SUARA BEBAS TUARAN

Sabah Serius Tangani PATI Hanya Sekadar Di Pinggiran?

Labels: ,

Kerajaan Sabah komited dan serius untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak berkesudahan di negeri ini.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, usaha membanteras dan membasmi masalah PATI akan dipertingkatkan melalui pelbagai operasi mengesan PATI di Sabah.
“Pelaksanaan program 5P di Sabah telah memasuki tahap penguatkuasaan dan agensi penguatkuasaan akan meningkatkan usaha membasmi masalah PATI secara berterusan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah di Kota Kinabalu.
  • Musa berkata, kerajaan negeri juga turut memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengawasi perairan Sabah daripada pencerobohan oleh anasir yang tidak bertanggungjawab, sekali gus mengekalkan kedaulatan negara agar terus terpelihara.
  • Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, setakat ini kerajaan Sabah sudah menerima peruntukan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Dalam Negeri bagi membiayai kos operasi penguatkuasaan dan pencegahan PATI di rantau ini, dan operasi itu memerlukan perbelanjaan keseluruhan sekitar RM9 juta.
  • Musa berkata, tahap keselamatan semasa negeri berada dalam keadaan memuaskan dengan tiada kejadian serius yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan rakyat.
Sumber Utusan Borneo

Ulasan Solymone
Kes PATI diSabah ini bukan lah semudah itu untuk ditangani atau pun diselesaikan. Dalam negeri yang mempunyai banyak kemudahan pekerjaan sebagai buruh saperti negeri Sabah, kes PATI ini akan berterusan. Terutama sekali, pendatang dari filipina. Mereka tiada 'consulate' yang boleh membantu menyegerakan pas-lanjutan setelah habis tempuhnya.
Menurut sumber, Kerjasama dari penduduk tempatan dengan PATI ini maseh lagi berleluasa. Terutama sekali mereka yang mempunyai kepentingan dalam sektor peladang, penternak dan industri pembinaan.
  • Seada nya, kerajaan negeri Sabah maseh lagi terlalu bergantung kepada agensi-agensi dari kerajaan perseketuan untuk melaksana kan tugas membenteras mereka yang dikategorikan sebagai PATI.
  • Setakat ini kerajaan negeri belum lagi memandatkan satu agensi kerajaan negeri yang diberi kuasa untuk menangkap atau pun menghalang pembaziran PATI yang ada disini.
  • Kita dimaklumkan kabinet telah menubuh jawatan kuasa penyiasat masaalah PATI dan projek IC di Sabah; yang diketua oleh Datuk Joseph Pairan Kitingan . Namun hingga kini, belum pun ada tindakan yang berjaya tercapai.
  • Dalam pada itu, kos untuk membenteras PATI ini mungkin lebih dari sekadar RM 9 juta setahum. Apa lagi, setakat ini kerajaan Perseketuan hanya memperuntukan RM 1 juta.
  • Dalam kes ini, kerajaan Sabah sepatut nya berkeras untuk mendapat peruntukan yang sesuai dari kerajaan Perseketuan dalam kadar yang segara. Demi untuk membantu membiayai agensi yang melaksanakan tugas-tugas pembenterasan PATI tersebut.
Dalam isu yang sama, sepatutnya Musa sendiri selaku ketua Menteri, mengetuai perjuangan kearah kelulusan RCI yang mungkin dapat membantu menengani kes PATI yang sudah sampai ketahap kronik dinegeri ini.
Apa yang kita tahu, selain dari berita bahawa UMNO menyokong penubuhan RCI di Sabah, belum ada tindakan susulan yang serius dari kerajaan negeri Sabah setakat ini.
41 comments:

Sememangnya masalah PATI ini bukan susah nak ditangai, masih ada banyak faktor lagi yang perlu diberikan perhatian.


Selain daripada RCI, kerajaan masih perlu mencari jalan yang lebih berkesan untuk menghalang PATI baru daripada memasuki negeri kita dan juga menghantar balik mereka yang sudah berjaya masuk. Pengawalan yang tegas sangat diperlukan.


"Kerajaan Sabah komited dan serius untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak berkesudahan di negeri ini."

hopefully the speedy establishment of the RCI for this matter will b e carry out at earnest.


“Pelaksanaan program 5P di Sabah telah memasuki tahap penguatkuasaan dan agensi penguatkuasaan akan meningkatkan usaha membasmi masalah PATI secara berterusan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

-Hopefully the outcome of the investigation from RCI and its findings will further give compliment as well as amend it the existing 5P program thus taking this program into a new level of efficiency to counter this 'thorn on the side' of Sabah


hendak selesaikan masalah PATI bukanlah mudah, kini program 5P telah dijalankan, namun masalah ini masih juga timbul. apapun kita harus sokong segala usaha kerajaan dalam selesaikan isu PATI.


penubuhan RCI lagi yang masih diperjuangkan oleh Sabah, ia juga satu usaha dalam menangani isu PATI, harap ia akan ditubuhkan.


"Kes PATI diSabah ini bukan lah semudah itu untuk ditangani atau pun diselesaikan. Dalam negeri yang mempunyai banyak kemudahan pekerjaan sebagai buruh saperti negeri Sabah, kes PATI ini akan berterusan. Terutama sekali, pendatang dari filipina. Mereka tiada 'consulate' yang boleh membantu menyegerakan pas-lanjutan setelah habis tempuhnya."

-It is undeniable that the need of cheap labour to maximize development and at the same time reduce cost does exist in our state that is currently undergoing a lot of development project. But bearin mind that not all foreign Labours falls under the category of PATI (which stands for Pendatang Asing Tanpa Izin). These foreign labours comes with proper documentations as well as their status is being constantly being monitored by their respective employer to ensure that there are no breach of with matters pertaining to immigration.


The Philippine Consulate has recently established a mobile consulate to cater the need of these foreign labours to have their documentation to be verified. Its has been carried out in Sabah since early if this year.


The immigration department too has also informed all employers who have foreign workers under their supervision to update their worker's working visa to avoid futher complications in the future with regards to their (the foreign workers)legal status within the borders of Sabah.


Ramai yang meragui kesungguhan kerajaan tanggani isu pati, namun kita lihat sajalah nanti. Mana tau betul2 berjaya.


Harap program 5P ini berkesan dalam menanggani isu pati.


Kerjasama daripada negara asal pati juga perlu ada barulah hal ini lebih mudah ditanggani.


Bagaimanapun saya yakin ramai yang mahu RCI ditubuhkan. So kerajaan kena lakukan sesuatu terhadap desakan pelbagai pihak ini.


Apapun all the best dan selebihnya kita nantikan saja apa yang berlaku seterusnya.


Diharap dibawahpimpinan Datuk Musa isu PATI ni dapat diselesaikan.


sememangnya kes PATI di Sabah ini bukanlah semudah itu untuk ditangani atau pun diselesaikan


tetapi, baguslah kalau kerajaan Sabah komited dan serius untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak berkesudahan di negeri ini


Kerjasama dari penduduk tempatan dengan tidak mengambil PATI sebagai pekerja mereka terutama sekali mereka yang mempunyai kepentingan dalam sektor peladang, penternak dan industri pembinaan adalah penting supaya masalah PATI ini dapat dibendung


We Sabahan must fight for our rights to defend our welfares at least for future purpose.


harap RCI akan dilaksanakan secepat mungkin


DorianG
Thanks for the seemingly intelligent response. However, your excuses mentioned here seem to be out of placed.

In other words your following comments don’t justify the real situation happening in Sabah;

I) not all foreign Labours falls under the category of PATI. These foreign labours comes with proper documentations as well as their status is being constantly being monitored by their respective employer.

II) The Philippine Consulate has recently established a mobile consulate to cater the need of these foreign labours to have their documentation to be verified

III) The immigration department too has also informed all employers who have foreign workers under their supervision to update their worker's working visa to avoid further complications in the future with regards to their (the foreign workers)legal status within the borders of Sabah.

My question to you is why the problem in regards with PATI and the falsify Mykad are still redundant over here?

Does it means that all you had stated is not working or it is simply a theory nicely written in paper but in reality it mean nothing?


masalah PATI di sabah bukan mudah untuk diselesaikan..usaha berterusan harus dilakukan untuk membasmi PATI..


memang kerajaan sabah serius untuk menangani PATI..namun usaha yang sedia ada harus diperbaiki dan digandakan..


program 5P kini di peringkat penguatkuasaan...diharap selepas ini tidak akan ada lagi pengampunan kepada PATI...undang2 yang sedia ada juga harus diperketatkan lagi..


selain itu, RCI haruslah ditubuhkan segera...kerajaan negeri harus mendesak pihak persekutuan agar tidak lagi berlengah-lengah..


diharap baki peruntukkan yang diperlukan segera disalurkan kepada kerajaan negeri.


PATI sememangnya masalah utama di Sabah. Maka sudah pasti kerajaan akan memastikan masalah ini akan dapat ditangani sepenuhnya dan mengambil serius perkara ini.


Bila agaknya kerajaan persekutuan mahu melaksanakan RCI untuk Sabah. Sekurangnya ada juga nampak usaha yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk membantu Sabah.


Penduduk Sabah pasti akan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah yang terdapat di Sabah akan dapat ditangani sepenuhnya.


Kerajaan Negeri pasti tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak. Tambahan lagi memerlukan kelulusab dari kerajaan persekutuan yang mengambil masa yang lama.


Saya percaya dengan apa yang dikatakan oleh CM itu. Kerajaan Negeri begitu serius menangani isu PATI di Sabah. Namun banyak perkara terbatas kerana Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa sepenuhnya.


ada yang kata seorang dihantar balik, sepuluh orang pula yang datang. memang bukan kerja mudah untuk menghapuskan PATI di Sabah ini. rakyat sendiri ada yang membantu dan melindungi PATI atas dasar belas kasihan dan ada juga majikan yang melindungi pekerja yang berstatus PATI bagi kepentingan perusahaannya lagipun buruh asing murah dan tidak cerewet seperti penduduk tempatan.


Dear SOLYMONE,

My sincere gratitude for highlighting my comments or as you put it 'excuses'.

A) If you begin reading the flow from my 3rd comment (January 21, 2012 10:15), the subsequent 'excuses' are merely to support that particular comment. To the extent of my understanding, there are no certain set of etiquette pertaining to 'commenting'. All 'excuses' (that you have highlighted) are based on published articles via hard copy medium (newspaper) as well as credible online news sites.

Even though it is as you say 'not the real situation', but it is my own personnel view: the majority of the general populous still has the perception of all foreigners (regardless via proper or illegal manner of entry to Sabah) are being label as PATI. My apologies if my personnel views seemed to be out of context.


b) "My question to you is why the problem in regards with PATI and the falsify Mykad are still redundant over here?"

-My deepest apologies, sir. But i believe that i am in no position to address this question as i hold no authority over this matter. Perhaps you should forward this question to the relevant authorities or the RCI establishing committee on illegal immigrants. I hope their response will satisfy your inquiries. But If you read my 1st two comments, I am sure you will understand my stance on this matter.

c) "Does it means that all you had stated is not working or it is simply a theory nicely written in paper but in reality it mean nothing?"

- I have already answer this matter in a).

Having said that, do carry on blogging with integrity and accountability, sir.

On a final note, "LET'S AGREE TO DISAGREE"


-The Silent Patriot-


Dengan RCI, masalah PATI akan dikenal pasti dan kaedah untuk menyelesaikan masalah.


Kerajaan negeri harus berusaha untuk menjamin keutamaan orang di Sabah. Masalah PATI yang semakin genting harus juga ditanggani.


Its seems 5p doesn't work well to resolve the issue. Guess RCI would be the better idea to address the PATI issue and the federal should take prompt action.


Kerajaan persekutuan tidak harus mengabaikan ketenteraman dan keharmonian negeri Sabah demi memntingkan kuasa dan kebaikan diri sendiri.


Kegagalan menubuhkan RCI akan mendatangkan kesan yang amat negatif terutama PRU makin mendekati.


Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika masalah PATi ditangani dari awal, mungkin masalah ini tidaklah seteruk sekarang. PATI semakin bermaharajalela. Orang tempatan sendiri takut dengan mereka kerana mereka terkenal dengan keganasan dan jenayah (walaupun bukan semua).


Diharap pemimpin2 Sabah lebih konsisten dengan prinsip mereka dan tegas dalam tindakan untuk menangani masalah PATI ini. Utamakan keselamatan dan kedaulatan negeri ini.


bukankah lebih baik jika kerajaan dapat memberikan tumpuan kepada kawalan sempadan negeri serta pintu2 masuk negeri.. walaupun jumlah PATI yang dihantar balik ke negara asal adalah sedikit, namun jika sempadan negeri kita sentiasa dikawal ketat dan rapi, masalah kebanjiran PATI ini pasti akan beransur2 selesai.

kemasukan warga asing tanpa izin ke negeri ini membuktikan bahawa kawalan sempadan kita terlalu longgar, atau mungkin terdapat amalan rasuah dipintu2 masuk negeri..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails