SUARA BEBAS TUARAN

Hentikan Agenda Memperbodohkan Rakyat Sabah?


Dalam satu sessi bersama media, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, selaku pengurusi STAR Sabah, berkata "Ahli-ahli politik dan parti-parti politik dari Semenanjung perlu belajar untuk menghormati rakyat Sabah jika mereka ikhlas dalam membantu rakyat dan negeri ini.
Bukannya sekadar mempergunakan rakyat disini sebagai alat politik" simpanan tetap "dan sebagai pengundi yang boleh membantu mereka mengekalkan atau menakluk Putrajaya." Kata nya.

  • Beliau berkata, "Sabah kini lebih matang dalam politik. Mereka kini sedar bahawa mereka telah tertipu dan ditipu sejak 48 tahun yang lalu menyebabkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia dan tidak kuasa politik".
  • Jeffery selanjutnya mempersoalkan sama ada UMNO / BN pada hakikatnya gembira kerana rakyat Sabah dalam kawalan mereka. Dan disebaliknya mereka pernahkah terfikir bahawa rakyat Sabah gembira? Dalam pada itu, Jeffry selanjutnya mangajukan beberapa persoalan saperti berikut;
  1. Adakah anda berfikir bahawa kami gembira menjadi Negeri termiskin, sedangkan kami tahu bahawa kami mempunyai sumber-sumber asli yang banyak dan 95% sumber minyak kami telah diambil daripada kami dengan cara yang tidak adil?
  2. Adakah anda berfikir bahawa kami gembira bilamana negeri kami dibanjiri oleh pendatang tanpa izin yang diberikan MyKad dan dibenarkan untuk mengundi dan akhir nya akan mengambil alih hak kami?
  3. Adakah anda fikir kami gembira bahawa kita hanya menerima 5% daripada sumber minyak kami?
  4. Adakah anda berfikir bahawa kami gembira bilamana RM35 bilion hasil pendapatan kami pergi ke Kuala Lumpur setiap tahun manakala Negeri kami hanya di beri RM3.6 bilion dari kutipan tersebut?
  5. Adakah anda berfikir bahawa kami gembira diperintah dan dijajah oleh UMNO?
  6. Sekarang parti komponen Pakatan Rakyat meminta undi kami dan dalam masa yang sama mengabaikan parti-parti yang lebih kecil dan demi untuk membantu mereka dalam agenda tersembunyi terhadap rakyat Sabah.
  7. Adakah anda berfikir bahawa rakyat Sabah adalah bodoh untuk menukarkan tuan penjajah yang lama dan digantikan oleh penjajah baru?
Menurut Jeffrey selanjutnya, rakyat Sabah tidak lagi mahu tertipu kali kedua dengan istilah bahawa hanya parti Semenanjung yang terbaik untuk mewakili negeri Sabah disamping melindungi rakyat nya.
Sabah dan Sarawak perlu untuk mengekalkan kerusi Parlimen mereka. Jika tidak, parti-parti di 'Malaysian Borneo' bukan sahaja akan kehilangan hak bersuara, mereka juga akan kehilangan kuasa tawar-menawar dalam melindungi hak-hak Negeri mereka, kata beliau.
  • Keputusan pilihan raya 2008, ada lah sebagai contoh bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa sebagai pengimbang untuk menentukan siapa yang menjadi pemerentah negara.
  • Jika Sabah dan Sarawak sanggup bersatu dan setia kepada perjuangan negeri mereka, ia nya akan merubahan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
  • Bertentangan dengan pendapat pemimpin daripada Semenanjung, Jeffery berbendapat, tidak semestinya kuasa pengimbang lahir dari sebuah parti yang besar atau yang berpusat di Semenanjung.
  • Satu contoh yang amat ketara adalah peranan Demokratik Liberal dalam PRU 2010 UK. Dimana parti liberal Demokrat hanya memenangi 57 daripada 650 kerusi di Parlimen British
  • Namun kerana mereka diikrirafkan sebagai memain peranaan sebagai pengimbang dalam kerajaan campuran maka pemimpin dari Liberal Demokrat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
  • Parti-parti dari Semenanjung perlukan kerusi dan sokongan rakyat Sabah. Tetapi sokongan tersebut sepatutnya berasaskan dasar dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Sabah bukan disebaliknya.
  • Semenanjung boleh menjanjikan rakyat disini apa-apa sahaja tetapi akhir nya ia akan bergantung kepada kekuatan pihak-pihak tempatan untuk mempertahankan hak-hak Negeri mereka.
  • Dari apa yang kita lihat, komponen parti tempatan dalam BN hanya lah merupakan pengikut semata-mata. Mereka terpaksa mengikut telunjuk kerajaan perseketuan dan terpaksa terus pekak, dan bisu dalam isu memperjuangkan hak-hak negeri dan rakyat Sabah. Justeru, mereka harus melihat dan mencontohi kehebatan kuasa tawar-menawar parti Demokratik Liberal di UK.
Kata Jeffrey, sudah tiba masanya rakyat Sabah bersatu dan sedar bahawa mereka perlu bertanggungjawab untuk diri mereka sendiri.
Rakyat Sabah tidak lagi boleh bergantung pada orang luar untuk memimpin mereka kerana pemimpin dari luar mempunyai agenda mereka sendiri. Agenda dan keutamaan mereka tidak sama dengan rakyat disini.
Mereka hanya berminat untuk menggunakan Sabah, dalam perhitungan untuk politik mereka di Semenanjung yang tengah kucar kacir.
"Marilah kita menentukan nasib kita sendiri. Jangan membiarkan orang lain membuat keputusan bagi kita. Jika tidak kita, Siapa lagi? Jika tidak sekarang, bila lagi?
INI kali LAH! Jangan pandang rendah parti kelahiran tempatan." Kata Jeffery
Sumber: Interpretasi dari Media STAR
40 comments:

very thought provoking


Let the people decide who is deemed worthy to champion and honour their rights during GE-13


Mana-mana parti yang ingin mendapatkan sokongan rakyat perlulah ikhlas memperjuangkan hak rakyat dan bukan ingin memperalat rakyat demi politik.


Rakyat Sabah juga perlulah pandai membezakan mana satu parti yang ikhlas membantu rakyat dan mana satu parti yang menjaga kepentingan diri sahaja.


rakyat Sabah jg perlu di hormati, rakyat Sabah kini makin matang dan bijak, mereka tau akan hak2 mereka.


rakyat sabah pasti tau memilih mana yang terbaik untuk mereka.


mungkinkah ada kerjasama di antara parti2 pembangkang sabah bila mana SAPP sudah mengisytiharkan akan bertanding 2/3 kerusi sabah dan tidak akan berkompromi mengenainya?


memang rakyat sabah perlu lebih tegas lagi dalam mempertahankan hak dan kepentingan mereka dalam malaysia..menerima sahaja tidak semestinya menjanjikan kesenangan..


adakah selepas pru13 sabah akan kekal seperti mana sekarang atau akan berubah kepada yang lebih baik atau tidak adalah pilihan rakyat..rakyat kenalah bijak dan bersatu hati memperjuangkan hak dan kepentingan sabah..


belum tentu gabungan parti pembangkang akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah


samada perjuangan parti2 pembangkang ini ikhlas atau tidak, kita tunggu dan lihat sahaja nanti undian rakyat


spekulasi mengatakan parti baru STAR di Sabah telah mendapat sokongan ramai, samada benar atau tidak, tunggu sahaja keputusan PRU-13


walau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang


semuanya di tangan rakyat untuk menentukan nasib Sabah


Terpulang pada rakyat utk mengundi parti yang terbaik buat mereka pada next GE nanti.


Tak kisah lah apa STAR nak buat, yang penting sekarang ni rakyat tahu apa yang harus dilakukan.


Tambahan pula rakyat kini makin bijak dan matang, jadi rasanya takda apa2 yang perlu dikhuatiri.


Ada saja yang timbul... PRU pula entah bila baru kena umum... hehhehe


Apapun, kalau njak dapatkan sokongan rakyat, pastikan setiap parti berusaha menambat hati rakyat dengan keikhlasan perjuangan mereka.


Ini semua adalah permainan Pihak pembangkang yang cuba untuk menabur janji kepada rakyat.


sama2 kita saksikan PRU13 nanti macam mana


jika benar ada agenda untuk memperbodohkn rakyat Sabah, rakyat Sabah pandai2lah untuk menilai. para pemimpin pun perlu berusaha memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat. bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri semata2.


memang Sabah kaya dengan pelbagai sumber alam semulajadi yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan penjana kepada pendapatan Sabah. Namun, perlu diselidiki dari mana puncanya sehingga kini Sabah digelar sebagai poorest state in Malaysia.


usaha sudah dimulakan oleh semua parti untuk mengambil hati rakyat. tapi tidak tahu siapa yang akan menjadi pilihan rakyat nanti.


Berapa banyak kali boleh memperbodohkan rakyat?


Rakyat makin pandai menilai dan tahu apa yang penting untuk mereka.


Kalau parti pembangkang boleh bekerja sama, pasti memberi cabaran hebat untuk BN.


Pergabungan parti pembangkang tidak semestinya mendapat sambutan tetapi boleh cuba jika misi dan agenda yang sama.


Semoga parti ini tidak melupakan tanggung jawab kepada rakyat.


Im sure the people here is improving and smart to differentiate good & bad.


What about SAPP proposal? Any update?


Jangan membuat janji jika tidak berkeupayaan untuk merealisasikannya.


kegagalan menunaikan janji yang dibuat cuma mengungkit perasaan tidak puas hati rakyat sahaja.


if you know why Sabah still the poorest state, indeed you know who to vote.


Jeffrey perlu juga timbulkan pertanyaan tentang adakah parti2 pembangkang Sabah yang lain gembira dengan kewujudan STAR? adakah dengan bertambahnya parti politik pembangkang, maka peluang untuk pembangkang menang semakin cerah?


Jeffrey sepatutnya bekerjasama dengan parti tempatan yang sedia ada.. atau mengadakan kesepakatan dengan parti pembangkang yang lain bagi mengelakkan perpecahan undi.. melainkan Jeffrey sendiri berniat keras mahu mendapatkan jawatan KM Sabah..


First saya tanya rebirth, kamu ini dari mana tidak tahu perkembangan semasa yang berlaku disini?

Baru2 ini Dr Jeffery bersama Yong Teck Lee dan Anwar( tanda ada perbincangan untuk bersama )
Minggu lalu Dr Jeffery bersama Datu Badaruddin(USNO) disemporna. Dalam sessi itu mereka membuat deklerasi untuk berjuang bersama.

Dalam dunia politik sama ada orang lain atau parti yang lain suka bukan isu number 1. Yang penting parti ini ada tujuan untuk berjuang dan perjuangan nya diterima rakyat.

Perjuangan Dr Jeffery sejak dua tahun yang lalu, melalui UBF dan kini STAR telah diterima dibanyak kawasan saperti Utara (Kudat, Kota Marudu), Kota Belud, Tuaran, Pedalaman (Tambunan, Keningau, Nabawan dan Tenom), Sandakan (Telupid dan beluran) dan akhir2 sekali di Semporna.

Bagi Dr Jeffery (kamu suka kah tidak), niat beliau ada lah untuk memperjuangkan agenda borneo (7 perkara dari 20 perkara) melalui parti STAR.
Dia berjaya kah tidak rakyat yang akan menetukan, bukan kamu seorang kan ribirth?

Apa macam kamu tahu niat keras Dr Jeffrey mahu jadi KM? Kamu ada tanya dia kah?


If the agenda are meant to fool the Sabahans, then Sabahans should not let themselves to be fooled. Vote wisely. You have your freedom to choose and vote.


Who was responsible for the 5% oil royalty agreement? The 5% has caused a lot of tensions now.


It will be an interesting election if it is 1 vs 1. Can't wait to see.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails