SUARA BEBAS TUARAN

Pendakwa Tak Perlu Rayu, Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi?

Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.
Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
  • "Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.
  • "Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi," kata Karpal.
  • Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd SaifulBukhari Azlan tiga tahun lepas.
  • "Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telah pun ditolak oleh mahkamah.
  • "Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.
  • "Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja," katanya kepada para pemberita selepas selesainya kes perbicaraan Anwar tadi.
Mahkamah telah pun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakanmahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bahan bukti, tidak terusik.
Sumber: mStar
11 comments:

Anwar tidak akan menjadi PM selagi PR gagal menawan Putrajaya. Masih awal lagi untuk membuat ramalan.


Tapi jika PR menang, benarkah hanya Anwar satu orang sahaja yang layak menjadi PM? Kenapa bukan Wan Azizah, Nik Aziz, Lim Guan Eng ataupun Hadi Awang?


The verdict has been given. Not need to carry on harping it.


Let the people choose who should hold the Premiership Office come Polling day


Jangan terlalu yakin. sekarang Anwar masih perlukan masa untuk mendapatkan kepercayaan rakyat semula.


walaupun Anwar didapati tidak bersalah, namun ia tak bermakna Anwar mempunyai peluang tinggi untuk jadi PM.


Anwar mahu menjadi PM tidak lama lagi??Itu cuma mimpi kosong. Bukan senang untuk memegang jawatan PM. Tambahan lagi DAP sendiri pun tidak mahu ketinggalan untuk bersaing kerusi ini.


daripada Anwar terus dengan hasrat beliau untuk menjadi PM sebaik dibebaskan, kenapa tidak sekurang2nya membersihkan imej badan kehakiman negara ini setelah pelbagai tohmahan dilemparkan kepada institusi ini??


apa2pun, tahniah kepada Anwar dan penyokong2 beliau..


Susah juga ni kalau sudah over-confident. Have to be realistic jugalah. Menang PRU13 baru cerita.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails