SUARA BEBAS TUARAN

Di Sebalik Dakwan Pemuda UMNO, Anwar Sokong Zionis?

Labels:

Pengerusi Biro Antarabangsa dan Aman Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan “rejim zionis Israel” selepas ketua pembangkang itu dikatakan menyokong semua usaha melindungi keselamatan Israel.
Ahmad Zaki berkata rakyat Palestin yang harus diberikan perlindungan, dipertahankan dan disalurkan bantuan kemanusiaan selepas dizalimi Israel.
Beliau berkata kenyataan Anwar menunjukkan sikap menyokong dan mengampu “rakan-rakan tertentu” beliau yang kebanyakan daripada mereka berdiri teguh di belakang rejim Zionis.
  • Anwar dalam temubual dengar Wall Street Journal baru-baru ini berkata beliau menyokong “semua usaha untuk melindungi Israel”, kenyataan itu turut disiarkan dalam media arus perdana yang dikuasai Umno.
  • Tetapi akhbar perniagaan antarabangsa itu menulis bahawa Anwar hanya akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu jikalau ia menghormati aspirasi rakyat Palestin.
  • “Adakah PKR kini bersetuju dan menyokong serangan ke atas Gaza selama ini, atas dasar menjaga keselamatan Israel?” tambah Ahmad Zaki.
Malaysia secara konsisten menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel walaupun hubungan komersial wujud antara syarikat-syarikat swasta di dua negara itu. Permusuhan Israel dengan negara Islam di Timur Tengah merupakan isu utama bagi majoriti Melayu Islam di Malaysia.
Sumber: The Malaysian Insider


Komen Solymone
Walau macam mana pun hingga setakat ini, Anwar belum lagi mengulas balik kenyataan tuduhan Pemuda UMNO tersebut.
Isu ini pada pandangan individu saya (kira nya ia nya betul), ada lah satu strategi Anwar dalam menyampai 'message' penting berupa syarat kepada kerajaan Zionest Israel agar lebih bersifat peri kemanusian terhadap rakyat Palestin.
Sapertimana yang kita tahu, kerajaan Zeonis saban hari menindas warga palestin dengan kejam disamping merampas hak-hak serta tanah adat mereka.
  • Sebagai seorang negarawan yang berpengalaman luas, agak nya Anwar sampaikan kepada kerajaan Zionis Israel bahawa Malaysia hanya akan mempertimbangkan untuk mengubah dasar luar negara ini terhadap Israel, sekira nya Israel mampu mengubah dasar kuku besi (Iron Curtain Policy) mereka terhadap rakyat Palestin dan negara-negara Arab di persekitaran Israel saperti Lebanon, Syria, Mesir dan Jordan.
Rasanya, Anwar tidak lah sebodoh itu untuk mencari fasal dengan membuat kenyataan media yang tidak menguntungkan sehinggakan rakyat Malaysia membenci beliau dan mungkin juga parti Keadilan.
Sedangkan pada hakikatnya, beliau mempunyai 'momentum' dan peluang besar untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 nanti.
11 comments:

pernyataan Anwar tersebut pandai-pandailah kita menilainya. selama ini ramai pemimpin yang mengecam tindakan Israel menindas Palestin, namun semua itu tak diendahkan, agak2 adakah Israel akan mendengar kata2 Anwar?


Mungkin Anwar juga bosan dengan dakwaan yang tidak berasas seperti ini selelah banyak khabar angin yang meniup.


Mereka yang percaya dengan Anwar tidak memerlukan penjelasan daripadanya. Mereka yang tidak percaya dengannya tidak akan menerima penjelasannya.


I believe the people know how to evaluate between the good and bad


Mahu juga tahhu apa kenyataan balas Anwar terhadap pertuduhan tu. Mesti sesuatu yang menarik dan percubaan menafikan pertuduhan.


Sama seperti isu gay yang diulas Anwar. Lain yang dicakap, lain yang disebarkan. Bukannya saya menyokong beliau tetapi media di negara ini kena lebih profesional dan beretika. Sebarkan kebenaran dan fakta. Bukannya 'twisted facts'. Terpulang kepada semua bagaimana mereka mentafsir sendiri kenyataan Anwar. Rasanya beliau bukanlah terlalu bodoh untuk 'menyokong' Zionis secara terang-terangan.


lepas bebas dari tuduhan Liwat II saya rasa Anwar tidak akan pernah lari dengan isu2 dan kontroversi. bukan saja melalui kenyataan yang beliau buat malah melalui tindakannya.


sebaiknya Anwar tampil buat penjelasan berhubung perkara ini. media pun sukar mahu percaya sekarang, bias.


Isreal tidak boleh disokong atas keganasan yang mereka lakukan ini.


Anwar sepatutnya berhati2 dengan setiap kenyataan beliau.. setiap kenyataan beliau perlu menjelaskan pendirian beliau sejelas2nya.. jika tidak mahu kenyataan dipertikaikan atau dimanipulasikan, elakkan dari membuat kenyataan yang mengelirukan atau yang boleh menggundang pertanyaan..


rasanya Anwar tidak akan menjawab atau menjelaskan perkara sebenar berkenaan dengan kenyataan beliau.. sebaliknya pemimpin2 bawahan beliau yang akan tampil melakukan tugas itu..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails