SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Benarkan Mangsa 'Eksploitasi Pekerjaan' Kerja Di Malaysia


Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong (gambar kanan) mengumumkan satu dasar baru membenarkan migran, yang menjadi mangsa eksploitasi pekerjaan dan ditempatkan di rumah perlindungan, untuk bekerja di Malaysia selepas dibebaskan.
Lee bagi pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata mangsa mestilah memenuhi empat syarat ditetapkan sebelum mereka dibenarkan bekerja di negara ini.
  • Dalam pada itu, syarat-syarat tertentu akan dikenakan terutamanya sebelum mangsa bersetuju. Kebenaran daripada perwakilan diplomatik mereka, pengesahan bahawa keselamatan mereka tidak dapat dijamin jika kembali ke negara asal dan mereka telah memasuki negara ini secara sah,katanya.
  • Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Proses Bali Mengenai Perlindungan Kepada Mangsa Pemerdagangan Orang di sini, kelmarin
  • Menurut prosedur semasa, sebaik mangsa dibebaskan dari rumah perlindungan mereka akan kembali ke negara asal.
Lee berkata dasar baru itu menunjukkan kesungguhan Malaysia dan kemajuan berterusan ke arah penambahbaikkan perlindungan mangsa eksploitasi pekerjaan di negara ini.
Beliau berkata Malaysia juga akan mengkaji kemungkinan bagi mangsa pemerdagangan orang dibenarkan bekerja sementara dalam Perintah Perlindungan Interim (Sementara). Pada masa ini, mangsa penyeludupan melakukan kerja-kerja sementara di rumah-rumah perlindungan.
Sumber: Agensi
10 comments:

Harap kerajaan Malaysia akan memberi bantuan dan pelindungan kepada mangsa-mangsa eksploitasi ini supaya hak dan keselamatan mereka akan dijaga.


Kesian mangsa-mangsa eksploitasi ini, semoga mereka boleh dibantu kembali ke negara asal mereka dan boleh menjalani kehidupan dengan bebas.


This is one good initiative to aid victims that fall prey to this scrupulous human trafficking syndicate.


Hopefully the bodies that is responsible to counter his inhumane act will continue to combat these illegal human trafficking activities.


satu tindakan yang cukup baik oleh kerajaan dalam melindungi mangsa eksploitasi pekerjaan. tapi bagaimana pula dengan rakyat negara ini sendiri yang menjadi eksploitasi pekerjaan di luar negara?


nampaknya kerajaan Malaysia benar2 prihatin pada nasib mangsa ekploitasi pekerjaan. harap sema mangsa dpt menjalan hidup dgn baik.


Mangsa 'Eksploitasi Pekerjaan' juga manusia. Inisiatif yang diambil kerajaan ini meunjukkan yang kerajaan prihatin dengan masalah ini dan nasib yang menimpa kepada mangsa.


Syarat2 untuk bekerja di M'sia harus dipenuhi. Jika tidak semua mereka akan jadi PATI dan harus dihantar balik ke negara asal. Tapi harus ada limit, kita tidak mahu pekerjaan hanya dimonopoli oleh warga asing.


Memang kesian mangsa2 Msia harus melindungi mangsa2. Tapi jangan mengabaikan keperluan Msians untuk mendapat pekerjaan di Msia.


apapun langkah yang diambil oleh kerajaan, kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu sentiasa dikawal.. jumlah mereka perlu dikurangkan agar tidak menjejaskan kepentingan rakyat tempatan..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails