SUARA BEBAS TUARAN

Benar Kah STAR 'Ini Kali Lah' Tiada Peluang DiSabah?

Labels: , ,

Baru-baru ini serangkai pemimpin dari parti 'KDM based', PBS, PBRS dan UPKO merasakan bahawa kelahiran parti STAR tidak akan memberi impak besar dalam senario politik semasa di Sabah, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.
Menurut Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata parti itu, yang berpusat di Sarawak, hanya 'memeriahkan' arena politik di negeri ini berikutan dasar Malaysia yang mengamalkan demokrasi.
  • "Kita yakin parti itu tidak akan dapat memenangi hati rakyat di Sabah kerana parti itu juga tidak diterima di Sarawak.
  • "Parti itu sudah lama 'tidur' dan tentu sekali sudah banyak bermimpi. Sekarang mereka bangun dari tidur kerana mahu memberitahu apa yang telah mereka mimpi," katanya.
Sementara itu, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, antara lain berkata kehadiran parti STAR di Sabah hanya memenuhi tuntutan demokrasi dan tidak memberi gambaran jelas tentang agenda penubuhannya di Sarawak sehinggakan menyebabkan parti tersebut menaruh harapan dan simpati di negeri lain.
Dalam isu yang sama, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata setiap parti akan dinilai oleh rakyat berdasarkan merit masing-masing.
Beliau tidak hairan dengan tindakan Jeffrey menyertai dan membawa parti luar ke Sabah, tetapi keputusan sebenar terserah kepada pengundi.
"Sudah menjadi hasratnya (Jeffrey) untuk menjadi presiden parti dia sendiri dan saya rasa kali ini hasratnya itu sudah tercapai.
"Tetapi saya rasa kita (dalam BN) perlu mempamerkan kepada rakyat bagaimana kita bekerja dan tunjukkan prestasi kerja kita sejak bertahun-tahun," katanya.
Sumber: BERNAMA

Analisis Solymone
Ulasan-ulasan yang di beri oleh ketiga-tiga pemimpin parti komponen BN demi untuk menidakkan kelahiran parti STAR di Sabah, pada am nya memang rasional apa lagi bila mengingatkan bahawa parti STAR selama ini kurang mendambat hati rakyat Sarawak.
Namun kenyakinan bahawa parti itu tidak akan dapat memenangi hati rakyat di Sabah kerana parti itu tidak diterima di Sarawak ada lah satu perkara subjektif yang hanya dapat dijawab oleh rakyat Sabah sendiri, khas nya setelah keputusan PRU13 akan diumum nanti.
  • Dari apa yang saya lihat dan dengar dalam sessi pelancaran perasmian STAR di dewan KDCA baru-baru ini, cerita nya ada lah jauh berbeza. Kehadiran serta sorakan, 'Ini Kali Lah' oleh seramai lebih kurang 5,000 penyokong didalam dan diluar Dewan KDCA membuat saya terfikir bahawa satu fenomena 'happening' sudah mulai melandah Sabah. Satu senario yang tidak boleh dianggap remeh.
  • Kita telah melihat banjiran beribu-ribu orang ketika acara perasmian . Apa kan lagi setelah pemimpin STAR mulakan kempen turun padang diseluruh negeri Sabah nanti.Munkin di sambut oleh berpuluh ribu, agak nya?
  • Sekadar pendapat dari tiga orang pemimpin pro BN, rasa nya tidak akan mematahkan semangat rakyat yang selama ini merasakan tertindas. Terutama sekali golongan anak-anak muda yang kehausan perubahan yang lebih perihatin dan adil terhadap situasi mereka.
  • Dalam kontek yang sama, Johnny Mositun, Kurup dan Dompok lupa bahawa pada hari yang bersejarah itu juga terjalin pakatan dan persefahaman unik yang belum pernah berlaku sejak PRU12 diantara STAR, SAPP, USNO dan Barisan Rakyat Sabah (UBA).
  • Tindakan yang difokuskan kepada kelemahan Dr Jeffrey dan STAR ada lah satu perkara yang kurang bijak, kerana mereka tidak sedar bahawa kekuatan sebenarnya ada lah terletak kepada kemampuan komponen UBA menyatupadukan minda dan kerjasama sebagai satu anjakan yang sukar untuk diukur.
Dalam masa yang sama Agenda Borneo dan masaalah semasa rakyat Sabah pasti nya akan dimanupulasikan oleh UBA sebagai salah satu manefesto utama.
Manefesto yang mempunyai kusa 'hyper-magnet' dalam merubah pemikiran rakyat yang kini sedang berhadapan dengan kes-kes ( antara lain);

  1. Pengangguran dan Kemiskinan;
  2. Rampasan Tanah Adat;
  3. Infrastruktur asas yang daif;
  4. PATI
  5. Harga barang yang melonjak naik
  6. Hak yang tidak seimbang diantara Sabah, Sarawak dan negeri-negri di Semenanjung Malaysia;
  7. Outonomi;
  8. Dan lain-lain lagi
Walau macam mana pun, semua ini terletak ditangan rakyat yang mempunyai kuasa penuh untuk menentukan siapa dikalangan komponen tersebut (UBA, PR dan BN) akan meneruskan kesinambunagan pemerentahan di Sabah selepas PRU13 nanti.
Pasti nya kita akan tunggu dengan penuh debaran
Sumber: Solymone
40 comments:

kemunculan parti STAR di sabah tidka harus dipandang sebelah mata oleh pemimpin bn sabah..kerana bukan mereka yang akan menentukan sama ada STAR diterima atau tidak tetapi rakyat...


sokongan yang diberi semasa pelancaran STAR sabah patut sudah cukup membuktikan bahawa rakyat sabah mahukan pembaharuan..dan apakah bn mampu berikan pembaharuan yang dituntut?


harus juga diingat bahawa JK masih mempunyai pengaruh yang kuat di sabah..


maka, bn sabah tidak harus terlalu yakin dengan gelaran fix deposit..usaha berganda harus dilakukan..kelalaian dan keangkuhan akan menyebabkan bn jatuh..


At this point there's no clear indication.


Let the people decide who should lead them


"Don't jugde a book by its cover". We might never know what will happen in the future. STAR either will succeed or lose. All depends with their strategies and if they could cooperate with the other oppositions.


It is good to have confidence, but just don't bee too confident. The rakyat want to see Sabah and its people to be protected. May the best party wins!


we will only know for sure till election comes.


For now its best for all parties not to be overconfidence. Focus on a strategy to get the people support.


All the best to all parties. I wish nothing but the best party to win even though im still clueless in knowing which is the best party.


Star is still new in Sabah and we haven't seen their full potential yet. Therefore I would reserve any comments for the time being and observe them.


However, it was said that Star was able to attract almost 60,000 members that are waiting to join the party.

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/46349-jeffrey-attracts-60000-to-sabah-star


Star masih baru di Sabah, sukar untuk meramalkan masa depannya.


sama ada Star akan mendapat sambutan atau tidak, ianya terpulang kepada rakyat Sabah untuk menentukannya.


jika pembangkang Sabah dapat mengelakkan persaingan tiga penjuru atau lebih, kemungkinan mereka berpeluang untuk menang.. jika sebaliknya, memang tidak ada peluang la..


tapi kenapa perlu STAR?? kenapa tidak tubuhkan parti tempatan baru di Sabah? atau menggunakan parti tempatan yang sedia ada di Sabah?


Bergantunglah pada nasib parti masing2.


Semuanya akan terjawab pada PRU13.


Nickko,

Pada awal nya Dr Jeffrey telah cuba menubuhkan satu parti baru bernama 'Parti Cinta Sabah' tetapi tidak diluluskan pendaftaran nya oleh ROS.

Parti-parti 'Sabah based' yang lain saperti SAPP tidak mengamalkan perjuangan dengan jelas 'Agenda Borneo' yang merangkumi beberapa perkara yang maseh lagi releven dalam 20 points yang dijanjikan dalam penubuhan Malaysia.

Parti STAR dari Sarawak mempunyai ciri kearah itu. Justeru DJK pilih parti tersebut.
Namun, STAR cuba bergabung dengan pembangkang lain untuk cuba 1 lawan satu dengan BN.
Berjaya atau pun tidak masa akan menentukan. Mereka maseh berunding.

Betul... kemenangan ditentukan oleh rakyat Sabah itu sendiri


I think JK can gain more votes as he is a strong man in Sabah.


Rakyat akan menentukan mnasib semua parti.


Semoga STAR bukan parti yang gilankan kuasa dan mengabaikan hak & kepentingan orang Sabah.


Parti yang semakin banyak cuma memberi lepbih peluang kepada BN untuk memenang.


Yang penting, PRU harus bersih dan amanah. Aemoga parti yang menang dapat memperjuangkan yang berpatutan untuk orang Sabahan.


Jika rakyat mengharapkan perubahan, harus juga membuat perubahan melalui undian.


Sejauh mana STAR boleh pergi? Harap parti baru ini tidak mengecewakan rakyat bawah pimpinan JK.


Masih baru dan tidak dapat menilai sama ada STAR betul berfungsi dengan baik.


Why only STAR? Is STAR manage to create attention and to attract people to support them?


Kalau ikhlas dan sanggup bersuara untuk rakyat, pasti menarik perhatian juga.


Politik sukar diramal kerana apa-apapun boleh berlaku.


Cuma kemunculan STAR jangan diambil ringan. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan, tak pasal2 usaha berterusan STAR berjaya pula tambat hati rakyat... hehhee


So BN jangan terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. Nanti kecewa pula:P


Soal peluang itu biarlah rakyat yang tentukan. Kalau rakyat nak bagi peluang pada STAR pun, terpulanglah.. hehe


Apapun, semua pihak harus berusaha menambat hati rakyat dan bersainglah secara adil.


belum tentu STAR akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah


samada perjuangan STAR ini ikhlas atau tidak, kita tunggu dan lihat sahaja nanti undian rakyat


spekulasi mengatakan parti baru STAR di Sabah telah mendapat sokongan ramai, samada benar atau tidak, tunggu sahaja keputusan PRU-13


walau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang


semuanya di tangan rakyat untuk menentukan nasib Sabah


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails