SUARA BEBAS TUARAN

BN Amalkan Prinsip Kekitaan - PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip "semangat kekitaan dan rasa kebersamaan" bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Beliau berkata dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.
  • "Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka Insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan.
  • "Ini bukanlah satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan, ini bukanlah igauan tetapi satu impian manis yang boleh jadi kenyataan kalau kita bergerak dengan semangat kekitaan dan rasa kebersamaan," katanya dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun BarCina anjuran BN Pulau Pinang.
  • Najib berkata berlandaskan kepada prinsip itu juga, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan etnik, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memperuntukan RM500 bagi setiap isi rumah, bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Sebab itu kita bagi bantuan untuk semua tanpa mengira kaum dan etnik. Kita beri ini kerana ekonomi kita kukuh dan kita tidak serah ekonomi kepada pasaran sahaja kerana jika diberi kepada pasaran hanya yang kaya sahaja yang akan dapat, kata beliau.
"Oleh itu kerajaan beri BR1M kepada golongan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, asalkan mereka perlu bantuan kerajaan beri bantuan, dan ini adalah sejarah," katanya.
  • Perdana Menteri berkata kerajaan juga tidak meminjam duit daripada mana-mana pihak, termasuk dari luar negara, bagi tujuan mengumpul dana bantuan itu malah ia adalah hasil pengurusan kewangan kerajaan yang cekap dan bijak.
  • Beliau memberi jaminan bahawa bantuan RM500 itu adalah ikhlas dan tidak mempunyai sebarang maksud yang terselindung dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan 'mengejar' penerima bantuan.
  • "...RM500 ini ikhlas. Hendak terima ambil tidak mahu pun tidak apa, tetapi saya yakin rakyat yang memerlukan tentu akan ambil, malah kebetulan ia diberi bersempena dengan Tahun Baru Cina," katanya.
Najib berkata selain itu, rakyat juga akan menikmati peluang pelaburan Saham Amanah yang dikenali sebagai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.
Skim ini diberi atas keperluan dan bagi mereka yang meminjam bank, pelabur akan menikmati keuntungan RM50 sebulan dan selepas lima tahun akan memperoleh RM5,000.
"Mana ada skim seperti ini di negara lain... ini kerana kita sudah berjanji untuk membantu rakyat," katanya.
Beliau menegaskan sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, BN akan terus bekerja keras dan bersungguh-sungguh bagi memastikan rakyat Malaysia terus terbela dan Malaysia sebagai negara maju akan menjadi kenyataan.
Sumber: BERNAMA
14 comments:

semangat kekitaan perlu ada dalam diri bagi memupuk perpaduan.


Masyarakat berbilang kaum dan agama harus sentiasa saling hormat-menghormati dan mengekalkan keharmonian.


Duit BR1M boleh la bikin bayar bil2 tertunggak, hutang di kedai runcit di kampung


This has always been the hallmark of malaysians


Perpaduan antara rakyat yang berlainan bangsa dan agama wajar diteruskan kerana perpaduan asas kesejahteraan dan kecemerlangan.


Sebuah negara yang huru hara dan sentiasa terlibat dalam peperangan tidak mungkin boleh berkembang maju kerana semua orang sibuk berperang dan menjaga keselamatan diri. Isu diskriminasi juga menjadi satu halangan untuk mereka yang benar-benar berkelayakan untuk mendapatkan peluang.


jangan pula wujud rakyat yang suka mengangung-agungkan bangsanya di negara ini. musnahlah negara jika semua rakyat yang berbilang kaum/bangsa merasa kaum/bangsanya mempunyai kedudukan yang tinggi dari yang lain. pupuklah semangat kesederhanaan dan kekitaan.


bantuan yang diberi oleh kerajaan janganlah dipersoalkan. terima saja apa yang kerajaan beri. kalau soal undian tu, sendiri yang tau bila PRU nanti.


Mari kita sama-sama menjaga perhubungan antara kita. Itulah yang terbaik bagi terus mengekalkan perpaduan kaum.


Jangan hanya kerana kepentingan politik ada pihak yang cuba menghancurkan perpaduan kaum dan bangsa di Negara kita. Maka kita perlu menjaganya walau apa pun yang terjadi.


Pemimpin dan rakyat saling bergantungan. Jadi janganlah ada diskriminasi. Hormat antara satu sama lain. Tiada tuan, tiada kuli.


Walk the talk. Ambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba setuskan perbalahan di kalangan rakyat.


itulah yang sebaik2nya dilakukan dan diamalkan oleh parti pemerintah.. oleh itu kerajaan sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mana2 pihak yang cuba merosakkan perpaduan kaum di negara ini.. mana2 pihak yang melakukan tindakan atau membuat kenyataan yang bersifat racist perlu dikenakan tindakan undang2 tanpa melihat latarbelakang politik individu itu..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails