SUARA BEBAS TUARAN

Kos Pembinaan Leburraya Banting-Taiping Bernilai RM22 Million Setiap Km?


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kelmarin menuntut pentadbiran Najib menjelaskan konsesi selama60 tahun berjumlah RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuhraya.
Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri. Syarikat berkenaan juga mengumumkan mereka telah memperoleh pinjaman mudah RM2.24 bilion, bagi projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping sepanjang 316km yang melibatkan subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan kepentingan awam. .
  • Lim juga menuntut kerajaan memberi penjelasan, mengapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuhraya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan.
  • Lim turut mempersoalkan kos lebuhraya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah “dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km.”
  • “Konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri ini bermakna bahawa beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi saya hingga ke cucu-cicit saya,”
  • “Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan maha-Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia.”
Menurut Lim, rakyat Malaysia tidak boleh menerima lagi satu skandal umpama Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walaupun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada pelaburan asal.
Kos pembinaan NSE adalah RM6 bilion dan setakat 31 Disember 2010, pengendali tol itu sudah pun menerima RM24.3 bilion, iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion.
  • “Kenapa pengendali PLUS dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan?”
  • “Cukup-cukuplah! Kerana itulah PR menekankan pemansuhan tol NSE,” katanya.
  • “Adakah konsesi lebuhraya RM7.07 kepada Europlus ini permulaan lagi satu skandal? Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal PLUS,” tegas Lim.
Menurut Lim, jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk?
“Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah,” katanya lagi.
Sumber: The Malaysian Insider
11 comments:

kos pembinaan lebih raya tersbut begitu tinggi, ia perlu diperjelaskan, adalah ia kerana ia menggunakan bahan yang bermutu tinggi atau ada penjelasan lain yang lebih bernas.


Setelah syarikat yang dilantik itu mendapat balik semula kos yang digunakan untuk membina jalan raya tersebut dan keuntungan yang tertentu, sudah tiba masa untuk memansuhkan tol sepanjang jalan tersebut.


Syarikat-syarikat ini tidak patut dibenarkan terus memungut tol setelah lama mendapatkan keuntungan. Harap kerajaan akan mempertimbangkan semua perbuatan ini.


ada lebih baik permbinaan tol dimansuhkan.


This high matter does needs explanations to the tax payers


Perhaps it's time to come clean as well as transparent for those who are involve within this matter.


Tiada perntukan untuk jalan raya di Sabah? Boleh tahan juga keadaan jalan raya di sini.


Kerajaan kena beri penjelasan yang relevan kepada rakyat. Jangan berteka-teki lagi.


tol yang banyak ni hanya membebankan rakyat. bayangkanlah harga minyak pun naik, setiap perjalanan pula terpaksa lagi membayar banyak tol.


Mengenai kos, mungkin di India mempunyai barangan yag lebih murah dari Malaysia. Maka sebab itu kos mereka lebih murah berbading di Negara kita. Kenapa tidak memberi contoh di Negara jiran kita.


selain India, berapa agaknya kos lebuh raya di negara2 lain?? LGE patut senaraikan lebih banyak contoh negara yang rendah kos pembinaan lebuh rayanya..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails