SUARA BEBAS TUARAN

Cina Johor Sedia Ubah Sokongan Kepada Pakatan Pada PRU-13?

Labels:

Di lapurkan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman (gambar kanan) telah mula turun padang sejak Oktober lalu, menghabiskan sekurang-kurangnya empat hari seminggu dilihat sebagai persiapan awal Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang berdepan prospek kehilangan lebih banyak undi kaum Cina.
Lebih mengagumkan beliau memulakan jelajah dengan berkunjung ke Gelang Patah, Tebrau, Kulai, Pulai dan Muar (dua kali), semua kawasan itu mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina, dilihat persediaan awal agar tidak menerima nasib sama seperti di Pulau Pinang dan Perak pada pilihan raya umum 2008.
  • Selain menemui pengundin dan penyokong parti, Abdul Ghani menghabiskan masa beberapa jam setiap hari mendengar taklimat daripada jentera BN tentang sentimen pengundi, tahap sokongan di setiap kawasan pinggir bandar.
  • “Beliau telah turun padang di semua kerusi yang pembangkang fikir boleh menang,” kata pegawai tertinggi pentadbiran Abdul Ghani kepada The Malaysian Insider.
  • Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, Abdul Ghani mempunyai alasan untuk berasa bimbang. Gelombang kebangkitan telah menawan sebahagian Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum 2008, yang mana Pakatan Rakyat gagal memecahkan benteng kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 56 kerusi yang ditawarkan.
  • Tetapi Profesor Abu Hassan Hasbullah (Pengasas Zentrum Future Studies), yang menjalankan pusat kajian Universiti Malaya memberitahu kaji selidik pada hujung tahun lalu menunjukkan pengundi Cina-Johor kemungkinan akan memecahkan tradisi dengan menyokong Pakatan Rakyat.
  • Pemimpin pembangkang menganggarkan mereka memenangi 55 peratus pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu tetapi Abu Hassan berkata sokongan daripada kaum itu telah meningkat hampir 90 peratus.
  • “Kami lihat tentang apa yang boleh digelar revolusi senyap Tionghua,” katanya kepada The Malaysian Insider menambah sokongan pengundi Cina di Johor meningkat kepada 68 peratus selepas pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat kepada 79 peratus pada 2010.
Menurut Abu Hassan, sokongan orang Melayu terhadap pembangkang tidak berubah sejak pilihan raya umum 2008 dan ia kekal di antara 25 hingga 30 peratus, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran 15 kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri.
PKR telah mengadakan kongres nasional di Johor pada akhir November, mendakwa bersedia mengambil alih pentadbiran negeri.
Sumber: The Malaysian Insider..baca selanjutnya
12 comments:

We let the chinese of Johor determine the political destiny of their state for now...


May the Best candidate wins


jika peningkatan kepada 79% pada tahun 2010, bagaimana pula tahun 2012 ini? Pakatan janganlah berasa sangat yakin dengan sokongan tersebut kerana ia boleh berubah bila2 masa. boleh jadi juga akan turun tahun ini.


Tidak hairan jika pengundi mahu memberikan sokongan kepada parti yang dianggap lebih sesuai untuk mereka. Itu hak mereka.


jika golongan cina dah memberi sokongan pada Pakatan, ia pasti memberi kesan pada BN, BN kena berusaha untuk memikat hati golongan Cina.


tu semua bergantung pada rakyat. Siapa pun pilihan/undi adalah hak masing2. Tapi jangan terlalu yakin.


Jangan bergantung pada ramalan semata-mata. Apa2 pun boleh berlaku di saat2 akhir.


Nampaknya BN perlulah berusaha jika hendak mengekalkan sokongan dan undian daripada rakyat cina.


Siapa-siapa pun boleh buat ramalan. Namun realitinya yang akan menjadi ketentuan. PR jangan terlalu yakin dan Bn jangan terlalu selesa.


Sokongan mereka tidak bermakna semua Cina Johor tapi itu mungkin hanya ahli DAP sendiri yang cuba menaikan semangat mereka.


Biarlah apa pun yang diberikan oleh pihak PR yang penting sekarang kerajaan BN cuba berikan yang terbaik untuk rakyat.


macam mana sakalipun ramalan dibuat, dalam politik segala2nya boleh berubah sekelip mata bergantung dengan kemampuan pimpinan parti tersebut.. selagi masih ada masa, buatlah yang terbaik untuk memikat semula sokongan rakyat..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails