SUARA BEBAS TUARAN

Strategi Beli Undi Paling Berkesan Di Sabah Dan Sarawak?

Labels:

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi membeli undi ketika pilihan raya paling berkesan di Sabah dan Sarawak.
Dalam pada itu, bekas Menteri Kabinet Persekutuan daripada Umno hari ini mengesah bahawa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai 'bom'.
Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.
  • “Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas Menteri Penerangan dan Pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.
  • “Ia secara terang-terangan untuk membeli undi,” kata Abdul Kadir, istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah 'bom', namun secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.
  • Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.
  • “Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia,” katanya.
  • “Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.
  • “Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.
Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.
“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan kerana kerajaan pembuli besar.”
Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.
Sumber: Agensi
38 comments:

Money politics is very redundant.


Let's Level the playing field: Let the opposition have an equal access to the mainstream media.


Saya belum pernah melihat sendiri pasal pembelian undi ini.


Kalau cuma dengar saja, macam-macam saya pernah dengar. Tapi semuanya khabar angin yang tidak mempunyai bukti.


sejak sheikh Fadzir tidak lagi menjadi Menteri, mula sudah nak memburukkan kerajaan. begitulah selalunya ahli politik.


apapun, kena pastikan piliharaya yang bersih dan adil.


politik wang memang lama sudah dipraktikkan oleh ahli2 politik malaysia..


kenapa baru sekarang sheikh fadzir mendedahkan perkara ini? ada beliau buat laporan SPRM kah?


apa peranan SPR dalam perkara ini?


bukankah Timbalan Perdana Menteri kita sudah berkata - sokongan rakyat Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) masih baik dan cukup mantap!


jadi tajuk berikut mungkin hanya spekulasi untuk menjatuhkan BN


kan BN masih YAKIN dalam mengekalkan Sabah sebagai 'simpanan tetap' untuk parti gabungan itu...


"sokongan rakyat Sabah terhadap BN masih bagus." demikian keterangan dari TPM kita...


walau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang


Saya tak hairan pun kalau hal ini benar2 berlaku:P


Cuma saya sendiri belum nampak hal ni depan mata, dengar ada lah.. hehhee


Bagi saya kalaupun benda ni berlaku, semuanya dari rakyat juga. Kalau hanya kerana duit pendirian mereka goya then padan muka lah kalau ada penyesalan kemudian hari. hehe


Namun saya setuju dgn antap... Inilah politik tak setia langsung.. Tengok ja la sheikh Fadzir ni after bukan lagi menteri terus berani cakap hal2 buruk ttg kerajaan.


W/bgaimanapun hal ini dah diutarakan jadi bagus juga kalau kena siasat. No harm juga kan:P


Pelbagai isu mula dibangkitkan menjelang PRU akan datang ini. Apa pun rakyat sendiri boleh memikirkan perkara yang dimainkan oleh beberapa pihak.


i really hope for a clean and fair election.


apa yang saya pernah dengar, tiap kali musim berkempen atau mengundi mesti ada wang atau benda2 lain yang akan diagihkan. tidak pasti ini adalah satu bentuk sogokan atau sebaliknya. apapun, perkara2 seperti ini perlu ada bukti terlebih dahulu.


dalam politik memang tiada yang bersih 100%. mereka yang ada kuasa dan pengaruh akan menggunakannya dengan sebaiknya untuk mendapatkan sokongan rakyat. terpulang kepada rakyat untuk menilai.


usaha untuk menambahbaik sistem pilihan raya diharap akan menjadikan pilihanraya lebih bersih dan telus.


Ini aktiviti yang amat merugikan perkembangan.


PRU harus bersih dan amanah.


SPRM harus membuat siasatan.


Khabar angin yang tiada bukti merupakan fitnah.


Duit memang satu tarikan yang amat berkesan.


Pembelian undi ini harus diambil tindakan keras.


PRU harus dijalankan dengan bersih dan tidak dikuasa oleh mana-mana pihak khas mata wang.


Harus membuat laporan polis dan biarkan SPRm membuat siasatan.


Memang tidak hairan jika mengguna duit untuk membeli undi. Berita ini bukannya pertama kali didengari.


baikjuga jika ada orang mendedahkan aktiviti kotor sebegini.


yang amat dikesalkan oleh rakyat ialah apabila pendedahan itu dibuat selepas individu itu tidak mempunyai apa2 kepentingan dalam kerajaan..


"Strategi Beli Undi Paling Berkesan Di Sabah Dan Sarawak?"

As if the Sabahans and Sarawakians were too fool?


Agree with DorianG. Go for equal access to the mainstream media. Let the best party wins.


What a joke. Only now want to reveal after no longer become a minister??


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails