SUARA BEBAS TUARAN

PKR Bela Sesiapa Sahaja Yang Di Zalim- Anwar

Labels:

Baru-baru ini kita telah melihat beberapa buah media massa perdana dan blog-blog pro BN menyebar luas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diputar belitkan, semasa beliau ditemuramah oleh Wall Street Journal pada 26 Januari yang dikatakan sebagai mengiktiraf negara Israel.
Isu ini sengaja diperbesar-besarkan, sehinggakan ia nya mengelirukan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush.
Menurut sumber, beliau dilapurkan turut mempertikai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan The Wall Street Journal (TWSJ) tersebut.

Abdelaziz dipetik sebagai berkata; ”We are shocked and suprised by the weird statement in which he (Anwar) supported the security of Israel“. Tambahnya lagi, ”We do not know who needs the security actually, Israel has more than 200 types of nuclear weapons and an army armed with all the lethal weapon”.
Untuk itu saya kongsikan di sini pengakuan Anwar sendiri perihal isu tersebut tujuan kita kongsi bersama;
  • "SAYA diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26 Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.
  • Saya menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
  • Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
  • “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”
  • Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.
  • Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.
  • Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York (General Debate Of The 66th Session Of The United Nations General Assembly).
  • Beliau menyebut:
  • “..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
  • Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.
Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
Justeru, saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah untuk membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh."
Sumber: Media PKR
10 comments:

selama ini Israel langsung tak menghormati Palestin dan ia akan berterusan begitu.


The folowing was the statement made by the Foreign affairs Ministry (as being quoted from the article):

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

what i find which is contradictory of the latter statement that the present status quo claimed that Anwar is 'championing the legitimacy of the STATE of Israel'.


If one can read between the lines, this goes to show that the present status quo has always been anti- Israel with such ferocity (in the defence of a fellow Islamic nation, which is Palastine) to the point that it is seen by the international community has label our country and its top brass as antisemitism or anti-jew.


The present Status Quo needs to practice what they preach pertaining to the statement made by the foreign affairs ministry in regards to this matter


The media should be more responsible when reporting, the truth must be told as it is without embellishment or twisting of facts.


The readers must know how to judge what they've read so that they do not believe solely on one source.


Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk


Terpulanglah dengan apa penilaian dari rakyat sendiri dengan apa yang Anwar katakan.


sometimes people will search the original report before taking the source that has been manipulated.. so don't worry about it since you already come up with detailed explanation..


Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang benar dan tepat agar tidak mengundang spekulasi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails