Tidak kurang gambaran yang dipotretkan sebagai lambang bahawa DSAI ada lah pencinta Israel, justeru perjuangan Palestin beliau ketepikan.
Dalam isu yang sama, DSAI terpaksa mempertahankan pendirian beliau dengan kenyatan melalui media pro Pakatan Rakyat.
Kerana tuduhan dan fitnah terlalu mendadak, DSAI terpaksa mengimbang balaskan nya dengan kenyataan bahawa sebenarnya kerajaan BN yang diketuai najib mempunyai hubungan perdagangan dua hala dengan Israel.
Dalam pada itu, sebagai langkah penutup tirai, DSAI mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat isu Palestin dan Israel yang menjadi perhatian media waktu ini.- DSAI dalam ceramahnya di Taman Sri Gombak baru-baru ini berkata, debat ini perlu bagi menjelaskan perkara sebenar ekoran pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepadanya sejak mutakhir ini.
- Katanya pimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, acapkali menafikan pembabitan mereka dengan Israel, sedangkan apabila diajak berdebat mereka enggan.
Kata DSAI, “Saya tak pernah ada hubungan dengan Israel. Siapa sebenarnya yang berurusan dengan kerajaan Israel? Parti mana? Habis kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Klang tu milik siapa?
- “Orang ini melalak, menjerit tapi nak berdepan tak berani (sambil merujuk kepada Najib) malah Muhyiddin, Hishammuddin (Hussein) pun. Kita telah dedahkan dokumen, penglibatan kapal dan segala kelengkapan Israel yang berdagang di Malaysia.
Mereka ini, kata Anwar pandai bermuka-muka, walhal disebaliknya menyokong Israel. Cukuplah dengan penipuan ini. Sekarang giliran rakyat untuk bangkit dan menolak kezaliman. Dan jika betul, kita debat soal Palestin,” tegas beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen. Bagaimanapun, Anwar memberi jaminan bahawa debat bersama Najib itu akan diadakan dengan sopan dan berhemah.



February 22, 2012 9:15 AM
Semoga isu ini tidak akan dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana tidak mambawa apapa manfaat.
February 22, 2012 9:17 AM
Apakah tujuan sebenar pendebatan isu Palestine/Israel ini? Adakah ia boleh memanfaatkan rakyat jelata dan juga negara kita?
February 22, 2012 12:58 PM
isu ini tak perlulah nak diperbesarkan, byk lagi isu negara yang perlu diberi perhatian.
February 22, 2012 1:06 PM
ferlo,
Kalau sdra dalam kedudukan Anwar, dicemar, fitnah di perlekeh2kan disana sini melalui berita dsn...Apa yang anda perlu lakukan? Kongsi?
February 22, 2012 4:00 PM
Anwar patut Saman Wall Street Journal jika benar akhbar itu memfitnah beliau.. jika Utusan dia boleh Saman, takkan WSJ tidak..
berkenaan dengan kapal dagang Israel yang berlabuh di pelabuhan Klang,, bukankah menyekat kapal dagang itu menyalahi undang2 antarabangsa??
February 22, 2012 4:55 PM
rebirth
Kenapa Anwar mesti saman wSJ sedangkan berita dari sana jelas menyiarkan bahawa Anwar menyatakan beliau akan mengiktirafkan negara Israel (saperti negera Turkey, Mesir dan lain negara Islam ditimur tengah) dengan syarat Israel menghentikan kekejaman terhadap rakyat palestin... Anwar akui kenyataan beliau. Salah kah?
Statement begini ada asas untuk saman WSJ kah? Disamping perundangan kebebasan dan hak pemberita di barat jauh berbeza dengan di malaysia? Bukan saman sembarangan
Contoh nya, kalau di USA, Presiden pun di permain-main kan oleh pemberita atau kartonis tanpa tindakan menyaman berita atau pemberita tersebut disana. kerana disana mereka ' protect under the law'.
Namun Utusan Malaysia dan lain2 portal berita pro BN sampaikan interpertasi yang berbeza. Menurut mereka dengan statement begitu, terbukti bahwa Anwar bersekutu dengan Israel. Apa pandangan kamu?
Soal perkapalan antara bangsa yang tidak mempunyai permit atau kelulusan berlabuh di pelabuhan Malaysia patut di tahan. Kerana kapal2 saperti ini ada lah saperti kapal lanun yang boleh menggangu keselamatan negera Malaysia.
Mana tahu kapal tersebut membawa senjata untuk dibekalkan kepada pengganas atau dadah.
Disebalik nya kapal tersebut dibiar sesuka hati keluar masuk. Kecuali barangkali ada kelulusan atau persefahaman dengan kerajaan Malaysia? Then bermakna nya kerajaan Malaysia ada hubungan secara tidak lansung dengan Israel...Itu hipokrit nama nya.
February 23, 2012 2:16 PM
Mungkin sokogan Anwar terhadap Isreal menimbulkan persoalan. Kita sudah sedia maklum dalam islam sendiri pun kaum yang tidak akan pernah berhenti dengan masalah Kaum Yahudi. Maka siapakah mereka ini? Walaupun Anwar cakap "Anwar menyatakan beliau akan mengiktirafkan negara Israel (saperti negera Turkey, Mesir dan lain negara Islam ditimur tengah) dengan syarat Israel menghentikan kekejaman terhadap rakyat palestin"..meminta memberhentikan kekejaman apa kuasa Anwar untuk semua itu. Sedangkan Amerika negara berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa inikan pula cuma ketua pembangkang di Malaysia.
February 23, 2012 4:37 PM
sampai bila isu Palestin Israel ni akan habis.
February 24, 2012 11:12 AM
kalau benar mahu berdebat dan rasa ia sangat penting untuk dilaksanakan mungkin Najib perlu beri pertimbangan. biar Anwar puas hati cuma jangan sampai debat ini akan mencetuskan huru hara atau peperangan di negara ni. rakyat yang jadi mangsa nanti.
February 24, 2012 11:15 AM
makin banyak pula kontroversi yang timbul. ingatkan bila Anwar sudah selesaikan kes liwatnya, keadaan akan segera reda tapi rupanya makin banyak pula masalah yang timbul.
Post a Comment