SUARA BEBAS TUARAN

Hormati Undang-Undang, Gugur Polisi Anti-Kristian?


Christian Federation of Malaysia (CFM) itu menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji semula perkembangan sistematik keagamaan yang menentang Kristian sejak setahun lalu. Justeru Datuk Seri Najib Razak seharusnya menghormati undang-undang dengan menggugurkan perundangan dan polisi yang menjadikan Kristian sebagai mangsa birokrasi, menurut satu kumpulan yang mewakili 90 peratus gereja baru-baru ini.
Mereka turut menuntut Najib mengambil tindakan dan menghentikan cubaan tersebut untuk mengelakkan komitmen dan legasi kesederhanaan keagamaan beliau “hancur” dan “musnah”.
  • Bishop Anglican Ng Moon Hing, ketua CFM, menggesa Perdana Menteri untuk menubuhkan sebuah kementerian agama bukan Islam untuk menjamin keselamatan dan memelihara hak dan keinginan bukan sahaja untuk Kristian, malah Buddha, Siks, Taoisme, dan Hindu.
  • “Kami berharap agar akan ada perundingan untuk menghormati struktur dan operasi kementerian tersebut,” katanya. Tambahnya lagi, ini adalah langkah pertama sebagai pemimpin Kristian yang tidak naif untuk meletakkan isu agama akan dapat diselesaikan tanpa komitmen dan penyertaan daripada seluruh kementerian dan organisasi kerajaan.
  • Ng, yang juga merupakan ketua Anglican Barat Malaysia, menggesa Najib untuk menarik balik larangan penggunaan perkataan “Allah” yang turut merujuk kepada tuhan mereka.
  • Katanya, Kristian keseluruhannya telah dijadikan mangsa oleh golongan dengan “pembacaan terpilih Perlembagaan Persekutuan yang berniat menggunakannya untuk mendikriminasikan undang-undang yang memihak kepada satu komuniti sahaja,”.
  • Tambahnya lagi, Kristian sekarang tidak mempunyai pilihan melainkan dengan mengetengahkan isu ini memandangkan ianya merupakan jalan terbaik supaya kerajaan mengambil tindakan.
  • Beliau juga menambah, ketua gereja sudah letih bermesyuarat dengan “pihak kementerian tertinggi” Putrajaya dan melihat tiada tindakan yang diambil untuk menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan secara tersusun, cepat dan efisien.
  • “Perkara ini dilihat berleluasa dan sangat berbeza dengan apa yang diharapkan terjadi dengan realiti sebenar.”
  • “Polisi kesederhanaan yang diamalkan dilihat tidak ditapis mengikut setiap peringkat kerajaan,” katanya, selepas satu jam bersama perdana menteri keenam negara semalam.
Kerajaan turut membangkitkan isu berkenaan pernyataan untuk menjanjikan komitmen penuh dan perundingan berkenaan isu Kristian bermula dengan misi sekolah, pendidikan Bible dan pengecualian cukai untuk menubuhkan organisasi yang berkaitan dengan pemulihan hubungan dengan gereja.
Mereka menyatakan hak organisasi ini telah musnah setelah hak mereka menggunakan perkataan “Allah” telah dinafikan meskipun mahkamah telah memutuskan mereka menang di dalam kes tersebut.
Sumber: The Malaysian Insider
10 comments:

Kerajaan Malaysia perlulah mengambil tindakan yang betul untuk mengelakkan perpaduan rakyat hancur.


Untuk mencapai 1 Malaysia, adalah wajar kerajaan mula melayan semua penganut agama bukan Islam dengan adil.


We should respect each other's beliefs without any prejudice


hopefully the government will make the right decision that serve all side in this matter


Kalau semua tahu bagaimana untuk menghormati anutan agama masing2, isu seperti tidak akan timbul. Tiada unsur penindasan etc..namun orang sekarang banyak yang hipokrit, suka berlindung di sebalik nama agama tapi perbuatan mengalahkan binatang. Apa2 pun, diharap kerajaan lebih sensitif dengan perasaan penganut agama bukan Islam. Peace.


PERKASA yang patut diberikan kata-kata ini. Kerana mereka inilah yang kerap memberikan kenyataan yang kurang elok.


Malaysia mengamalkan kebebasan beragama, tak ada halangan dalam beragama di Malaysia.


sebarang isu yang berkaitan dengan sensitiviti masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini perlu dibincangkan secara tertutup dengan pihak kerajaan..


Harap kerajaan mengkaji semula supaya tiada M'sian yang rasa tertindas dalam hal ni.


Penindasan sangat2 ketara sekiranya kita berada di Semenanjung. tapi mudah2an isu ni dapat jalan penyelesaian.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails