Petang kelmarin, saya berkesempatan menyaksikan upacara perasmian STAR kawasan parlimen P.160 Kota Belud.Bertempat di Dewan Chung Hwa Kota Belud, upacara tersebut diresmikan oleh Pengurusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan dengan disaksikan oleh seramai lebih kurang 350 orang penyokong.
Dalam ucapannya, Jeffery menerangkan tujuan utama parti STAR didatangkan dari Sarawak demi untuk merealisasikan impin orang Sabah melalui Agenda Borneo sejajar dengan perjuangan Barisan Borneo Bersatu (UBF) .
Perjuangan tersebut secara ringkas nya ada lah;
Menuntut supaya kerajaan perseketuan memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya didalam perseketuan hal-hak istimewa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi
- Menuntut pengagihan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah dan juga penempatan perwakilan yang lebih dalam parlimen, kabinet perseketuan, perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik
- Menuntut supaya dasar cabotaj, pengangkutan dan perdagangan yang mempunyai impak negatif keatas negeri-negeri Borneo dimansuhkan
- Menuntut supaya dihormati perlaksanaan hak-hak penduduk asli(native rights)
- Menuntut supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan ke Sabah dan Sarawak
- Mengatasi masalah PTI dan projek IC kerana ia menimbulkan keraguan rakyat dan mengugat integriti persempadanan negeri Sabah dan Sarawak. Disamping itu mengenakan hukuman yang berat keatas mereka yang mengeluar dan yang bersubahat mengeluarkankewarganegaraan kepada PTI,
- Mengkaji kehadiran agensi dari pada pusat di Sabah dan Sarawak yang telah menguasi hasil keluran serta hak milik rakyat tempatan
Dalam ucapan selanjutnya, Jeffery juga menyentuh sejarah Sabah sejak merdeka bersama Malaysia 16 september 1963.Beliau menekankan bagaimana pemimpin dan rakyat Sabah dipermainkan oleh pemimpin dari pusat sehinggakan perjanjian yang termaktub dalam perkara 20 sengaja dilupakan begitu sahaja.
- Sehinggakan peratusan agihan hasil mashul negeri Sabah dalam serba serbi, di perkecilkan oleh kerajaan pusat.
- Contoh nya hasil minyak mentah yang digali dikawasan perairan Sabah hanya sekadar 5 peratus. Manakala agihan cukai yang dikutip dari sebanyak 20 billion tahun lalu, Sabah hanya mendapat 3.8 peratus.
Dalam masa yang sama, Jeffery juga menyentuh bagi mana Tun Mahathir tergamak memperbodohkan rakyat Sabah.Menurut Jeffery, Mahathir pernah menasihat beliau agar 'jangan memberi tahu rakyat Sabah perkara yang mereka belum tahu'. Dalam ertikata yang lain, biar lah orang Sabah jangan jadi pandai.
Saperti biasa Jeffery mengakhiri ucapan beliau dengan kata-kata, 'Kalau bukan kita siapa lagi? Dan kalau bukan sekarang bila lagi?' Disusul dengan tagline, 'Ini Kali Lah'.



February 7, 2012 9:19 AM
'Jangan bagi tahu rakyat Sabah hal yang mereka tidak tahu supaya mereka tidak pandai'?
Rakyat Sabah perlulah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku supaya tidak diperbodohkan.
February 7, 2012 9:19 AM
Sabah Umno final decision to go along with the other BN coalition partners and opposition parties for the call for the Federal Government to set up the Royal Commission of Inquiry (RCI) to look into the controversial issuance of identity cards to illegal immigrants "to safeguard the interests and welfare of all Sabahans" as the main reason for the support for the RCI call.
February 7, 2012 9:20 AM
Harap rakyat sendiri boleh membuat penilaian sendiri serta pengundian yang bijaksana bola PRU-13 nanti supaya masa depan Sabah terjamin.
February 7, 2012 9:24 AM
Some 90,000 hectares of land in nine districts where poor natives live will be given to them under communal titles. Two of these were given to more than 5,000 villagers in Nabawan and another in Lalampas of the Tongod district
February 7, 2012 9:47 AM
My opinion, JK had the chance to exact change when he was in the Government in the past but instead he did nothing.
JK was one of the leaders in the 1980s who had held positions in the Government for about 16 years but did nothing to change problems he said was plaguing Sabah at the moment.
February 7, 2012 9:53 AM
The poeple of Sabah deserves to know their rights.
February 7, 2012 9:53 AM
In turn the state government should defended their rights.
February 7, 2012 1:42 PM
rakyat Sabah sekarang makin bijak dan mereka tahu akan hak2 mereka.
February 7, 2012 1:48 PM
rakyat Sabah harus bangkit memperjuangkan hak2 mereka dan jgn biarkan hak2 mereka di rampas.
February 8, 2012 10:10 AM
rakyat Sabah bukan mudah untuk diperbodohkan. walaupun banyak yang disembunyikan oleh pemimpin dari dulu lagi namun ramai juga rakyat yang sedar dengan semua tu.
February 8, 2012 3:52 PM
Kenapa pula tidak mahu bagi tahu apa yang patut rakyat Sabah tahu?? Ini negara demokrasi, bukan diskriminasi.
February 9, 2012 8:07 PM
Ini cuma perangkap yang digunakan oleh JK untuk meraih sokongan.
February 9, 2012 8:09 PM
Jika benar apa yang JK katakan. Cuba JK berikan apa yang dirahsiakan oleh mereka.
February 10, 2012 9:20 PM
rakyat sabah harus berusaha dengan lebih kuat untuk menuntut ilmu agar tidak mudah diperbodohkan...pengetahuan dan pendidikan adalah penting untuk menyemarakkan kesedaran di kalangan rakyat sabah..
February 10, 2012 9:20 PM
RCI harus ditubuhkan segera..
February 11, 2012 1:29 AM
Bagus bah tuntutan si DJK ni tapi saya hairan juga kenapa masih ramai yang tak menyakini beliau.
February 11, 2012 1:30 AM
Nak cakap rakyat bodoh tak juga, sebab saya yakin rakyat cukup matang dalam membuat penilaian.
February 11, 2012 1:31 AM
Harap rakyat akan lebih berhati-hati membuat pilihan next GE nanti. Namun siapapun yang menang, saya yakin ia adalah pilihan yang terbaik utk semua.
February 11, 2012 1:32 AM
Soal "Jangan Bagi Tahu Rakyat Sabah Hal Yang Mereka Tidak Tahu?"...
hhmmm, rasanya rakyat patut tahu apa yang harus mereka ketahui.
February 11, 2012 1:33 AM
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Harap semuanya OK:)
February 11, 2012 11:22 AM
adakah SAPP tidak memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh STAR dan UBF??
February 11, 2012 11:25 AM
JK patut juga memikirkan adakah perjuangan beliau itu mampu membuahkan hasil jika kehadiran parti baru beliau seakan2 menjadi ancaman kepada parti pembangkang di negeri ini??
February 13, 2012 10:10 PM
rakyat pasti semakin bijak dan tahu hak mereka.
February 13, 2012 10:12 PM
semua parti kini berusaha untuk mendapat sokongan..macam-macam janji yang kita dengar..rakyat nilailah dengan sebaiknya.
February 16, 2012 7:56 AM
Knowledge is important, we must always be alert and not be easily fooled.
Post a Comment