Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar (gambar kanan) berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yakin dapat mencapai sasaran kutipan cukai RM109.099 bilion di seluruh negara bagi tahun ini.Kata beliau, ia dapat direalisasikan dengan beberapa faktor yang dijangka menyumbang kepada pencapaian itu. Walaupun keadaan ekonomi agak lembap tapi dengan kebolehupayaan LHDN untuk menerokai sumber-sumber yang selama ini tersembunyi kami yakin mencapai sasaran kerajaan tahun ini.
“Angka yang disasarkan itu berdasarkan daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan dan ia tidak termasuk aktiviti percukaian yang tidak dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Percukaian Malaysia (APM) Kampus Kuching yang dihadiri Pengarah APM Adzhar Sulaiman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha di Jalan Tabuan di sini, semalam.- Mohd Shukor memberitahu, pada tahun 2011 LHDN dengan jayanya mencapai sasaran kutipan iaitu RM91 bilion di seluruh negara.
Kejayaan itu katanya, hasil daripada perkembangan ekonomi yang menyumbang kira-kira 30 peratus daripadanya sementara 70 peratus adalah sumbangan strategi dan motivasi dalaman kepada kakitangan.- Ditanya berhubung negeri yang tertinggi membayar cukai, beliau berkata ia tidak berdasarkan negeri kerana bergantung kepada di mana pembayar cukai berada.
“Bagaimanapun, berdasarkan kutipan cukai yang kita lihat sekitar Sarawak iaitu pembayar cukai yang menggunakan alamat Sarawak, dianggarkan RM3.5 bilion,” tegasnya.



January 14, 2012 9:55 AM
Harap setiap syarikat akan membayar cukai yang sepatutnya. Cukai ini dikutip untuk kegunaan negara juga.
January 14, 2012 9:57 AM
Diharapkan kerajaan akan menggunakan cukai yang dikutip daripada rakyat dan syarikat tempatan untuk pembagunanan negeri kita.
January 14, 2012 11:09 AM
ini bermakna rakyat semakin sedar akan tanggungjawab mereka untuk membayar cukai yang dikenakan. jangan pula sampai dibuka kertas siasatan kerana didapati ada bayaran cukai tertunggak.
January 16, 2012 8:51 AM
membayar cukai adalah tanggungjawab kita pada negara, bagi sesiapa yang mampu, seharusnya membayar cukai.
January 16, 2012 11:20 AM
Banyaknya yang cukai yang bakal dikutip. Pengurusan kewangan negara harus dibuat dengan telus dan sistematik supaya duit cukai yang rakyat bayar tidaklah disia-siakan.
January 16, 2012 12:00 PM
Harap cukai yang dibayar digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan Sabah dan rakyatnya.
January 16, 2012 12:01 PM
70% yang harus ditingkatkan agar semakin lebih baik daripada sebelumnya.
January 17, 2012 11:05 AM
PAstikan hanya orang yang layak saja yang perlu dikenakan cukai pendapatan.
January 19, 2012 10:54 AM
kenyataan ini tidak sedikitpun menggembirakan.. lagi bagus jika dapat kurangkan cukai yang sangat membebankan rakyat..
Post a Comment