Hanya beberapa hari selepas bebas tuduhan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dituduh mempertahankan hak golongan homoseksual, dakwa Mingguan Malaysia mendakwa beliau berkata demikian semasa temubual dengan BBC.Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan Mahkamah Tinggi memutuskan tidak cukup bukti untuk membuktikan Anwar melakukan perkara itu.
Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” sementara Berita Harian pula dengan tajuk “Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam”.- Mingguan Malaysia berkata ketua pembangkang itu semasa temubual dengan BBC mengatakan undang-undang berkaitan hak golongan seksual di Malaysia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.
- Wartawan BBC bertanya kepada Anwar sama ada beliau bersedia untuk menolak idea anti-diskriminasi hak golongan gay yang menjadi kebimbangan di mana beliau berkata “kami akan kaji semula undang-undang lapuk ini.”
Walaumacam mana pun, kata Anwar kepada BBC, masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.


January 16, 2012 11:54 AM
Rasanya kenyataan DSAI boleh dimanipulasi , eolah-olah beliau menyokong kegiatan ini. Namun pada dasarnya tidak. Golongan ni seharusnya dibantu, bukan disihkan daripada masyarakat.
January 16, 2012 1:24 PM
ya. golongan Gay harus dibantu untuk menjadi manusia normal. budaya gay tak harus dibiarkan wujud dinegara kita.
January 16, 2012 1:26 PM
dari sudut agama, hubungan gay atau lesbian ni memang tidak dibenarkan. perkara ini sepatutnya tidak dipertahankan. lainlah jika berada di Australia atau di Amerika.
January 17, 2012 10:18 AM
“kami akan kaji semula undang-undang lapuk ini.”
Apa maksud Anwar sebagai lapuk?
January 17, 2012 10:23 AM
Anwar boleh tergelincir daripada akidah Islam. Kenyataan Anwar boleh menyebabkan rakyat keliru.
January 17, 2012 3:07 PM
Adakah itu kenyataan DSAI sebenarnya? Ataupun kenyataan beliau diputar belit? Salah faham?
January 17, 2012 3:08 PM
Sebagai ahli politik, perlulah sentiasa berhati-hati dengan apa yang dikatakan kerana mungkin akan diputar belitkan.
January 17, 2012 3:54 PM
Apa yang Anwar fikirkan sebenarnya sekarang ini? Mana perjuangan Anwar untuk rakyat.
January 17, 2012 3:56 PM
Islam sendiri melarang perhubungan sesama jenis. Maka apa pula mereka ini perlu dibela. Seharusnyan mereka ini perlu diberikan pendedahan akan hukum.
January 19, 2012 3:45 PM
Anwar patut buat kenyataan media bagi menjelaskan pendirian beliau berkenaan dengan isu ini.. jangan biarkan rakyat terus keliru atau dikelirukan..
Post a Comment