SUARA BEBAS TUARAN

60 Peratus Veteran Tentera Sarawak Hidup Miskin?

Labels:

Pada suatu ketika tentera dari Sarawak telah mencipta sejarah kerana keberanian mereka menentang musuh diseluruh pelusuk negara ini. Dengan bertaglinekan 'Agi hidup agi ngelapam', mereka di digeruni oleh setiap musuh yang mereka tentang. Termasuk tentera komunis, tentera indonesia( ketika krisis konfrantasi) dan lain-lain lagi.
Namun apa yang menyedehkan bilamana Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia Sarawak, Lt Kol Monday Juhid melapurkan bahawa kira-kira 60 peratus daripada 13,550 bekas anggota tentera di Sarawak hidup di bawah paras garis kemiskinan,
"Mereka terdiri daripada veteran tentera yang tidak menerima pencen selepas menamatkan perkhidmatan," katanya selepas majlis penyampaian bantuan kebajikan kepada veteran oleh Panglima Tiga Briged, Brig Jen Hasagaya Abdullah di sini, hari ini.
  • Selanjut nya beliau berkata, JHEV ATM yang ditubuhkan pada 2001 di bawah Kementerian Pertahanan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bantuan sosio-ekonomi kepada bekas anggota tentera.
  • "Selain skim bantuan sara hidup, pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, perubatan dan bencana, jabatan juga menyediakan perkhidmatan bimbingan dan bantuan keusahawanan untuk bekas tentera," kata Monday..
Dalam pada itu, JHEV Sarawak bercadang mengadakan lapan program kaunter bergerak sebagai satu lagi strategi melebarkan jangkauannya di negeri itu untuk tujuan membantu tentera=tentera yang dikategorikan sebagai miskin.
Menurutnya, masalah logistik di kawasan luar bandar Sarawak sudah dikenal pasti sebagai antara punca yang mengekang veteran tentera untuk mendaftar dengan JHEV.
Sumber: BERNAMA
12 comments:

veteren tentera memberi byk sumbangan kepada negara, mereka tak harus dipinggirkan, bantulah mereka dalam menjalani hidup yang lebih baik.


pihak kerajaan harus membantu veteren2 tentera tu.


keluar dari kemiskinan adalah tanggungjawab diri sendiri. tapi harap2 kerajaan dapat la membantu apa yang patut.


The welfare of these veterans should be looked after. They have contributed so much for king and country. Their service is invaluable.


hopefully the relevant authorities will look into this matter at earnest


Veteren tentera ini pernah menyumbang jasa kepada negeri Sarawak, usaha mereka perlulah diingati dan dihargai. Harap veteran ini akan diberikan pencen yang sepatutnya sama seperti pengawai awam yang lain.


Hidup dibawah paras kemiskinan adalah tahap yang sangat teruk terutamanya untuk seorang yang pernah mengadaikan nyawa dan keselamatan untuk mempertahankan negara. Harap kerajaan akan memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada mereka yang berjasa.


sepatutnya mereka ni tidak hidup di bawah paras kemiskinan. kalau tergolong dalam miskin tegar lagilah teruk. tapi benarkah lebih dari separuh veteren tentera ni hidup miskin? macam sukar juga untuk dipercayai. pasti ada perancangan yang mereka lakukan sebelum bersara dari berkhidmat sebagai tentera dulu.


kalau ada bantuan dari kerajaan, pandai2lah memohon supaya dapat ringankan sikit beban tu.


"masalah logistik di kawasan luar bandar Sarawak sudah dikenal pasti sebagai antara punca yang mengekang veteran tentera untuk mendaftar dengan JHEV"

Baguslah jika sudah tahu apa punca kepada masalah untuk pendaftaran ini. Moga ada alternatif untuk atasinya.


jasa mereka seharusnya tidak patut kita lupakan.


skim yang dilaksanakan oleh kerajaan khas untuk bekas tentera tidak berkesan ka?? seperkara lagi, bagaimana pesara tentera tidak boleh menerima wang pencen? bukankah itu wang mereka?? saya harap JHEV dapat memainkan peranan bagi mengatasi masalah2 yang dihadapi sebilangan bekas tentera ini..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails