SUARA BEBAS TUARAN

Sabah Bukan Lagi Pusat Kegiatan Pemerdangan Manusia?


Sindiketnya kini memindahkan operasi pemerdagangan manusia dari Sabah ke negara-negara jiran.dalam keadaan terkawal. Ini kerana agensi keselamatan di Malaysia termasuk Agensi Penguatkuasa Miritim Malaysia (APMM) sering memburu dan membanteras kegiatan mereka secara konsisten dengan meningkatkan operasi untuk membendung masalah itu dan menahan pelakunya.
“Kita sedar Sabah sering dijadikan ‘tempat transaksi ’ oleh sindiket pemerdagangan manusia dalam menjalankan kegiatan-kegiatan mereka. Tetapi kita telah meningkatkan operasi dan memaksa sindiket-sindiket ini untuk memindahkan operasi mereka ke negara-negara lain,” kata Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish (gambar kanan).
  • Amdan berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan tugas antara Ketua Penguatkuasa APMM untuk Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama, Mohd Taha Ibrahim kepada Laksamana Pertama Karunanithi A/L Munusamy di Ibu Pejabat APMM di Kolombong dekat Kota Kinabalu kelmarin. Mohd Taha bersara pada Disember tahun lepas.
  • Menurut Amdan, APMM diberikan kuasa untuk mengawasi keselamatan di seluruh perairan negara.
  • “Kita mengawasi kawasan laut dalam lingkungan 200 batu nautika dari persisiran pantai dan kita juga bertanggungjawab untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di luat,” jelasnya.
Sementara itu, Amdan berkata mereka juga masih menunggu kelulusan dari kerajaan negeri untuk mendapatkan sebidang tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu KKIA) untuk membina pangkalan unit udara APMM untuk pendaratan helikopter dan juga pesawat khas untuk laut.
“Jika kita mempunyai pangkalan, kita akan dapat mempercepat operasi mencari dan menyelamat menggunakan helikopter,” tambahnya.
  • Menjawab soalan, Amdan berkata setakat ini tidak ada tangkapan membabitkan lanun di perairan Sabah kecuali penahanan pendatang tanpa izin yang cuba masuk ke negeri ini.
  • “Kita sentiasa mengawasi segala jenayah dan kegiatan miritim. Kita akan mengambil tindakan jika mereka melakukan jenayah,” tegasnya.
  • Amdan juga memuji orang ramai terutama para nelayan kerana memberikan kerjasama kepada APMM untuk mengawal kegiatan jenayah di laut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sumber: Agency
14 comments:

Syabas kepada APMM atas segala usaha yang telah dilakukan


Teruskan usaha membanteras kegiatan haram ini. Tingkatkan operasi untuk membendung masalah pemerdagangan manusia sekaligus bawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.


Harap Maritim Sabah akan teruskan usaha untuk memantau perairan Sabah untuk mengelakkan lanun dari negara jiran daripada membuat kacau di negeri kita.


Kegiatan pemerdagan manusia adalah isu yang serius dan wajar diberikan perhatian daripada semua pihak, terutamanya penubuhan seperti ASEAN untuk mengawal pemerdangan manusia di Asia. Ini bukan sahaja masalah satu negara sahaja tapi melibatkan dan boleh menjejaskan semua negara.


Teruskan usahan APMM untuk jaga perairan Sabah. Kerjasama daripada orang ramai dengan memberi maklumat juga diperlukan agar tindakan APMM lebih efektif.


usaha untuk membanteras sebarang kegiatan pemerdagangan manusia perlu dibuat secara berterusan.


selain itu semua pihak juga perlu sentiasa bekerjasama untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia.


pemerdagangan manusia satu aktiviti yang melanggar hak asasi dan penindasan terhadap orang lain. kegiatan ini harus dibenteras hingga ke akar umbi.


APMM perlu lebih giat dalam mengawal sempadan negara, untuk memastikan tiada pemerdangangan manusia berlaku di negara kita.


bagus kalau pihak keselamatan terus membuat operasi yang konsisten bagi menangani masalah pemerdagangan orang ini.


syabas dan saya harap tidak ada kes seumpama itu belaku di Sabah lagi memandangkan ketua pengarah APMM sudah memberikan jaminan bahawa negeri ini sudah bebas dari kegiatan itu..


satu perkembangan yang baik. penguatkuasaan keselamatan di Sabah perlu dipergiatkan sepanjang masa bagi memastikan Sabah bersih dari sebarang kegiatan pemerdagangan manusia. sesaat pun jangan leka.


Jika kegiatan pemerdagangan manusia dapat diatasi, sepatutnya kemasukan PATI juga sepatutnya dapat disekat.


Bagus. Harap usaha niberterusan. Good job.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails