SUARA BEBAS TUARAN

Pakatan Bersedia Untuk Ke Putrajaya Mentadbir Kerajaan Perseketuan?

Labels:

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) kini telah bersedia ke Puterajaya untuk mentadbir kerajaan persekutuan, selepas PRU13 nanti.
Manusia hanya mampu merancang. Kita menghadapi pelbagai cabaran dan ujian, tapi janganlah itu menghapuskan matlamat kita, Tuhan menentukan,kata Ketua Pembangkang itu ketika Konvensyen ke-3 PKR di Alor Setar baru-baru ini.
  • “Kita janganlah berasa terancam, terperangkap kerana duit. Kita harus konsisten dan memberikan komitmen penuh untuk menjulang keadilan untuk rakyat Malaysia.”
  • Tegas Anwar, tiada ruang dalam PKR buat mereka yang terpedaya dengan pujukan janji dan wang, dan mendesak parti komponennya mengamalkan budaya bersih.
Selanjutnya, kata Anwar, adalah lebih baik sekiranya kita membersihkan Pakatan Rakyat daripada mereka yang gila kuasa dan duit, bukannya bertentangan ideologi.
Dalam masa yangsama, Anwar mengucap tahniah kepada Hadi Awang dan pimpinan PAS kerana mengambil tindakan tegas dan membuktikan parti akan tetap mempertahankan ideologi dan prinsip, dan sanggup berdepan dengan masalah dalaman parti memperjuangkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat.

Komen Solymone
Dalam isu yang semakin hari semakin hangat ini, persoalan juga timbul dari kalangan pemerhati politik di negeri di bawah bayu ini, sama ada Pakatan Pembangkang yang terdiri dari United Borneo Alliance (UBA) dan Pakatan Rakyat mampu merealisasikan hasrat mereka bergabung demi untuk mengambil alih tampok kerajaan negeri Sabah dari BN yang diketua oleh Datuk Musa Aman?
Pasti nya berita yang menarik tetapi sukar untuk dipercayai ini akan memenuhi ruang facebook dan jadi bahan cerita-cerita 'orang politik' dikedai-kedai kopi di sini.
Sumber: The Malaysian Insider
13 comments:

Selamat berjuang kepada Pakatan untuk menawan Putrajaya dan juga kepada BN untuk mengekalkan Putrajaya. Rakyat akan menentukannya semasa PRU-13.


Sama ada rakyat akan menyokong Pakatan bila PRU-13, terpulanglah kepada cara Pakatan untuk menarik undian.


Beliau sudah semakin yakin untuk mentadbir kerajaan dan dapat mengatasi kerajaan sedia ada. Adakah belaiu mampu?


Sokongan dari rakyat amatlah penting untuk seseorang itu berdiri di atas. Jika tidak ada sokongan rakyat, pasti tidak akan berjaya.


May the best man wins....


sejak Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat, Pakatan kelihatan begitu yakin dpt menawan Putrajaya.


bagaimanapun, tidak begitu mudah untuk pakatan menawan Putrajaya, kerana BN kini jg mengatur strategi untuk terus kekal berkuasa.


untuk menawan putrajaya bukan perkara mudah.


Secara logiknya, kemenangan akan berpihak kepada BN (sekali lagi) jika parti-parti pembangkang tidak mampu untuk bekerjasama dan membentuk satu pasukan yang kuat. Tempoh pemerintahan yang lama oleh kerajaan BN mungkin akan memberi kelebihan kepada mereka.


Berpijak di bumi yang nyata. Bertandinglah secara bersih dan adil. All the best kepada semua calon parti yang akan bertanding. PRU13 mungkin akan menampakkan persaingan yang hebat.


Bukan mudah untuk melepaskan halangan dan saingan yang diberikan.


sukar untuk Pakatan Rakyat, SAPP dan UBF bergabung untuk menentang BN kerana masing2 mahu menubuhkan kerajaan negeri atas nama parti sendiri.. sudah tentu ketua2 parti pembangkang di Sabah mengidamkan jawatan Ketua Menteri.. jika mereka bergabung, peluang untuk menjadi ketua menteri itu akan terhapus..


berkenaan dengan pemecatan Hassan Ali oleh presiden PAS hanya kerana kenyataan beliau bertentangan dengan kehendak pemimpin2 PAS, membuktikan tidak wujud kebebasan bersuara dalam Pakatan.. tidak mustahil jika rakyat yang mempertikaikan kepimpinan Pakatan kelak (jika ditakdirkan berjaya merampas kerajaan), rakyat sendiri akan dikenakan tindakan..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails