran pada suatu ketika.Selain dari 'Blueprint', saya komplilasikan sebuah klip video berjodol, ‘Pembangunan Bersepadu Daerah Tuaran kearah 2020’ untuk edaran kepada masyarakat setempat sebagai asas sebab saya menawar diri menjadi calon bertanding di Dewan Parlimen Tuaran ( dalam tiket bebas) pada PRU12 yang lepas.
- Walaupun saya tewas kepada Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (BN) namun hingga kini terdapat banyak aktivist politik merasakan bahawa perancangan cadangan pembangunan insan untuk rakyat Tuaran itu maseh lagi releven dan amat sesuai untuk direalisasikan di kawasan luar Bandar Tuaran masa kini.
Harapan saya pada ketika itu, konsep pembanguan yang saya ilhamkan itu dapat dilanjutkan oleh Datuk Wilfred Mojilip selaku MP Tuaran. Kerana perancangan tersebut melibatkan banyak perkara yang boleh membantu rakyat mengurangkan jurang kemiskinan disamping membuka peluang kepada anak-anak muda untuk mendapat peluang pekerjaan. Justeru, mengelakkan penghijraan beramai belia Sabah Ke Semenanjung.
Namun agak menyedihkan, kerana hingga hari ini, perancangan tersebut beliau diketepikan. Saya difahamkan beliau menumpuhkan sepenuh masa beliau untuk menyelesaikan masaalah PATI di Sabah ini.
Antara kompilasi perancangan cadangan Pembangunan Bersepadu Daerah Tuaran kearah 2020 tersebut ada lah;
i) Koridor DUN Tamparuli
- Pembangunan Industri Process Produk dari bahan getah (Joint venture dengan Negara China)
- Cadangan Universiti Sabah di Pekan Tamparuli ( affiliasi dengan kolej SAS dan Michigan-American sponsored)
- Pembangunan Pelancongan taraf antarabangsa, jenis Agro dan Eco di kawasan yang berdekatan dengan Jalan cadangan; Pekan Kiulu- kg Dampaid- kg Poring – kg Tudan.
- Pembaharuan dan Pemodenan Peladangan Getah di Kawasan kg Togop, kg Tibabar, Kg Pukak, Kg Sinansag, Kg Gonipis, Kg Poring, dan lain-lain kawasan yang sesuai.
- Instituasi Pengajian Tinggi di Kawasan Suaman-Penimpawan (oceanic based).
- Pelancongan di kawasan perairan teluk Sulaman - Persiaran dengan menggunakan ferri dari kg Serusop- kg Kindu- kg Sambah-kg Penimbawan dan kembali ke Serusup ( saperti yang terdapat di perairan Bosporus, Istanbul, Turkey).
- Pembangunan pekan baru di kawasan Suaman-Lok Nunuk
- Kilang produk ikan di Kawasan Suang Bangau-Sambah.
Epilog
Walau macammana pun, kerana saya tidak dilibatkan dalam struktur perancangan kerajaan, ilham itu hanya lah sekadar impian indah untuk rakyat luar bandar daerah Tuaran dan yang pasti; ia nya akan dilupakan zaman.Dalam pada itu, harapan saya, agar Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan selaku MP, berjaya dalam missi beliau untuk mentranformasikan kawasan luar bandar daerah Kota Belud.
Klip Video ini ada lah sebahagain daripada 'isi kandungan penuh' yang asal.
Bersih Dapatkan Perintah Mahkamah Cabar Kerajaan Malaysia?
Thursday, September 29, 2011
Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri bahawa ia adalah sebuah pertubuhan tidak sah.Hakim Datuk Rohana Yusuf (gambar kanan), yang membuat keputusan itu dalam kamar, membenarkan permohonan jawatankuasa pemandu gerakan tersebut bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah berkenaan.
Awal Julai lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah atas alasan ia operasi tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan. - Sejumlah 14 anggota jawatankuasa pemandu pergerakan itu, termasuk Datuk S. Ambiga, kemudian mengemukakan permohonan bagi semakan kehakiman itu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden pada 8 Julai.
- Semua anggota jawatankuasa pergerakan tersebut, antara lain, memohon perintah bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Datuk Seri Hishammuddin yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan tidak sah dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta merta.
- Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan.
- Namun, Datuk Rohana menolak permohonan jawatankuasa itu bagi menghalang;
- Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan para pegawai kerajaan daripada memasuki dan memeriksa premis mereka selain merampas sebarang harta milik Bersih 2.0.
- Menolak permohanan bagi mengarahkan responden menyerahkan kemeja-T, kain rentang, surat khabar, buku, sepanduk dan sebarang dokumen atau objek milik mereka yang dirampas polis.
- Menolak bantahan awal oleh Pejabat Peguam Negara bahawa pemohon tidak mempunyai hak dari segi undang-undang memulakan tindakan menentang kerajaan dan dua pihak lain.
Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili responden, berkata beliau akan mendapatkan arahan pihak atasan sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.
Mahkamah menetapkan 22 November untuk mendengar merit bagi semakan kehakiman.
Sumber: Agensi
Mahkamah menetapkan 22 November untuk mendengar merit bagi semakan kehakiman.
Transfom Sebelum Di Transformasikan?
Wednesday, September 28, 2011
Seiring dan sejalan dengan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dalam usaha beliau mentranformasikan politik BN, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman juga turut menyatakan hasrat bahawa kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah akan mencalonkan ‘muka-muka baru’ pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU Ke 13) akan datang ini.- Sama ada kenyataan ini akan direalisasikan atau pun sekadar retorik semata-mata, hanya PM sahaja yang berkuasa penuh untuk menentukan nya sebelum PRU13 nanti.
- Siapa kah diantara muka-muka baru yang akan dicalonkan nanti pasti nya satu teka teki yang ramai penganalisa dan akitvist politik nanti-nantikan. Kerana percaturan BN dalam mempertaruhkan nasib melalui suntikan muka-muka baru, bukan lah semudah sapertimana yang dirancangkan.
Antara masaalah pokok yang perlu diselesaikan ia lah tata cara mengenepikan muka-muka lama yang sudah berkurun lama nya memegang tampuk kuasa dengan selesa, sehinggakan mereka merasakan tiada kemungkinan mereka digugurkan.Ada dikalangan mereka ini yang sukar menerima kenyataan bahawa mereka digugurkan dan seterusnya melepaskan jawatan yang pernah memberi keselasahan kepada mereka selama ini.
- Selalu nya dalam hal ini, rasa tidak puas hati akan timbul dan disusul dengan tindakan berupa protes dikalangan pehak yang terlibat.
- Walau macammana pun, rasa nya, dalam isu-isu saperti ini, pehak PM pasti nya bersedia menerima resiko. Kerana pada PRU13 ini, PM terpaksa merealisaikan transformasi yang beliau ilhamkan selama ini atau terpaksa berhadapan sekali lagi dengan phobia yang dilalui ketika PRU12 dan PRU negeri Sarawak baru-baru ini....Beberapa negeri dan kawasan yang di anggap selamat untuk BN, jatuh ketangan pembangkang.
- Dalam isu ini dan dengan diam-diam pehak pembangkang pun mempunyai strategi yang sama. Mungkin pada masa ini, mereka telah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi lagi mesra rakyat untuk mewakili parti mereka pada PRU13 nanti.
Sebagai tips, selama dua tahun ini, ramai dikalangan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang telah bersara. Ini termasuk Pengarah-Pengarah, Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Tadbir Daerah, Pensyarah-Pensyarah Universiti dan lain-lain yang kita tidak tahu.Apa-apa pun terasa PRU akan datang ini pasti nya lebih mencabar dari sebelum nya.
Kota Belud Lantik Konsultan Bebas Bantu Selesaikan Masaalah Pembentungan?
Tuesday, September 27, 2011
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata sebuah juru perunding bebas bagi pihak orang Kampung Kota Belud akan dilantik untuk membantu membuat kajian terhadap bantahan pembinaan projek pembetungan najis di kampung itu.Beliau berkata, penduduk kampung membantah pembinaan pembetungan najis tersebut kerana mereka mendakwa tidak mengikut peraturan yang sedia ada.
- Menurutnya lagi, penduduk kampung juga mendakwa terdapat sedikit kelemahan di pihak agensi kerajaan terutama dalam proses untuk ber bincang dengan mereka sebelum pembinaan projek itu dilaksanakan.
- Menurut beliau, faktanya sekarang projek pembetungan najis itu telah pun siap dibina sebanyak 97 peratus hanya penyambungan paip sahaja dan inilah yang menjadi perbalahan diantara penduduk kampung dengan pihak agensi kerajaan.
- “Saya bersama Wakil Rakyat Usukan, Japlin Akim telah bersetuju membantu orang kampung untuk melantik sebuah konsultan bebas bagi menangani isu tersebut, bukan konsultan yang dilantik oleh kerajaan untuk membuat kajian terhadap beberapa perkara yang telah pun di luah oleh orang kampung.
- “Memang betul kalau kita lihat keadaaannya dari pandangan mata kasar kita, mungkin tidak sesuai tapi kalau sudah dibuat kajian mungkin sebaliknya, setiap bantahan perlu disokong oleh fakta-fakta yang sahih sama ada bantahan itu berasas atau tidak,” jelasnya.
- Beliau berkata demikian ketika melawat pembinaan projek pembetungan najis di Kg. Kota Belud, dekat sini baru-baru ini.
- Menurut Abdul Rahman lagi yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah kajian yang akan dibuat oleh konsultant bebas itu akan mengambil masa selama tiga bulan.
- Katanya, selepas tiga bulan kajian dibuat oleh konsultan bebas hasil kajian itu akan dikemukakan kepada pihak kerajaan untuk dibincangkan semula bagi mencari jalan penyelesaian.
- “Kita berharap hasil keputusan yang diperolehi oleh konsultan bebas itu akan dapat memuaskan semua pihak,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Japlin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, meminta penduduk kampung bersabar sementara menunggu keputusan hasil kajian dari konsultan bebas yang akan dilantik.Japlin berkata, beliau dan Ahli Parlimen Kota Belud sentiasa mendengar keluhan penduduk kampung dan mereka akan berusaha sebaik yang mungkin membawa isu tersebut kepada pihak kerajaan.
Sumber: NST
Komen Solymone
Syor untuk melantik juruperunding atau pun konsultan untuk menyelesaikan permasaalahan pembinaan projek pembetungan najis di kampung Kota Belud selalu nya merupakan strategi yang lumrah.Mungkin dalam perkiraan Ahli-Ahli Yang BerHormat di Kota Belud akan menyelesaikan kemelut percangahan pendapat diantara pehak kerajaan dan orang kampung disana.
- Walau macam mana pun, sama ada ia nya akan berjaya atau pun tidak tertakluk kepada kebijaksana juruperunding yang di amanatkan untuk melakukan kajian seterus nya dengan membuat lapuran atau pun cadangan yang perlu diambil. Kerana dalam hal saperti ini, fokus diletakkan khas dari sudut pandangan teknikal sahaja, tidak cukup...Kadar emosi dan kemarahan orang-orang kampung perlu diredakan.
- Sebelum itu, saya merasa heran mengapa pandangan pehak Jurutera Daerah tidak diketengahkan pada hari tersebut. Wal hal, JKR sepatut nya banyak memainkan peranaan penting dalam pembinaan pembentungan najis di negeri Sabah.
- Selanjutnya, hal-hal saperti ini tidak patut berlaku sekiranya perancangan dan perlaksanaan awal dirangka dengan rapi dengan mengambil kira situasi sensitif dipersekitaran dan impak negatif nya terhadap kehidupan masyarakat tempatan. Saperti kerosakan kawasan tanah serta perumahan dan kesihatan orang-orang kampung.
- Dalam masa yang sama, pehak-pehak yang terlibat di bawah berunding dengan sebaik mungkin, sebelum projek tersebut dimulakan.
- Rasa nya, kejadian ini berlaku kerana besar kemungkinan pehak pengawal projek (Ibu pejabat dan daerah) tidak mengikut procedur yang kemas lagi berkualiti. Gagal mengambil kira keserasian kehendak ‘designer’ dan penduduk kampung yang terlibat.
- Dalam pada itu, saya juga ingin tahu sejauhmana kah kepakaran juruperunding yang dilantik itu, sama ada mereka ini mempunyai kepakaran dari aspek teknikal dan sekaligus kaedah yang berpaut dengan ‘ public relationships’ atau pengetahuan dalam menangani hal-ehwal kemanusian ?
Kerana dalam isu yang kronik saperti ini, pandangan teknikal dan perasaan serta hak-hak orang kampong tersebut perlu diseimbangkan ... Otherwise, sampai bila pun masaalah ini tidak akan selesai tanpa konfrantasi.Apa-apa pun, sebagai seorang yang mempunyai hubungan rapat dengan daerah Kota Belud, saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan tata-cara yang terbaik
Alasan Majikan ‘Tidak Tahu’ Satu Pembohongan
Monday, September 26, 2011
Mariam menyerahkan cek kepada Arfai sambil disaksikan oleh kakitangan Perkeso Tawau termasuk Mustafah, Juani dan Tina.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) Sabah, Mariam Hassan menyifatkan majikan yang mengemukakan alasan ‘tidak tahu’ bahawa pekerja harus ddidaftar kepada Perkesa, sebagai satu pembohongan yang menyedihkan.Menurutnya, alasan sedemikian tidak seharusnya timbul memandangkan Perkeso telah ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu di negeri ini, lebih-lebih lagi pihak majikan seharusnya sedar akan kewajipan mereka menjaga kebajikan setiap pekerjanya.
- “Majikan kena datang secara sukarela (mendaftarkan pekerja). Kadang-kadang kita akan ketawa bila majikan kata ‘saya tidak tahu’. Berapa lama sudah Perkeso di Malaysia? Di Sabah saja sudah lebih 40 tahun.
- “Saya rasa ini satu pembohongan yang menyedihkan. Pihak majikan mahu poket mereka berisi tetapi dalam masa yang sama kebajikan pekerja tidak dipedulikan,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
- Mariam menambah, kebajikan pekerja-pekerja perlu dilindungi dengan cara mendaftarkan pekerja untuk caruman dan prosedur ini bukannya untuk menyusahkan majikan ataupun pekerja, sebaliknya proses itu adalah demi manfaat bersama.
- Tambahnya, pihak majikan pula tidak seharusnya menyalahkan Perkeso jika dikenakan tindakan undang-undang kerana jabatannya sekadar menjalankan tugas untuk mengesan majikan-majikan yang masih berdegil untuk mendaftarkan pekerja-pekerja mereka.
- “Kalau tidak faham, kita ada pejabat sementara di Kunak, Semporna, Sipitang, Kota Marudu, Beaufort, Kota Belud, Ranau dan Kudat serta pejabat tetap di Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kota Kinabalu, Keningau dan Labuan,” katanya.
Beliau berkata, Perkeso Sabah juga sentiasa berusaha untuk mewar-warkan pelbagai maklumat dan perkembangan baru kepada pihak majikan dan pekerja sama ada menerusi siaran media, kursus-kursus ceramah dan sebagainya.Mengulas lanjut, beliau berharap kesedaran di kalangan masyarakat di negeri ini khususnya di kalangan pihak majikan dan pekerja dapat dipertingkatkan lagi demi memastikan hak-hak kebajikan pekerja sentiasa dijaga.
Peningkatan Jumlah Penduduk Sabah Luar Biasa?
Sunday, September 25, 2011
Peningkatan jumlah penduduk Sabah yang mendadak khususnya pada tahun 1990 sehingga 2000 di- anggap ‘luar biasa’ dan sehingga kini menjadi tanda tanya rakyat di negeri ini.Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Tan Sri Bernard Dompok, berkata pada tahun 1960, jumlah keseluruhan penduduk Sabah ialah 454,561 di mana 42 peratus daripadanya adalah suku kaum Kadazandusun.
- Beliau berkata, pada tahun 1970, Sabah mempunyai 653,- 604 penduduk berbanding 976,269 rakyat Malaysia di Sarawak. Sepuluh tahun kemudian pada tahun 1980, penduduk Sabah berjumlah 1,307,582 manakala Sarawak 1,515,536 penduduk.
- “Kemudian pada tahun 1991, tiba-tiba Sabah dengan 1,736,902 penduduk telah mengatasi jumlah penduduk Sarawak yang hanya mempunyai 1,648,217 orang.
- “Kecenderungan penuh teka-teki ini berterusan pada tahun 2000 bila bancian ketika itu meletakkan penduduk Sabah sejumlah 2,449,389 orang manakala Sarawak 2,012,616 orang. Pada tahun 2005, kita di Sabah dikatakan mempunyai 3,313,000 penduduk manakala Sarawak masih dalam lingkungan dua juta dengan 2,340,000,” katanya.
- Sehubungan itu, Dompok berkata, ini menunjukkan penduduk Sabah bertambah sebanyak 285 peratus dalam 30 tahun manakala di Sarawak pertumbuhan penduduk hanya 108 peratus.
- “Pada tahun 2005, Sabah mencatat peratusan pertumbuhan penduduk paling tinggi dalam negara iaitu 3.1 peratus berbanding purata kebangsaan yang hanya berjumlah 2.3 peratus.
- “Pada tahun 1960, data menunjukkan terdapat 168,000 Kadazandusun, iaitu hampir sama dengan jumlah Bumiputera lain di negeri ini, tetapi pada tahun 2000, suku kaum Kadazandusun hanya berjumlah 560,000 manakala Bumiputera lain telah bertambah menjadi 1.1 juta,” katanya.
eliau berkata, kes itu memperlihatkan betapa seriusnya masalah pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Oleh itu, beliau mengulangi gesaan Upko agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan.Bersih Gesa Putrajaya Jangan Haramkan klip ‘Undilah’
Saturday, September 24, 2011
Baru-baru ini, kepimpinan Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membenarkan agar klip video undilah terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara. Pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.
- “Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila ia dilihat sebagai satu ancaman. Jika ia dianggap sebagai sensitif, apakah bentuk demokrasi dan kebebasan politik yang perdana menteri sedang bercakap sekarang,” kata salah seorang anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Subramaniam Pillay hari ini.
- Kata beliau perkembangan terbaru yang diambil itu menunjukkan sikap “cakap tak serupa bikin.Cakap satu buat lain,” kata beliau lagi.
- Seorang lagi anggota jawatankuasa Berish 2.0, Maria Chin Abdullah juga melahirkan pandangan yang sama.
- “Apa salahnya meminta orang ramai mengundi? Malah kempen 1 Malaysia juga meminta orang mengundi,” kata beliau lagi.
- Subramaniam menambah, tindakan mengharamkan klip video itu satu langkah yang amat merisaukan kerana ia dihasilkan dengan tidak memihak mana-mana ideologi politik.
- Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.
Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.- Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo (gambar kanan).
- Ia dilancarkan sempena sambutan Hari Malaysia minggu lalu.
- Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.
Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
Orang Melayu Pesalah Dadah Terbesar Di Singapura?
Saturday, September 24, 2011
SINGAPURA - Bilangan pesalah dadah Melayu yang diberkas sepanjang Januari hingga Jun lalu meningkat sebanyak 20 peratus atau seramai 835 orang berbanding 694 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu. Secara keseluruhannya, seramai 1,741 pesalah dadah diberkas dalam tempoh tersebut.Jumlah mereka yang diberkas dalam tempoh Januari hingga Jun tahun lalu pula ialah 1,456 orang. Kaum Cina yang ditangkap meningkat sebanyak 15 peratus atau 598 orang berbanding 522 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu. Seramai 278 pesalah kaum India pula diberkas dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding 208 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataannya semalam berkata bagi pesalah dadah yang baru pula, seramai 314 orang Melayu diberkas sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding 299 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.- Pesalah dadah baru di kalangan kaum Cina pula berkurangan sedikit, daripada 275 orang dalam enam bulan pertama tahun lalu kepada 235 orang dalam tempoh yang sama tahun ini.
Di kalangan masyarakat India pula, seramai 80 orang diberkas berbanding 83 orang dalam enam bulan pertama tahun lalu. Menurut CNB lagi, mereka yang berusia 40 tahun ke atas adalah jumlah terbesar golongan mengikut usia yang menyalahgunakan dadah.- Mereka membentuk 43 peratus pesalah dadah, manakala yang berusia 20 hingga 29 tahun membentuk 25 peratus. Golongan berusia 30 hingga 39 tahun pula membentuk 24 peratus.
Dalam penilaiannya, CNB menjangkakan pihaknya akan melihat rampasan dadah yang lebih banyak pada masa akan datang memandangkan trend global masa kini yang melihat lebih banyak permintaan dan bekalan dadah di pasaran dunia.Statistik terkini menunjukkan CNB merampas dadah bernilai $7.7 juta sepanjang enam bulan pertama tahun ini - meningkat sebanyak $1.8 juta.
Fenomena Disebalik Rompakan Oleh Anggota Polis Dan SPRM?
Friday, September 23, 2011
Gambar hiasan perompak
Baru-baru ini, tiga pegawai SPRM telah merompak seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak RM900,000. Manakala sebelum itu, pada 8 September yang lalu, Polis pula di lapurkan merompak warga bangla, sebanyak RM 34156 bertempat di se;buah rumah jalan nagasari, dang wangi .lMohd Afizi Mohd Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20; didakwa melakukan rompakan ke atas warga Bangladesh yang berumur antara 20 dan 40 tahun di sebuah rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu. Wang rompakan berjumlah RM34, 156.
Walau macammana pun, Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 16 dakwaan merompak tersebut. Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.- Kesemua anggota polis yang tertuduh bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja-pekerja buruh binaan itu.
Dalam isu yang sama, Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) . Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa.
Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan."Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut," menurut suruhanjaya itu.
Sumber: BERNAMA
Analisa Solymone
Seadanya, kes-kes saperti ini sepatut nya tidak terjadi. Apa lagi bila memikirkan mereka yang terlibat terdiri dari pehak Polis dan SPRM. Justeru, pehak yang berwajib patut tangani perkara ini secara serius sebelum ia nya bertambah kronik.Pada pandangan saya, perkara ini patut di kaji atau dianalisakan sepenuh nya dari beberapa sudut penting. Bukan hanya sekadar meletakkan ‘penalty’ terhadap pelaku jenayah tersebut.
Antara sasaran kajian yang perlu diambil kira, ia lah dengan mengenal-pasti masaalah pokok punca nya atau penyebab kejadian saperti tersebut tergamak dilaku oleh kumpulan yang sepatutnya diamanat kan oleh negara sebagai benteng pertama menghalang kelakuan jenayah saperti perombakan, samun dan sebagai nya, di negara ini.- Antara lain, salah satu punca asas berlaku nya kejadian yang tidak di ingini ini, ada lah kemampuan kestabilan ekonomi sipelaku dalam situasi goyah. Apa lagi bila memikirkan tanggungjawab peribadi yang harus diharungi oleh individu yang terlibat.
Saban hari, kita mendengar atau melihat berita bahawa kerajaan giat berusaha untuk membasmi jurang kemiskinan dikalangan penduduk dalam dan diluar bandar. Namun kita jarang sekali mendengar usaha untuk menangani kegawatan ekonomi yang dialami oleh anggota perkhidmatan awam khas nya, polis dan SPRM.
Secara am nya, kaki-tangan polis atau pun SPRM ini tidak tergamak melakukan jenayah terkutuk ini, kecuali terdesak oleh komitmen yang tinggi terhadap keluarga, anak-anak dan sebagainya. Disebaliknya, mereka juga pekah dengan ganjaran (hukuman) yang menanti, akibat perbuatan yang keji ini...Dalam pada itu, mereka sanggup mengambil resiko.
Kadang kali, mungkin kerajaan pemerentah, lupa atau pun ‘take for granted’ bahawa kumpulan ini senentiasa selesa dengan apa yang ada. Walhal, tugas dan tangungjawab kumpulan ini ada lah berat lagi merbahaya sehinggakan sanggup menggadai kan nyawa dan harta benda semata-mata untuk ketenteraman negara.Sedangkan kos pulangan untuk kumpulan ini ada lah tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Situasi hidup yang melandah mereka ini boleh lah diibaratkan sebagai 'hidup segan mati tak mahu’.
Justeru, mungkin sudah tiba masa nya untuk mengulang kaji kos tanggungan kumpulan ini sapertimana yang dilakukan oleh negara-negara barat, saperti Amerika, United Kingdom dan Persatuan Europa; dimana pendapatan kumpulan ini ada lah dalam tahap yang lumayan.
Nota: Semua gambar yang dipaparkan ada lah sekadar hiasan
3 Buah Pulau Di Sabah Bukan Hak Milik Kerajaan negeri?
Thursday, September 22, 2011
Gambar hiasan kepulauan yang dijual Di Sabah
Ingatkan kepulauan di pesisiran Sabah ini ada lah hak milik kerajaan melalui skim taman-taman negara. Namun apa yang dilapurkan baru-baru ini, 3 kepulauan di sini, ia itu; Mengalum, Pandanan dan Montukod. Sejak bila pulau-pulau ini di wartakan untuk kepunyaan perseorangan, mungkin kebanyakan dari rakyat Sabah tidak tahu sehingga lah ia nya di promokan melalui internet untuk dijual.
Menurut sebuah akhbar tempatan semalam dipetik melaporkan bahawa Pulau Mengalum yang terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga AS$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) AS$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga AS$11.266 juta.
Dalam pada itu, dikatakan Kerajaan Sabah akan melindungi kepentingannya dalam isu cadangan menjual tiga buah pulau di perairan negeri ini kepada orang asing menerusi iklan internet.- Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal (gambar kanan) berkata, kerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan iaitu - Mengalum, Pandanan dan Montukod tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan adalah milik persendirian.
- "Bagaimanapun, pemilik pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah sebelum boleh menjual tanah mereka," katanya kepada pemberita.
- Osman berkata, Pulau Mengalum adalah milik sebuah syarikat dengan hak milik pajakan negara (CL), Montukod adalah hak milik pajakan negara dan peribumi manakala Pandanan diberi secara hak milik CL.
Mungkin dimasa akan datang, kita pasti dikejutkan lagi dengan aktiviti penjualan pulau-pulau sapertimana yang berlaku sekarang ini. kerana seadanya, terdapat maseh banyak lagi pulau-pulau dipersekitaran negeri Sabah masa kini.Dalam isu ini, rakyat Sabah hanya sekadar menunggu, mendengar dan melihat hak-hak ‘heritage’ mereka di jual beli dipasaran dunia. Dalam artikata yang lain. 'negeri ku milik orang'.


