Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata bantuan RM500 secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.
Katanya, tidak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini.
- Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan bayaran RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah sebagai satu program tahunan
- Mengulas lanjut, Shafie berkata bantuan yang diberikan kerajaan itu tidak mengira kaum sebagai usaha membantu rakyat golongan miskin.
- Bantuan RM500 1Malaysia bukan bermotifkan politik, pemberian bantuan kepada rakyat yang berhak menerimanya. Lagipun duit kerajaan mencukup untuk biayai skim ini,katanya.
- Ketika ditanya mengenai kelewatan rakyat di Sabah menerima bantuan BR1M, Shafie berkata ia tidak dapat dielakkan berikutan kawasan yang sepatutnya menerima bantuan itu terletak di kawasan pedalaman.
Tambahnya lagi, bantuan itu akan disalurkan kepada mereka yang layak sehingga April depan dan rayuan masih terbuka bagi pemohon yang gagal terpilih menerima wang tunai RM500.



February 16, 2012 1:31 PM
Memang bagus jika Bantuan BR1M ini boleh dilakukan setiap tahun, tapi lebih bagus jika kerajaan boleh mendapatkan jalan tempoh panjang untuk menyelesaikan masalah kemiskinan selain memberikan bantuan kewangan.
February 16, 2012 1:32 PM
Harap rakyat akan mengundi dengan bijaksana bila PRU-13 menjelang.
February 16, 2012 2:00 PM
Betul keyakinan rakyat terhadap BN harus ada dan keyakinan itu akan memberi kekuatan untuk BN menyalurkan keperluan rakyat.
February 17, 2012 10:14 AM
Bantuan ini bagus tetapi seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ishak, kerajaan perlu menyediakan rancangan jangka masa panjang untuk selesaikan masalah kemiskinan ini. Pastikan implementasinya dibuat dengan telus.
February 17, 2012 1:53 PM
Hopefully the this efforts will be a continous effort by the government in aiding the plight of the poor.
February 17, 2012 1:56 PM
being that this is the first of it's kind under the banner of 1malaysia, of course there are some complications.
February 17, 2012 1:57 PM
Hopefully in the future, lesson are drawn from these incidents and future distribution of this aid will proceed smoothly
February 18, 2012 9:38 AM
adalah baik jika BR1M diteruskan setiap tahun, ia pasti akan menggembirakan rakyat.
February 18, 2012 9:46 AM
BN berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan BR1M RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.
February 20, 2012 8:33 AM
Lebih baik jika kerajaan laksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan seperti kursus2 keusahawanan kerana program ini lebih memberi impak jangka panjang. kalau diberi terus tunai RM500, ia hanya dapat diguna sekali dan itu pun belum tentu digunakan dengan sebaiknya oleh rakyat.
February 20, 2012 8:37 AM
Semoga tiada rakyat yang berada di pedalaman tercicir atau terpinggir daripada mendapat bantuan2 yang telah diberikan kerajaan ini.
February 20, 2012 10:34 AM
Jika ekonomi mengizinkan rakyat perkara ini tidak mustahil akan diteruskan oleh kerajaan.
February 20, 2012 10:35 AM
Maka teruskan memberikan sokongan untuk memastikan ekonomi kita terus dalam keadaan yang stabil dan maju.
February 20, 2012 3:45 PM
terjawablah bahawa bantuan ini bukanlah untuk memancing undi semata2..
Post a Comment