SUARA BEBAS TUARAN

Ini Kali lah - Bintang Bersinar Di Bumi Sabah

Labels: ,
Dengan dibanjiri oleh lebih kurang 5,000 orang penyokong dari seluruh pelusuk negeri Sabah, Parti Reformasi Negeri (STAR) telah dilancarkan perasmiannya oleh Presiden parti Dr Dripin Anak Sakoi ( dari Sarawak) dan Datuk Dr Jeffery Kitingan selaku Pengurusi STAR Sabah Chapter.
Dalam peristewa bersejarah itu, pemerhati juga turut menyaksikan satu lagi pelancaran berupa memorandum tanda persefahaman (MOU) diantara STAR dan parti-parti 'Sabah based' yang terdiri dari SAPP, USNO dan Barisan Rakyat Sabah.
  • Untuk memudahkan pengenalan selanjutnya, kumpulan ini digelarkan 'United Borneo Alliance (UBA) '. Menurut Jeffrey, objektif utama MOU ini ada lah untuk memperkasakan misi dan visi perjuangan pakatan pembangkang di negeri dibawah bayu ini dalam berhadapan dengan Barisan Nasional ketika PRU13 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini.
  • Pemimpin dan wakil-wakil dari semua komponen UBA telah hadir sama untuk menyaksikan pelancaran tersebut.
  • Menurut Jeffery selanjutnya, perundingan untuk tujuan persefahaman dengan Pakatan Rakyat kini sedang dijadualkan.
Dengan jelas Jeffrey menekankan bahawa STAR akur kepada persetejuan semua komponen dan pakatan dalam pemilihan calon yang akan ditandingkan pada PRU13 nanti.
Tidak kira siapa sahaja calon yang dipilih, yang penting, ia lah kerjasama untuk membantu calon-calon tersebut memenangi pilihan raya dikawasan masing-masing nanti, kata beliau.

Walau macam mana pun kata Jeffery, antara beberapa perkara yang STAR utamakan ada lah berasaskan inspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang tercatit dalam Agenda Borneo sebelum ini, ia itu;
  1. Menuntutkan kerajaan perseketuan untuk memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya sapertimana yang dipersetejui dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1964. Ini termasuk pemberian hak-hak istemewa dan peranaan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaran, kuasa pendaftaran dan kuasa immigrasi;
  2. Menuntut supaya formula pengagihan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil minyak mentah dan juga penempatan wakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet Perseketuan/ Perundangan dan Perkhidmatan tadbir dan Diplomatik;
  3. Menuntut supaya dihapuskan hasil Cabotaj/pengangkutan/Perdagangan yang mempunyai impak negatif keatas negeri-negeri Borneo;
  4. Menuntut supaya dihormati perlaksanaan hak-hak penduduk asli(Native Rights) dan perkara 153 perlembagaan perseketuan;
  5. Menuntut supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak. Termasuk mengurangkan jurang ekonomi dan digital diantara Malaysa dan negeri-negeri Borneo(Sabah dan Sarawak);
  6. Mengatasi masalah pendatang tanpa izin(PTI), Projek IC. Permasalahan nya mengugat integriti persempadanan Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan hukuman berat keatas mereka yang terlibat mengeluarkan kewarganegaran kepada PTI;
  7. Mengkaji kehadiran agensi-agensi daripada pusat diSabah dan Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran dibidang tertentu serta hak milik rakyat tempatan.
Seperti biasa Jeffrey akhiri ucapan beliau dengan kata-kata, 'Kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi.' Selanjut nya disudahi dengan tepukan dan sorakan gemuruh para penyokong, 'Ini Kali Lah'.
Sumber: Solymone
33 comments:

kemungkinan STAR dan UBA akan mencetuskan senario politik baru di sabah pada pru13 nanti.


Walau apa sekali pun keputusan PRU13 nanti, rakyat mahukan Sabah mengalami anjakan paradigma yang boleh membawa negeri ini lebih maju dan aman. Masalah PATI harus ditangani. Hak-hak rakyat perlu dipelihara. Perkara 20 wajib dihormat.


Question is, how long will they shine??


But i hope with the presence of STAR in sabah, the people's rights will be defended.


All the best to STAR...INI KALI LAH!


The emergence of a third force in Sabah might make the next GE much more interesting. However, launching a new party so near to the next GE before the people have chances to observe the party's full potential...not quite sure if they are able to make the impact they expected.


Would the 5,000 Sabahans that witnessed the launch of the new Star party translate into actual votes in the next GE is still a speculation.


dengan kehadiran banyak parti di Sabah semakin meriahlah persaingan politik di Sabah ni.


Sabah amat penting kepada semua parti politik di Malaysia, kerana semua parti memerlukan sokongan rakyat Sabah untuk memerintah. jadi, terserah kepada rakyat Sabah untuk memilih.


STAR juga menyatakan akan mengentegahkan calon muka baru untuk menghadapi pru13..adakah STAR mampu memberikan saingan kepada BN/UMNO di sabah?


SAPP mahu 2/3 kerusi DUN sabah pada pru13 nanti dan PR 1/3..apa tindakan Star? adakah UBA akan menjadi realiti? jika menjadi realiti, adakah UBA akan membentuk sebarang kerjasama dengan PR? kerana yang pasti, jika tiada sepakatan, BN akan menang mudah di sabah pada pru13 nanti.


Pakatan Rakyat VS Pakatan Borneo.. jika berlaku, BN tetap akan terus memerintah negeri ini..


trend pengundi hari ini seolah2 mereka lebih berminat dengan parti tempatan berbanding dengan parti import.. mungkin ini adalah satu kelebihan kepada Pakatan Borneo.. oleh itu, adalah lebih baik Pakatan Rakyat berundur jika mahu memastikan Sabah dan Sarawak jatuh ketangan pembangkang..


harap2 Star akan bersinar lebih lama dan lebih terang. kalau tidak Star hanya tinggal nama saja.


Kamai melihat sejauh mana STAR boleh pergi di Sabah ini.


Pasti satu persaingan hebat antara parti-parti Sabah, tambahan dengan parti STAR ini.


Not sure the people wil give chance to new parti like STAR?


Tidak dapat melihat kebolehan STAR, susah untuk orang Sabahan menerimanya.


Hope STAR sincere to serve the people and help to resolve the people issue.


Meriah dan sibuk keadaan PRU13 di Sabah. Masing-masing merebut kerusi, masing-masing menggunka tektik.


BN still strong here in Sabah. Not easy to take over.


Hope STAR can do the best for the people. The people has been suffering for being cheated for all promises.


Rakyat akan menentukan nasib STAR di Sabah.


All the best lah STAR. Harap dapat buat perubahan yang mengembirakan rakyat:)


STAR ini masih baru dan susah juga nak cakap. Tapi harap rakyat dapat menilai dengan bijak.


belum tentu STAR akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah


samada perjuangan STAR ikhlas atau tidak, kita tunggu dan lihat sahaja nanti undian rakyat


samada perjuangan STAR ikhlas atau tidak, kita tunggu dan lihat sahaja nanti undian rakyat


spekulasi mengatakan parti baru STAR di Sabah telah mendapat sokongan ramai, samada benar atau tidak, tunggu sahaja keputusan PRU-13


walau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang


semuanya di tangan rakyat untuk menentukan nasib Sabah


Satu-satunya parti politik yang mampu memberi cabaran kepada BN adalah PBS. Bagi majoriti rakyat Sabah khususnya Kadazandusun, PBS itu sendiri adalah Sabah. Pada pendapat saya, parti-parti pembangkang pasca PBS seperti SAPP atau STAR ini tidak akan mampu menggugat kekuatan BN di Sabah. Pemimpin seperti Dr Jeffrey Kitingan yang sudah terang-terangan tidak utuh pendirian politiknya dan kerap kali melompat parti sukar untuk dipercayai dan diragui kebolehan untuk memimpin dan mentadbir. Jika benar mahu mengalahkan BN dan menawan Sabah, satu-satunya cara adalah memujuk PBS untuk keluar semula dari BN dan seterusnya tegas dalam pendirian, perjuangan dan hala tuju parti.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails