SUARA BEBAS TUARAN

416 Kes Pemerdagangan Orang Sejak 2008 Hingga 2011


Sejumlah 416 kes dan 591 tangkapan telah dilaksanakan bahagian penguatkuasaan bagi pemerdagangan orang dari tahun 2008 sehingga 2011, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ia berkata, bagi kes pendakwaan pula, sebanyak 383 kes telah dituduh di bawahAkta Antipemerdagangan Orang dan antipenyeludupan Migran 2007 sementara 243 kes sedang di peringkat perbicaraan, 59 kes telah selesai dan 60 kes berjaya disabitkan.
  • Menurut kenyataan KDN pada Sabtu, mangsa yang telah diselamatkan dan mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) pula terdiri daripada 261 lelaki, 545 wanitadan 118 kanak-kanak.
  • Statistik diumumkan dalam mesyuarat pertama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) 2012 yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam.
Mesyuarat pertama itu juga memutuskan untuk menjemput Jabatan Audit Negara bagi melaksanakan pengauditan ke atas aktivitinya dan badan bukan kerajaan (NGO)yang lain, dalam usaha membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
Sumber: Bernama
12 comments:

pemerdagangan orang harus dibanteras, ia satu penindasan. orang bukan untuk didagang.


Dagang manusia adalah perbuatan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sendiket itu harus ditumpaskan dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.


Pasti hukuman akhirat lebih manis daripada nikmat hasil jual orang.


The government conducted numerous anti-trafficking training events for Malaysian police, immigration, prosecutors, labor department officials, and Women’s ministry officials, and began to partner with NGOs, international organizations, and foreign governments on such trainings


The government increased its investigations of trafficking cases and filed an increased number of criminal charges against traffickers,


Harap kes pemerdagangan manusia boleh dihentikan kerana perbuatan ini adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan. Pihak polis perlulah berusaha memberkas kuasa besar disebalik kes pemerdagangan manusia ini.


Kes pemerdagangan manusia bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi di seluruh dunia, negara-negara di Asia perlulah bekerjasama dalam satu operasi besar untuk menumpaskan pemerdagangan manusia. Satu dua negara sahaja yang mahu menyelesaikan masalah pemerdagangan tidak mencukupi kerana isu ini berlaku di setiap negara.


kes pemerdagangan manusia, wanita yang paling ramai terlibat. oleh itu, sentiasalah berhati2 terutama bila mencari pekerjaan. jangan mudah terpedaya dengan pelbagai tarikan seperti gaji lumayan. jika mencari pekerjaan di luar negeri atau negara perlulah melalui agensi yang diiktiraf oleh kerajaan.


semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk membanteras aktiviti pemerdagangan orang. kerjasama negara ini dengan negara luar seperi Indonesia, Filipina dan lain2 juga perlu wujud agar usaha membanteras akan lebih efektif.


Kerjsama dari semua pihak perlu bagi memastikan kes ini dapat ditangani.


Ini antara kes jenayah yang terbesar di dunia. Sehingga sekarang jenayah pemerdagangan ini masih beroperasi dan sukar untuk dibendung.


Bila nafsu mengawal diri, orang pun kena dagang. Kewarasan hilanhg bila sudah terdesak.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails