
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam (gambar kanan) berkata sejak 10 Oktober lepas sehingga pada Rabu, seramai 128,373 pekerja/pendatang asing tanpa izin diputihkan menerusi Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P).Aangka itu membabitkan 15,589 majikan. Daripada jumlah itu, Jabatan Imigresen Putrajaya merekodkan permohonan tertinggi daripada majikan iaitu 13,031 bagi memutihkan 116,018 pekerja/pendatang tanpa izin, katanya dalam kenyataan, di Puterajaya.
- Mahmood berkata Kompleks KDN di Seberang Jaya, Pulau Pinang menerima permohonan daripada 1,021 majikan untuk memutihkan 4,209 orang diikuti Kompleks KDN Johor Baharu, Johor dengan permohonan 907 majikan bagi pemutihan 4,073 orang.
- Selain itu, Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya menerima permohonan 322 majikan untuk pemutihan 1,871 orang, Jabatan Imigresen Presint 15 (125 majikan, 1,356 orang), Kompleks KDN Jalan Duta (162 majikan, 783 orang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang dengan permohonan 30 majikan untuk pemutihan 63 pekerja/pendatang tanpa izin, kata beliau.
Dalam pada itu, sehingga Rabu seramai 73,675 Pati yang terlibat dalam proses pengampunan di bawah 6P telah keluar dari negara ini dengan jumlah tertinggi adalah dari Indonesia iaitu 49,642 orang, diikuti India (5,401), Myanmar (3,167), Kemboja (2,684), Nepal (3,829), Filipina (1,244), Bangladesh (2,663), Vietnam (1,443), Sri Lanka (908), Pakistan (1,601)dan China (584).Daripada jumlah itu seramai 54,696 keluar dari negara ini menggunakan pengangkutan udara, 18,788 memilih jalan laut dan 191 lagi menggunakan laluan darat, kata Mahmood.



January 5, 2012 10:05 AM
Hope that the 6P program will succeed in reducing the illegal immigrants presence in our state.
January 5, 2012 10:06 AM
Although there are many employers who have not registered their foreign employees under the 6P program.
January 5, 2012 4:28 PM
Kerajaan harus komited dalam usaha membasmi masalah PATI ini. Jangan terlalu beri muka kepada mereka.
January 5, 2012 10:36 PM
masalah pati sudah lama berlaku, usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.
January 6, 2012 11:00 AM
walaupun ramai yang telah diputihkan, namun pasti masih ramai PATI yang berkeliaran.
January 6, 2012 11:01 AM
usaha banteras PATI harus lebih giat dijalankan, RCI harap ditubuhkan.
January 6, 2012 11:19 AM
teruskan lebih usaha untuk menangani isu PATI yang terdapat di Sabah.
January 6, 2012 1:39 PM
macam mana pula dengan Sabah? berapa ramai PTI yang sudah dihantar atau pulang sendiri ke negara asal??
January 6, 2012 4:37 PM
Usaha ni harus berterusan. Penghantaran balik seramai mungkin PATI2.
January 6, 2012 4:39 PM
Harap Sabah dapat menghantar balik lebih ramai PATI yang semakin bertambah di Sabah.
January 6, 2012 4:58 PM
lepas 6P ni laksanakan pula tindakan selanjutnya untuk RCI. biar PATI tidak senang hidup.
Post a Comment