Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Bekas Perdana Menteri itu berkata sebelum ini Menteri Kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja.
"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur, kelmarin.
Selanjutnya Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat.- Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluaraga kepada SPRM.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah."Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita," katanya.
Sumber: BERNAMA



January 27, 2012 10:20 AM
jika nak letak jawatan kerana tak isytiharkan harta, tak wajar pula. tapi lebih baik mereka isytharkan.
January 27, 2012 11:52 AM
Aiseh. Tun M bukan menteri lagi. Kalau dia masih lagi PM agak2 apa kenyataan yang bakal diucapkan.
Kejujuran amat penting, diharap pihak kerajaan lakukan yang terbaik mengenai isu isytiharkan harta.
January 27, 2012 11:54 AM
PM Datuk Najib memberi respon positif mengenai mengisytiharkan harta. Mungkinkah ada tindakan susulan.
January 27, 2012 1:45 PM
hopefully there will be a positive development regarding this matter.
January 27, 2012 1:47 PM
Even though Tun M is no longer part of the Malaysian Political scene, his opinion is still relevant
January 30, 2012 9:10 AM
Nampaknya bekas perdana menteri kita juga menyokong pengisytiharan harta antara semua menteri. Adakah Dato Mahathir sanggup mengisytiharkan harta beliau dan juga harta keluarga beliau untuk menunjukkan ketelusan mereka sepanjang 22 tahun Datu Mahathir menjadi PM?
January 30, 2012 9:12 AM
Saya rasa isu pengisytiharan harta ini masih dalam proses perbincangan dan pertimabangan akan dibuat selepas ini. Adalah baik jika menteri dikenakan mengisytiharkan harta mereka untuk membuktikan ketelusan dan integriti.
January 30, 2012 3:12 PM
Mahathir menyambut baik cadangan ini tapi kalau sampai letak jawatan sekali saya rasa memang tidak wajarlah terutama kalau performance dia baik dalam menjalankan tugas.
January 30, 2012 4:19 PM
Mengenai pengisytiharan harta rasanya bukan satu perkara yang wajib buat masa sekarang. Kenapa perlu letak jawatan hanya kerana perkara ini.
January 30, 2012 4:21 PM
Belum ada kepastian lagi mengenai pengisytiharan tersebut. Semua pihak perlu menyertai pengisytiharan ini.
January 31, 2012 11:22 AM
Sudah tiada jawatan baru mahu cakap itu inilah? Bekas2 menteri pun patut isytiharkan harta mereka.
January 31, 2012 11:24 AM
Walaupun menteri isytiharkan harta, persoalannya sejauh mana ketelusan mereka dalam memberi maklumat itu??
February 2, 2012 3:14 PM
Mahathir pernah istihar harta ka semasa beliau masih menduduki kerusi nombor satu negara??
February 2, 2012 3:15 PM
kalau ikutkan cara exco DAP istihar harta, tidak ada apa yang perlu ditakutkan.. tidak semua petak kosong dalam borang pengistiharan harta itu perlu diisi..
Post a Comment