Namun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan menjadikan faktor kesihatan itu sebagai syarat bagi seseorang calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar kanan) berkata, faktor kesihatan calon terpulang kepada parti politik untuk dijadikan pertimbangan dan ia bukan menjadi urusan SPR bagi menghalang seseorang daripada bertanding.
“Masalah kesihatan boleh terjadi kepada sesiapa. Jadi, SPR tidak boleh letak faktor kesihatan untuk menghalang orang daripada bertanding. Kita tidak boleh hendak letak syarat baharu kerana orang yang sihat pun boleh jatuh sakit secara tiba-tiba,” katanya kepada pemberita selepas taklimat persediaan menghadapi PRU ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus pilihan raya Johor, di sini, semalam.- Wan Ahmad berkata demikian ketika diminta meng-ulas sama ada SPR akan menasihatkan parti supaya meletakkan calon yang sihat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
- Katanya, sebagai badan yang bebas dan adil, SPR tidak akan sesekali masuk campur mahupun memberi nasihat kepada parti politik berhubung perkara ber-kenaan.
Beliau berkata, SPR sudah membuat pelbagai usaha untuk membolehkan mereka berdaftar namun ia masih dipandang remeh dengan pelbagai alasan dikemuka-kan.
Mengenai persiapan pilihan raya di negeri ini, beliau berkata, SPR melantik seramai 25,000 petugas termasuk 26 pegawai pengurus pilihan raya dan 90 penolong pegawai pengurus pilihan raya bagi melancarkan proses pilihan raya di negeri ini.



January 13, 2012 9:21 AM
The EC has this one spot on: This matter should be resolved by the respective party as they deemed as 'winnable' candidate. This includes health consideration of a candidate as a factor for this 'winnable' candidate
January 13, 2012 9:22 AM
Hopefully the EC will perform their duty attentively and unbiased
January 13, 2012 9:51 AM
kalau soal kesihatan/kematian ni, boleh berlaku bila2 masa tanpa diduga. jadi bagi pendapat saya pun rasanya faktor kesihatan tidak boleh dijadikan syarat untuk bertanding dalam PRU.
January 13, 2012 11:46 AM
Sebenarnya faktor kesihatan perlulah dijadikan syarat untuk pemilihan calon di PRU. Ini adalah untuk memastikan bahawa calon yang dipilih itu mampu melaksanakan tanggungjawabnya sehingga akhir penggal.
January 13, 2012 11:47 AM
Jika seorang calon terpaksa diberhentikan disebabkan penyakit, masalah kesihatan ataupun meninggal dunia, ini bermaksud pemilihan semula diperlukan.
January 13, 2012 2:31 PM
kesihatan perlu juga diambil kira, ktia perlukan pemimpin yang sihat, jika tak sihat, bagaimana mereka nak laksanakan tanggungjawab?
January 16, 2012 11:17 AM
Sesebuah parti itu sendiri kena pilih dan letakkan calon yang mempunyai rekod kesihatan baik. Bukan SPR yang menentukannya.
January 16, 2012 2:06 PM
Semua orang ada hak untuk turun mengundi. Maka jika orang itu mampu dan semangat untuk mengundi ada maka biarkan saja.
January 16, 2012 2:06 PM
Kesihatan itu penting, namun itu terpulang dengan pengundi itu sendiri yang mahu menunaikan tanggungjawab mereka.
January 18, 2012 9:52 AM
jika faktor kesihatan dijadikan syarat bertanding, Anwar dan Nik Aziz boleh lepas ka??
January 18, 2012 9:54 AM
kalau boleh faktor umur juga perlu dijadikan syarat.. tetapkan hanya calon yang berumur bawah 50 tahun sahaja yang dibenarkan bertanding..
Post a Comment