SUARA BEBAS TUARAN

Anwar Ibrahim Dalam Sessi 'Madu Dan Racun' Di Tuaran

Labels:

Petang kelmarin, saya dijemput menghadiri sessi 'Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama masyarakat Tuaran,' bertempat dikawasan pejabat ketua cabang keadilan Tuaran.
Dengan aura semulajadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim disamput dengan tepukan yang gemuruh oleh lebih kurang 500 orang yang hadir pada sessi tersebut.

Anwar mulakan ucapan nya dengan menyentuh kezaliman dan betapa tidak adil nya pemimpin UMNO/BN terhadap rakyat Malaysia dan khas nya rakyat Sabah. Sehinggakan menimbul jurang dikalangan rakyat, ia itu mereka yang kaya bertambah dan yang miskin berterusan miskin.
  • Katanya, sumber kekayaan negara ini hanya dapat dinikmati oleh segolongan pemimpin, keluarga dan kroni mereka. Sedangkan harta negara ini ada lah hak bersama tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan.
  • Dalam isu yang sama, rakyat jelata terpaksa berhadapan dengan kemelut kemiskinan dan gejala pengangguran yang berleluasa dikalangan belia, kata Anwar seterusnya.
  • Dengan lantang beliau menyatakan bahawa kemiskinan yang melandah rakyat Sabah ada lah disebabkan pemimpin kerajaan BN yang memerentah, lansung tidak perihatin terhadap masaalah yang dihadapi oleh rakyat negeri ini. Apa lagi bila memikirkan Sabah telah begitu lama dalam Malaysia; selama 49 tahun.
  • Kata Anwar semenjak Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal.
  • Dalam masa yang sama, Anwar menekankan bahawa beliau tidak membenci BN dan UMNO. Sehinggakan beliau berterus terang menyatakan bahawa beliau maseh banyak sahabat dalam UMNO/BN.
  • Apa yang tidak betul ada lah sistem dan tindak tanduk pemimpin BN yang telah lupa janji kepada rakyat, kata beliau.
  • Dalam pada itu, Anwar juga (pada mula nya) menyatakan bahawa BN mempunya dua agenda yang tersembunyi. Ini kata beliau ada lah diibaratkan sebagai gegaman tangan yang mengandungi madu dan sebelah nya mengandungi racun. Madu hanya untuk pemimpin BN dan racun pula untuk rakyat, kata Anwar dengan senyuman.
Selanjut nya beliau menerangkan bahawa istilah madu dan racun ini bukan semua nya salah kalau digunakan dengan betul.
Jelas Anwar, rakyat perlu memikirkan bahawa sebenarnya tangan yang menggengam racun itu ada lah BN manakala sebelahnya ada lah Pakatan.
Sessi disudahi dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh serta sorakan Reformasi.
Gambar: Cabang PKR Tuaran(dengan izin), Agensi
3 comments:

Salam sdr Solymone..

Saya tdk berkesmpatan menghadiri mjalis ini atas komitmen yg lain tapi saya mengikutinya melalui blog dan Fcb..tahniah kerana sdr hadir dan dapat memberi gambaran seneutral mungkin..

sdr..

memang sejak kebelakangan ini, DSAI seakan membina kubu di Sabah. Tahun lepas tdk kurang dari 25 kali beliau dtg di pelbagai tempat di Sabah dan thn ini dijangka akan rancak ekoran pru 13.

soal kdtang DSAI ini tdk berapa menarik tetapi yg menariknya ialah janji-janji "madu' yang dikatakan oleh DSAI itu.

Talk taulah, tapi dlm hati kecil saya, saya yakin DSAI ikhlas memastikan negara ini ditadbirurus dgn baik dan telus. Sabah juga berpotensi utk mendapat kembali 'hak-hak' nya yg tak tertunai.

memanglah buat masa ini, pelbagai prasangka buruk berlaku. DSAI dikatakan tdk mampu membentuyk kerajaan. tapi jangan kita terlalu confident sekalipun Sabah Fixed D bagi BN.

Sebagai anak watan Sabah yg sebelum ini berada pada zon non partisan, saya mula melihat ada perubahan sokongan kp PR di Sabah. Saya sedang menunggu perubahan itu. Mungkin awal PR menawan Sabah, tapi yg sasya nak lihat ialah pertambahan undi kp PR akan berlaku.

Semoga sdr Sukses dan memberikan sesuatu utk Sabah negeri yg tercinta ini.

Salam Hormat
Rakan blogger Kelapa Mawar


Salam and thanks Kelapa Mawar kerana sudi turun padang(kata orang) memberi komen di blog ini mendehului yang lain ( kebanyakan nya pro BN).
Sayang kerana KM tidak hadir pada hari itu kerana sebagai penulis, pasti nya KM akan memberi gambaran yang mungkin berbeza selaras dengan cita rasa dan persepsi KM sendiri.

Walau macam mana pun saya hanya mampu melapurkan apa yang saya lihat dan rasa pada ketika itu.
Sebenar nya banyak lagi yang Anwar ceritakan fasal kelemahan atau pun keburukan BN masa itu. Tetapi sebagai seorang penulis (non-partisan) saya hanya sempat ungkitkan perkara yang sesuai untuk bacaan semua.

Persoalan Anwar menumpuhkan perhatian dan mendapat perhatian di Sabah, rasa nya (pada pandangan saya) memang tepat. Mungkin Anwar rasa rakyat Sabah lebih friendly kalau dibandingkan dengan negeri Sarawak. Disamping itu. parti beliau PKR sudah lama bertapak diSabah.

Kalau dibagi mandat, saya tidak teragak2 percaya bahawa Anwar (dengan pengalaman dan networking yang ada) akan lebih serius dan telus mengurus pentadbiran negara. Apa lagi bila memikirkan kesengsaraan beliau mengharugi cabaran semata2 untuk keadilan khas untuk rakyat.

Soal kes memburuk2 Anwar bukan lagi isu yang penting untuk rakyat memilih kerajaan. Kes saperti itu sudah lapuk. Banyak isu2 baru yang lebih menarik saperti;
1) Kemiskinan, pengangguran dan penghijran belia
2) Hak-hak rakyat Sabah yang sengaja dicicirkan oleh BN ( bersandarkan perkara 20)
3) Kemudahan asas yang daif di kawasan luar bandar
4) Sistem yang memperkayakan mereka yang sudah kaya dan memiskinkan mereka yang memang sudah miskin
5) Rampasan tanah adat disamping tidak memberi kelulusan tanah(LA) yang difohon rakyat sejak berkurun lama nya
6) Dan banyak lagi

Justeru itu lah rakyat (terutama sekali golongan muda) terpaksa mencari pemimpin dan parti alternatif. Dan apa yang ada setakat ini hanya lah gandingan PR dan UBA...Soal siapa menang PRU13 nanti, 'is totally different story'

Saperti biasa, semuga sukses


Kelapa Mawar,
Untuk rekod saya telah diperkenalkan kepada Anwar oleh Hj Ansari.
Apa yang menarik Anwar tahu perkembangan perjuangan saya sebagai aktivist belia (pada suatu ketika) dan aktivist politik masa kini.

Ketika saya dipilih mewakili Malaysia dalam program pertukaran belia sedunia di Kanada, Anwar ada lah facilitator kami.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails