Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah lebih baik pembangunan negara dilewatkan sedikit daripada memansuhkan dasar berasaskan kaum yang membawa risiko berlakunya rusuhan kaum di negara ini.Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, berkemungkinan jika masalah kaum tidak menghantui Malaysia, pertumbuhan negara akan bertambah pesat.
Beliau turut berkata, jelasnya mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum juga tidak menjamin kepesatan pembangunan.
Dr Mahathir turut mempersoalkan samaada pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) benar-benar mengemukakan satu halangan bagi pertumbuhan ekonomi negara.
- DEB, yang mula dilaksanakan pada tahun 1971, ditamatkan secara rasmi pada 1990, namun kebanyakan daripada program dibawahnya masih diteruskan.
- Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata, bahawa beliau merancang untuk menghapuskan subsidi dan kuota-kuota Bumiputera di bawah pembaharuan ekonomi, tetapi usaha-usaha tersebut menerima bantahan, terutamanya daripada kumpulan yang memperjuangkan hak orang Melayu.
Antara pengkritik-pengkritik Najib termasuklah Dr Mahathir sendiri, yang telah berulangkali membuat panggilan untuk meneruskan kesinambungan dasar-dasar berasaskan bangsa di bawah DEB, dan memberi amaran ketegangan antara kaum akan bertambah jika dasar-dasar itu dimansuhkan.- Menulis dalam blognya pada tahun 2010, Dr Mahathir berkata: “Saya boleh dilabelkan sebagai seorang yang bersifat perkauman tetapi ketakutan digelar sedemikian tidak akan menghalang saya daripada usaha untuk apa yang saya fikir terbaik untuk negara ini.
Namun begitu, jelasnya lagi dalam blognya, Chedet, Dr Mahathir berkata apabila agihan kekayaan begitu luas di antara kaum, besar kemungkinan permusuhan akan berlaku antara kaum yang miskin dengan kaum yang kaya."Permusuhan ini sudah tentu akan menyebabkan ketegangan dalam masyarakat dan menjadikan negara tidak stabil dan terdedah kepada huru hara dan rusuhan.
"Keadaan seperti ini akan menghalang pelaburan, dagangan dan perusahaan. Dalam iklim seperti ini ekonomi tidak mungkin tumbuh dengan baik. Pembangunan akan terjejas," jelasnya dalam artikel bertajuk "Kaitan Bangsa dengan Bisnes".


January 27, 2012 10:50 AM
jgn lakukan sesuatu yang boleh menimbulkan huru hara. perpaduan kaum kena diutamakan.
January 27, 2012 1:37 PM
Kita sudah lama berada dalam negara yang berasaskan kaum. Jadi, sudah tentu kita akan meragui sekiranya pemansuhan ekonomi berasaskan kaum.
Pada pendapat saya, ramai rakyat M'sia seperti Tun M iaitu mementingkan kaum. Setakat ni sekot2 pekerjaan masih lagi boleh dikelaskan mengikut kaum. Contoh, kalau cakap pasal busines mesti cina. Kalau pertanian mesti bumiputra.
Sekiranya ekonomi berasaskan kaum dimansuhkan, apa akan terjadi?
Perlu wujudkan keseimbangan dalam ekonomi supaya semua rakyat mendapat bahagian kek ekonomi yang mencukupi dan mengelak daripada huru-hara.
January 27, 2012 1:39 PM
PM Ddatuk Najib harus memikirkan cara terbaik untuk kebaikan seluruh rakyat M'sia.
January 27, 2012 2:36 PM
Hopefully steps being introduce by the premier will give equal opportunity to all Malaysians. Regardless of their ethnicity.
January 27, 2012 2:38 PM
Focus should be placed on strengthening unity in this nation of diverse culture and ethnicity.
January 30, 2012 8:49 AM
Saya setuju memansuhkan politik berdasarkan kaum ini, Malaysia adalah sebuah negara yang pelbagai kaum dan agama dan kita sudah hidup bersama, berjuang bersama demi negeri ini selama lebih 50 tahun. Sudah tibanya masa untuk melayan semua rakyat secara sama rata tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit kita.
January 30, 2012 8:51 AM
Saya yakin sebuah polisi tanpa membezakan kaum dan agama akan menjadi lebih berkesan. Bantuan diberikan kepada semua yang memerlukannya dan bukan berasaskan kaum. Ini juga boleh memudahkan proses operasi dan proses meluluskan pemohonan bantuan.
January 30, 2012 4:12 PM
pandangan yang diberikan oleh Mahathir perlu diambilkira walaupun beliau bukan lagi PM sekarang tetapi beliau mempunyai pengalaman mentadbir negara ini selama 22 tahun. semoga kerajaan dapat mengambil langkah yang terbaik untuk memastikan semua rakyat berbilang kaum di negara ini mendapatkan hak yang sama rata dan tidak menimbulkan keadaan huru-hara.
January 31, 2012 11:42 AM
Lebih baik dibuat perbandingan baik dan buruk jika polisi bedasarkan kaum dimansuhkan.
January 31, 2012 11:44 AM
Suatu anjakan paradigma diperlukan untuk ubah mentaliti rakyat supaya tidak terlalu terikat dengan isu kaum sahaja. Ingat, bukan satu kaum saja yang menyumbang kepada pembangunan negara. Jangan ada diskriminasi.
February 1, 2012 9:24 AM
Maka mari kita seluruh penduduk Malaysia untuk bersatu dan bersama-sama untuk memastikan keharmonian di Negara kita ini dapat dipertingkatkan dan perkukuhkan lagi.
February 3, 2012 8:30 AM
bagaimana jika polisi itu berat kepada satu2 kaum?? bukankah ia juga boleh menimbulkan ketegangan kaum? bagi saya, huru hara hanya boleh dielakkan jika kerajaan dapat melayan semua kaum di negara ini secara sama rata..
February 3, 2012 8:34 AM
kerajaan yang terbaik bagi saya ialah, kerajaan yang mampu melaksanakan aktiviti pembangunan dengan cekap dan berkesan dan dalam masa yang sama dapat menjaga kepentingan atau hak semua kaum di negara ini secara sama rata.. tidak perlulah pembangunan dijadikan mangsa semata2 mahu membangunkan dasar2 yang berasaskan kaum..
Post a Comment