SUARA BEBAS TUARAN

STAR Mengorak Langkah Agresif Menubuh Bahagian Di Seluruh Sabah

Labels: ,

Berikutan dengan pelancaran meriah lagi bersejarah di Dewan KDCA Kota Kinabalu pada 6 Januari lalu, kini Parti Reformasi Negeri (Star) dengan agresif nya mengorak langkah bergerak ke hadapan mengatur acara pembentukan bahagian-bahagian di semua daerah di Sabah.
Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan hal ini dalam satu temu bual hari ini, di mana beliau mendedahkan bahawa semua daerah kini dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa pengasas mereka.
Pelancaran bahagian dijangka akan diadakan dalam beberpa progam yang bersiri di seluruh Sabah pada bulan Februari, katanya.
  • "Kami mempunyai masalah yang positif dalam semua bahagian yang dibentuk kerana sambutan menggalakkan daripada penyokong, menyebabkan kesibukan dalam menentukan jawatan-jawatan kuasa diperingkat bahagain.
  • Justeru, kita perlu mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan segera semua masalah ini, " Jelas beliau
  • Beliau berkata bahawa sebagai sebuah parti berbilang kaum, Star dilihat sebagai pilihan baru untuk perjuangan baru dan rakyat telah menjemput beliau datang sendiri untuk berjumpa Penyokong.
  • Menurut beliau, Perhimpunan di Kg. Sinagang di Tenom hujung minggu lalu, yang pertama selepas pelancaran Star, disambut oleh beratus-ratus penyokong.
  • Selanjutnya jelas beliau, permintaan untuk mengadakan perhimpunan di seluruh Sabah semakin meningkat dan Star perlu bergerak lebih cepat daripada jadual yang jangkakan. Kini rakyat mulai sedar betapa penting nya idea baru dan reformasi di Borneo, kata beliau.
  • Beliau berkata sambutan yang hangat memberi beliau keyakinan lebih untuk membuat perubahan politik yang ketara di negeri ini. "Kami amat optimis mengenai prospek ini."
  • "Orang ramai sudah bosan dan muak dengan keadaan mereka dan mereka mahukan perubahan. Mereka bertindak balas kerana mereka telah melihat ideologi politik yang berkuasa baru dan formula dalam perjuangan Star, " kata nya.
Dalam respons kepada soalan tentang serangan oleh pemimpin Barisan Nasional dari parti 'KDM based' , Jeffrey berkata, mereka seolah-olah menjadi semacam rasa takut.
"Samasa promosi UBF Agenda Borneo, mereka hanya berdiam diri tetapi setalah parti Star dilancarkan dengan meriah nya, mereka mula menyerang kami," katanya.
"Malangnya mereka telah terlepas pandang isu sebenar nya bukan bersandarkan kepada parti Star atau apa parti pun tetapi kunci utama nya ada lah perjuangan kami terhadap Agenda Borneo. Saya ingin mencabar Upko, PBS dan PBRS untuk menyerang idea-idea dan objektif di sebalik Agenda Borneo! Berani kah mereka berkata bahawa objektif ini tidak baik untuk rakyat Sabah? "
  • "Orang ramai berhimpun menyaksi pelancaran Star bukan kerana apa ada pada Star itu sendiri tetapi kerana objektif berani kami.
  • "Mereka tidak peduli mengenai sejarah Star. Apa yang mereka mahu ialah masa depan yang baru bagi Sabah. Dan mereka boleh lihat Star dan United Borneo Alliance (UBA) mempunyai misi serius dan wawasan yang baru. " tambah beliau.
Beliau juga menegaskan tawaran Star untuk bekerjasama dengan semua pihak yang berkongsi objektif, termasuk beberapa parti tempatan kini sedang diusaha kan di belakang tabir.
"Jangan percaya kepada khabar-khabar angin mengenai penafian terhadap perkongsian ini," katanya.
Sumber: STAR
41 comments:

Its without a doubt that the present generation have forgotten the 20 points, let alone barely remembers some if not all of the points.


"Malangnya mereka telah terlepas pandang isu sebenar nya bukan bersandarkan kepada parti Star atau apa parti pun tetapi kunci utama nya ada lah perjuangan kami terhadap Agenda Borneo.

- These are strong words. Is STAR (Particularly Jeffrey Kitingan) up for the challenge should the mandate be given to the Party?


Or they simply disband, discontinue as well as jump ship when situation doesn't favor them?


harap2 perjuangan STAR ini dapat membuat suatu perubahan di Sabah terutama dalam memperjuangkan isu2 yang berkait dengan hak dan kepentingan rakyat Sabah. semoga Sabah mendapat kuasa autonominya melalui perjuangan STAR.all the best!


Kalau Star ada keyakinan boleh mendapatkan sokongan daripada rakyat seluruh Sabah, teruskan menubuhkan bahagian dengan agresif.


Tapi harap Jeffrey jangan tinggalkan parti sekali lagi bila sudah merasa bosan seperti apa yang dilakukan sebelum ini.


Star parti baru di Sabah, adakah parti ini akan mendapat sokongan rakyat Sabah, kita belum tahu sangat bagaimana bentuk perjuangan Star. kita tgklah bagaimana Star bergerak.


jeffery yang merupakan orang penting Star harap akan kekal dalam Star, jgn pula lepas ni nak lompat2 lagi.


Kita tengok saja sejauh mana Star boleh pergi. Harap JK tetap dengan parti ni walau apa pun terjadi.


Adenga Borneo? Sangat menarik. diharap dapat memberi sesuatu terhadap Sabah.


Star nampaknya mengambil langkah agresif sebelum pru13..


kemungkinan sabah akan mengalami tsunami politik jika JK berjaya membentuk pakatan borneo bersatu..


jika tidak, maka kita akan menyaksikan pertandingan di antara 3 atau 4 penjuru di seluruh sabah...dan perpecahan undi di kalangan parti pembangkang akan memberikan kelebihan kepada BN..


Berabis oo ni star... Tapi entah dapat sokongan ka tak nanti. hhmm..


So buat sajalah apa yang patut dan selebihnya biar rakyat yang putuskan nanti.


Walaupun ada yang berpendapat DJK bakal keluar dari star bila2 saja namun saya rasa kewujudan star pasti merancakkan lagi PRU tahun ini. hehe


Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Biasalah politik sukar diramal.


Selamat berjuang diucapkan kepada Star dalam langkah menubuhkan lebih banyak cawangan mereka di Sabah.


Hopefully JK is on the right platform already to fight the Borneo Agenda.


Bear in mind, easy for BN to win if the oppositions are not strong and can't cooperate with each other.


tapi sayangnya sekarang ini STAR masih lagi belum sah. Ini akan merumitkan lagi STAR kerana perkara tersebut.


Kita tunggu juga setakat mana keikhlasan JK ingin memperjuangkan hak penduduk Sabah. Semua itu akan dinilai sendiri oleh penduduk.


STAR semestinya perlu bertanding di Sabah. Jangan biarkan PR terus mencuba untuk masuk ke Sabah.


JK telah banyak kali keluar masuk parti dari kerajaan hinggalah kepada pembangkang PAKATAN.


belum tentu STAR akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah


samada perjuangan STAR ini ikhlas atau tidak, kita tunggu dan lihat sahaja nanti


memandangkan parti ini masih baru di Sabah...


semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib STAR


benarkah STAR tidak akan dapat memenangi hati rakyat di Sabah kerana parti itu juga tidak diterima di Sarawak? kita tunggu sahaja keputusannya nanti..


Bolehkh Star mendapat sokongan dari rakyat sabah..?


sepatutnya Jeffrey menyokong parti2 tempatan dan bekerjasama dengan parti tempatan.. bukannya membantu parti luar untuk melebarkan sayap di negeri ini..


kemunculan STAR, jika tidak ada kesepakatan dengan parti2 pembangkang yang lain, pasti akan mengundang kekalahan kepada parti pembangkang di Sabah..


Very positive way from STAR. Keep going.


STAR still very new in Sabah, not sure how the performance and whether the people will accept a new party like these.


Semoga rancangan STAR tercapai supaya lebih banyak golongan dapat dibantu dan diberi perhatian.


Not a bad idea to plan but how far STAR can go in Sabah still subjective.


What make JK to bring in STAR?


memang baik jika menjadi benar agar lebih banyak golongan dapat diberi perhatian yang lebih sempurna.


STAR makin agresif untuk menambat hati rakyat.


STAR baru lagi, tidak tahu lagi boleh berkembang besar di Sabah.


Harap JK bertindak bijak agar tidak melompat parti lagi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails