kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (photo kanan), minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Khamis.
Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi.
- Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti, katanya.
- Beliau berkata, pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain pembelajarannya yang sukar dan membosankan.
- Mohamed Khaled meminta pengurusan tertinggi IPT melihat perkara tersebut secara serius dan merancang strategi untuk mengubah persepsi negatif pelajar.



January 27, 2012 10:55 AM
jurusan sains kurng diminati kerana ia amat sukar dan membosankan. kaedah pembelajaran bagi jurusan ini perlu diubah kepada keadah yang lebih menarik.
January 27, 2012 1:47 PM
Semuanya bergantung dengan minat pelajar dan mungkin kareer yang diingini oleh pelajar.
January 27, 2012 1:48 PM
ada baiknya pihak2 berkenaan mengkaji permasalahan itu dan mencari cara penyelesaian.
January 27, 2012 2:41 PM
"...pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain pembelajarannya yang sukar dan membosankan."
-They should make learning science more interactive as well as improving their teaching technique so that students are not easily bored of learning this subject.
January 27, 2012 2:43 PM
End of the day, its all about what interest, passion and learning capabilities of the student that will determine their choice of studies and in turn their path of career
January 27, 2012 2:53 PM
January 30, 2012 8:55 AM
Jurusan sains adalah jurusan yang sukar tapi boleh memberikan tahap kepuasan yang tinggi jika seorang pelajar mempu menyiapkan. Pelajar yang mempunyai minat dalam jurusan ini patut dipupuk. Mentaliti pelajar yang tidak sanggup bekerja keras dan takut terhadap cabaran ini wajar ditukar kerana seseorang tidak mungkin boleh berjaya jika tidak sanggup memberika usaha dan pengorbanan.
January 30, 2012 8:58 AM
Tapi pemilihan jurusan ini perlulah bergantung kepada minat dan cita-cita seseorang pelajar, adalah baik jika seorang pelajar boleh menentukan jalan yang mahu diambil semasa sekolah tinggi supaya jurusan yang dimasukinya adalah sesuai untuk membantu mereka mencapai cita-cita mereka. Mereka yang ingin menjadi doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lebih sesuai memasuki jurusan sains manakala mereka yang lebih minat dalam perniagaan, ekonomi dan pengurusan wang lebih sesuai dalam jurusan ekonomi.
January 30, 2012 4:19 PM
jurusan sains memang sukar tapi banyak kerjaya yang menjamin masa depan buat mereka yang mengambil jurusan ini. kalau ikut pengalaman saya sendiri, saya memang meminati kerjaya yang melibatkan jurusan sains tapi memandangkan kecenderungan dan juga keputusan yang tidak menggalakkan dalam bidang ini jadi tidaklah dapat mengikuti jurusan sains selepas PMR dan semasa di Universiti. saya rasa inilah juga salah satu penyebabnya kekurangan pelajar yang ambil bidang sains.
January 30, 2012 4:21 PM
jika berlaku kemerosotan seperti ini maka saya setuju dengan pendapat yang lain bahawa kajian perlu dilakukan untuk mencari punca dan jalan penyelesaiannya.
January 31, 2012 11:50 AM
Pendekatan yang diambil dalam menyampaikan pengajaran Sains itu perlu lebih menarik agar pelajar lebih berminat. Jika dari awal pelajar sukar untuk faham Sains, ia akan lebih sukar jika berada di peringkat lebih tinggi
January 31, 2012 11:52 AM
Jurusan Sains memang sukar dan ia memerlukan fahaman yang kuat dari segi asasnya. Semuanya bergantung kepada minat, usaha dan daya kemampuan seseorang dalam mempelajari jurusan Sains.
February 1, 2012 9:26 AM
Rasanya ramai yang minat dengan jurusan ini. Tapi mungkin ini kerana peluang mereka untuk menduduki kelas Sains Tulen tidak berpeluang kerana pembahagian kelas mengikut keputusan terakhir.
February 3, 2012 8:41 AM
mungkin pelajar2 ini masih belum tahu apa kelebihan mengambil jurusan sains. selain ibubapa, guru2 juga perlu memainkan peranan bagi menggalakkan pelajar2 mereka mengikuti jurusan ini..
February 3, 2012 8:46 AM
saya rasa jurusan sains tidaklah terlalu membosankan atau terlalu sukar jika guru2 dapat memperbanyakkan pembelajaran secara praktikal.. bagi menggalakkan pembelajaran secara praktikal, pihak kerajaan perlu menyediakan sebuah makmal yang lengkap dengan alat2 pembelajaraan untuk semua sekolah di negara ini..
Post a Comment