Pada suatu ketika perjuangan Datuk Dr Jeffery Kitingan selalu nya dilabelkan sebagai 'self centered' dan terlalu akedimik. Dalam pada itu, kita juga pernah mendengar atau melihat komen-komen yang negatif seakan-akan menidakkan dan memperkecilkan pengorbanan beliau untuk rakyat Sabah selama ini.Beliau dikatakan mempunyai hobi untuk melompat dari satu parti ke satu parti. Mala ada yang menuduh bahawa Dr Jeffrey gila kuasa dan hanya mahu ketua dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi parti politik.
Dan akhir nya sekali lagi beliau dikecam apabila beliau keluar dari parti PKR konon kerana tidak dilantik sebagai ketua perhubungan PKR Sabah
Sedih juga bila memikirkan bahawa banyak yang tidak tahu kisah disebalik perjuangan sebenar nya Dr Jeffery. Kesangsian demi kesangian terhadap kepimpinan Dr Jeffrey diteruskan sehingga masa kini walau pun setelah beliau berjaya mengasaskan cabang parti STAR di Sabah baru-baru ini. - Walau macam mana pun, ingin juga saya secara ringkas berkongsi pandangan tentang peranan Datuk Dr. Jeffry Kitingan dari sudut yang lain.
- Walau apa pun cerita fasal Datuk Dr Jeffry, sama ada positif atau negatif itu
bukan prioriti dalam penulisan saya. - Saya rasa maseh ada yang melihat Datuk Dr Jeffry Kitingan sebagai seorang wira Sabah yang berani mencuba sesuatu yang dilihat kan sebagai satu ‘ mission impossible’ untuk di realiti kan di Sabah musim ini.
- Seadanya, 'The Indispensible Datuk Dr Jeffry Kitingan is the son of Tambunan and the blood brother of KDM Huguansiou', ada lah sesaorang individu yang tidak semudah itu di lupakan.
Dalam proses untuk memperkenal kan sebuah parti yang penuh dengan kontrovasi saperti KEADILAN di bumi Sabah ini bukan lah mudah. Apa lagi dengan ketiadaan bantuan dari pemimpin-pemimpin kelas satu yang sedia ada di Sabah masa kini.Apa yang kita lihat beliau dan Tuan Haji Ansari Abdullah pada ketika itu cuma di bantu oleh pemimpin-pemimpin yang kurang di kenali ramai . Mereka ini pada hakikat nya kebanyakan terdiri dari; pensioner, ‘not so popular professionals’ dan bekas-bekas pemimpin BN yang telah di lupakan zaman.
kalau di banding dengan kehebatan pemimpin-pemimpin BN pada ketika itu, mereka ini hanya layak di taraf kan sebagai askar bantuan.
- Dari kajian, Datuk Dr Jeffry telah cuba berusaha keras untuk menyebarkan maalumat kepada rakyat Sabah tentang betapa penting nya ada perubahan terhadap pentadbiran politik negeri Sabah masa kini. Beliau dan rakan-rakan seprejuangan telah menjelajah seluruh pelusuk negeri tanpa mengira penat dan kos yang di gunakan.
- Kecederaan beliau beberapa tahun yang lalu berlaku ketika dalam perjalanan pulang satelah menjalankan tugas di Pantai Timur Sabah.
- Sapertimana yang kita tahu parti KEADILAN di Sabah telah kalah teruk dalam PRU12 dengan rekod Dewan Parlimen ‘0/25’ dan ADUN pun ‘0/60’.
- Yang menarik nya walau pun dengan kekalahan yang begitu tenat, beliau dan rakan-rakan maseh lagi meneruskan perjuangan menuntut keadilan untuk rakyat Sabah dengan begitu gigih. Perjuangan mereka terus kan seakan-akan saperti tidak ada hari esok.
Namun kerana perbezaan konsep perjuangan, Dr Jeffery terpaksa meninggalkan PKR dengan hasrat untuk mencari satu platform politik yang lebih mesra dengan perkara yang tersurat dan tersirat dalam 'Agenda Sabah' dan sisa-sisa perkara yang maseh releven dalam perkara 20.Sehingga lah akhir-akhir ini beliau dijodohkan dengan parti STAR Sabah Chapter.
Dalam keadaan kemelut politik yang sedang melanda Negeri Sabah masa kini, rasa nya perjuangan 'Ini Kali Lah' Datuk Dr Jeffry perlu juga di ambil kira. Sekurang-kurang dari sudut perjuangan positif beliau yang consistent untuk KDM am nya dan seluruh rakyat jelata Sabah khas nya.



January 14, 2012 10:06 AM
Saya memang sokong kenyataan Jeffrey Kitingan bahawa rakyat Sabah dan pemimpin Sabah perlulah bersatu, tapi kesatuan untuk parti-parti tempatan dan juga pembangkang bukan sesuatu yang mudah dilakukan.
January 14, 2012 10:07 AM
Cuma parti yang benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah sahaja yang akan sanggup meletakkan kebaikan parti diri untuk bergabung dan bekerjasama dengan parti lain. Supaya boleh sama-sama mencapai matlamat, tapi dalam masa ini, saya masih belum nampak parti yang sanggup membuat demikian.
January 14, 2012 10:13 AM
Jeffry just brought in a sarawak based party into Sabah. Its not a new party when you see it from a bird's eye view. So what else is new?
January 14, 2012 10:16 AM
With his infamous reputation in the past, my question is: can he carry out the task should he be given the mandate to lead our beloved Sabah? Is it just another pre GE-13 rhetoric?
January 14, 2012 11:22 AM
memang saya pun salute dan respect dengan usaha Jeffrey memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, sampai masuk ISA memperjuangkan tentang 20 Perkara. tapi dengan platform baru/parti yang beliau sertai sekarang, harap2lah tidak wujud lagi perbezaan dalam konsep perjuangan serta tindakan lompat parti.
January 15, 2012 8:46 PM
sekarang Jeffrey bersama parti star yang masih baru di Sabah. sama ada parti ini mendapat sambutan, ianya bergantung pada usaha mereka untuk mendapatkan sokongan.
January 15, 2012 8:48 PM
yang pasti sudah semakin banyak parti yang ada di Sabah dan mungkin persaingan dalam pru akan datang adalah sengit.
January 16, 2012 9:05 AM
nama Jeffrey mmg tida asing lagi dalam politik di Sabah, namun tidak ramai yang tau bentuk perjuangannya kerana dia sering bertukar-tukar parti, ini adakala menyebabkan orang tak yakin dgn hala tuju politiknya.
January 16, 2012 9:07 AM
Jeffery kena lakukan sesuatu untuk buktikan bahawa perjuangannya adalah benar2 untuk rakyat Sabah.
January 16, 2012 11:31 AM
Perjuangan beliau memang mengkagumkan. Diharap kali ini beliau sudah menemui platform yang terbaik untuk perjuangan beliau demi Sabah dan rakyatnya. Jika tidak, masa yang lebih lama diperlukan, usia meningkat, kemampuan diragui.
January 16, 2012 12:36 PM
Adakah JK sama2 dan berganding bahu dalam menangani masalah yang ada di Sabah atau hanya mengeluarkan kenyataan komplen. Tidak mudah2an apa yang diingini JK akan dapat direalisasikan dalam Star.
January 17, 2012 11:08 AM
JK sebenarnya pejuangan yang bersemangat tinggi namun pendirian beliau itu yang membuatkan sokongan berkurangan. Kerana tidak ada ketetapan parti yang benar-benar bertahan untuk JK.
January 19, 2012 11:03 AM
kenapa mesti dengan STAR?? SAPP tidak memperjuangkan agenda sabah ka?? sepatutnya Jeffrey bekerjasama dan menyokong parti tempatan seperti SAPP..
Post a Comment