
Penasihat Koperasi Bekas Renjer Malaysia (Koprem) Kapten (B) Johari Ibrahim berkata, mereka benar-benar rasa terkilan kerana belum menerima insentif sejumlah RM3,000 daripada kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Deri Najib Tun Abdul Razak dalam Bajet 2011 lalu.Sejumlah 14,000 bekas anggota veteran tentera negeri ini yang pernah bertugas pada zaman 1960-an dan 1970-an terkilan kerana tidak menerima insentif.
- Bercakap pada sidang media di sini semalam, Johari berkata, mereka merupakan bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat mempertahankan maruah negara ketika zaman itu.
- “Kami rasa amat terkilan kerana tidak menerima insentif sebagai penghargaan atas perjuangan kami pada zaman pemerintahan Jepun,” katanya.
- Johari yang juga Setiausaha Agung Protem Persatuan Renjer Veteran Sarawak berkata, mereka bukannya mahu menentang kerajaan, namun ingin memohon jasa mereka juga diberi penghargaan.
Beliau menarik perhatian perkhidmatan mereka sebagai bekas tentera juga harus difahami dan bukan hanya memandang kepada satu pihak sahaja.“Kami juga adalah anggota keselamatan yang juga pernah bertugas di perbatasan dan telah membantu mempertahankan maruah negara.
“Justeru, kerajaan harus membalas jasa dan pengorbanan kami secara saksama,” katanya.



February 8, 2012 4:54 PM
Salam Sdr.
Nampaknya janji tinggal janjilah nampaknya!
February 9, 2012 9:56 AM
Jasa dan sumbangan daripada bekas tentera dan veteran ini haruslah dihargai oleh kerajaan. Janjian untuk memberikan insentif ini perlulah ditunaikan, harap PM akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.
February 9, 2012 9:58 AM
Semoga mereka ini boleh mendapat insentif RM3,000 ini seperti apa yang telah dijanjikan oleh PM.
February 9, 2012 3:38 PM
pasti ada sebab mengapa mereka belum mendapat insentif tersebut. apapun. pemberian insentif harus dilakukan segera.
February 10, 2012 11:25 AM
Diharap masalah tu diusul semula lagi dengan segera.
February 10, 2012 11:33 AM
Harap janji itu dapat dilaksanakan.
February 11, 2012 10:28 AM
Pemberian insentif tersebut perlu dilakukan dengan sistematik dan efektif.
February 11, 2012 10:38 AM
Walaupun lambat, insentif itu tetap akan diberikan. 14,000 bekas tentera tersebut kena bersabar sajalah.
February 11, 2012 10:47 AM
PM perlulah menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada bekas Tentera yang menunggu insentif tersebut.
February 13, 2012 3:00 PM
kalau pemberian insentif itu sudah dijanjikan, tunaikan saja la..
February 15, 2012 11:27 AM
Hopefully our veterans will receive the incentives that was rightfully promised by them
Their contribution in the service to our nation must not be taken lightly
February 15, 2012 11:28 AM
Their contribution in the service to our nation must not be taken lightly
Post a Comment