SUARA BEBAS TUARAN

'Winnable Candidates' Yang Di Perlukan Rakyat

Akhir-akhir ini, isu 'winnable candidates' atau calon boleh menang untuk bertanding dalam pilihanraya sibuk dibicarakan oleh pemimpin parti pemerentah dan pembangkang diseluruh negara.
Dalam pada itu, mungkin ada dikalangan kita yang maseh kurang pasti dengan definasi 'winnable candidates' yang mereka sering laungkan. Justeru saya kongsikan pandangan disini sekadar memenuhi masa kita bersama.
Dalam pada itu, itu timbul pula 'winnable formula' seiring dengan pendekatan 'winnable candidates' yang diwar-warkan

  • Agak nya defininasi ringkas 'winnable formula' itu ada lah satu strategi yang pragmatik dimana ia nya menekan konsep 'unity' dan 'solidirity' atau penyatuan dan keteguhan di antara parti-parti yang bergabung dalam satu payung saperti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat(PR).
  • Mungkin dengan penyatuan dan keteguhan dalam komponen-komponen tersebut dijangka akan memberi pulang cerah untuk mereka menangi pilihan raya nanti.
Pada hematnya bukan mudah untuk merealisasikan pencarian 'winniable candidates' yang benar-benar memenuhi kriteria tanpa was-was bahawa dia yang terpilih itu ada lah 'the one' yang dijangkakan akan menang pada pilihan raya nanti.
Secara am nya calon-calon yang di kategorikan 'winnable candidates' ini semestinya ada rupa, ada gaya, dikenali dan disenangi ramai, lebih-lebih lagi kerana ringan mulut, tangan dan tulangnya adalah ciri-ciri calon boleh menang.
  • Bagaimana pun, calon boleh menang ini, walaupun boleh menjadi wakil rakyat kerana mempunyai wajah atau peribadi yang bagus, ia masih belum mencukupi kehendak sebenar pemilih yang mahukan lebih daripada itu.
  • Seseorang calon boleh menang mungkin disenangi dan dikenali dalam situasi yang harmoni. Tetapi ketokohan mereka yang sebenar perlu juga menyerlah sebagai pembela, penyuara dan seterusnya pejuang kepada pengundi dalam persekitaran dan suasana yang mencabar selepas memenangi kerusi yang ditandingi.
Justeru itu, ciri-ciri seseorang winnable candidate masih belum holistik karakternya jika dia tiada nilai tambah sebagai 'winnable leader.' Ciri-ciri winnable leader inilah yang lebih sukar ditemui pada hari ini. Malah, mereka yang menjadi pemimpin yang telah menang pun ramai yang kini menampakkan tanda-tanda mereka bakal menjadi losing candidate sekiranya bertanding lagi.' Demekian pandangan seorang aktivist lagi penulis yang saya baca dalam satu rencana dalam mediamassa Sinar harian, baru-baru ini.

Dengan berasaskan kajian, pada pandangan saya, 'winnable candidates' yang berkualiti sekurang-kurang nya memenuhi syarat-syarat saperti berikut;


1. Berpelajaran, berpengalaman dan berpengetahuan luas akan isu-isu semasa dan kebajikan.
  • Trend pengundi mahukan wakil rakyat mereka berpelajaran dan berpengetahuan. Rata-rata mahu wakil rakyat mereka boleh memberi pandangan bernas, nasihat dan tahu apa yang disampaikan oleh wakil rakyat itu adalah keperluan rakyat setempat.

2. Bebas dari sebarang skandal dan rekod jenayah.
  • Rakyat mahukan wakil rakyat mereka bebas dari skandal dan jenayah, kerana bagi mereka wakil rakyat adalah contoh kepada penduduk setempat. Jika dipilih calon yang mempunyai masalah disiplin maka rakyat tidak akan teragak-agak untuk mengundi pada calon yang lebih layak.

3. Berjiwa rakyat tanpa mengira kaum.
  • Melayu, Cina, India dan ramai lagi suku kaum merupakan rakyat malaysia yang hidup majmuk. Maka bila salah seorang daripada suku kaum tersebut dipilih menjadi wakil rakyat untuk kawasan mereka, calon atau wakil rakyat tersebut perlu berjiwa rakyat dan mewakili semua kaum semasa mengutarakan pandangan beliau.

4. Bersiap sedia turun padang setiap waktu.
  • Calon yang dipilih mestilah seorang calon yang bersiap sedia 24 jam untuk turun padang membantu masyarakat atau penduduk setempat yang memerlukan bantuan. Betapa cepatnya respon diberi, rakyat akan sentiasa ingat dihati.

5. Dapat memberi kerjasama walaupun berlainan pendapat.
  • Seorang calon tidak seharusnya betul dalam setiap hal maka akan berlaku percanggahan idea, jadi calon atau wakil rakyat harus memberi kerjasama beliau bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat walaupun berlainan pendapat.Pilihan wakil rakyat tidak semestinya betul sentiasa dan pilihan rakyat tidak semestinya salah sentiasa.

6. Mengunakan peruntukan dengan jimat cermat.
  • Jika seseorang calon atau wakil rakyat diberi mandat untuk mengurus peruntukan untuk membantu penduduk kawasanya, mereka harus cermat dan tidak boros ketika membelanjakannya. Ini kerana duit yang digunakan itu adalah duit rakyat dan ia perlu digunakan sebaiknya untuk menangani masalah penduduk setempat.

7. Dipilih dari “Anak Tempatan”.

  • Calon yang dipilihan sebolehnya mestilah dikalangan anak tempatan. Ini kerana calon atau wakil rakyat dari kalangan orang tempatan tahu selok belok dan masalah yang dialami oleh penduduk kawasan beliau. Ini memudahkan beliau untuk turun padang tanpa menunggu aduan dari penduduk setempat.

8. Dapat memimpin penduduk kawasan.
  • Seorang calon atau wakil rakyat bagaikan chief in command atau commander bagi sesuatu kawasan. Calon itu perlu berkebolehan memimpin penduduk kawasan mereka.Dalam situasi bencana alam seperti banjir, rakyat mahu wakil rakyat mereka turun padang memberi arahan dan memimpin penduduk mereka. Bukannya calon atau wakil rakyat yang datang melawat lepas kejadian berlaku.

9. Melunaskan janji kepada rakyat.
  • Setiap kali pilihanraya janji ditabur tetapi tidak pasti dilunaskan atau tidak selepas memenanginya. Jadi calon yang dipilih haruslah mempunyai tanggungjawab untuk melunaskan janji- janji pilihanraya dan perlu memastikan segala janjinya ditunaikan sebelum pilihanraya seterusnya.

10. Boleh merancang pembangunan untuk rakyat
  • Calon yang dipilih mampu berkerjasama dan berinterksi dengan pegawai kerajaan dalam merancang pembangunan khas untuk rakyat yang akan diwakilinya. Supaya pembangunan yang dilaksanakan nanti selaras dengan inspirasi dan kehendak semasa rakyat. Jangan biarkan kerja yang penting dikendali oleh pembantu sebaliknya calon atau wakil rakyat lakukan sendiri.
11. Mencapai KPI sendiri.
  • Setiap calon atau wakil rakyat perlu berkebolehan merancang KPI sendiri.Ia merupakan alat pengukur untuk membaiki servis perkhimatan mereka dan mereka perlu sentiasa cuba mencapai KPI mereka. Dengan adanya KPI sendiri, calon atau wakil rakyat tahu dimana kelemahan mereka dan dimana mereka perlu memberi lebih perhatian.

Secara seriusnya, bukan lah mudah untuk memilih atau pun melaksanakan(kalau terpilih) tanggungjawab sebagai seorang 'winnable candidates' sesebuah parti itu. Apa lagi kalau parti tersebut menekankan kualiti pimpinan dari seorang 'wakil' yang akan dipilih oleh rakyat dalam PRU akan datang ini nanti.
Sumber: Koleksi Solymone
10 comments:

Setuju dengan syarat-syarat yang dibangkitkan oleh Solymone. Seorang winnable candidate perlulah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk memberikan perkhidamat yang terbaik untuk rakyat setempat.


Rakyat juga perlulah bijak menilai calon-calon yang bakal bertanding untuk memastikan bahawa mereka mampu memenuhi tanggungjawab mereka terhadap rakyat dengan baik.


Calon yang akan bertanding seharusnya mempunyai kepimpinna yang diperlukan oleh rakyat.


Pendek kata ciri2 kepimpinan sekurang2nya di memiliki 99% oleh seseorang itu untuk menang dalam pilihanraya.


ciri2 yang disebutkan perlu ada dalam winnable candidate. winnable candidate juga perlu ada akhlak yang baik.


jika ada pemimpin yang mempunyai ciri2 berikut, pasti kepentingan rakyat akan sentiasa terjaga.


Untuk menjadi winnable candidates bukan perkara yang senang, syarat2 tertentu harus dipenuhi. Rakyat sendiri pun ada penilainya.


Setuju dengan 10 kualiti yang disyaratkan untuk menjadi 'winnable candidate' itu! Kalau semua wakil rakyat ada kualiti-kualiti macam ini, confirm Sabah lebih maju. Tapi realitinya, mahu cari satu orang yang penuhi kualiti itu pun susah..huhu


Lebih baik siapa-siapa yang berhasrat mahu bertanding, ukur dahulu kemampuan diri dengan 10 kualiti yang dinyatakan di atas. Memanglah bukan semua manusia sempurna, tapi niat kena bertanding kena betul dan ikhlas dari awal-awal. Maju mundur sesebuah kawasan itu bergantung dengan kredibiliti wakil rakyat itu sendiri.


kesimpulannya, asalkan calon itu boleh diterima oleh rakyat.. kalaupun calon itu mempunyai semua ciri2 sebagai calon boleh menang, jika masih belum dikenali oleh rakyat, sukar juga menjamin kemenangan untuk parti yang diwakili oleh calon itu..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails