SUARA BEBAS TUARAN

SPR Sah 7 Cadangan PSC Akan Dilaksana Pada PRU-13

Labels: ,

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)akan datang.
Kata beliau baki tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.
Menurut Abdul Aziz, 7ujuh cadangan yang akan dilaksanakan pada PRU ke-13 termasuk;
  1. penggunaan dakwat kekal,
  2. pengundian awal bagi anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing,
  3. memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dari tujuh hari kepada 14 hari,
  4. pemansuhan proses bantahan dan tempoh penarikan diri pencalonan
  5. pembersihan daftar pemilih.
Manakala Dua lagi cadangan PSC yang diterima oleh SPR tidak dinyatakan disini.
  • Katanya, jawatankuasa itu yang dibentuk Ogos lalu telah menamatkan sesi pendengaran awam yang dijalankan ke seluruh negara Jumaat lepas di Johor Bahru.
  • "Kita difahamkan laporan akhir daripada jawatankuasa tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat Mac nanti," katanya.
  • Berhubung pembersihan daftar pemilih, beliau berkata SPR telah mengemukakansenarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada MIMOS Berhad bagi tujuan tersebut awal bulan ini.
  • "Kita tidak meletakkan tarikh akhir bagi pihak MIMOS tetapi kita harap ia akan selesai sebelum laporan akhir PSC dibentang di Parlimen Mac nanti," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, SPR pada bulan lepas menamatkan perkhidmatan 24 Penolong Pendaftar Pemilih manakala 67 lagi diberi amaran akibat pelbagai kesilapan termasuk mendaftarkan pemilih mengikut alamat yang tidak wujud, menggunakan alamat yang terlalu umum dan mendaftar pemilih yang belum cukup umur.
Sumber: Bernama
11 comments:

Hopefully these recommendations will contribute towards a fair and unbiased ellection cum GE-13


"...PR pada bulan lepas menamatkan perkhidmatan 24 Penolong Pendaftar Pemilih manakala 67 lagi diberi amaran akibat pelbagai kesilapan..."

-This is a good call for EC to ensure efficiency. Weeding out those who are less if not did contribute to productivity as well as efficiency.


Harap cadangan yang diluluskan ini akan membantu memastikan bahawa pilihanraya ke 13 akan lebih adil kepada semua.


SPR juga perlulah memastikan isu-isu seperti masalah pendaftaran pengundi diselesaikan sebelum PRU diadakan.


nampaknya penggunaan dakwat kekal telah diterima, ia akan dilaksanakan pada pilihanraya nnti.


aap2 isu yang perlu diselesaikan harus diselesaikan segera sebelum PRU diadakan.


harap cadangan2 PSC yang akan dilaksanakan pada PRU13 benar2 membawa kesan positif. Diharap juga RCI akan diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanakan sebelum PRU13.


saya rasa inilah cadangan yang telah dipersetujui bersama bukan dari pihak kerajaan saja malah pihak pembangkang. semoga pelaksanaannya berkesan dalam memastikan pilihanraya ke-13 berjalan dengan bersih dan adil.


tertanya2 bila pula kelulusan berhubung penubuhan RCI akan diberitahu?


saya harap satu daripada dua cadangan yang tidak disebutkan itu ialah penubuhan RCI untuk negeri Sabah..


Most important and a must is..election is free from any manipulations.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails