
gambar illustrasi
“Pada mulanya, saya tidak mahu buat (memberi khidmat seks) tetapi selepas dipaksa oleh bos, saya terpaksa buat juga dan sehingga sekarang (semalam) itulah cara saya mendapatkan duit,” katanya sebak ketika ditemui pemberita selepas pasukan polis membuat serbuan di bilik sewa terbabit kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi kelmarin oleh cawangan D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang diketuai Inspektor Er Sheau Jia berkenaan, empat bapa ayam termasuk ketua mereka diberkas manakala empat lagi wanita yang dipaksa menjadi pelacur diselamatkan.- Menurutnya, setiap hari dia terpaksa melayan tiga hingga empat pelanggan tetapi pernah sekali dia juga melayan 10 lelaki dalam masa satu hari.
kata gadis itu, bayaran yang diterima dari setiap pelanggan adalah antara RM100 dan RM150 tetapi wang yang diterimanya itu akan diserahkan terus kepada bapa ayam sebelum dia diberikan sedikit ‘tips'.“Saya betul-betul rasa terseksa sepanjang melakukan kerja ini, malah pernah ketika saya dattang bulan (haid) saya dipaksa juga melakukannya,” katanya.
Gadis itu juga berharap pihak berkuasa memahami masalah yang dihadapinya kerana dia mendakwa pekerjaan sebagai pelacur bukan kehendaknya tetapi dipaksa selepas ditipu.
Walau macam mana pungadis tersebut berjaya diselamatkan selepas dipercayai dipaksa menjadi pelacur oleh empat bapa ayam di sebuah premis tidak bernombor di tingkat satu, Jalan Haji Seman di sini kelmarin.



February 11, 2012 9:38 AM
Hope that the police can help those exploited women who are forced into prostitution against their will.
February 11, 2012 10:08 AM
Orang tempatan sendiri jadi punca kegiatan pelacuran makin menjadi-jadi. Perbuatan yang tidak bertanggunjawab!extra
February 13, 2012 8:48 AM
kegiatan pelacuran kini makin menjadi-jadi. kaum wanita kena berhati-hati agar tidak menjadi mangsa.
February 13, 2012 9:06 AM
Harap ramai lagi bapa ayam yang akan ditangkap dan selamatkan wanita2 yang telah tertipu dan teraniaya.
February 13, 2012 4:16 PM
jangan mudah terpedaya dengan tawaran2 pekerjaan yang dibuat oleh individu atau ejen2 tertentu.
February 14, 2012 10:39 AM
Ini boleh dikira sebagai pemerdagangan orang. Harap kes sebegini akan dapat dikesan dan ditangani.
February 14, 2012 10:40 AM
Orang ramai juga perlulah membantu pihak berkuasa untuk memberikan maklumat supaya kes ini dapat ditangani.
Post a Comment