SUARA BEBAS TUARAN

BN Tuaran Bergolak, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran Sertai PKR?

Labels:

Bekas Setiausaha Sulit Hajiji, Fairuz Bandar (ketiga dari kiri)
Mohd Fairuz Bandar bekas Setiausaha Sulit Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang mengugurkan keahliannya dari UMNO yakin Pakatan Rakyat (PR) yang didokongi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mendapat sokongan dan dokongan rakyat pelbagai kaum untuk membentuk kerajaan di negara ini selepas Pilihanraya Umum yang ke 13 ini kerana perjuangan pimpinan Pakatan Rakyat adalah telus untuk membela nasib rakyat pelbagai lapisan.
Justeru, Fairuz bersama-sama keluarganya menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran kepada Ketua Pimpinannya di Tuaran, Haji Ansari Abdullah dalam Majlis ringkas penyertaannya yang diadakan di Kampung Bundung, Tamparuli pada kelmarin.
  • "Bersandarkan kepada peningkatan sokongan kepada perjuangan pembangkan sejak akhir-akhir ini, saya yakin dan percaya dengan niat yang ikhlas demi rakyat tempatan kita di sini; pimpinan PKR dan PR di Tuaran akan kita bantu untuk memenangi pilihanraya. Semoga tranformasi politik untuk kepentingan rakyat keseluruhannya akan dapat diaplikasikan dengan lebih telus," kata Fairuz yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sabah.
  • Maka pada masa pimpinan BN begitu goyah, kata Fairuz, peluang terbaik untuk rakyat beralih menyokong perjuangan pembangkang untuk merubah kerajaan Malaysia dan Negeri Sabah termasuklah di kawasan Tuaran wajar dilakukan pada masa yang tepat ini.
  • Fairuz memberitahu BN tidak lagi boleh mengungkit "Tiada UMNO/ BN; Tiada Pembangunan" kerana semua yang ada itu adalah merupakan tanggungjawab dan amanah membantu rakyat. tetapi tidak relevan lagi untuk berkempen pelihanraya demi meraih undi untuk BN.
  • "Masa sudah jauh berubah, kerana pengundi sekarang bukan sahaja terdiri dari golngan muda, tetapi juga berpenglaman serta amat mengetahui segala perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Pendek kata kehidupan rakyat lebih memerlukan pembelaan dan juga banyak perkara berbentuk individu selain kemudahan asas," kata Fairuz yang yakin selepas ini pembangkang pilihan rakyat.
Fairuz sebelum ini ada lah Ketua UMNO Cawangan Nulu and pernah menjawat AhliJawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran.
Fairuz juga dilapurkan memiliki kelulusan Ijazah dalam bidang Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Sumber: SabahKini
12 comments:

Selamat berjuang kepada Mohd Fairuz selepas meninggalkan BN untuk mengikuti PR.


Dalam politik, lompat parti bukannya apapa yang baru. Ada yang masuk, pasti ada yang keluar.


Jika itu sudah pilihan beliau kita tidak boleh mempertikaikannya. Itu sudah pilihan masing2. Namun apa yang perlu ditekankan disini adalah, punca mengapa beliau meninggalkan Umno... Punca itu mungkin adalah kelemahan Umno. Perbaiki kelemahan itu kerana satu hari nanti pasti kelemahan itu akan mendorong ahli lain meninggalkan Umno.


semoga dengan penyertaan beliau dalam PKR dapat memberi sumbangan kepada rakyat dan juga kepada PKR.


Mohd Ishak said...

Dalam politik, lompat parti bukannya apapa yang baru. Ada yang masuk, pasti ada yang keluar.

-Question is whether they do this for the people or for their own personnel agenda.


adakah dia memberi penjelasan punca dia sertai PKR, dah jadi lumrah lompat2 parti ni.


Dalam politik. lompat parti sudah menjadi kebiasaan. Sama ada dia memperjuangkan nasib rakyat atau ada agenda tersendiri tu hanya diri dia saja yang tahu.

Tapi sekiranya lepas ni ada keluar cerita dar mulut dia, mungkin dia tengah buat promosi untuk diri sendiri.


Satu pergi, sepuluh mari.

Terpulanglah kepada Fairuz Bandar jika itu jalan yang dipilih. Niat sebenarnya pun kita tidak tahu. Mungkin lepas ni beliau akan membuka aib BN? Motif? Dulu diam, sekarang baru nak buka mulut? Tunggu sajalah tindakannya selepas ini..


Tidak sabarlah menanti PRU13 ni..ada parti baru..ahli lompat sana sini..kempen sana sini..semakin rancak dan semakin terasa bahang p/raya..


Biarlah dia mahu menyertai mana parti pun rasanya tidak ada halangan namun harap tidak akan menyesal dengan parti baru itu.


armetrusetelah beliau sedar kapal yang beliau tumpang itu semakin karam, dia mengambil kesempatan disebalik kesibukan membaikpulih kapal itu untuk berpindah ke kapal lain..


phayekenapa beliau tidak tinggalkan parti ketika beliau masih menjawat jawatan dalam kerajaan??


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails