
Pakatan Rakyat seharusnya memaafkan pelakuan rasuah kecil jika memenangi Putrajaya supaya negara boleh terus maju ke hadapan selepas perubahan kuasa berlaku, kata Datuk Ambiga Sreenevasan(gambar kanan) .Pengerusi Bersih 2.0 itu memetik Truth and Reconciliation Commission of South Africa, berkata, pengampunan adalah satu alat utama bagi membentuk kerajaan yang bersih kerana ia akan mendorong lebih banyak perubahan dalam budaya politik tanah air.
Walaubagaimanapun menurutnya, ini bukan bermakna mereka yang melakukan rasuah besar akan turut diampunkan.- “Kita mesti menghukum 'ikan besar', dan memaafkan 'ikan kecil' supaya negara boleh membangun tanpa halangan,” katanya di Alor Setar, Kedah di hadapan 2000 kumpulan di Konvensyen Pakatan Rakyat.
- Ambiga kata satu pengampunan serupa bagi yang terlibat dalam kematian A. Kugan, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini juga akan memberikan ketenangan kepada keluarga masing-masing.
“Adakah Pakatan akan menubuhkan satu Truth and Reconciliation Commission seperti Afrika Selatan?” soalnya, dan menerima tepukan gemuruh dari hadirin.- Bekas presiden Majlis Peguam ini juga meminta semua kakitangan awam yang terlibat dalam pendaftaran pengundi warganegara asing sebagai pengundi berhenti daripada penglibatan mereka dalam aktiviti seperti itu.
- “Kami meminta kakitangan awam. untuk tidak membantu mana-mana penipuan parti dalam pilihan raya,” katanya.
Lapan permintaan kesemua Bersih mesti dipenuhi sebelum pilihan raya berikutnya, beliau berkata, jika tidak ia akan menjadi satu penghinaan bagi jawatankuasa khas parlimen berkaitan penambahbaikan pilihan raya (PSC) serta orang ramai.Ambiga menambah bahawa para pengundi mesti menolak politik kotor, dan calon-calon yang seksis, bersifat perkauman, tidak mempunyai integriti dan meletakkan diri mereka lebih daripada kepentingan orang ramai.
Komen Solymone
Sebagai seorang 'layman' atau pun seorang yang bukan pakar dari segi undang-undang, saya agak keliru dengan pengakuan Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih 2.0 dan Bekas presiden Majlis Peguam untuk membenarkan perbuatan rasuah yang beliau kategorikan sebagai bertahap kecil.Disebaliknya beliau sarankan agar tidak teragak-agak menghukum mereka yang mengamalkan rasuah besar.
“Kita mesti menghukum 'ikan besar', dan memaafkan 'ikan kecil' supaya negara boleh membangun tanpa halangan,” katanya
Kekeliruan saya bertambah, bilamana Ambiga mencadangkan agar Pakatan Rakyat memaafkan pelakuan rasuah kecil jika memenangi Putrajaya supaya negara boleh terus maju ke hadapan selepas perubahan kuasa berlaku.- Bagi saya gejala rasuah ini sama juga kesan keburukan nya kepada masyarakat saperti dadah. Sama ada kecil atau pun besar rasuah ia tetap akan merosakkan kestabilan dari segi moral dan ekonomi masyarakat kita.
- Justeru impak nya tidak hanya dinilaikan dari segi kuantiti tetapi mengambil kira prospektif kualiti kepada masyarakat; 'Kalau yang tidak betul itu (sama ada besar atau pun kecil) tetap salah.'
Walaupun pada hakikatnya Ambiga menyentuh tentang keburukan penipuan dalam sistem penggundian disamping menyeru pengundi menolak politik kotor, dan calon-calon yang seksis, bersifat perkauman, namun bagi saya hukuman kepada pengamal rasuah tidak patut di 'double standard' atau dikompromikan sama ada ia kecil atau pun besar sehinggakan membuat masyarakat pening untuk mengimbangkan sebanyakmanakah rasuah yang diboleh atau pun ditidakan.


January 16, 2012 10:36 AM
corruption is payment for services or material which the recipient is not due, under law. Regardless whether it is big or small, corruption is still corruption.
January 16, 2012 10:37 AM
Regardless, the punishment should fit the crime
January 16, 2012 11:42 AM
Kenyataan Ambiga ini nampaknya macam satu 'rasuah kecil' jugalah. Konon-kononnya bila PR memaafkan 'ikan bilis', sokongan beralih arah ke PR?
January 16, 2012 1:09 PM
adakah ia bermaksud perasuah akan dibebaskan jika PR memerintah.
January 16, 2012 1:33 PM
rasuah kecil sekalipun tetap dipanggil rasuah dan memang menyalahi undang2. takkan bila saja berlaku rasuah kecil maka mereka akan dimaafkan. rasuah kecil pun boleh menjadi besar bila dibiarkan terus tanpa ada tindakan undang2.
January 16, 2012 3:55 PM
Bukankah BERSIH memperjuangkan bersih?
January 16, 2012 3:57 PM
Ni macam lain saja bunyi. sebelum menang putrajaya boleh memaafkan rasuah kecil dan kalau sudah menang apa cerita pula
January 16, 2012 5:36 PM
rasuah tidak kira kecil atau besar tetap menjadi kesalahan. usaha untuk membateras rasuah perlu sentiasa dibuat tidak kira sama ada ianya kecil atau besar.
January 17, 2012 3:09 PM
Rasuah kecil, hukuman ringan. Rasuah besar, hukuman berat. Hukuman perlulah sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.
January 17, 2012 3:10 PM
Betulkah mengampunkan rasuah kecil boleh mengelakkan ia menjadi rasuah besar nanti?
January 17, 2012 3:52 PM
Adakah ini cara Ambiga untuk menarik penyokong dengan memaafkan rasuah kecil yang berlaku? sungguh tidak sangka cara mereka sanggup menghalalkan yang haram.
January 17, 2012 3:53 PM
Janganlah terpedaya dengan cadangan yang tidak patut untuk kita. Apa itu rasuah kecil sebenarnya? yang kita tahu rasuah tetap bersalah tidak kira kecil atau besar. Rasuah tetap rasuah.. Maka orang yang melakukan rasuah seharusnya disiasat dan jika bersalah maka dikenakan hukuman undang-undang.
January 19, 2012 3:28 PM
ikan kecil, jika dilepaskan di laut dalam atau sungai, akhirnya akan membesar juga..
kenyataan Ambiga untuk memaafkan ikan kecil sangat bertentangan dengan hasrat semua rakyat Malaysia yang sangat mengidamkan sebuah negara yang bebas rasuah..
Post a Comment