Pekerja Di Sektor Perladangan, Industri Berisiko Tinggi
Wednesday, November 30, 2011
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah, Ir Mohamad Razak Ismail berkata, golongan pekerja di sektor perladangan dan industri telah dikenal pasti berisiko tinggi terdedah kepada masalah kesihatan dan keselamatan di tempat kerja berdasarkan satu kajian baru-baru ini.Tambahnya, keadaan itu bertambah rumit sekiranya pihak majikan gagal menyediakan alat kelengkapan seperti penutup mulut dan hidung ekoran para pekerja sering terdedah kepada udara tidak sihat.
- “Keadaan ini agak berbahaya apalagi jika pihak majikan tidak menyediakan kelengkapan keselamatan seperti penutup mulut dan hidung kerana pekerja sering terdedah dengan udara tidak sihat yang mengandungi habuk dan bahan kimia,” katanya.
- Mohamad Razak berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersempena Seminar Sistem Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS) 2011, Tata Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010 dan Garis Panduan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan Secara Generik (Generik CHRA) di Hotel Promenade di sini kelmarin.
Katanya, di Sabah sahaja telah mencatat kes kemalangan kecil dan kemalangan upaya kekal masing-masing mencatatkan angka tertinggi dalam tempoh dua tahun iaitu sebanyak 195 (2009) dan 143 (2010) manakala maut pula 46 kes bagi kedua-dua tahun.
'Occupy Malaysia ' Akan Berdemo Di Parlimen?
Tuesday, November 29, 2011Tujuan aktivist tersebut ada lah membawa pergerakan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua.
Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata rang undang-undang yang cuba dibentangkan kerajaan BN itu bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebarang rundingan dengan orang ramai.Dakwa mereka, tindakan itu jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini.- Anatara lain, kumpulan aktivist tersebut berpendapat bahawa kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sekatan adalah asas dalam mana-mana demokrasi yang berfungsi. Malah, hak itu juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
- Menurut kumpulan tersebut selanjutnya , rang udang-undang itu jelas mendiskriminasikan bukan warganegara, kanak-kanak dan belia di bawah umur 21 tahun kerana kumpulan-kumpulan berrkenan dilarang daripada menganjurkan perhimpunan.
Justeru, Occupy menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang itu pada kadar segera dan mencadangkan suara rakyat diambil kira sebelum mana-mana undang-undang atau polisi digubal.Selain Occupy, Majlis Peguam juga telah mengarahkan semua peguam di bawah persatuan itu untuk turut berarak bermula dari Kelab Tasik Diraja ke bangunan Parlimen, pada jam 11 pagi bagi menyerahkan nota bantahan.
Dalam pada itu, Persatuan Dayak Iban Sarawak, sebuah NGO di Kuching pula akan mengadakan bantahan di Bangunan Lama Mahkamah di Kuching.
Najib Berada Di Landasan Wawasan 2020 - Mahathir
Tuesday, November 29, 2011
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata Najib berdepan ‘kesukaran’ berikutan mempunyai majoriti kecil di Parlimen dan perlu menguruskan krisis.
Menurut Mahathir, Beliau tidak mempunyai majoriti sepertimana yang beliau ada. Beliau mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan beliau mengendalikan pembangkang.
Justeru, Najib berdepan kesukaran, katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis makan tengah hari untuk perwakilan yang menghadiri Forum Antarabangsa bertema ‘Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global’ sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini.
- Mengenai Umno, Dr Mahathir berkata parti itu semakin berkembang maju dan "jauh lebih baik daripada pada 2008".
- "Pada (pilihan raya umum) 2008, saya tahu banyak anggota Umno mengundi pembangkang bukan kerana mereka "kurang sayangkan Umno" tetapi mereka tidak sukakan kepimpinan pada masa itu," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang ‘berjangkit’ akibat globalisasi."Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri kita daripada apa yang berlaku di seluruh dunia.
"Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian, mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur," katanya.
Selain Dari KDN, JPN Pun Terlibat Dalam Pengurusan PATI?
Monday, November 28, 2011
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof, Pengurusan pelarian Filipina di Sabah adalah di bawah tanggungjawab Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Sabah, Labuan iaitu di bawah agensi Majlis Keselamatan Negara di mana ia adalah di bawah JPN. Ini menunjukkan bahawa selain daripada KDN, JPN berkuasa penuh ke atas ’Pelarian’ di Sabah, termasuk memberikan MyPR kepada semua pemegang IMM-13 di Sabah dan Labuan.
- Abu Seman turut menyentuh kriteria prosedur pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di bawah peruntukan Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan.
- ”Dari jumlah yang dinyatakan, pemberian kewarganegaraan di bawah Perkara 16, adalah berjumlah 428,144 orang sehingga 15 Oktober 2011. Pemberian taraf kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada syarat prosedur dan kelayakan yang telah ditetapkan di Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan,” kata Abu Seman.
- Selain dari itu, Abu Seman mendedahkan bahawa bajet rumah transit pelarian Filipina di Sabah dan juga Labuan ada lah terletak di bawah Majlis Keselamatan Negara dan bukannya di bawah Kementerian Dalam Negeri.
- Dengan itu, Abu Seman membuka ruang minda rakyat Sabah berhubung misteri OPS Gambeling yang merekrut seramai 322,903 orang warga asing Indonesia, Filipina, India dan Pakistan telah diberikan KAD PENGENALAN PROJEK melalui peruntukan nombor kad pengenalan biru:
- H 0288001 hingga H0384000
- H 0480001 hingga H0576000
- H 0609601 hingga H0610000
- H 0658001 hingga H0658200
- H 0658401 hingga H0659000
- H 0666001 hingga H066640
menurut sumber, tidak ada seorang pun kaum Cina atau India yang memegang kad pengenalan yang bernombor siri di atas, seolah-olah ketika itu tidak ada kaum Cina atau India yang boleh memiliki nombor keramat yang dikhususkan untuk PATI yang memborong semua Kod 12.Protes Aman NGO Di Penampang Pada 29 November?
Sunday, November 27, 2011
Senario Pekan Donggongon, Penampang
Satu berita menarik yang dikeluarkan oleh SabahKini hari ini. Dalam berita yang disiarkan secara online, dilapurkan bahawa kumpulan Aktivis dan Pejuang Hak Asasi Anak Asal Sabah akan mengadakan protes secara aman bertempat di pekan Donggon, Penampang pada 29 November akan datang.Kumpulan tersebut dikatakan telah menjemput pertubuhan dan NGO supaya turut menyokong satu perhimpunan protes tersebut untuk membantah beberapa perkara penting yang memberi kesan negatif secara langsung kepada rakyat jelata Malaysia khususnya di Sabah :-
- -Rang Undang-Undang Atau Akta Pindaan Perhimpunan Aman;
- -Keengganan Kerajaan Persekutuan Untuk Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk Menyiasat Pemberian IC Palsu dan Kewujudan Pengundi Hantu Di Sabah;
- -Isu Rampasan Tanah NCR Penduduk Asal Sabah Oleh Syarikat-Syarikat Yang Menjadi Kroni Pemimpin Tertentu; dan
- -Isu-Isu Ketidakadilan Lain Yang Semakin Menular Di Sabah dan Menyusahkan Rakyat Tempatan.
Perhimpunan dijangka diadakan seperti berikut:TARIKH : 29/11/2011 (Selasa)
TEMPAT : Tugu Datuk Peter J. Mojuntin, Donggongon (sebelah Megalong Shopping Complex)
MASA : 11.30 pagi
Dalam pada itu, NGO penganjur menjemput orang ramai untuk datang beramai-rami sebagai tanda sokongan kepada ’Protes Secara Aman Terhadap Akta Pindaan Perhimpunan Aman & Isu PTI Dan Tanah NCR’.
Sehingga kini 12 pertubuhan telah menyatakan sokongan kepada perhimpunan ini iaitu;
- MCLM
- SABM
- SAPP
- PACOS
- Gindol Initiative for Civil Society Borneo
- Rangkaian Mangsa-Mangsa Rampas Tanah
- AWAS
- CIGMA
- United Borneo Front (UBF)
- Borneo Heritage Foundation (BHF)
- Pergerakan Sabah Pogun Tokou
- MoCS Sabah
MP Tuaran Gesa Tubuh SSD Atau Kembalikan Kuasa Imigresen?
Saturday, November 26, 2011

”Saya percaya, Ketua Menteri Sabah mampu menyelesaikan masalah kebanjiran PATI di Sabah jika dikembalikan ’Kuasa Imigresen’ sebagaimana yang dijamin dalam 20 Perkara,” kata Bumburing yang bercadang untuk menghantar ’Altimatum’ kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah berhubung isu ini.
Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing sekali lagi mengesa KERAJAAN Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SSD) atau mengembalikan kuasa Imigresen kepada Ketua Menteri Sabah bagi menangani ibu kepada segala masalah di Sabah iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).Beliau berkata demikian dalam pertemuan khas dengan Sabahkini.net di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi mengesahkan beliau telah menerima jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada jam 6 petang kelmarin, 23 November, 2011.
”Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri kerana prihatin dengan masalah Sabah sekalipun terpaksa mengambil masa hampir setahun untuk menjawab memorandum saya,” kata Bumburing sambil menunjukkan surat ’RAHSIA’ daripada KDN. - Bagaimanapun kata Bumburing, jawapan yang
diberikan KDN lebih banyak menimbulkan persoalan baru daripada menjawab memorandum yang beliau kemukakan pada 16 Disember 2010. - ”Rakyat Sabah mahu Kerajaan Persekutuan menubuhkan SSD dan itulah jawapan yang saya harapkan daripada memorandum
berkenaan dan bukannya menjawab isu yang saya kemukakan di dalam memorandum tersebut secara ’Sindrom Penafian’,” tegas Bumburing yang menekankan hanya rakyat Sabah yang tahu dan mengalami masalah PATI dan kerakyatan songsang di Sabah. - Dengan menjawab memorandum yang dikemukakan beliau, kata Bumburing, seperti menambah garam ke luka di hati rakyat Sabah yang semakin
menderita akibat kehadiran lebih sejuta PATI termasuk yang mendapat kerakyatan melalui jalan songsang dan masuk secara haram ke Sabah. - Penafian demi penafian, kata Bumburing, tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Sabah kerana semua tahu bahawa isu PATI itu benar; MyKad projek itu benar; Pengundi hantu itu benar dan kebanjiran mereka itu benar sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah secara kesuluruhannya.
Mojilip kesal kerana nyawa seorang rakyat Malaya, Teoh Beng Hock diluluskan penubuhan SSD; lebih bernilai daripada nyawa 1.3 juta rakyat tulen Sabah yang bukan sahaja takut untuk berjalan ketika malam, malah takut untuk turun mengundi kerana dibanjiri warga asing yang lebih dahulu mengundi bagi pihak mereka.Kampung Air Tanjung Aru Sabah Musnah
Friday, November 25, 2011
Selain kediaman, kenderaan mangsa turut musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu, pagi semalam.1,011 tinggal sehelai sepinggang.
Lebih 1,011 penduduk di Kampung Tanjung Aru Baru dekat sini hilang tempat tinggal apabila 129 buah rumah di perkampungan atas air itu musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah rumah sebelum ianya merebak dan membakar rumah-rumah lain.
- Kejadian itu menyebabkan penduduk di kampung berkenaan terpaksa keluar daripada rumah untuk menyelamatkan diri berikutan keadaan api yang merebak dengan cepat.
- Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi kelmarin berkata lebih 1,000 penduduk di kampung berkenaan terlibat dalam kejadian itu.
- Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kecederaan teruk atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
- Menurut Ahmad Sofi, siasatan awal juga mendapati api berpunca daripada litar pintas salah sebuah rumah di kampung itu, bagaimanapun siasatan terperinci akan dibuat bagi mengetahui punca sebenar kejadian terbabit.
- Difahamkan, hanya seorang wanita mengalami kecederaan pada bahagian pinggangnya selepas dia terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.
- Beberapa kenderaan milik penduduk kampung termasuk lapan buah kereta, sebuah van dan tiga buah motosikal turut musnah dalam kebakaran terbabit.
- Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba negeri ketika dihubungi berkata bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.25 pagi.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.15 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 6.30 pagi, kata jurucakap PGO bomba Sabah kelmarin.Menurutnya, punca kebakaran kini masih lagi dalam siasatan manakala jumlah sebenar penduduk yang terlibat dan kerugian yang dialami juga masih lagi disiasat.
Sabah Berpotensi Jadi Sumber Kajian Perubatan?
Thursday, November 24, 2011
Kelihatan Brigadier Jeneral Profesor Datuk Seri Panglima Kamaruzaman Ampon (duduk dua dari kiri).
Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Brigadier Jeneral Profesor Datuk Seri Panglima Kamaruzaman Ampon, Sabah yang memiliki kawasan luar bandar yang agak luas memerlukan penduduk kawasan berkenaan didedahkan dengan kesedaran dan pendidikan perubatan yang berkualiti.Belia berkata demikian pada Majlis Makan Malam Persidangan “The 3rd International Conference on Rural Medicine (ICORM) 2011 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Selasa.
- Kamaruzaman berkata, untuk membudayakan aktiviti kesihatan serta penyediaan kemudahan kesihatan bagi penduduk luar bandar di negeri ini, pihak UMS melalui Sekolah Perubatannnya telah mewujudkan Klinik Kesihatan Masyarakat UMS di Sikuati, Kudat.
- “Ini adalah usaha kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan di luar bandar khususnya di Sabah yang masih agak ketinggalan dan statistik telah menunjukkan bahawa peratusan penyakit-penyakit berjangkit di kawasan itu masih belum memperlihatkan sebarang penurunan.
- “Justeru, pembinaan Klinik Kesihatan Masyarakat UMS ini dijangka dapat meningkatkan keberkesanan dari segi penjagaan kesihatan di kawasan Kudat, Kota Marudu dan kawasan sekitarnya,” tambahnya.
Persidangan ICORM itu juga, kata Kamaruzaman, memberi ruang dan peluang kepada para ahli akademik daripada seluruh negara yang mengambil bahagian untuk berkongsi idea serta bertukar pendapat berkaitan isu perubatan desa.Pertukaran pandangan dan idea dalam kalangan pakar-pakar perubatan adalah perlu kerana akhirnya pendekatan seumpama itu akan memberi manfaat dan memperkayakan pengalaman dan keupayaan masing-masing serta menyumbang kepada kesihatan dan penyelidikan perubatan sejagat, katanya.
Tanah Runtuh Ancam Nyawa 50 Pelajar Tahfiz Kota Kinabalu
Wednesday, November 23, 2011
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam ahad lalu, hujan lebat sejak lebih dua jam sebelum itu menyebabkan bahagian dapur asrama Masjid Bandar Kota Kinabalu runtuh dibawa arus deras air.Kini asrama 50 pelajar-pelajar tahfiz seperti berada di hujung tanduk apabila ia betul-betul terletak di tepi runtuhan tanah itu yang pada bila-bila masa boleh runtuh sekiranya hujan lebat sekali lagi turun.
- Sekiranya ia berlaku, bukan sahaja nyawa pelajar-pelajar berkenaan diancam maut tetapi ia turut akan membahayakan beberapa buah rumah dan kedai yang berada di tepi lereng bukit itu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang melawat masjid itu hari ini melahirkan rasa kebimbangannya kerana runtuhan itu agak teruk dan ia boleh bertukar menjadi lebih serius memandangkan keadaan cuaca yang sering hujan sejak kebelakangan ini.- Beliau yang juga pengerusi masjid itu meminta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat memantau keadaan runtuhan itu dan melakukan tindakan segera bagi mengelak ia menjadi lebih serius hingga boleh mengorbankan nyawa.
Jabatan Kerja Raya patut melihat keadaan runtuhan ini termasuk segera bertindak bagi mengawal runtuhan ini supaya tidak merebak, ia amat penting sebagai tindakan jangka pendek sebelum langkah susulan dilakukan, kata Lajim.- “Jangan apabila adanya nyawa terkorban baru hendak bertindak, apabila ia berlaku, segalanya sudah terlambat,” katanya yang meminta pihak pengurusan Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran As-Syatibiyah masjid itu memantau dan mengawal pergerakan pelajarnya seramai 55 orang itu.
Masjid ini sebenarnya sedang dalam proses pembaikan berperingkat beberapa bahagian bangunan yang uzur setelah diluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta oleh Kerajaan Pusat pada tahun lalu.Tambah Lajim, sekiranya keadaan runtuhan itu semakin serius, pihaknya akan memindahkan kesemua pelajar itu ke asrama dan pusat pengajian sementara di ibu pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia).
Harga Ayam Naik Mendadak Disebabkan Harga Makanan Naik - Yahya
Wednesday, November 23, 2011
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin berkata kenaikan harga ayam secara mendadak baru-baru ini disebabkan oleh kenaikan harga makanan ayam.Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, sepanjang sepuluh bulan tahun ini harga makanan ayam pemula (starter) telah meningkat sebanyak RM7.60 atau 8.3 peratus di daerah-daerah pantai berat dan sebanyak RM15.60 atau 16.9 peratus di kawasan Pantai Timur Sabah.
Beliau berkata harga sekarung makanan ternakan seberat 50 kilogram meningkat daripada RM91.50 kepada RM99.10 di daerah-daerah pantai barat dan daripada RM92.50 kepada RM108.10 sekarung bagi daerah-daerah Pantai Timur Sabah.
“Pada masa yang sama, harga makanan jenis penggemuk juga telah meningkat sebanyak RM5.70 iaitu kenaikan 6.4 peratus daripada RM89.50 kepada RM95.20 di Pantai Barat dan sebanyak RM18.10 iaitu 20 peratus daripada RM90.50 kepada RM108.60 di pantai timur.- “Kenaikan ini disebabkan oleh kenaikan harga
bahan-bahan mentah seperti jagung dan kacang soya yang diimport dari luar negara. - “Perbezaan harga makanan ternakan di daerah pantai barat dan pantai timur dipengaruhi oleh kenaikan kos pengangkutan yang telah meningkat. Ini disebabkan ketiga-tiga kilang makanan ternakan komersil terletak di Kota Kinabalu atau Labuan. Faktor penyebab lain termasuk harga anak ayam, yang juga meningkat daripada RM1.80 kepada RM2.60 seekor,” kata Yahya.
Yahya selanjutnya berkata, selain itu Sabah juga mengalami masalah pengimportan keratan ayam terutama sayap dan sukuan belakang kerana beberapa loji pengeksport di Eropah telah digantung ekoran terdapat ketidak pematuhan syarat-syarat import termasuk status halal. Kian Ramai Warga Malaysia Gajikan 'Bodyguard' Kawal Anak
Tuesday, November 22, 2011
Taraf kemewahan yang semakin meningkat telah mendorong lebih ramai warga Malaysia mendapatkan khidmat pengawal peribadi bagi anak mereka.Langkah ini dialu-alukan oleh pihak polis kerana ia melengkapi langkah mereka bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di negara itu.
Menurut syarikat-syarikat keselamatan profesional, mereka yang mendapatkan khidmat pengawal peribadi itu terdiri daripada para keluarga golongan pendapatan pertengahan hingga mereka yang mewah - biasanya kalangan peniaga bersedia membayar purata RM3,500 ($1,434) sebulan bagi perkhidmatan itu, lapor akhbar New Sunday Times (NST), baru-baru ini.
- Tidak lagi menjadi sesuatu yang ganjil melihat kanak-kanak di pusat-pusat beli-belah dan taman permainan ditemani lelaki tegap yang diupah bagi memastikan keselamatan mereka daripada diculik, ancaman daripada bekas suami atau isteri dalam kes pertikaian mendapatkan hak menjaga anak dan para pesaing perniagaan.
Pengarah Urusan Axis Consulting and Protection Asia Pacific Sdn Bhd, S. Dave, berkata membuka perniagaannya lima tahun lalu, beliau telah membekalkan 50 pengawal peribadi kepada keluarga mewah di Malaysia menjaga anak mereka.- Kini, perangkaannya bertambah seganda kerana lebih ramai keluarga berpendapatan pertengahan mengupah pengawal peribadi menjaga anak mereka.
- Sedang pihak polis telah berbuat yang terbaik bagi memastikan kadar penculikan kanak-kanak kekal pada paras yang rendah, adalah lebih baik untuk memastikan keselamatan mereka daripada menyesal di belakang hari, kata S. Dave.
- 'Kehadiran kami sudah cukup mencegahnya,' ujar beliau.
Dave berkata pelanggannya membayar antara RM3,500 dengan RM4,500 sebulan bagi mendapatkan khidmat pengawal peribadi tanpa senjata, dan antara RM7,000 dengan RM8,000 sebulan bagi pengawal peribadi bersenjata.'Ibu bapa mendapatkan khidmat kami demi keselamatan anak-anak mereka. Mereka bimbang apabila membaca laporan akhbar mengenai kanak-kanak yang hilang,' tegasnya.
Bajet Sabah 2012 Hanya lah Rhetorik Yang Cantek di Kertas Tapi Tidak Pada Sasaran
Monday, November 21, 2011
Sessi Pandangan Solymone
Saperti biasa, setelah bajet diumumkan, puji-pujian menjelma dari pelbagai pehak. Sama ada dari golongan individu atau pun pemimpin badan politik. Semua nya menyatakan bahawa bajet tersebut ada lah terbaik daripada yang baik selama itu.
Tidak juga ketinggalan penghargaan mereka kepada Ketua kerajaan yang mengumumkan bajet tersebut dan dalam masa yang sama menyatakan beliau ada lah seorang pemimpin yang bijak menambungkan kewangaan negeri disamping berjiwa rakyat kerana perihatin terhadap permasaalahan rakyat jelata; terutama sekali mereka dikawasan pedalaman dan luar Bandar.
Justeru, bajet yang diumumkan disasarkan kebanyakan daripada nya kepada golongan rakyat dikawasan yang memerlu suntikan peruntukan demi untuk kesejahteraan semua rakyat.
Demikian lah cerita nya dengan Bajet 2012 negeri Sabah yang di poloporkan oleh Ketua Menteri, Datu Seri Musa Aman, baru-baru ini.
Antara yang menarik dipetik disini ia lah;
Kalau dikirakan, jumlah peruntukan yang dipaparkan diatas tidak melebehi RM2.6 billion. Ini bermakna baki sejumlah RM1.4 billion ada lah untuk kegunaan hal-hal misteri yang kurang jelas dan hanya Musa dan krew yang tahu.
Mungkin disalurkan kepada 3 Pembangunan Koridor Sabah yang tidak banyak membawa makna kepada belia yang menganggur khas nya? atau pun digunakan untuk menyiapkan pejabat baru Ketua Menteri yang menelan belanja hampir-hampir setengah billion?
Dalam pada itu, apa yang selalu nya berlaku, peruntukan yang diluluskan dalam bajet tidak menepati sasaran. Hanya lah satu gambaran yang indah tetapi pada hakikatnya hanyut dipertengahan jalan setelah disapu dengan rakus nya oleh kroni-kroni yang hanya mementingkan untung dan sekali gus mengenepikan peluang yang lain disamping mencemarkan kualiti perlaksanaan dan akhirnya rakyat yang perlu bantuan diketepikan... Percaya atau pun tidak itu lah cerita yang sebenarnya.
Walau macammana pun, Kerajaan negeri tidak patut di persalahkan sepenuh nya. Kerana kerajaan Sabah hanya diberi agihan cukai sebanyak 2 billion setahun daripada jumlah cukai sepenuhnya sebanyak RM13 setahun.
Mungkin kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik untuk rakyat kalau agihan cukai tersebut ditambah oleh kerajaan perseketuan...Menambahkan bajet kerajaan negeri dari RM4 billion ke RM6 billion.
**************************************************************************************
Kawasan Pedalaman Daerah Tuaran Dapat Tempias Bajet 2012 Kah?
Sebagai seorang activist yang perihatin terhadap daerah sendiri, semesti nya saya menanti sebanyakmana kah peruntukan di taburkan kepada daerah Tuaran melalui bajet 2012 tersebut.
Setahu saya, dengan berasaskan kajian, Tuaran perlu banyak peruntukan yang wajib disalurkan ke segenap pelusuk daerah...Terutama nya kawasan Pedalaman dan luar Bandar di sini.
Kalau difikirkan daerah Tuaran sepatut nya telah lama di masukkan dalam program pembangunan koridor Sabah. Kerana justifikasi nya ada lah keluasan kawasan yang sedia ada, kemudahan pengangkutan dan fasiliti asas yang banyak terdapat disini.
Justeru sesuai untuk diterokai sebagai pusat-pusat;
1) Pertanian dan Perladangan
2) Perlancongan jenis Eko dan Agro tahap antara bangsa
3) Perindustrian Getah dan Ikan
4) Pendidikan dalam kontek Pengajian tinggi saperti politeknik
dan universiti
5) Menaik taraf pekan-pekan yang usang di kawasan Tenghilan, Topokan dan Kiulu.
Sekiranya pusat-pusat cadangan ini kalau dapat direalitikan akan membantu mengurangkan pengangguran dan penghijraan dikalangan belia tempatan ke luar daerah disamping membantu membasmikan serba sedikit gejala kemiskinan yang mencekam rakyat pedalaman disini...Itu lah hakikatnya kenapa daerah Tuaran perlu dimajukan.
Sumber: Agensi, Borneo Post, Sabahkini
Saperti biasa, setelah bajet diumumkan, puji-pujian menjelma dari pelbagai pehak. Sama ada dari golongan individu atau pun pemimpin badan politik. Semua nya menyatakan bahawa bajet tersebut ada lah terbaik daripada yang baik selama itu. Tidak juga ketinggalan penghargaan mereka kepada Ketua kerajaan yang mengumumkan bajet tersebut dan dalam masa yang sama menyatakan beliau ada lah seorang pemimpin yang bijak menambungkan kewangaan negeri disamping berjiwa rakyat kerana perihatin terhadap permasaalahan rakyat jelata; terutama sekali mereka dikawasan pedalaman dan luar Bandar.
Justeru, bajet yang diumumkan disasarkan kebanyakan daripada nya kepada golongan rakyat dikawasan yang memerlu suntikan peruntukan demi untuk kesejahteraan semua rakyat. Demikian lah cerita nya dengan Bajet 2012 negeri Sabah yang di poloporkan oleh Ketua Menteri, Datu Seri Musa Aman, baru-baru ini.
Antara yang menarik dipetik disini ia lah;
- Bajet 2012 bernilai RM4,048.28 juta.
- RM459 juta untuk prasarana bekalan air.
- RM271 juta bagi membina kebanyakannya jalan luar Bandar.
- RM336 juta diperuntukkan untuk pembangunan pertanian.
- Peruntukan tambahan ‘sentuhan kaseh’ ADUN sebanyak RM500 menjadikan jumlah RM1.5 juta setahun untuk keseluruhannya.
- Bajet negeri 2012 turut menekankan soal keperluan pembangunan diri dan kesatuan belia di luar bandar dengan jumlah peruntukan yang lebih besar berbanding sebelumnya. (Program apa dan berapa kah Peruntukan tersebut kita pun kurang jelas).
Kalau dikirakan, jumlah peruntukan yang dipaparkan diatas tidak melebehi RM2.6 billion. Ini bermakna baki sejumlah RM1.4 billion ada lah untuk kegunaan hal-hal misteri yang kurang jelas dan hanya Musa dan krew yang tahu.Mungkin disalurkan kepada 3 Pembangunan Koridor Sabah yang tidak banyak membawa makna kepada belia yang menganggur khas nya? atau pun digunakan untuk menyiapkan pejabat baru Ketua Menteri yang menelan belanja hampir-hampir setengah billion?
Dalam pada itu, apa yang selalu nya berlaku, peruntukan yang diluluskan dalam bajet tidak menepati sasaran. Hanya lah satu gambaran yang indah tetapi pada hakikatnya hanyut dipertengahan jalan setelah disapu dengan rakus nya oleh kroni-kroni yang hanya mementingkan untung dan sekali gus mengenepikan peluang yang lain disamping mencemarkan kualiti perlaksanaan dan akhirnya rakyat yang perlu bantuan diketepikan... Percaya atau pun tidak itu lah cerita yang sebenarnya.
Walau macammana pun, Kerajaan negeri tidak patut di persalahkan sepenuh nya. Kerana kerajaan Sabah hanya diberi agihan cukai sebanyak 2 billion setahun daripada jumlah cukai sepenuhnya sebanyak RM13 setahun.Mungkin kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik untuk rakyat kalau agihan cukai tersebut ditambah oleh kerajaan perseketuan...Menambahkan bajet kerajaan negeri dari RM4 billion ke RM6 billion.
**************************************************************************************
Kawasan Pedalaman Daerah Tuaran Dapat Tempias Bajet 2012 Kah?
Sebagai seorang activist yang perihatin terhadap daerah sendiri, semesti nya saya menanti sebanyakmana kah peruntukan di taburkan kepada daerah Tuaran melalui bajet 2012 tersebut.Setahu saya, dengan berasaskan kajian, Tuaran perlu banyak peruntukan yang wajib disalurkan ke segenap pelusuk daerah...Terutama nya kawasan Pedalaman dan luar Bandar di sini.
Kalau dikirakan ia nya tidak kurang dari berpuluh-puluh juta hanya sekadar untuk tujuan pembaikan dan pemuliharan. Kalau dimasukkan program pembinaan dan kenaikan taraf ia akan menelan belanja beratus-ratus juta.
- Persoalan kenapa begitu banyak peruntukan perlu untuk daerah Tuaran. Jawapan nya ada lah kerana sejak Merdeka kebanyakan kawasan disini dikenalpasti tercicir dari arus pembangunan asas dan mega yang perlu untuk menghubung daerah ini dengan
daerah yang berdekatan saperti Kota Belud, Ranau dan Penampang. - Salah satu punca perkara ini berlaku disebabkan wakil rakyat disini, sebelum dan masa kini tidak mengutamakan perancangan jarak jauh untuk daerah ini.
- Apa yang jelas, mereka lebih memikirkan bagaimana mengguna pakai peruntukan tahunan Parlimen dan juga ADUN yang dikhaskan...Selain nya, dibiarkan kepada jentera kerajaan yang bertanggungjawab.
- Sedangkan tiada yang menghalang mereka untuk berkerjasama dengan jentera kerajaan dalam merancang skim yang perlu, sesuai dan terbaik untuk daerah dalam jangka yang pendek (lima tahun) dan jangka panjang (15 tahun) untuk rakyat Tuaran impikan.
- Perancangan cadangan pembangunan yang dimaksudkan merangkumi bantuan dari kerajaan negeri, kerajaan perseketuan dan kerjasama agensi-agensi dari dalam dan luar negara.
Kalau difikirkan daerah Tuaran sepatut nya telah lama di masukkan dalam program pembangunan koridor Sabah. Kerana justifikasi nya ada lah keluasan kawasan yang sedia ada, kemudahan pengangkutan dan fasiliti asas yang banyak terdapat disini.Justeru sesuai untuk diterokai sebagai pusat-pusat;
1) Pertanian dan Perladangan
2) Perlancongan jenis Eko dan Agro tahap antara bangsa
3) Perindustrian Getah dan Ikan
4) Pendidikan dalam kontek Pengajian tinggi saperti politeknik
dan universiti5) Menaik taraf pekan-pekan yang usang di kawasan Tenghilan, Topokan dan Kiulu.
Sekiranya pusat-pusat cadangan ini kalau dapat direalitikan akan membantu mengurangkan pengangguran dan penghijraan dikalangan belia tempatan ke luar daerah disamping membantu membasmikan serba sedikit gejala kemiskinan yang mencekam rakyat pedalaman disini...Itu lah hakikatnya kenapa daerah Tuaran perlu dimajukan.
Sumber: Agensi, Borneo Post, Sabahkini


