Nahas Ngeri Kereta Api Langgar Lori Tangki Di Kota Kinabalu
Monday, October 31, 2011
Gambar Hiasan
Kereta api Sabah berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak menyebabkan letupan besar dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, petang Isnin.Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu mengesahkan kejadian itu dan jumlah kemalangan jiwa belum dapat dipastikan.
Walau macamana pun menurut sumber terakhir, seramai 18 orang dikhuatiri telah cedera parah.
Sabah Di Beri Autonomi Urus Projek Pendidikan?
Monday, October 31, 2011
Menjelang PRU13 yang dijangka tidak lama lagi, akhirnya Kementerian Pelajaran bersetuju menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Sarawak untuk menguruskan pemberian kontrak projek pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri itu.Ketika mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terdapat kewajaran untuk menurunkan kuasa itu memandangkan Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang besar terutama daripada segi jumlah atau saiz sekolah.
- "Sebenarnya dulu memang begitu..projek pendidikan di Sabah dan Sarawak di bawah jabatan kita yang ada di peringkat negeri tetapi beberapa tahun kebelakangan ini ia diurus pula oleh kementerian.
"Saya dapati memang ada kewajaran untuk kita turunkan balik kuasa kepada Sabah dan sarawak. Satu cara ialah memberi kuasa kepada pengarah negeri untuk melihat bagaimana projek tertentu yang kita laksanakan di peringkat negeri boleh sama diuruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-26 di KDCA, kelmarin.- Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas saranan presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam ucapannya agar kerajaan Persekutuan memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor Sabah untuk memperoleh kontrak bagi program yang mendapat peruntukan kerajaan Persekutuan.
- Sehubungan itu, beliau meminta bahagian pembangunan kementerian supaya meneliti ‘keupayaan yang ada’ terutama bagi kedua-dua negeri itu untuk menguruskan kontrak pembangunan pendidikan.
- "Walaupun kita sudah setuju pada dasar, kita mahu tahu ‘dia ada kapasiti’ kah atau tidak untuk uruskan. Kita tidak mahu lepas tu terganggu kerana tak ada tenaga manusia atau sumber yang ada untuk menguruskannya.
- "Tetapi secara prinsipnya saya sudah setuju dan mungkin pada peringkat awal projek kecil yang kita biasa buat yang ditawarkan di peringkat pusat kita boleh turunkan dulu...mungkin di bawah RM5 juta yang tak melibatkan kontrak yang besar...kontrak yang besar kita nak tengok kapasiti dulu," katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk kontraktor yang ditawarkan projek pendidikan mesti berwibawa."Juruperuding juga mesti ada. Setiap kerja ada juruperunding yang beri nasihat termasuk nilai kontrak dan bidang-bidang yang perlu diteliti sebelum kita laksanakan sesuatu projek (pembangunan pendidikan).
Sumber: Agensi
PAGE beri Najib amaran BN Akan Hadapi Risiko Kira Nya PPSMI Di Hapuskan?
Sunday, October 30, 2011
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) hari ini menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.
“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan. Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar kanan)) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.- Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.
- “Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan,” kata beliau dengan tegas.
Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.
- Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
- Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.
- Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.
Aktiviti Merentas Hutan Bertukar Menjadi Tragedi Ngeri 5 Pelancong Asing
Sunday, October 30, 2011
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Chris Birchill, 45 tahun, dari Australia. Manakala mereka yang diselamatkan ialah Jonathan, 54 tahun, dan Alan Chadwich, 33 tahun, yang merupakan rakan senegara mangsa. Dua lagi ialah Marc Linneger, 35 tahun, dari Afrika Selatan, dan James Fraser, 45 tahun, dari Britain.
Pelancong-pelancong terbabit yang mula masuk ke hutan itu kira-kira 8 pagi pada Rabu lalu gagal keluar dan terpaksa menelefon rakan mereka di Singapura untuk meminta bantuan.- Operasi mencari dan menyelamat kesemua pelancong itu dilakukan hingga 12.30 tengah malam kelmarin, namun mereka gagal ditemui.
- Bagaimanapun, kesemua mereka ditemui sekitar 10.30 pagi kelmarin di lokasi berhampiran tebing sungai yang terletak pada ketinggian 365 meter dan tujuh kilometer dari pintu masuk hutan lipur berkenaan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelancong asing terbabit sekitar 3 petang Rabu lalu dan telah menggerakkan operasi mencari mereka.- 'Setelah berjalan selama tujuh jam mereka tersesat sehingga mengakibatkan seorang daripada mereka meninggal dunia,' katanya kepada pemberita di sini.
- Jelasnya, setelah berjaya dibawa keluar sekitar 2.30 petang kelmarin, kesemua pelancong terbabit diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Segamat bersama-sama mayat mendiang Birchill.
Abd Majid berkata, kumpulan pelancong berkenaan difahamkan selalu melakukan aktiviti merentas hutan di sekitar Malaysia, Thailand dan Indonesia.Sementara itu, menurut seorang Renjer Jabatan Perhutanan negeri, Husin Abdul Latif, 38 tahun, beliau berjaya menemui kumpulan pelancong asing yang sesat itu selepas mengikuti satu jejak ranting-ranting pokok yang telah dipatahkan.
Kerana Harga Tiket Mahal Web FAM DI Godam?
Saturday, October 29, 2011
Tengah malam semalam Laman FAM dipercayai digodam dan mesej yang diletakkan jelas menunjukkan tindakan itu dilakukan kerana marah dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir yang akan diadakan hari ini.Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Shah Alam membabitkan pertemuan Terengganu dan Negeri Sembilan.
Lambang FAM diletakkan imej babi dengan simbol '$' manakala perkataan persatuan diconteng dengan tanda pangkah. Mesej penggodam pada laman itu turut melabel FAM seolah-olah bertindak seperti 'kapitalis' dengan menaikkan harga tiket.
Laman yang digodam itu turut membawa satu berita akhbar tempatan mengenai kenaikan harga tiket dengan kenyataan FAM bahawa pihaknya tidak akan berganjak daripada keputusan mengenakan RM50 daripada RM30 meskipun diprotes dan dikecam banyak pihak. Tindakan itu menimbulkan kemarahan peminat bola sepak yang merasakan kenaikan itu satu beban. - Sebelum itu, Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya dilempar lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu sehingga mengotori lantai pintu depan wisma serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.
Sementara itu, polis berkata pihaknya menolak andaian kejadian melempar cat merah di Wisma FAM berpunca daripada isu kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia.Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, bagaimanapun berkata polis akan menyiasat sama ada wujud unsur khianat atau hutang memandangkan ia boleh berlaku atas banyak sebab.
Projek Gagal Kerana Pengusaha Tiada Pengetahuan Asas
Saturday, October 29, 2011
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, kegagalan projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) disebabkan rata-rata pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian.Beliau dilapur sebagai mengulas kenyataan Jabatan Audit Negara baru-baru ini sebab kegagalan pengusaha tempatan melaksanakan projek tersebut dengan baik.
Justeru itu, beliau meminta graduan yang memiliki diploma dan ijazah dalam bidang pertanian menceburkan diri dalam industri pertanian bagi membolehkan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.- "Kita lihat ramai graduan tidak mahu bekerja di sektor pertanian kerana beranggapan pertanian ini miskin, kerja teruk dan kotor tetapi mereka tidak tahu sebenarnya bidang tersebut mempunyai hasil pulangan yang banyak.
- "Mereka perlu ubah gaya pemikiran mereka agar dapat menceburi bidang pertanian bagi membolehkan ilmu yang dipelajari semasa di universiti dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang tersebut," katanya pada sidang media selepas "Program Konvoi Bersamamu Datuk Jo" di Kampung Palas, Tobiar, dekat sini.
Mohd Johari berkata, beliau melihat projek ikan talapia diusahakan oleh sebuah syarikat di China yang dibangunkan selama 10 tahun berjaya mengeksport produk mereka ke luar negara sehingga mencecah RM1 bilion setahun.Katanya, kejayaan mereka disebabkan mereka memiliki pekerja daripada graduan dalam bidang akuakultur, dan mereka juga turut mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.
"Mereka juga boleh tentukan harga pasaran produk mereka kepada negara luar yang berminat untuk membelinya," katanya.- Beliau menyarankan Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya bekerjasama dengan agensi pertanian di negara ini bagi membolehkan pelajarnya banyak melakukan latihan praktikal bersama petani.
Tadika Sabah Tidak Dibekalkan Makanan Menurut Piawaian?
Friday, October 28, 2011
Antara Laporan Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini termasuk lebih daripada separuh tadika di Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah tidak patuh standard piawaian menu makanan yang disediakan kerajaan.Selain itu laporan turut mendedahkan Tadika KEMAS di Kedah didapati menjadikan tandas sebagai stor menyimpan makanan.
Laporan Audit Negara itu juga menyatakan tadika terbabit memberikan ‘doughnut’ kepada kanak-kanak yang sepatutnya diberikan mihun goreng selain dijamu nasi lemak kosong tanpa kacang dan telur.
Di Sarawak , Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah mengingatkan semua ketua atau penyelia prasekolah (tadika mahupun tabika) di negeri Sarawak agar mengambil iktibar serta prihatin terhadap Laporan Audit Negara berhubung standard piawaian menu makanan yang dipertikaikan.- “Jadi ia merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian kerana kalau dilihat dari segi pendidikan awal kanak-kanak, pertamanya antara yang perlu diteliti bukan sahaja standard kualiti bangunan premisnya tetapi piawaian standard dari segi pemakanan,” kata beliau.
Menurut Fatimah selanjutnya, setiap menu di tadika dan tabika seharusnya perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Kesihatan, yang sudah menjadi prosedur oleh setiap taska sebelum diberi sijil atau lesen beroperasi.Bagaimanapun kata beliau, ia tidak terhenti di situ sahaja kerana agensi-agensi yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak perlu melakukan pemantauan tahap menu yang diadakan.
Projek Untuk Rakyat Termiskin Mengalami Kegagalan 54 Peratus?
Friday, October 28, 2011
Berasaskan pendedahan laporan Ketua Audit Negara 2011 sebagai bukti , Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas bahawa program pembasmian kemiskinan mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya.Manakala projek jalan persekutuan itu pengauditan antara Ogos dan Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaannya kurang memuaskan.
Antara projek itu, katanya, program pembasmian kemiskinan bawah bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan penyenggaraan jalan persekutuan (RM462.46 juta) yang diswastakan di Sarawak.- Justeru, Anwar menyifatkan ‘kepincangan’ yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengaibkan kerana melibatkan aktiviti dan projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin.
- Selanjut nya kata beliau, Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.
Dalam isu yang sama, projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Ini kerana hanya dua daripada 300 makmal komputer sahaja yang dapat digunakan manakala lawatan audit ke SK Kepayan, Kota Kinabalu, mendapati stok peralatan ICT yang dibekalkan hampir tiga tahun lalu masih tidak digunakan.Peralatan ICT disimpan di dalam kotak asalnya dan tidak diageh.
Keadaan ini berlaku kerana 99.3 peratus makmal yang dibina gagal disiap dan diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Adalah juga didapati sebahagiannya telah mengalami kerosakan fizikal akibat daripada serangan anai-anai,” petik laporan itu.Projek makmal komputer yang ditugaskan kepada syarikat TimeCom Holdings Sdn Bhd itu sepatutnya bermula pada 31 Oktober, 2006 tetapi tellah mengalami kelewatan yang berpanjangan dan hanya siap pada 30 April, 2008.
Kes Jual 3 Pulau - Pemuda Pas Sabah Cabar Musa Aman
Thursday, October 27, 2011
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu berkata PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ia nya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.Justeru, beliau mencabar Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri kerana gagal menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.
“Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?”, soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, baru-baru ini.- Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri, Musa Aman bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut
- Ujarnya, PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen.
Tambahnya, kempen ‘Selamatkan Pulau-Pulau Sabah’ yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.- Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.
- Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.
- Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.
Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar kiri) pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah, tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.“Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu,” sinisnya.
Najib Gesa Usah Politikkan Urusan Keluarga
Wednesday, October 26, 2011
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menggesa para pemimpin tidak kira parti politik agar tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing, sebaliknya menumpukan perhatian kepada soal dasar.Ia kenyataan pertama Datuk Seri Najib sejak blog pro-Umno membuat dakwaan kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, mencabuli kehormatan rakan pelajar wanita dan menggunakan kedudukan bapanya bagi melepaskan diri daripada hukuman.
- Pelajar perempuan yang belajar di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan isu itu menafikan dakwaan tersebut. Begitu juga pengetua sekolah anak Encik Lim belajar sebelum ini.
Sejak pagi kelmarin, beberapa pihak menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan itu.- Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin meminta Encik Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.
- 'Keadaan yang ideal ialah demokrasi moden menghendaki anda memberi tumpuan kepada perkara-perkara berkaitan dasar.
- 'Apabila anda membahaskan kelemahan dasar dari sudut kelemahan pelaksanaan, biarkan keluarga ke tepi atau (anda) mengeksploitasi urusan keluarga bagi keuntungan politik sendiri.
- 'Anda perlu bersetuju dengan beberapa (unsur) etika. Ia terpakai kepada kedua-dua belah. Saya tidak bercakap mengenai fakta kes ini. Saya tidak tahu mengenai fakta kes ini, tetapi jika anda mahu bercakap mengenai etika, kecualikan keluarga, maka setiap orang perlu mematuhinya, termasuk pembangkang.'
Walau Pun Lumpuh, Warga Emas Bersilat 20 Minit Melawan Pencuri Di Rumah
Tuesday, October 25, 2011
Walaupun menghidap penyakit lumpuh, seorang warga emas, Abdul Ghani Jusoh, 65 tahun terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum membuatkan penyamun bersenjatakan parang melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di Jerteh, Terengganu , baru-baru ini.Dalam kejadian pada 11 malam itu, beliau bersama isterinya berusia 68 tahun sedang nyenyak tidur, apabila mereka dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah. Pada mulanya, beliau menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya yang sedang mengejar tikus.
Ghani terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya. Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam Ghani dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan beliau cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.- Menurut Abdul Ghani, lelaki tersebut melarikan diri manakala beliau dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Luka di dada dan bahu Ghani akibat pergelutan itu, menerima 10 jahitan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Kamaruddin Zakaria (gambar kiri), berkata polis yang dimaklumkan kejadian itu bertindak pantas berusaha mengesan suspek, sebelum menahannya dengan bantuan penduduk dan Unit Kawalan Kampung Bukit Kenak, di sini, pada 8 pagi kelmarin.Menurut Kamaruddin, suspek, yang dalam keadaan keletihan dan bersama dua bilah parang, ditemui dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Parang-parang itu dipercayai diambil dari rumah mangsa ketika memecah masuk rumah tersebut.
Fenomena Rampasan Tanah Adat Pemangkin Trauma Rakyat Sabah
Monday, October 24, 2011
Nampak nya fenomena rampasan tanah yang berlaku berleluasa di Sabah telah mengancam kehidupan harian setiap masyarakat etnik bumputera dan ini merunsingkan sama ada tanah mereka akan selamat daripada segala pencerobohan yang tidak diketahui dan didalangi oleh pihak tertentu.Isu rampasan tanah di Sabah oleh syarikat-syarikat ini seakan tiada penghujangnya. Mala ia nya seakan-akan menular saban hari sebagai kanser di seluruh pelusuk negeri ini.
Jauh berbeza dengan negeri di Selangor; semua rakyat diberi tanah untuk memulakan penghidupan baru...Sungguh aneh!!!
Pada hakikatnya semua rakyat Sabah tahu, tanah merupakan nadi dan berkait rapat dengan kehidupan masyarakat etnik bumiputera Sabah. - Mungkin kah kes ini hanya akan berhenti setelah semua tanah-tanah yang di pohon (LA) oleh rakyat; disapu habis oleh syarikat-syarikat yang di naungi oleh pehak pemerantah kerajaan negeri?
Namun harapan penduduk yang terlibat, semakin lama semakin terhakis dan menjadi satu mimpi dan igauan ngeri terhadap masa depan generasi anak watan Sabah tulen yang bergantung hidup pada tanah. - Keadaan ini disebabkan kejadian rampasan tanah yang semakin berleluasa oleh pihak berkepentingan dalam ketamakan mengaut keuntungan tanpa menghiraukan keperitan yang ditanggung oleh rakyat negeri ini, khasnya kaum etnik bumiputera.
Baru-baru in satu lagi kes rampasan tanah dilapurkan berlaku di Kg Sukau, Kinabatangan yang melibatkan suku kaum Orang Sungai. Kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi, Sandakan untuk dibicarakan. Menurut Wakil penduduk suku kaum Orang Sungai, Katiff Bin Kussoi, semasa ditemubual, Kg. Sukau telah dibuka pada tahun 1988 dan mendapat persetujuan dan galakan daripada Pemungut Hasil Tanah, Jabatan Tanah dan Ukur yang melibatkan 30 buah keluarga dan pada tahun 1990 pemohonan tanah telah dibuat oleh penduduk setelah dipindahkan daripada tebing Sg.Kinabatangan.
- Namun setelah 10 tahun menunggu, permohonan tanah mereka yang melibatkan seluas 191.60 hektar (473.50 ekar) telah ditolak oleh Jabatan Tanah bertarikh 8 November 2000 tanpa alasan yang kukuh.
- Sebaliknya, tanpa diketahui, geran tanah telah dikeluarkan kepada sebuah syarikat tempatan pada 11 April 2002 yang pada asalnya pemohonan syarikat tersebut juga telah ditolak.
Menurut Wakil Rakyat Sukau, Saddi Abdul Rahman melalui kenyataan akhbarnya sebelum ini telah mengatakan bahawa kes tanah yang melibatkan penduduk Orang Sungai, Kg Sukau telah selesai tetapi disangkal oleh penduduk kampung sebagai menutup berita daripada pengetahuan umum.- Bagaimanapun, proses perundangan masih lagi berjalan sehingga sekarang semasa berita ini dilaporkan dan diharap pembelaan kes ini dibuat secara adil.
Laporan SUHAKAM mengatakan terdapat 1,000 aduan berkenaan tanah telah diterima dan daripada jumlah tersebut 824 kes adalah daripada negeri Sabah iaitu satu jumlah kes yang besar dan serius berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.- Dalam isu yang sama, September lalu kumpulan aktivist Pemuda SAPP telah membuat liputan berita mengenai rampasan tanah yang berlaku terhadap Orang Murut, Serudong Ulu, Kalabakan yang melibatkan tanah seluas 4,000 ekar oleh syarikat kelapa sawit.
- Dalam pada itu, rampasan tanah juga berlaku di kawasan Tongod, Kudat, Pitas, Banggi dan tempat- tempat lain di Sabah yang tidak mengira kawasan yang melibatkan keluasan kecil sehinggalah ke ratus ribu ekar.
Rampasan tanah berlaku dikatakan mempunyai hubungkait dengan situasi politik dan kehilangan hak-hak tanah kepada masyarakat etnik bumiputera Sabah turut menambah kepada peningkatan statistik kemiskinan di Sabah disebabkan hilang sumber pendapatan isi keluarga dalam menyara kehidupan harian kerana 40% kemiskinan adalah kaum bumiputera yang telah dilaporkan oleh Bank Dunia.Sumber: SabahKini, SAPP Media


