SUARA BEBAS TUARAN

Sabah Mesti Bersatu Sebagai Satu Keluarga Besar?

Labels:

STAR Sabah ingin semua rakyat Malaysia sempena Tahun Baru Cina ini sangat makmur, bahagia dan dengan harapan bahawa Tahun naga 2012 akan membawa lebih banyak kegembiraan, kesihatan dan kekayaan yang lebih baik, aman dan harmoni kepada semua orang.
Dalam masa yang sama STAR juga ingin melihat agar semua rakyat Sabah mengambil kesempatan dalam perayaan ini untuk mewujudkan semula serta meningkatkan hubungan silatulrahim sebagai satu keluarga besar yang selama ini menjadi wadah rakyat Sabah yang berbilang kaum; terdiri lebih daripada 41 kumpulan etnik. Demekian pesan Datuk Dr Jeffrey Kitingan, selaku Pengerusi STAR Sabah dalam Mesej tahun baru china.
  • Selanjutnya kata beliau;
  1. "Saya bersungguh-sungguh berharap bahawa, sebagai rakyat Malaysia kita tidak terpengaruh oleh pemimpin-pemimpin negara serta jentera Kerajaan yang telah menyebabkan negara kita dalam keadaan yang paling teruk dari segi perpecahan kaum disamping merusakkan keharmonian yang kini sudah merebak hingga ke Sabah.
  2. "Untuk masa depan anak-anak dan negara, kita mesti menolak politik perkauman itu dan terus bersatu dan mengekalkan keharmonian dikalangan pelbagai bangsa dan agama kita.
  3. "Pada Tahun Baru Cina ini adalah satu titik permulaan yang baik bagi kita semua untuk memulihkan retak dalam hubungan kita di negara ini disebabkan oleh peristiwa-peristiwa yang tidak diingini berlaku dinegara baru-baru ini.
  4. "Walau pun terdapat suasana yang agak suram, kita akan terus bersama-sama pada kali ini untuk meriahkan serta mengucapkan terima kasih kepada bintang bertuah kita.
    Namun, kita jangan lupa mengingatkan sanak-saudara dan kanak-kanak
    kita yang kurang bernasib baik di Negeri yang kita cintai ini.
  5. "Pemimpin-pemimpin kita tidak dapat lari dari sebahagian tanggungjawab punca nya masalah di Sabah ini. Saperti tanah, pendatang haram, pengundi hantu, kemiskinan atau lain-lain.
    Pemimpin-pemimpin Negeri seolah-olah telah kehilangan peranaan dalam menjaga hak-hak dan kepentingan negeri dan rakyat Sabah. Mereka tidak seharusnya menyerahkan bulat-bulat atau pun sekadar berpeluk tubuh serta takut kepada kuasa-kuasa politik dari Semenanjung atau Putrajaya.
  6. "Namun dalam musim-musim perayaan dan acara sukan maseh lagi menunjukkan bahawa tidak semua nya hilang. Maseh terdapat banyak orang yang bagus, baik hati dan berfikiran yang betul.
    Jika kita bersatu dalam memperjuangkan hak-hak rakyat yang tertindas. Khususnya rakyat Sabah dan Malaysia secara amnya, maka ada harapan untuk negara kita.
  7. "Secara khususnya, saya menyeru kepada semua rakyat Sabah untuk berdikari dan melakukan nya demi memetabatkan hak-hak negeri, autonomi, meningkatkan taraf rakyat dengan telus disamping menjaga sumber-sumber negeri kita yang maseh banyak demi untuk masa depan generasi kita."
Jeffrey mengakhiri pesanan beliau dengan mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia semoga selamat dan sejahtera sempena tahun baru ini.
Tahun naga, kata beliau akan membawa keamanan, kemakmuran dan keharmonian kaum kepada semua rakyat Malaysia.
Menurut Jeffrey pada 2012 ini kita akan menyaksikan permulaan perubahan di Malaysia dan khususnya di Sabah. Dengan harapan Kerajaan yang baru nanti akan melakukan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

Sumber: Media STAR
26 comments:

Rakyat Sabah mmg hidup bersatu padu walaupun ia terdapat pelbagai kaum dan budaya.


dgn hidup bersatu barulah kita akan menjadi kuat dan kukuh.


saya juga ingin melihat STAR boleh pergi sejauh mana dalam politik Sabah.


Kerajaan baru? selepas PRU13 baru kita tahu ada kerajaan baru atau tidak.


Ya betul tu antap. Sabahan memang hidup bersatu padu camu ada pihak yang sengaja menampakkan Sabahan ni mula berpecah. huhu


Usaha STAR ini OK ba cuma terpulanglah pada STAR utk tambat hati rakyat. Mungkin susah tapi usaha tangga kejayaan:)


"Untuk masa depan anak-anak dan negara, kita mesti menolak politik perkauman itu dan terus bersatu dan mengekalkan keharmonian dikalangan pelbagai bangsa dan agama kita"

Entah kenapa politik mesti TERkait juga dengan kaum itu. Percayalah...


Soal kerajaan baru, kita tunggu sajalah apa kana berlaku PRU13 nanti.


Selebihnya kita biarkan rakyat membuat pilihan yang terbaik utk masa depan Sabah dan juga negara.


Untuk komen Paquin yang begitu santai saya hanya mampu menyatakan. "Ini Kali Lah'


Rakyat Sabah perlulah bersatu dan mengekalkan perpaduan kita kerana bersatu kita teguh dan bila bercerai kita akan roboh.


Tiada sesiapa yang boleh menentukan masa depan rakyat Sabah kecuali rakyat kita sendiri, undilah dengan bijak semasa Pilihanraya ke 13.


Rakyat Sabah perlu bersatu hati untuk kesejateraan Negeri sabah.


Boleh kh Star di percayai ni..mereka masih baru lagi.


semoga tahun naga ini akan memberi tuah kepada negeri Sabah. sama2lah kita memupuk dan mengekalkan perpaduan penduduk pelbagai kaum dan etnik ini agar negeri aman dan harmoni sentiasa.


Itu sudah semestinya. Sabah perlulah bersatu hati bagi terus hidup kekal aman damai dan tenteram.


Sikap bersatu hati ini sudah lama ada dalam diri penduduk Sabah sendiri. Dengan negeri yang mempunyai pelbagai bilang kaum, bangsa, budaya dan agama namun terus hidup kekal aman dan harmoni.


Kerajaan BN Sabah perlu bersatu hati bagi membantu penduduk Sabah yang masih memerlukan pembangunan.


Bukan mudah untuk membina sebuah perpaduan yang kukuh di dalam masyarakat yang majmuk. Namun amat mudah untuk meruntuhkannya. Jadi jangan terpedaya dengan hasutan pihak2 yang ingin melihat Sabah dalam kehancuran.


Sekarang banyak yang guna isu agama dan kaum untuk dapatkan sokongan daripada rakyat. Amat mengecewakan bila sesetengah pihak/ahli politik memperkecilkan atau menghina kaum dan agama tertentu di negara ini. Kita Sabahan kena bijak menilai.


sebelum menasihatkan dan mengarahkan rakyat supaya bersatu, baik STAR menyeru parti2 pembangkang Sabah supaya bersatu terlebih dahulu.. bolehkah STAR bersatu dengan parti2 pembangkang yang lain terutama bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru??


Let’s all rise and infuse ourselves with the sense of awareness


Take and support what is rightfully ours


sukar nak pastikan samada parti STAR akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah


spekulasi mengatakan parti baru STAR di Sabah telah mendapat sokongan ramai, samada benar atau tidak, tunggu sahaja keputusan PRU-13


walau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails