Tagline 'Ini Kali Lah' Versi Dr Jeffry Kitingan
Saturday, December 31, 2011
Bertempat di Klab Golf Tambunan (TNGC), Kota Kinabalu kelmarin petang, saya sempat menghadiri sessi 'Dr Jeffrey bersama Bloggers'. Sebanyak lebih kurang 30 orang bloggers berhampiran dengan Kota Kinabalu telah hadir pada waktu itu.Dengan bertaglinekan 'Ini kali Lah' Dr Jeffery dijangka akan melancarkan perasmian kehadiran Parti United Borneo Alliance (UBA) di Sabah pada 6 Januari 2012; jam 1.30 pm, bertempat di Dewan Hongkod KDCA , Kota Kinabalu.
Antara lain, Jeffery menerangkan bahawa parti tersebut akan berganding bahu dengan Pakatan Rakyat untuk menentang Barisan Nasional(BN) pada PRU13 akan datang ini. Persetujuan kearah pakatan (Pakatan Pembangkang) itu, kini sedang rancak dibincangkan dengan puck pemimpinan PR diperingkat nasional, kata beliau. - Disamping itu, rundingan merupakan persefahaman dikalangan parti-parti pembangkang 'Sabah Based' juga dilakukan oleh pemimpin masing-masing. Ini bermakna, dalam PRU13 nanti dijangka formula 'satu lawan satu' yang diilhamkan oleh pehak pembangkang selama ini mungkin akan menjadi satu realiti.
- Menurut Jeffrey selanjutnya, agenda UBA yang didaftarkan di Sarawak itu akan memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini dianak tirikan oleh kerajaan perseketuan (BN) bermula sejak 48 tahun yang lalu.
Jelas beliau, banyak perkara yang dipersetujui dalam penubuhan Malaysia tetapi tidak pernah dipraktikkan oleh kerajaan perseketuan selama ini, sehinggakan negeri-negeri di kepulauan borneo (Sabah dan Sarawak) atau 'Malaysian Borneo' ini jauh ketinggalan dari segi pembangunan.- Mala negeri Sabah masa kini dikategorikan oleh Bank Dunia sebagai salah sebuah negeri yang termiskin dalam Malaysia.
- Justeru, demi untuk menyedarkan kerajaan pusat bahawa rakyat di kawasan 'Malaysian Borneo' ini sudah puas dengan janji-janji yang tidak pernah dikotakan selama ini, parti-parti pembangkang akan berjuang habis-habisan untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU13 nanti. Dengan harapan ia nya akan merealisasikan impian rakyat 'Malaysian Borneo' yang dipingirkan selama ini.
Dalam masa yang sama, beliau merasa heran mengapa kerajaan BN seakan-akan tidak sedar bahawa Sabah dan Sarawak selaku 'fix deposit', ada lah bakal penentu komponen parti yang akan membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti.Beliau akhiri ceramah beliau dengan kata-kata, 'Kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi?'... Disambut dengan sorakan 'Ini kali lah'.
Bapa Kurung Dua Anak Dalam Bilik Air
Friday, December 30, 2011
Seorang lelaki berusia 40-an tergamak mendera anak-anak beliau dengan mengikat kaki anak perempuannya berusia enam tahun dan anak lelaki berusia dua tahun dengan rantai besi sebelum keluar bekerja pada 3 petang baru-baru ini.Dua beradik itu dipercayai berlapar lebih lima jam selepas bapa mereka keluar rumah di Taman Mawar di Raja Uda di Butterworth. Dalam pada itu, lelaki itu telah di tahan Polis akibat perbuatan beliau tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Zulkifli Alias berkata, Lelaki, yang bekerja dengan sebuah syarikat penghantaran di sini, telah berpisah dengan isterinya seorang warga Thailand sejak sebulan lepas.
- Zulkifli berkata kedua-dua beradik itu ditemui dalam keadaan sangat letih kerana kelaparan dan mereka hanya memakai baju dan seluar dalam dengan kaki berantai besi.
- Siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu bertindak demikian kerana tidak mempunyai penjaga dan anaknya pula dikatakan nakal, katanya.
- Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak yang jika bersabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Apabila saya bertanya apa yang berlaku, kanak-kanak perempuan itu menjerit dan memberitahu yang mereka telah dikurung dalam bilik air,kata jiran tersebut
Beliau terus memaklumkan perkara itu kepada pasukan ronda sukarela Taman Mawar dan juga polis.
Tengku Razaleigh Ramal Negara Hadapi Krisis?
Thursday, December 29, 2011
Tengku Razaleigh Hamzah , ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.
Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
- Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.
- Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
- Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung.
Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat."Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.
Dalam pada itu, beliau meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.
Pencuri Kabel Bermaharajalela Di Sarawak?
Wednesday, December 28, 2011
Nampak nya aktiviti mecuri kabel bukan sahaja beroperasi di Sabah. Kerana baru-baru ini di negeri Sarawak Pencuri kabel semakin berani apabila menjadikan kabel bawah tanah sebagai sasaran terbaru kegiatan haram mereka di Bandar Sibu.Dalam kejadian yang dikesan oleh para juruteknik Telekom Malaysia (TM), kabel tembaga bawah tanah yang dianggarkan sepanjang 150 meter telah ditemui hilang di kawasan Kampung Bahagia Jaya, Teku dekat sini pagi Jumaat lepas.
- Menurut seorang sumber yang enggan namanya disiarkan, kehilangan kabel bawah tanah tersebut telah menyebabkan ramai pengguna internet merungut kerana internet tidak berfungsi sejak beberapa hari sebelum itu.
- Katanya, kawasan Teku di sini menempatkan pelbagai jenis bidang perindustrian terutama limbungan kapal selain kawasan-kawasan kediaman.
- Katanya, masalah kecurian kabel sering berlaku di kawasan yang agak jauh dari bandar seperti di kawasan Teku kerana kurang pengawasan atau rondaan dilakukan pihak berkuasa.
- “Pencuri-pencuri kabel pula semakin pandai mencari rezeki haram sekarang, kalau dahulu modus operandi mereka ialah memotong kabel yang berada di atas tiang, kini kabel bawah tanah pula menjadi sasaran mereka,” katanya.
- Beliau berharap pihak berkuasa seperti polis atau para anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang telah diserapkan menjadi anggota sukarelawan polis (PVR) mengadakan rondaan yang lebih kerap di kawasan yang terletak agak jauh dari bandar.
Namun, jangka masa memulihkan sambungan penggunaan Internet di kawasan terjejas bergantung kepada stok kabel dan setelah laporan polis dibuat.
Banjir Melanda Johor, Sarawak
Monday, December 26, 2011
Mangsa banjir di Johor semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi.Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 10 pagi ini, kesemua mangsa ditempatkan di 25 pusat pemindahan dengan 12 di Segamat, tujuh di Mersing dan enam di Batu Pahat.
Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong mencatatkan aras 3.34 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, 9.47 meter.- Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.04 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.92 meter), Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat (2.19 meter), Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.60 meter).
Manakala di Sarawak, beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan di sini, dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar.Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri ketika dihubungi, berkata setakat pagi ini, dua kampung iaitu Kampung Asajaya Hulu dan Kampung Serpan Ulu terjejas dengan bencana itu.
- Daripada pihak Pejabat Daerah Samarahan terdapat kira-kira tujuh keluarga telahpun dipindahkan ke pusat penempatan banjir setakat ini, katanya.
- Beberapa jalan kampung di pinggir bandar raya ini juga dilaporkan telah dinaiki air, namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan, katanya.
3 Daerah Di Sabah Berisiko Tinggi Berlaku kemalangan
Sunday, December 25, 2011
Tiga daerah di negeri ini dikenal pasti sebagai berprofil tinggi berlakunya kes kemalangan yang mendorong Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah dan agensi berkaitan seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom terus memperhebatkan kempen keselamatan jalan raya terutama pada musim perayaan.Pengarah JKJR Sabah, Herdianshah Abdul Karim, berkata statistik pada tahun lepas menunjukkan terdapat 10 kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian berlaku di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.
Oleh itu, katanya usaha secara serampang dua mata perlu dilakukan memandangkan ketiga-tiga daerah itu berisiko tinggi dari segi berlaku kemalangan jalan raya.
Herdianshah berkata, bagi mengurangkan kadar kemalangan sempena musim perayaan, pihaknya sedang meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman kepada pengguna-pengguna jalan raya dengan cara mendidik serta meningkatkan tahap kesedaran melalui pelbagai pelaksanaan.
- Katanya, pelaksanaan yang boleh meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada pengguna jalan raya adalah seperti mengedarkan risalah-risalah berbentuk panduan keselamatan di samping tips menjadi pemandu yang berhemah semasa berada di jalan raya.
Guru Ponteng Isu Serius Di Sabah?
Sunday, December 25, 2011
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin berkata hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.Muhiddin menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.
“Dengan itu, juga difikirkan keperluan untuk JPNS mewujudkan satu lagi program iaitu Program AKUN yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012-2016.- “Ia bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan di semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir,” katanya.
Menurut Muhiddin lagi, program itu yang bersifat serampang empat mata akan menekankan pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian sebenar pendidikan.Beliau memaklumkan e-Hadir dan e-Cerap membolehkan pemantauan kehadiran guru dan anggota kakitangan sokongan serta pelaksanaan proses pencerapan dilakukan secara online.
Risda Terima Peruntukan Tahun Depan RM327 Juta
Saturday, December 24, 2011
Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad (gambar kanan) berkata, peruntukan itu turut meliputi bantuan berturut yang diberikan kepada pekebun kecil iaitu bayaran secara ansuran untuk penjagaan kebun, pembelian benih dan baja.
"Bantuan tersbut diharap dapat meningkatkan produktiviti pekebun kecilseluruh negara, dalam usaha kerajaan mencapai sasaran penghasilan 1,600 kilogram getah bagi setiap hektar kebun untuk setahun, berbanding 1,153 kilogram pada masa sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kayuhan Ceria Risda 2011 di sini, Sabtu.
- Wan Mohamad Zuki berkata, jika sasaran penghasilan getah itu dapat dicapai,maka hasrat kerajaan untuk melihat keluarga pekebun kecil menerima pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan menjelang 2015 dan RM4,000 sebulan menjelang 2020 dapat direalisasi. "Jadi kita minta semua pihak, warga Risda, pekebun kecil dan kumpulan sasar kita sendiri untuk beri sokongan terhadap usaha ini," katanya.
- Untuk tahun ini, Wan Mohamad Zuki berkata, pencapaian organisasi itu amat memberangsangkan di mana 88 peratus daripada sasaran penanaman semula getah yang ditetapkan iaitu 14,000 hektar telahpun dilaksanakan sehingga November lalu dan yakin sasaran itu dapat dicapai 100 peratus menjelang akhir tahun ini.
Gerakan mengutip biji getah yang dilaksanakan bagi menghasilkan benih bermutu juga telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 300 metrik tan, dan jumlah yang diperoleh itu adalah mencukupi untuk program penanaman biasa dan penanaman semula getah untuk tahun depan, katanya.Cuaca Diramal Tidak Menentu Sepanjang Hari Krismas
Friday, December 23, 2011
Cuaca tidak menentu diramalkan berlaku di kebanyakan negeri di seluruh negara sepanjang sambutan Hari Natal Ahad ini dengan hujan diramal pada sebelah pagi dan malam manakala ribut petir pada sebelah petang.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan cuaca yang tidak menentu itu disebabkan monsun peralihan yang biasanya dikaitkan dengan hujan atau ribut petir pada sebelah petang.
Keadaan cuaca di kebanyakan tempat pada sebelah pagi dijangka baik kecuali di Kelantan, Terengganu, Kudat, Sandakan, Wilayah Persekutuan Labuan dan pedalaman Sabah yang diramalkan hujan di beberapa tempat.
- Selain itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Pahang, Johor, serta beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Betong dan Mukah.
Pada sebelah petang, beberapa kawasan dijangka mengalami hujan iaitu di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu dan beberapa tempat di Sabah serta Sarawak manakala hampir semua kawasan diramal mengalami ribut petir di beberapa tempat terutama Selangor, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.- Kenyataan itu turut menyebut Wilayah Persekutuan Labuan dan Tawau diramalkan hujan sementara di satu dua tempat pada sebelah petang.
- Pada sebelah malam pula beberapa kawasan di Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Sarawak serta beberapa kawasan di pedalaman Sabah seperti Sandakan dijangka mengalami hujan.
Sementara itu, hujan lebat dijangka berlaku di satu dua kawasan di Pahang dan beberapa tempat di Johor serta bahagian lain Sarawak yang dijangka berterusan sehingga Selasa, 27 Disember ini.Keadaan ini boleh mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011
Wednesday, December 21, 2011
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 lulus menerusi undian semua ahli dewan, baru-baru ini. Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 39 anggota Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua. Undian belah bahagian dibuat selepas Senator Saiful Izham Ramli mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang, yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan lapan anggota Dewan Negara.
Terdahulu, ketika membentangkan rang undang-undang itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan, ketenteraman dan keselamatan awam.- "Sesungguhnya penggubalan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 merupakan suatu langkah ke arah memperkukuhkan kedaulatan undang-undang dan memartabatkan kebebasan asasi di Malaysia khususnya hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
- "Ia dilihat akan dapat membantu mencapai matlamat untuk pelaksanaan dan pentadbiran sistem perundangan yang lebih adil di samping memelihara kebebasan asasi individu sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Pada 29 November lepas, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu dengan enam pindaan dibuat membabitkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis dari 30 kepada 10 hari.Ribut Tropika Washi Menuju Sabah, Sarawak?
Tuesday, December 20, 2011
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata ribut tropika Washi, yang bermula dari selatan Filipina kini sedang menuju ke arah Sabah dan Sarawak. Dijangka angin ribut ini menyebabkan ribut petir, laut bergelora dan angin kencang. Cuaca kasar juga dijangka akan di rasai sehingga Khamis.Dalam masa yang sama, ribut tersebut bergerak ke arah barat dari Palawan, Filipina ke arah perairan Labuan dan Kudat, Sabah, pantai barat dan daerah-daerah pedalaman serta beberapa bahagian Sarawak.
- Diramalkan gelombang lebih daripada 5.5 meter tinggi juga akan melandah pantai timur Semenanjung Malaysia,
- Menurut berita, Washi telah membunuh seramai 650 orang dan lebih daripada 800 yang hilang di Filipina.
Angin kencang, ombak besar dan ribut petir juga dijangka mencecah Mersing, Tanjung Sedili, Desaru, Sungai Rengit dan dan pantai timur Johor sehingga Khamis.Menurut sumber, Laut bergelora akan berbahaya kepada nelayan, kecil dan mereka yang bekerja di pelantar minyak. Ibu bapa juga diberi amaran untuk menjaga kanak-kanak dari bermain di kawasan pantai.
Rampasan Tanah Adat Kg Mapat, Kanibungan Menyayat hati
Monday, December 19, 2011
gambar illustrasi pencerobohan
Dengan berkonsepkan gambar melambangkan beribu bahasa kita sama-sama lah meluangkan masa untuk menonton klip video di kompilasikan oleh Crew Sabahtv ketika mereka turun padang meninjau sejauh mana kebenaran pencerobohan oleh syarikat gergasi, tanaman getah yang sudah mengeluarkan hasil di tumbang tanpa belas kasihan.
Sumber: Sabah TV
Falsafah 1Malaysia Bukan Hanya Slogan?
Sunday, December 18, 2011
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika rakyat Malaysia memahami dengan mendalam apa yang diperlukan untuk membina negara ini, mereka menyedari betapa pentingnya mempunyai sebuah negara yang kukuh dan akan terus menyokong kerajaan yang mempunyai pengalaman lama dan terbukti.Dalam pada itu Najib juga menekankan bahawa falsafah 1Malaysia bukan hanya slogan tetapi ia mencakupi minda rakyat Malaysia ke arah membina sebuah negara yang maju pada 2020.
- Beliau percaya Malaysia boleh capai sebagai sebuah negara yang makmur dan kukuh jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah 1Malaysia, katanya pada majlis pecah tanah bangunan Hua Zong, Persekutuan Persatuan Cina Malaysia baru-baru ini.
- Najib berkata Malaysia menghadapi perjalanan yang masih jauh dan untuk mencapai hasratnya, "Kita perlu mempunyai dasar-dasar jangka panjang yang boleh memberikan manfaaTetapi kita boleh ada dasar-dasar yang berdasarkan jangka pendek, kita tidak boleh menjanjikan matahari dan bulan.
- Kata beliau, sebagai kerajaan bertanggungjawab dan akan terus membantu rakyat. Sebagai sebuah negara, sebagai satu bahasa, 1Malaysia, ia memberikan kekuatan untuk mengatasi cabaran akan datang.
Perdana Menteri berkata dasar-dasar jangka panjang kerajaan telah membuktikan dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 dan 2009."Perjalanan itu penuh dengan cabaran dan pelbagai halangan, tetapi setiap kali berdepan sesuatu krisis besar kita berjaya menempa cabaran itu kerana kita memberi keyakinan kepada cara kerajaan menyelesaikannya.
"Kejayaan itu juga disebabkan rakyat mendokong dasar-dasar jangka panjang yang membawa kestabilan dan kemakmuran negara," katanya.
Sumber: Agensi
Negeri Berhutang kepada Kerajaan Perseketuan Sebanyak RM82.5 Billion?
Saturday, December 17, 2011
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan negeri di seluruh Malaysia maseh berhutang kepada kerajaan perseketuan sebanyak RM82.5 billion.Pinjaman dari negeri-negeri tersebut bagi tahun 2006 adalah RM14.870 bilion, 2008 (RM17.767 bilion), 2009 (RM18.155 bilion) dan RM15.565 bilion tahun lepas.
- katanya, ketika menjawab soalan daripada Senator Dr . S. Ramakrishnan di Dewan Negara hari ini, pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri ada lah bertujuan untuk projek-projek pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan ini bekalan air bersih yang termasuk, perumahan kos rendah, sistem pelupusan kumbahan dan penyediaan infrastruktur untuk industri.
- Awang Adek berkata antara langkah-langkah yang diambil untuk mendapatkan kembali hutang tersebut ia lah dengan mengeluarkan notis peringatan enam bulan sebelum pinjaman matang serta notis dua bulan sebelum tempoh matang kemudahan.
- Beliau berkata kegagalan untuk membayar balik pinjaman akan menyebabkan pinjaman baru ditahan sehingga negeri-negeri berkenaan serahkan jadual pembayaran balik atau meminta untuk penyusunan semula pinjaman.
- Beliau menambah bahawa potongan juga akan dibuat kepada geran tahunan kepada negeri-negeri sebagai satu cara untuk mendapatkan semula hutang.
Aliran Wang Haram Keluar Negara Cecah RM150 Billion?
Friday, December 16, 2011
Apa yang kita selalu dengar beberapa buah agensi atau pun individual dari luar negera cuba menyeludup wang haram ke Malaysia dengan pelbagai cara. Ini termasuk menggunkan khidmat diplomat asing.Namun apa yang di lapurkan baru-baru ini, Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.
Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).
Pada Januari, GFI dalam laporannya ‘Aliran Kewangan daripada Negara Membangun’ meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar.- Bagaimanapun, dalam laporan terkini dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 - GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.
- Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama, China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).
- Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.
Kerana RM100, Rm500 Rakyat Menjadi Kecoh?
Thursday, December 15, 2011
Menurut pandangan seorang aktivist politik dari Pas, rakyat Malaysia kecoh dengan pemberian wang sebanyak RM 100 dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500. Ada yang datang seawal pagi lagi menunggu di hadapan pejabat kerajaan hanya untuk mendapatkan borang bantuan tersebut.Menurut altivist tersebutselanjutnya, bantuan RM100 kepada setiap pelajar Sekolah seharusnya diberi secara systematic atau yang lebih baik lagi kerajaan memberi bantuan buku teks atau pun buku latihan percuma kepada setiap pelajar sekolah yang berkenaan.
Justifikasinya adanya bantuan buku teks/latihan percuma ibu bapa dan pelajar tidak perlu lagi berebut-rebut untuk mendapat borang tersebut. Apabila buka saja sesi persekolahan tahun hadapan pelajar sudah sedia dengan buku teks/latihan tersebut tanpa perlu membeli di kedai-kedai buku dengan ini dapat mengelakkan penyalahgunaan wang sebanyak RM100 kepada pelajar tersebut.- Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 sepatutnya diberi secara berkelompok kepada setiap daerah supaya penduduk yang sepatutnya layak menerima tidak perlu berebut-rebut untuk mendapat BR1M tersebut seperti yang berlaku sekarang.
- Mungkin ada penduduk dari luar Bandar dan juga dari pendalaman terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk mendapat RM 500. Adalah tidak berbaloi hanya untuk mendapat BR1M terpaksa mengeluarkan lebih belanja dari mendapat BR1M tersebut.
- Pada pandangan aktivist tersebut, pemerintah yang bakal memerintah akan datang perlu mengambil semua aspek perancangan dengan teliti sebelum sebarang perancangan dilaksanakan. Akibat perancangan yang tidak teratur dengan baik mengakibatkan rakyat jadi kecoh dan kelam kabut hanya untuk mendapat sedikit bantuan dari pihak pemerintah.
- Juga disarankan agar segala bantuan tersebut seharusnya diberi kepada mereka yang betul-betul layak dan bukan hanya kepada golongan tertentu saja. Bantuan RM100 sepatutnya digantikan dengan buku teks/latihan percuma dan BR1M adalah lebih baik digantikan dengan sijil simpanan memandangkan bantuan tersebut berbentuk 'hanya sekali' atau 'once off'.
Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa akibat pengurusan yang tidak cekap, kata nya.
Hanya kerajaan yang benar-benar ikhlas dan perihatin saja yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam jangka panjang bukan hanya bersifat sementara dengan agenda tertentu saja. Kepada kerajaan yang bakal memerintah dan memimpin pada masa hadapan perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.


