SUARA BEBAS TUARAN

Rakyat Sabah Dipersimpangan Janji?


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman percaya rakyat tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka tahu kerajaan BN adalah pilihan yang terbaik kerana BN sentiasa mengotakan janji.
“Misalnya, pemberian bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, bantuan buku RM200 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 bagi mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan,” katanya.
Musa berkata ini membuktikan kerajaan BN benar-benar mengotakan janjinya “tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong”.
  • “Inilah yang saya katakan, kata dikota janji ditunai, bukan seperti parti pembangkang, yang hanya pandai cakap dan janji-janji yang memang tidak akan ditunaikan dan hanya satu khalayan semata-mata,” katanya.
  • Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, sudah menjadi lumrah bagi parti pembangkang untuk menabur pelbagai janji kosong apatah lagi menjelang pilihan raya umum.
  • “Ini lumrah parti pembangkang yang berjanji apa sahaja bulan dan bintang, kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.
  • “Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah dan Malaysia tahu dan faham janji ini adalah janji yang tidak ditepati.
  • “Kita di Sabah tidak mudah “digula-gulakan” dengan janji-janji manis ini kerana kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (image kanan), pada Selasa lalu.
Dalam isu yang sama, Anwar yang kini popular dengan jolokan 'Madu dan Racun' dikatakan memberikan janji akan memulihkan mertabat rakyat Sabah termasuk menaikkan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang.
Selanjut nya, Anwar mengesahkan
pengiktirafan dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi Negara tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Antara janji Anwar selanjutnya kepada rakyat Sabah ada lah dengan bersandarkan pada Buku Jingga Pakatan Rakyat saperti berikut;
  1. Menjunjung kedaulatan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang sah di dalam Persekutuan Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih ke atasnya termasuk menghentikan bayaran kepada orang asing yang membuat tuntutan bertindih ke atas Sabah.
  2. Menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin di Sabah.
  3. Menjaga, menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik balik semula kes mahkamah yang selama ini dibawa oleh kerajaan Negeri sekiranya kes-kes tersebut jelas mencabuli hak tanah adat.
  4. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat untuk memastikan jawatan-jawatan utama dipegang oleh rakyat Sabah.
  5. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk menuntut hak ke atas Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah, termasuklah mengambil tindakan sivil dan jenayah ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab menyerahkan Blok L dan M tanpa izin rakyat Sabah.
  6. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub di dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan yang melanggar Perkara 20 dihentikan serta merta.
  7. Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalti hasil minyak petroleum kepada 20% dengan menandatangani perjanjian baru dengan Kerajaan Persekutuan agar bayaran kepada rakyat Sabah adalah berkadar langsung dengan keuntungan tambahan dari hasil petroleum di negeri Sabah.
  8. Mengurangkan bebanan rakyat Sabah dengan mengkaji semula dasar polisi kabotaj yang menyebabkan harga barang di Sabah jauh lebih mahal.
  9. Mengkaji semula bidang kuasa mengawal cukai, kewangan, dana pembangunan, tariff dan hasil-hasil Kerajaan Negeri dengan mencari formula pembahagian hasil yang adil dan saksama dengan Kerajaan Persekutuan.
  10. Mengkaji semula peranan agensi FELDA, FELCRA, dan RISDA di Sabah supaya hasil pengagihan penanaman komoditi dinikmati semua rakyat Sabah.
  11. Mewujudkan Yayasan Orang Asal dengan dana RM 1 Billion bagi merangsang sosio ekonomi komuniti Orang Asal.
  12. Menaikkan bantuan kewangan untuk Warga Emas, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal serta golongan miskin.
  13. Mewujudkan Skim Perumahan untuk semua rakyat di Sabah.
  14. Menggalakkan pelaburan dan memperkasakan sektor Pertanian, dan pelancongan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan.
  15. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil diperairan Sabah yang masih belum diselesaikan tuntutannya untuk menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan juga hasil minyak dan gas diperairannya.
  16. Menubuhkan Tabung Warisan Sabah dengan modal awal RM 1 billion dari wang royalti hasil industri minyak dan gas bagi tujuan program-program pembasmian kemiskinan kepada semua rakyat Sabah dibawah paras kemiskinan.
  17. Menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM 1 billion dengan tujuan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dapat dibimbing oleh PETRONAS untuk bersaing di persada dunia dan menyediakan peluang pekerjaan serta membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.
  18. Mewujudkan semula Jawatan Kementerian Pendidikan, Pengangkutan dan Kesihatan Sabah untuk pelaksanaan polisi yang berkesan adil dan saksama.
  19. Menyemak semula dan memastikan peranan Yayasan Sabah kembali kepada tujuan asalnya.
Yang mana satu janji diantara kedua-dua pemimpin ini yang dijangka melekat dihati rakyat Sabah pasti nya akan ditentukan dalam PRU13 akan datang.
  • Pada pandangan saya, manifesto yang dijanjikan dalam buku jingga ini tidak dapat dinafikan akan menarik minat golongan intellectual, aktivist politik Sabah, patriot dan anak-anak muda yang hauskan pembaharuan.
  • Justeru, isu ini tidak boleh dipandang remeh oleh pemimpin-pemimpin BN negeri kerana apa yang mereka sajikan masa kini sudah tidak releven dan ditinggalkan zaman.
  • Seakan-akan agenda kerajaan BN dinegeri ini hanya lah sekadar direka bentuk khas untuk mereka yang sememang nya sedia mampu. Selainnya hanya lah bergantung kepada nasib yang tidak kunjung tiba.
Dalam pada itu tidak banyak diperkatakan janji-janji baru Barisan Nasional kerana Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman yakin dengan budaya mengenang budi yang ada pada rakyat Sabah akan menjadi teras sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Katanya, masyarakat negeri di Bawah Bayu ini memang terkenal dengan sikap menghargai dan bersyukur terhadap nikmat kemajuan dan keamanan yang
wujud di negara ini.
Sabah menurut beliau semenjak menjadi sebahagian wilayah pembentukan negara Malaysia terus membangun di bawah kerajaan perikatan dan kini berterusan bersama BN.
Sumber: Agensi
38 comments:

byk juga yang kerajaan lakukan dalam membangun dan membantu penduduk Sabah. kita harus terus menyokong part yang boleh membela kita.


sema janji yang ditaburkan kena ditunaikan, jika tak mampu tunaikan jgnlah berjanji.


Namun tak dinafikan juga masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Harap kerajaan akan terus berusaha menjaga kebajikan rakyat.


Semua janji yang ditabur haruslah ditunaikan dan jangan sampai janji jadi cakap kosong dah la. hehhee


Kepada Musa all the best dan keep up the good work. W/pun ramai yang tak puas hati dengan kepimpinan Musa, saya yakin asalkan Musa terus mempamerkan kecermelangan pasti rakyat akan terus menyokong Musa.


Apapun, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku seterusnya. Susah juga mahu komen banyak kalau soal politik ni.


the promises that were made by the oppositions especially Anwar sounds too good to be true.


OK Jason, you have made a fair point and at the sometime no body know the truth until the opposition is mandated to govern the country, isn't?

However, on the same token, BN had no new and encouraging stuffs for people to retain them as their master, as well.
Bear in mind they had many sweet promises to the people of this country (Sabah) for the past 49 years.

Compare to Malaya, how much do we have over here. Mind you, they collected taxes from Sabah amounting to RM35 billion per year. And in return, they only give us less than RM4 billion per year (among others).


Diharapkan kerajaan BN akan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat Sabah jika hendak terus menjadi pemimpin kita.


Pendekatan yang baru diperlukan untuk Kerajaan BN untuk memenangi sokongan rakyat, mereka tidak boleh terus menggunakan pendekatan yang sama selama 49 tahun ini. Sudah tiba masa untuk melakukan perubahan.


50/50. Rakyat adalah kunci.

Kerajaan harus berusaha lebih keras lagi untuk memantapkan prestasi kerja dan janji2 yang dikata ditunaikan. selesaikan isu2 krtikal dan isu2 yang tertunggak. Memberi jaminan kepada rakyat Sabah untuk terus membela nasib rakyat dan hak2 Sabah terpelihara.


Golongan muda Sabahans semakin peka dan mengikuti perkembangan semasa dalam Sabah. Golongan muda juga adalah golongan atas pagar. Mana2 parti yang boleh menarik minat mereka mungkin akan mendapat undi golongan tersebut. Golongan muda juga harus berhati-hati jangan tersalah undi.


Being in a democracy (parliamentary as a matter of fact)...i believe that it i only fair that everyone is given the opportunity to not only listen, but also have the same freedom to align themselves to which ever side of the fence, so to speak.


having said that, hopefully the people will make the best choice as to whom should the mandate be awarded to.

But bear in mind: Once bitten twice shy...


Janganlah janji jikalau tidak dapat menunaikan. Ini akan meninggalkan kekecewaan kepada banyak orang.


Don't fall for sweet and empty promises for the future is not foreseeable. And don't go for corrupted politicians. Indeed, the people are in crossroads.


Apa lagi yang mampu pembangkang buat selain daripada berjanji? Sebab mereka bukan/belum berkuasa. Kerajaan pula jangan terlalu selesa bila sudah lama memegang tampuk pemerintahan. Janji terdahulu kena tunaikan.


banyak sangat janji Pakatan dalam Buku Jingga.semuanya menyenaraikan sesuatu yang sudah cuba diperjuangkan dan diusahakan oleh pemimpin2 di Sabah sekarang. kalau terlaksana semuanya pasti keadaan di Sabah menjadi lebih baik.


biar rakyat yang menilai dengan sebaiknya dan memilih mana yang terbaik dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.


janji senang ditabur..namun adakah ianya dapat dilaksanakan? semenanjung bergantung kepada hasil sabah untuk mengisi dana kewangan mereka, adakah jika PR menang, mereka akan sanggup melepaskan lubuk emas sabah?


terpulang kepada rakyat untuk menilai dan memilih.


Kerja pembangkang memang mudah. Kutuk sana, mengata sini. Buat janji tapi tak tunai. Sebab itu saya kata politik mereka adalah politik main-main. BN tidak pernah main-main sebab itu bila kita nak berjanji kepada rakyat, kita akan buat kajian dan laporan. Kita akan berjanji apabila kita pasti boleh tunaikan secara realistik.

Pembohongan adalah mainan mereka berbanding BN yang serius membela nasib rakyat. Saya minta rakyat Sarawak jangan terpedaya dengan janji kosong pembangkang. Jangan mudah terpedaya.


Kita lihat dalam pilihan raya Sarawak ini, Snap, Dap dan Pas masih tidak berpakat mengenai pembahagian kerusi sedangkan kita telah mencapai persetujuan malah kita sentiasa menghormati sesama sendiri.

“Tentang pembahagian kerusi pun mereka tidak boleh berpakat, jadi macamana nak perintah negara. Saya kira, mereka ini pakat nak berpecah belah je la


Mengenai janji Hudud juga siapa yang bangkitkan kalau bukan Pembangkang. Padahal dua parti lagi iaitu DAP dan PKR memang SAH tolak. Jadi sampai bila bilapun tiada persetujuan dalam parti ini yang terbaik dan akan dicapai dalam isu Hudud. Hanya orang yang tak mampu berfikir je yang boleh terpedaya dengan janji Khalid Samad ni.

Inilah permainan politik 3 parti pembangkang. Mereka memang tidak akan laksanakan Hudud tapi terus sengaja memainkan isu Hudud untuk mendapatkan undi dan simpati. Berhati-hati dengan pengaruh ini.


Usah buat janji fatamorgana. Tunaikan dulu janji-janji lama sebelum berani buat janji baru kepada rakyat setakat ini pakatan pembangkang boleh berbangga sebagai “Juara Janji” dengan menjual mimpi kepada rakyat.


Macam-macam syarat dikenakan dan yang terbaru mereka mengakui janji mereka adalah janji tanpa tarikh, bila-bila masa mereka akan tunaikan mungkin seribu tahun lagi.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas janji terbaru pakatan pembangkang yang kononnya akan memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat memberi kemenangan kepada mereka pada pilihanraya umum akan datang.

Sambil menyifatkan janji terbaru mansuhkan cukai itu sebagai sesuatu yang menggelikan hati, Contoh boleh ambil dari selaongor sendiri. Apa sudah jadi dengan cukai pintu di Selangor. Dulu janji nak turunkan cukai pintu tapi bila Pembangkang menang bukan sahaja cukai pintu tidak diturunkan malah dinaikkan sebanyak 20 peratus. Mana janji tersebut??


BN contribute a lot to Sabah development. The effort shall continue and strike more for the people.


Susah untuk membezakan sama ada janjiyang dibuat boleh ditunaikan.


Rakyat susah untuk membezakan yang baik dan buruk terutama janji yang dibuat.


Rakyat memang susah membezakan adakah janji itu boleh menjadi kenyataan. Ini juga perjudian yang rakyat taruhkan.


Im sure the people here are smart enough to vote.


BN should be responsible to strike more for the people.


persoalannya, mampukah Anwar melaksanakan semua janji2 itu sedangkan janji2 PKR di Selangor pun masih banyak yang belum dipenuhi..


semoga BN negeri dapat memantapkan lagi perpaduan di kalangan parti komponen agar perkhidmatan terbaik kepada rakyat dapat disalurkan


semoga kerajaan BN Sabah akan kekal mentadbir negara ini dengan baik dan cemerlang di mana rakyat dapat menikmati rahmat kemakmuran secara sama rata..


dan, kerajaan BN harus membantu rakyat secara menyeluruh tanpa mengira suku kaum dan kepercayaan agama..


kerajaan BN harus prihatin dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat jika inginkan sokongan dari rakyat


apa yang penting ialah tanpa janji kerajaan harus terus komited untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat negara ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails